Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dengan Nanas

Rodiah Amir
2
Kalau ikutkan track record memasak sepanjang aku berkahwin, banyak lagi resepi menu kesukaan suami aku belum pandai buat. 

Alasan paling kukuh adalah aku tak suka makan apa yang dia suka makan lol. Kukuh kan alasan tu? Hari tu dia request minta masak lemak ikan kurau masin dengan nanas. 

Terbuntang biji mata aku. Aku pernah makan mak mertua masak, mak aku masak dan masa aku pergi kenduri je. 

Nak masak sendiri? Aku tak reti nak balancekan rasa masin ikan kurau dengan masam nanas tu. Jap Nanas ke Nenas. Aku confuse.

Suami Request Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dengan Nanas

Tapi apakan daya, mana mampu nak tolak kalau suami dah beli pun bahan-bahan dia. Dengan gembiranya dia bawa balik dua biji nanas dan sepeket Ikan Kurau masin masa top up barang-barang rumah.

Hanya mampu senyum. Suruh suami yang masak, dia pun tak yakin. Cis. Jadi penyelesaian terakhir adalah kita google sajalah. 

Nak buka Youtube rasa macam malas nak dengar orang membebel jadi kita cari dekat blog masak. Akhirnya jumpa satu resepi mudah dan cukup bahan.



Resepi Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dengan Nanas

Bahan Tumis

3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
Satu sudu kecil cili giling
Minyak masak untuk menumis

1 batang Serai (diketuk)
Santan cair & santan pekat secukupnya
Asam keping
Satu bungkus Ikan Kurau Masin
Satu biji nanas dikupas kulit dan dihiris nipis

Cara-caranya pun mudah sahaja. Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang dan juga cili giling sehingga naik bau. Kemudian, masukkan santan cair dan serai. Biarkan sehingga menggelegak.

Masukkan ikan masin dan nenas dan kacau sehingga menggelegak. Selepas itu masukan asam keping, gula.



Kuantiti santan dan gula semua aku main agak-agak. Ikan Kurau tu kalau tak mahu terlalu masin boleh rendamkan sekejap dengan air suam.

Selepas setengah jam, akhirnya siap juga Masak Lemak Ikan Kurau Masin Dengan Nanas aku. Dihidang bersama nasi putih panas memang sangat ngam. 

Aku tak perlukan lauk lain bila makan lauk ikan masin ni ya. Jujur ni. Serasi dimakan bersama sambal belacan dan ulam seperti timun.



Bila dah makan baru faham kenapa suami boleh mengidam nak makan ya. Tapi awas aku bukanlah mengandung. Lol. 

Patut selalu kalau majlis perkahwinan dekat kampung terutamanya mesti ada menu masak lemak ikan masin ni, menu ni rasanya kegemaran warga emas. Tak berapa emas pun rasanya suka kot.

Hati-hati kalau makan, silap haribulan boleh terlajak makan sampai berpinggan nasi. Gemuk dan berat naik adalah tanggungjawab diri sendiri. Selamat mencuba korang.


Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan