Cara Edit Video Guna Telefon Bimbit

Rodiah Amir
2
Memandangkan aku selalu buat video dan memang perlukan aku untuk edit video di telefon bimbit jadi aku secara tak langsung mencari aplikasi edit video percuma dan mudah guna.

Sebelum ni aku terlibat dalam kempen yang perlukan aku untuk masukan GIF, muzik, bunyi kesan khas dan lain-lain ke dalam video. 

Pendek kata ikut kreativiti untuk jadikan konten video itu menarik. Masa awal-awal dulu memang agak sukar untuk aku belajar edit video. First time memang susah kan?

Memang langsung tiada background design jadi kita belajar dari Youtube dan rakan-rakan seperjuangan sahaja. 


Aplikasi Percuma Edit Video Di Telefon Bimbit

Lepas explore banyak aplikasi di telefon bimbit, aku berjaya stick dengan beberapa aplikasi percuma dan semestinya mudah untuk edit video.

Dalam artikel kali ini aku nak kongsikan 3 aplikasi percuma untuk edit video di telefon bimbit dan yang pastinya tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk belajar. 

Asalkan rajin dan kreatif dan cukup. Hasil video pun cantik. Tapi jangan lah bandingkan dengan hasil professional di luar sana ya.





3 Aplikasi Edit Video Guna Telefon Bimbit Mudah Guna

Aplikasi yang bakal aku kongsi ini tersedia di Apple App Store dan aku tak pasti ada atau tak di Google Playstore okeh. Boleh la cuba cari. 

Aku ada kongsikan video pendek tentang aplikasi yang aku guna di Instagram aku. Boleh jenguk dekat sana. Nanti kalau rajin aku buat tutorial dekat Youtube. In sha Allah.


1 - Inshot

Aku sejak dulu memang akan guna aplikasi Inshot untuk edit video sebab feature dan juga tool dalam Inshot sangat-sangat basic. Contohnya, pilih canvas (saiz), filter, import muzik, rakam suara, kesan bunyi khas dan tulisan. 

Paling utama aku suka guna Inshot sebab boleh import lagu dari Youtube. Selain tu aku suka Inshot sebab boleh buang watermark Inshot dalam video.

Cuma kekurangan Inshot versi percuma ni, tak boleh masukan sticker GIF. Sticker yang biasa-biasa tu boleh. Cuma sticker dalam format GIF ni yang bergerak-gerak tu yang tak boleh. 

Kalau berbayar dan subscribe bulanan mungkin fungsi tu ada. Jenis-jenis tulisan juga adalah terhad tapi masih cantik dipandangan mata aku.

Kebiasaan kalau ada kempen yang perlu masukan GIF dalam video aku akan edit di Inshot dan kemudian last sekali baru masukan GIF guna aplikasi Videoleap.




2 - Videoleap

Macam aku sebut dekat atas tadi, aku akan guna aplikasi Videoleap bila perlu sahaja. Apa yang best tentang Videoleap adalah tool dan juga features dia lebih canggih. 

Ada Effect (lens flare, prism, Vignete), ada fungsi Glitch (Pixelete, CRT, Scan, ETCH), video dan voice over. Ha pendek kata fungsi dia lebih banyak berbanding aplikasi Inshot.

Aku jarang dan akan guna bila perlu sahaja. Malas nak peningkan diri jadi pilih yang mudah. Aplikasi Videoleap juga boleh buang watermark dalam video dia.




3 - Viva Video

Masa awal-awal aku rajin edit video aku selalu guna Viva Video sebab fungsi dia mudah dan senang nak belajar, tapi keburukan dia ialah watermark tulisan Viva Video tu tak boleh di buang. 

Kalau nak buang kena subscribe secara bulanan.

Semestinya aku nak guna yang percuma je. kah kah kah. Fungsi lain pun sangat basic dan tak pening kepala. Kalau korang sejenis tak kisah tentang watermark, Viva Video pun seronok kalau nak cuba.



6 Tips Edit Video

1 Kesabaran kena tinggi bila nak edit video sebab proses tu panjang dan leceh berbanding edit gambar.

2 Conteng idea dan tulis dekat buku apa end produk korang nak. Maksudnya kena tahu apa objektif video korang nak buat, kemudian baru boleh tulis jalan cerita untuk video.

3 Banyakan tonton video orang lain dan ambil idea yang bagus. Jangan lah tiru bulat-bulat cuma sekadar jadikan inspirasi.

4 Edit video di awal pagi dan rakam konten lebih awal. Apa aku buat ialah pastikan aku dah sediakan beberapa konten dan buat back up. 

Waktu edit juga memainkan peranan sebab awal pagi mood masih baik. Bergantung kepada diri masing-masing.

5 Jangan guna lagu / muzik yang ada hak copyright dan upload di Youtube. Silap haribulan video korang akan kena Copyright Claim pula oleh Youtube. Cari Non Copyright musik okeh.

6 Banyakan berlatih dan rajinkan diri untuk explore segala tool yang ada. Secanggih mana aplikasi yang wujud tanpa kerajinan semuanya akan jadi sia-sia.

 Boleh follow aku dekat sosial media:


Kesimpulan

Ada bermacam-macam aplikasi tersedia baik yang berbayar mahupun percuma. Untuk beginner macam aku maka layaklah kita gunakan zero cost untuk belajar. 

Kenapa susahkan diri untuk belajar buat video? Aku tiada jawapan specific tapi aku suka cabar diri untuk tambah ilmu selagi hayat masih ada. 

Semoga perkongsian cara-cara edit telefon di telefon bimbit memberi manfaat kepada korang. In sha Allah kalau sambutan menggalakan aku akan kongsi tips lain pula ya. Selamat mencuba.



Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan