Ketagih Tengok Cerita Harry Potter

Rodiah Amir
Tak pernah terfikir pun akan suka filem Harry Potter sebenarnya. Tak ada alasan kukuh cuma aku tak suka perasaan menunggu filem seterusnya. Terseksa je rasa, menunggu kan satu penantian. Kahkahkah.

Rupa-rupanya dah sampai filem Harry Potter yang ketujuh eh. Tahu pun sebab Astro bagi tayangan percuma. Memang khatamkan dari awal lah. Terus jadi addicted.

Bukan aku je terpengaruh, anak bujang pun dah tersangkut sama. Dia la yang hafal watak, jalan cerita, ahli sihir jahat. 

Ketagih Tengok Cerita Harry Potter

Tapi Astro kejam, cerita ni langsung dia tak selit iklan. Sederet jalan terus. Memang masing-masing tak gerak dari kerusi kecuali solat dan ke tandas.



Kisah Asal Harry Potter

Filem Harry Potter adalah berdasarkan buku yang ditulis oleh J. K. Rowling atau nama sebenar beliau, Joanne Kathleen Rowling ketika menaiki kereta api dari Manchester ke London pada tahun 1990. 

Pada waktu itu, beliau baru berpisah dengan bekas suaminya dan mengambil inisiatif untuk menjadikan Harry Potter sebagai inspirasi hidupnya. 

Beliau telah mengisi masa di dalam perjalanannya itu dengan memikirkan sebaik-baiknya plot yang lengkap untuk cerita tersebut.





Sebelum wujudnya Harry Potter, hidup beliau amat susah, ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. 

Hidupnya sebagai penulis tidak tentu arah lebih-lebih lagi setelah bercerai dengan bekas suaminya. Beliau kembali ke London untuk meneruskan penulisannya.

Karyanya ini telah banyak kali ditolak oleh syarikat penerbitan kerana penerbitnya yang kurang berminat dan disertakan dengan bermacam-macam alasan. 

Akhirnya, syarikat Bloomsbury memberi peluang kepadanya lalu tanpa disedari, telah mengubah hidup J. K. Rowling yang miskin dan susah kepada seorang penulis selebriti antara yang terkaya dan berpengaruh di dunia. 

Kini, siri Harry Potter telah menjadi salah satu siri novel terlaris di dunia yang turut dialihbahasa kepada lebih 50 buah bahasa. – Wikipedia.




Siapa Harry Potter Sebenarnya?

Kisahnya mengenai seorang remaja lelaki yang bernama Harry Potter yang mengetahui bahawa kedua ibu bapanya adalah ahli sihir pada ulang tahunnya ke-11. 

Dia kemudian dihantar untuk bersekolah di Sekolah Sihir Hogwarts. Di sana dia bertemu dengan dua orang pelajar yang kemudian menjadi rakan karibnya, Hermione Granger dan Ron Weasley.

Dari situ, kehidupan Harry Potter sebagai murid sekolah sihir tersebut diceritakan sepanjang tujuh buku, yang masing-masing mencakup masa waktu satu tahun. 

Hingga kini sudah ada tujuh buku yang diterbitkan. Buku keenam, Harry Potter and the Half-Blood Prince diterbitkan pada 16 Julai 2005. 

Dijadualkan kisah Harry akan berakhir pada jilid ke-7 iaitu Harry Potter and The Deathly Hallows yang diterbitkan pada tahun 2007.




Siri ini juga telah dibawa ke layar filem oleh Warner Bros. Sehingga kini, semua buku telah berjaya difilemkan dan ditayangkan kepada awam.

Filem-Filem Harry Potter

  1. Harry Potter and the Sorcerer's Stone (2001)
  2. Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
  3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
  4. Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
  5. Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)
  6. Harry Potter and the Half-Blood Prince (2008)
  7. Harry Potter and the Deathly Hallows (2010)

So far memang aku enjoy setiap filem dia. Nampak la kematangan Harry dan watak-watak sampingan yang power. 

Kecil je peranan tapi serius berlakon. Walaupun aku jadi ketagih nak tengok banyak kali tapi tidak la sampai tahap taksub. Just enjoy jalan cerita jelah. 

Ini baru hari kelima tapi aku dah separa mereng sebab tak keluar rumah. kita tengok lagi seminggu apa jadi. Jangan ketagih yang bukan-bukan sudahlah.


Tags