Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan (Throwback)

Rodiah Amir
4

Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan (Throwback)

Sudah selamat pun Perdana Menteri (PM) kita menyampaikan perutusan khas mengenai COVID-19. Bila stesen televisyen sebarkan berita perutusan bakal berlangsung pada sebelah malam, rupanya telah mengakibatkan panik di kalangan rakyat.

Sebelum tu lagi rakyat dah mula takut kalau Malaysia ambil langkah drastik untuk lockdown. Sedihnya, rakyat Malaysia kurang kefahaman tentang lockdown dan tapi mula panik membanjiri kedai runcit, pasaraya dan lain-lain untuk borong barang keperluan.

Kecoh sana sini bila orang mula muatnaik status dalam Facebook, barang di rak-rak dalam pasaraya kosong, orang tolak troli penuh dengan barang dan ada yang tak sempat pun nak membeli. Syukur tiada kejadian bergaduh atau pertumpahan darah berlaku.

Prihatin dengan keadaan semasa, PM telah menyampaikan beberapa amanat yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia berhubung dengan status terkini dan juga angka mangsa wabak COVID-19 yang semakin meningkat.



Perintah Kawalan Pergerakan Bukan Perintah Berkurung

Untuk elak keadaan menjadi lebih teruk, PM Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan sebagai strategi penting negara untuk membendung penularan wabak COVID-19. Dengan menghadkan pergerakkan orang ramai, pendedahan kepada penyakit akan berkurang dan seterusnya akan menghadkan transmisi penyakit COVID-19.

Penting untuk rakyat faham apa itu Perintah Kawalan Pergerakan dan ianya tidak sama dengan Lockdown. Semasa tempoh kawalan pergerakan, kita masih lagi dibenarkan keluar tapi terhad kepada urusan penting seperti membeli bekalan makanan dan mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

Selain kawalan pergerakan kena fahami juga keperluan untuk mengamalkan social distancing (jarak sosial) iaitu satu amalan menjarakkan diri antara individu untuk mengurangkan penularan jangkitan atau wabak. Sebagai contoh mudah, menutup bangunan dan membatalkan majlis atau upacara.



COVID-19 merebak kebanyakkan melalui jangkitan daripada individu ke individu melalui titisan pernafasan apabila yang berjangkit batuk atau bersin dan juga melalui sentuhan pada permukaan yang dicemari virus.

Sedihnya, rakyat Malaysia ni bila kerajaan keluarkan perintah kawalan pergerakan dia ambil peluang balik bercuti ke kampung halaman. Siapa yang balik memang ada sebab itu kita faham lah, yang sengaja dan terang-terang sebab bosan duduk rumah rasa sedikit sedih dengan sikap tak fikir kesan dan akibat.

Bayangkan dalam banyak-banyak manusia yang pulang ke kampung tetapi tidak sedar diri dijangkiti COVID19 dan menyebabkan orang lain terjangkit. Sedih betul kalau fikir. Merisikokan nyawa orang lain.

Golongan warga emas antara golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak ni. Sistem imun, ketahanan tubuh dah berkurang tapi kalau tengok mangsa yang meninggal berusia 34 tahun dan tiada sejarah sakit kronik. Sungguh mati tak kenal usia, tak kira siapa. Tapi kita yang masih sihat ni jaga la kebersihan ambil peluang yang ada.

Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan Rakyat Malaysia

Kalau baca berita masih ada lagi segelintir rakyat Malaysia yang tak ambil serius dengan arahan pihak berkuasa. Mungkin belum rasa takut lagi dengan wabak COVID19 agaknya. Masih boleh makan di restoran dan keluar buat aktiviti riadah. Geleng kepala baca.

Untuk aku sendiri, kawalan pergerakan tak banyak beza sebab memang aku work from home pun sambil jaga anak. Bezanya aktiviti keluar beli barang kena dikurangkan, walaupun masih bebas nak ke pasaraya tapi fikir beratus kali nak keluar. Risau terserempak dengan orang yang pentingkan diri.

Duduk Di Rumah, Jangan Panik Dan Jangan Lari

Me-time waktu getir macam sekarang ni memang tak wujud. Penat memang penat, mujur suami ambil giliran jaga anak-anak. Anak-anak sangat gembira sebab abah diaorang ada 24 jam dekat rumah dan paling penting Astro bagi saluran percuma. Memang enjoy habis.



Dalam kekecohan wabak yang semakin berleluasa ni, realitinya ada je orang sanggup bercuti waktu-waktu sebegini. Tergoda dengan promosi tiket penerbangan murah. Tak pasti apa dalam fikiran dia. Bukan setakat tu je, siap upload gambar percutian. Sesungguhnya ketar menahan marah. Yelah mungkin aku tak berada di tempat dia, kurang faham. Dia dah kumpul duit dan beli tiket lama dah pun. tu sebab kot. Sangka baik je ni.

Kesimpulan

Apa pun yang jadi pasti ada hikmah tersembunyi Tuhan nak suruh kita beringat dan berjaga-jaga. Aku rasa inilah waktu terbaik Tuhan suruh kita berehat, berhenti sekejap buat segala aktiviti, fokus kepada kesihatan dan keluarga. Lama sangat kita lagha disamping menjahanamkan bumi milik Pencipta.
Waktu ini lah kita di ajar untuk bersimpati, bertolak ansur dan kena ingat kalau kita tak mampu menyumbang tenaga atau wang ringgit kita boleh bantu ringankan beban dengan mematuhi arahan dan jaga kesihatan diri dan keluarga.


Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. while me social distancing from the whole wide world and stayed in the house without even seeing the sun XD.
    tahu tahu lapar nak makan hahaha.

    but that is only for the first day.

    BalasPadam
  2. bila terkurung ni ada aja idea yang nak cari jalan untuk keluar. huhu. terbiasa keluar susah jugak deme ni. kena ingat kesihatan tu lebih penting. dapat covid tu tak memasal kena kurung dalam hospital. compare kena kurung dalam hospital baik kurung diri dalam rumah lah. hahaha.

    BalasPadam
  3. kalau ikutkan kalau duduk rumah ni panjang listnya...nak dengan tidak dan malas dengan rajin jer..hehee

    BalasPadam
  4. Part balik kg berduyun-duyun tu memang tak boleh nak hadam.. lepas tu sekarang nie, berduyun-duyun pula dari kg nak ke bandar semula.. degil tak boleh nak buat apa..

    BalasPadam
Catat Ulasan