Bercuti di Bukit Gambang Resort City

As salam ini adalah entry tertangguh selepas beberapa ketika balik bercuti mingguan ke Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang Darul Makmur. 

Kenapa pilih bercuti di Gambang? Tujuan utama adalah kerana nak melawat Safari. Then dah tahu bila berjalan ke safari atau zoo mesti akan libatkan penggunaan tenaga yang banyak. 

Sebab nak layan Ikhwan Hafeez yang tengah membesar perlukan ketenangan dan kawalan yang tinggi. Keselamatan, kebersihan, ketenangan jiwa keluarga yang bercuti. 

Bercuti di Bukit Gambang Resort City 



Bercuti di Gambang


Kenapa pilih Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang Darul Makmur?

Dari segi kos, Jarak yang bolehla dikatakan dekat. Kl ke Gambang. Dengan minyak dan tol. Agak berbaloi jika difikirkan bila check in pagi sabtu dan balik petang ahad.

Untuk penginapan aku survey kat Groupon dan nampak pakej yang menarik hati terus beli dengan harga RM 225 + 50 bayar bila check in disana. Overall penjimatan hampir 60%.



Studio suite ni dia bagi bilik ala apartment yang ada dua katil queen size, peti ais mini, tv, and bilik air yang ada  macam gambar aku ambil dari website Bukit Gambang Resort City. 

Tengok bilik macam ni teringat A Famosa Melaka




Untuk urusan sebelum bercuti untuk check availability dengan pihak hotel feedback yang diterima amatlah pantas, tepat dan jitu. So after confirm bilik dengan hotel dan available terus beli pakej groupon. 

Sampai lunch dulu dekat kedai depan hotel then baru check in. Alhamdulillah dapat masuk awal sikit. Masa check in staff dia advice pergi safari dulu since masih sempat masuk safari siang punya. 

Untuk kesenangan sila ambil dan baca template waktu operasi safari dan waterpark. So rancang dengan bijak.

Kami pergi safari siang nya tengok semua haiwan yang memang nampak kat tv naik tramp. Cute tramp dia. Nak cerita semua binatang yang ada memang tak dapat digambarkan keseronokkan. 

Harus pergi. Kami sekeluarga pencinta binatang so amatlah enjoy. Apa yang tak bagus ialah tramp ni sangatlah lasak keadaannya. Amat tak sesuai bawak baby.

Pendek kata setahun kebawah tidak digalakkan sebab keadaaan muka bumi akan terhentak-hentak. Bayangkan masa pergi satu tramp dengan kami ialah baby yang tak sampai setahun dan masa balik kebetulan jumpa warga emas menaiki kerusi roda. 

Dengan keadaan persekitaran dan kemudahan yang kurang untuk baby and warga emas friendly ni kena fikir banyak kali.

Ikut pengalaman aku, nak dibandingkan lagi seronok ke Zoo Melaka.   




Ok safari ni ada siang and malam. Pukul enam petang dah start night safari. Pendekkan cerita aku sempat tengok elephant feeding sambal makan kat cafeteria, pastu tengok white tiger and binatang lain kat wild nursery. 

Pastu sambung tarzan show pada pukul 8 malam then continue lagi show orang main api. Memang terbaik. 

Even tak larat tapi masih ada hati aku nak jalan-jalan sekeliling lagi. Memikirkan mak yang semakin berusia kami balik ke bilik.

Esok pagi breakfast yang not bad then terus pergi waterpark. Kami check out terus sebab nak berlamaan didalam waterpark. 

Tengahari at 1.00 berjaya keluar lepas layan karenah Ikhwan nak mandi. Singgah hantar mak ke kampung dan berehat sekejap sebelum teruskan perjalanan balik KL. Indahnya dunia.




Btw banyak lagi gambar tapi guna hp gambar macam tak best nak upload. So sila pergi baru rasai kegembiraan ini. 

Mudahnya Menjemput Rezeki 0.1

Tadi baca buku mudahnya menjemput rezeki. Baru start selepas habiskan buku motivasi Irma Hasmie (SMILE). Seronok membaca. 

Dapat ilmu. Ilmu tu satu rezeki. Bila baca tadi ada ayat yang kata, Segala benda yang membawa manfaat kepada seseorang baik positif atau negatif adalah rezeki. Ilmu juga kategori rezeki. 

Rezeki telah Allah tetapkan secukupnya untuk seseorang sehingga hari kiamat. Indah sungguh caturan Allah. Yang Maha Menguasai. 



Mudahnya Menjemput Rezeki 0.1

Sesuatu yang milik kita, yang ada pada kita macam gaji, wang simpanan, makanan, dan lain-lain belumlah sepenuhnya rezeki kita selagi kita belum gunakannya. 

buku mudahnya menjemput rezeki



Dalam wang gaji kita ada sebahagian untuk orang lain. Bila kita sedekah, bila kita tergerak hati nak bagi dan tolong orang. Allah yang menggerakkan rasa itu. Sebab memang bukan rezeki kita. Tapi rezeki orang. 

Buku ni dah ada buku yang kedua tau. Boleh dapatkan dekat sini

Pernah ada kejadian berlaku lama dahulu, sama macam contoh dalam buku aku baca sekarang. Kisahnya bila ke masjid selipar hilang, maka syaitan buat hasutan supaya ambil selipar masjid dan pulangkan kemudian. 

Dan akhirnya bila ambil terlalu selesa dan lupa pulangkan. Itu rezeki haram. Nikmat haram.. Mujur aku lama dahulu aku sempat pulangkan. 

Walaupun rezeki Allah sudah tetapkan tetapi kita harus berusaha mencarinya. Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan dia berusaha. 

Jangan berusaha sampai meletakkan Allah menjadi no 2. Ini dugaan selalu berlaku pada aku. Mencari dan memberi keutamaan kepada dunia sebab nak siapkan kerja. 

Solat di akhir waktu konon mahu kusyuk dalam solat selepas kerja siap. Berdosa.

Macam kisah sahabat nabi. Sedang menyiapkan kerja menyusun batu bata. Tinggal batu bata yang terakhir untuk diletakkan. 

Tapi azan berkumandang. Segera dia tinggalkan kerja dan solat dahulu. Kuatnya iman sahabat nabi. Mendahulukan Allah dari segalanya. Nampak kecil saja tapi kesannya luar biasa. 

Tafsiran Kawan Dan Sahabat

Maksud Sebenar Kawan Dan Sahabat

Sahabat adalah orang yang senang kita nak bertegur sapa dan berborak. Orang yang tak perlu kita risau penerimaan terhadap diri kita bila kita kurang keyakinan. 

Orang yang kita perlu bila kita sedih. 

Orang yang selalu ada bila kita nak dengar pendapat ketiga sesudah pasangan dan keluarga kita. Orang yang tak akan lupakan dan selalu libatkan kita dalam kehidupan mereka. 





Itu tafsiran sahabat bagi aku. 

Kawan lebih usia pernah nasihat aku. Untuk jadi sahabat baik, hati kena bersih. Kena bebas dari rasa cemburu. Kena bebas dari iri hati dan buruk sangka. Kena selalu positif dan memaafkan. 

Aku mahu jadi sebegitu. Aku mahu jadi sahabat baik kepada orang yang layak. Orang yang menghargai. Aku tak kecewa apa Allah takdirkan untuk aku. 

Rezeki aku setakat mana yang Allah izinkan. Buruk kata Allah maka buruklah bagi aku. Sesungguhnya pelajaran tentang Redha dan sabar amatlah berepisod lamanya. 


Cerita Syawal Meriahnya Sambutan Raya

Cerita pasal raya, masa aku menaip entry ni aku masih tersenyum kegembiraan. Raya paling gembira tahun ni kot. Tiada sebab cuma, bila usia semakin menginjak ni aku lebih menghargai apa yang berlaku pada diri, keluarga dan sekeliling. 

Tahun ni Raya pertama di rumah keluarga aku dulu. So memang double triple happyla. Raya jatuh pada hari isnin, jadinya Sabtu dah balik kampung tercinta. 

Perjalanan jem seperti biasa, ambil 7 jam baru sampai kampung. Stress tu memang la, tapi bila fikir nak berbuka dengan mak dan adik beradik terus hilang stress tu. 


Cerita Syawal Meriahnya Sambutan Raya

Dua hari sebelum raya berbuka berbuka di kampung dengan mak depan mata memang satu kenikmatan. Penat memasak, tapi kepuasan tahap maksimum. 

Balik kampung musim buah tapi tak sempat nak merasa sebab dah sibuk nak masak berbuka and raya. 

Masa malam raya seperti biasa teruskan tradisi bakar sate, then pagi raya ramai setuju nak masak nasi Arab. Makan memang meriah. 

Malam membakar sate anak-anak buah sibuk main mercun, bunga api. Ikhwan memang seronok. Kebetulan orang kampung memang ramai main mercun dan bunga api. Meriah nya di hari Raya.


Tradisi Di Hari Raya


Pagi jiran tetangga dah mula datang beraya, kawan-kawan anak saudara, then stop terima tetamu kami ziarah kubur arwah abah and Muhamad, anak kak shiela. Sebak bila cerita pasal abah la.
 
Then teruskan perjalanan balik kampung beraya rumah, pak ngah, rumah mak teh, rumah acik ani, then balik ke rumah pak-we di Teluk Sentang. Sambung lagi ke rumah Pak Anjang di Bukit Mendi. 

Malam baru sampai rumah. keras betis. Risau ke mak je. Masa balik kampung mak dah sakit dan pagi sabtu dah pergi klinik cucuk. Sebab Gout. 

Then sehari sebelum raya mak nak cucuk jugak. Kali ni menantu yang nurse yang cucuk. Mak takut sakit teruk masa Raya. Mak dah berusia, memang tak leh ganas-ganas dan berjalan banyak ni. 

Alhamdulillah nampak mak senyum je. Sempat mandikan mak masa mak sakit. Cuci, dan sabunkan. Nikmat Allah. Rasa sikit sangat budi yang dapat dibalas. 

Moga terpilih untuk balas jasa mak. Raya kedua sambung memasak, dan duduk dirumah sahaja. Tempoh duduk dikampung, masa berlalu pantas. 

Raya ketiga dah balik ke kampung sebelah suami. Balik Melaka. Sebab dah raya ketiga, tak sempat jumpa adik beradik suami sebab dah start kerja. 

Gambar pun tak ada nak snap. Sedih suami. Tahun depan kena gembirakan suami la pulak. 
Tahun depan turn beraya sebelah suami pulak. Nak latih diri supaya redha dan sabar ni. 

Dah boleh mula dari sekarang. Takut nanti berlinang air mata. Tahun ni semua adik beradik mostly beraya dipahang dulu, 8 out of 10 termasuk yang bongsu. Tahun depan sedihla mak, dua orang je available balik teman mak dulu. 


Cerita Raya Tahun 2018

Kau Yang Aku Anggap Kawan

Kau Yang Aku Anggap Kawan


Aku berkawan dan aku punya misi
bukan sekadar berkawan
kalau boleh biarlah kawan dunia akhirat

Kalau namanya kawan sampai mati
jadi mahu yang terbaik berlaku untuk kawan
dari SPM sampai Degree aku banyak sejarah pahit
pasal kawan.

Samaada aku salah pilih kawan
Atau kawan tak sama niat dengan aku
Bila berkawan aku bagi komitment
Aku letak tanggungjawab dan
Aku ikat kukuh hubungan tu
Jangan jatuh berderai, jangan terluka

tapi biasala mana ada manusia sempurna
diploma aku pernah menangis sebab kawan
degree aku jadi takut dan aku pernah menangis
sebab keseorangan.

Aku ajar diri supaya kuat bila bersendirian
Dan kebanyakkan kawan sama jantina aku
Payah nak kekal lama

Lama-lama bila usia menginjak tua
Aku semakin paham
Bila kita bersedia nak berkawan
Kita kena sedia berkorban

terkorban mati atau cacat seumur hidup.. hati cacat

Bercuti di Pulau Langkawi 4 Hari 3 Malam

Plan untuk bercuti bersama rakan-rakan di Pulau Langkawi memang dah lama kami bincang. Oleh sebab masing-masing belum pernah jejakkan kaki ke sana kecuali Endi. 

Kami bersetuju untuk explore keindahan Pulau Langkawi bersama-sama, buat pertama kali. Dalam fikiran dah terbayang seronoknya.

Awalnya agak berat hati nak join sebab hanya aku sahaja yang bawa anak kecil. Bukan apa risau keadaan aku yang ada anak kecil akan menyusahkan kawan-kawan. 

Tapi selepas dipujuk dan diyakinkan oleh Kak Salina maka tercapailah percutian impian 4 hari 3 malam kami bersama. 

cable-car-langkawi


Bercuti di Pulau Langkawi 4 Hari 3 Malam 

Pulau Langkawi jadi pilihan atas faktor kecantikan alam semulajadi, tempat tarikan pelancong dan nak borong coklat di Kompleks Haji Ismail Group (HIG). 

Sebelum kami pergi habis semua blog kami baca untuk dijadikan rujukan. Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Ha gitu. 

Overall pengalaman bercuti di Langkawi memang super-duper best ditambah lagi aku pergi bersama kawan-kawan yang satu kepala. 

Bersyukur sangat kawan-kawan tidak pernah buat aku terasa sebab lambatkan perjalanan mereka. Faham sajalah ada anak kecil.

Oleh sebab pertama kali datang dan ada anak kecil aku pilih aktiviti yang kurang mencabar tapi masih lagi menarik untuk pergi. 

Untuk aktiviti air, kami ambil pakej Island Hoping dan selebihnya kami melawat tempat-tempat bersejarah di Langkawi. 

Aku nasihatkan untuk yang nak bercuti ke Langkawi supaya buat persediaan awal dan pilih tempat yang memang korang nak pergi. 

Kalau suka aktiviti air mungkin boleh tambah pakej snorkelling. Tak sempat nak buat semua benda kalau pergi 4 hari, jadi kena pergi satu minggu agaknya. 

Kami book tiket ke Langkawi setahun awal dari tarikh kami pergi. Kami pilih Air Asia sebab masa tu ada promosi untuk perlancongan domestik. 

Alhamdulillah perjalanan dengan Air Asia berjalan lancar. Tak berdepan situasi delay dan prosess check in sangat smooth. 

Bercuti-di-Pulau-Langkawi


Urusan Sewa Kereta, Bercuti Di Langkawi

Untuk memudahkan pergerakkan kami di Langkawi jadi kami bersetuju untuk sewa kereta untuk setiap keluarga. 

Kawan cadangkan untuk ambil perkhidmatan sewa kereta di jeti Langkawi memandangkan sebelum ni dia pernah book kereta di sana dan tiada masalah. 

Malangnya pada hari tersebut nasib tidak begitu menyebelahi kami. Pemilik kereta kenakan caj tambahan RM20 kerana kami tukar lokasi pemulangan kereta iaitu destinasi akhir kami di Lapangan Terbang. 

Kalau ikut perbincangan dalam telefon sepatutnya tak wujud pun caj tambahan, dan malas nak panjangkan cerita kami setuju je bayar kos tambahan. Aku pilih kereta Viva untuk keluarga kecil aku. 

Sewa harian ialah RM50 (harga market RM60), rasa gembira sebab dapat murah tetapi pemilik kereta suka buat surprise beri syarat tambahan dan perlukan kami bayar lebih. Sudahnya jadi lebih mahal. 

Pakej Island Hoping Pakej Pusing Pulau

Pakej Island Hoping yang kami ambil termasuk melawat Tasek Dayang Bunting, aktiviti Eagle feeding dan bercanda di Pantai Beras Basah. 

Sempat juga pemandu bot tunjukkan Gua Kelawar yang sepatutnya tiada dalam pakej dia tawarkan. Kira bonus la dapat tengok tempat tidur kelawar. Lol. 


gua-kelawar-island-hoping



Kami ambil keputusan untuk sewa satu bot supaya lebih privacy dan tidak terkejar-kejar dan keputusan itu berbaloi ya. 

Nasihat aku supaya bawa bag kalis air dan isi dengan tuala, makanan dan air mineral. Perhentian pertama kami ialah aktiviti Eagle Feeding. 

Pemandu bot akan bawa pelancong ke kawasan untuk melihat burung Helang mencari makanan. Enjin bot dimatikan dan pemandu bot akan mencampak makanan ke dalam air laut. 

Pengalaman melihat burung Helang terbang di langit dan terbang menangkap makanan merupakan pengalaman baru buat kami. 

eagle-feeding-island-hoping



Seterusnya, pemandu bot turunkan kami di Pantai Beras Basah untuk kami menghayati keindahan Pantai. Pasirnya yang putih dan air laut yang hijau memang cantik. 

Dekat sini ada kawasan untuk ambil gambar, boleh mandi dan ada kedai menjual cenderamata dan makanan. 

Pantai-beras-Basah-Langkawi



Kami tak mandi dan sekadar bergambar buat kenangan. Dekat sini ada monyet yang sentiasa bersedia untuk mencuri plastik makanan pelancong. Hati-hati.  

Seterusnya kami singgah ke Tasik Dayang Bunting yang terkenal dengan sejarahya. Rupa-rupanya kami kena menapak hampir 15 minit dari jeti kami diturunkan. 

Kawasan agak berbukit dan tidak sesuai untuk warga emas dan kanak-kanak bawah satu tahun. Selepas penat mendaki, kena tempuh jalan bertangga barulah akan sampai ke Tasek ini. 

Tasek-dayang-Bunting



Korang boleh mandi, main permainan kayuh bot beroda besar dan juga berehat menghayati keindahan alam. 

Aku dan suami tak mandi, tak main permainan air dan hanya melayan anak sambil makan. Penakut nak mandi sebenarnya sebab tak reti berenang. Seram lah. 

Jangan risau jaket keselamatan akan diberikan jadi confirm akan terapung dalam air tu. Keindahan landscape memang tak boleh dipertikaikan. 

mandi-Tasek-dayang-Bunting


Yang aku tahu, tasek Dayang Bunting terkenal untuk pasangan yang berusaha untuk dapatkan cahaya mata, katanya bila minum air di Tasek Dayang Bunting ni akan dikurniakan rezeki mengandung dengan izin Allah. Wallahualam. 

Hotel Di Pulau Langkawi

Ikutkan jadual banyak aktiviti kami habiskan masa berada di luar jadi kami pilih hotel ekonomi sekadar untuk tidur. 

Kami pilih untuk menginap di Hotel Bahagia yang terletak di Pekan Kuah. Hotel yang tepat kerana jarak yang dekat dengan tempat shopping. 

Hotel-di-Pulau-Langkawi



So far berpuas hati dengan keadaan hotel yang bersih, makanan yang boleh diterima tekak dan perkhidmatan lain yang tidak menghampakan. 


Menariknya, berdekatan dengan hotel ialah restoran yang menyajikan makanan Thailand yang popular di kalangan pelancong iaitu Restoran Wan Thai. 

Berbaloi dari segi rasa dan harga. Korang patut cuba kalau dah sampai Langkawi ya. Untuk aktiviti membeli belah, kami khaskan satu hari untuk membeli belah. 

Ada dua tempat yang kami letak dalam itinerary iaitu Kompleks HIG dan juga Idaman Suri. Sehari sebelum tu kami sempat masuk sekejap untuk buat perbandingan harga. 

coklat-HIG-langkawi


Ambil keputusan untuk beli coklat dia HIG sebab harga dan pilihan lebih banyak dan beli alatan seperti kuali (Pemanggang ajaib tengah popular masa ni) dan pisau di Idaman Suri. 

Memang rambang mata dan kena luangkan masa yang lama untuk dua tempat ni ya. Punyalah aku sukakan Langkawi dan pernah berangan nak ada resort tepi pantai dekat sini. 


Food Hunting Di Pulau Langkawi

Kalau datang Langkawi memang tak sah kalau tak makan laksa tepi pantai. Antara pot makan laksa yang kami tertarik nak cuba ialah gerai Laksa Power. 

Pengalaman yang akan kurang menyenangkan sebab ramai sangat pelanggan masa kami datang jadi servis sangat perlahan. Harga boleh tahan mahal bagi aku. 

Untuk lunch sila pergi ke Restoran Jom Ikan Bakar yang terletak berdekatan dengan Airport Langkawi. Boleh waze je nama restoran tu. Sedap nya tak tipu. 

Segala jenis lauk ada dan harga sangat berpatutan. Berbaloi sangat walau terpaksa beratur, dan makan dalam keadaan cuaca yang panas. 

Melawat Tempat Bersejarah di Langkawi

Tak sah kalau datang ke Langkawi tapi tak pergi ke Cable Car. Banyak pakej yang disediakan jadi buat pilihan bijak. 

Oleh sebab tak cukup masa jadi kami hanya naik Cable Car. Kagum dengan kecantikkan pemandangan kat atas tu. Untuk orang gayat, beranikan diri sebab berbaloi sangat untuk dijadikan kenangan. 

Bercuti-di-cable-car



Lokasi kami seterusnya ialah melawat Makam Mahsuri. Pengalaman melawat rumah yang penuh dengan barang dan fakta menceritakan kisah Mahsuri di Langkawi. 

Orang yang sukakan sejarah pasti akan seronok untuk explore. Penat weh banyak rumah bersejarah korang boleh masuk. 

tempat-menarik-langkawi



Kawan-kawan sempat singgah di Telaga Tujuh, kami bercadang untuk mandi tapi terpaksa ubah rancangan sebab tengah musim kemarau. 

Air terjun pun kering. Nak sampai ke Telaga Tujuh kau orang kena mendaki bukit. Pendakian ke atas tu memang perlukan stamina. Awal-awal lagi aku tarik diri.

Petang tu kami berhenti di Gamat Nusantara untuk beli barangan berasaskan gamat seperti minyak panas, ubat-ubat tradisional dan minyak angin. 

Aku hanya tunggu dalam kereta sebab cuaca terlalu panas. Kasihankan Ikhwan takut demam. Pass tanggungjawab kepada suami untuk beli untuk dijadikan sebagai buah tangan untuk keluarga. 

Kami juga sempat singgah di Beras Terbakar.  Pergi sekadar nak tahu tempat tu macamana. Dalam cuaca panas terik and kemarau, memang terasa penat betul sebab perlu melalui kawasan berkanvas untuk sampai ke sana. 

Sepanjang berjalan tu ada banyak gerai dibuka. Boleh lah shopping. Don’t expect too much sebab kawasan beras terbakar tu kecil sahaja. Kalau tiada papan tanda pasti aku tak tahu. 

Sepanjang 4 hari 3 malam berada di Pulau Langkawi merupakan pengalaman manis yang tak mungkin aku lupakan. 

Memang tak cukup masa sebenarnya dan banyak lagi tempat menarik kami tak sempat nak pergi. Dah rancang untuk next trip nak cuba naik Fire Fly dan bawa mak datang ke sini. 

Semoga impian nak ke sini sekali lagi dipermudahkan Allah.  

50 Perkara Harus Buat Sebelum Tinggalkan Dunia


50 Perkara Harus Buat Sebelum Tinggalkan Dunia

Sekadar berkongsi.Macam aku nak jadikan life interesting and switch otak dari asyik fikir pasal kerjaya sahaja. So aku readykan checklist untuk aku cuba setelkan. Akan ditambah pakai. Yang penting kena ada target date.

Checklist

  1. Go on a road trip
  2. Visit Makkah, Tanah Suci
  3. Live in a different country
  4. Sleep under the stars
  5. Watch all those damn movies everyone keeps talking about
  6. Read all those damn books everyone keeps talking about
  7. Make something from scratch
  8. Conquer a fear
  9. Learn a foreign language
  10. Donate your hair for cancer
  11. Disconnect for a week
  12. Go to a major sporting event
  13. Take part in a city running event
  14. Volunteer at a soup kitchen
  15. Host Christmas
  16. Adopt a rescue pet
  17. Eat something you wouldn’t usually
  18. Learn a new skill
  19. Get a ‘regrettable make out’ story.
  20. Sleepover somewhere haunted
  21. Stay awake for 24 hours
  22. Attend a cop-raided party
  23. Get arrested
  24. Climb a mountain
  25. Swim in the ocean
  26. Sleep on the beach
  27. Pilot an aircraft
  28. Bury a time capsule…and open it!
  29. Take a cocktail making course
  30. Host a cocktail party
  31. Skinny dip
  32. Grow your own
  33. Have a ‘Ferris Bueller’ day
  34. Go to an expensive ‘open house’
  35. Research your family tree
  36. Leave a note for a stranger
  37. Give blood
  38. Google yourself
  39. Ride in a limo
  40. Watch all of the James Bond films
  41. Try a sensory deprivation tank
  42. Give your lunch to a homeless person
  43. Get in a mud fight
  44. Protest something
  45. Karaoke
  46. Get your fortune read
  47. Swim under a waterfall 
  48. Go on an aimless drive
  49. Go stargazing
  50. Follow a dream




Pengalaman Cabut Gigi Dan Tips Penjagaan Selepas Gigi Dicabut

Kali ni aku nak kongsikan pengalaman selepas gigi aku berjaya dicabut untuk rujukan aku pada masa hadapan. Sesuai juga untuk bacaan korang yang bakal dan telah pun dicabut giginya macam aku. 

Serius talk, sakit gigi adalah antara sakit yang paling sakit dan menakutkan pernah aku alami.
Sakit gigi boleh akibatkan kemurungan dan juga kesakitan berhari-hari lamanya. Penyelesaian hanyalah gigi bakal ditampal atau pun dicabut. 


Jadi sebelum gigi korang rosak sila jaga kesihatan gigi ok. Memandangkan gigi aku baru sahaja dicabut, aku nak kongsikan perkara-perkara perlu korang buat seterusnya iaitu tips penjagaan selepas gigi dicabut.


Pengalaman Cabut Gigi Dan Tips Penjagaan Selepas Gigi Dicabut


Rajinkan diri buat scaling sebagai rawatan menjaga gigi sebelum gigi rosak dan perlu dicabut. Boleh baca aku buat scaling gigi di klinik swasta - di sini. 




11 Tips Penjagaan Selepas Gigi Dicabut


Perkara penting perlu tahu sebab selepas gigi dicabut kadang-kadang darah masih tak berhenti keluar dan paling menakutkan bila fungsi ubat bius hilang sepenuhnya. Tips yang aku kongsikan dekat bawah ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.

#1 Selepas berjaya cabut gigi, gigit kapas di tempat gigi dicabut. Korang kena gigit kuat-kuat paling kurang selama satu jam. Alhamdulillah aku buat darah cepat berhenti. 

Kalau tak memang muntah tertelan darah.


#2 Kurangkan bercakap. Semakin banyak kita bercakap semakin banyak gerakan dibahagian mulut. Untuk aku pula memang lepas aku cabut gigi aku kemurungan tiada mood nak bercakap dengan orang.


#3 Jangan asyik kumur dengan air. Aku cenderung nak kumur dan hilangkan rasa hanyir darah sebab aku fikir bila kumur akan bantu tetapi sebaliknya berlaku.

Jadi bertambah teruk sebab semakin kerap aku kumur dengan air semakin aku nak muntah. Tak membantu.


#4 Elak lidah atau jari sentuh gusi di bahagian bekas gigi yang dicabut. Aku jadi ketagih nak sentuh dengan lidah dan jadi tak percaya gigi dah tiada. 

Bahaya jika bahagian tersebut disentuh dan dikorek. Takut makin berlarutan luka.


#5 Aku pernah baca ada orang letak ais untuk hentikan darah, tapi aku buat sebab nak hilangkan ngilu. Malangnya darah tak berhenti dan gigi semakin sakit. 

Jadi kalau kaedah letak ais membantu hilangkan pendarahan boleh lah korang cuba.  yang mana sesuai korang teruskan.


#6 Kumur air garam dengan kerap. Bancuh air garam dengan air suam. Suhu suam tu amat membantu melegakan rasa ngilu dan juga stopkan pendarahan.


#7 Makan ubat antibiotik, ubat bengkak dan ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor apabila perlu sahaja. Memandangkan aku breastfeed anak aku, jadi doktor hanya boleh bagi paracetamol dan kapas sahaja. 

Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Derita lebih sebab gusi aku bengkak. Terpaksa tahan sahaja demi anak.


#8 Makan jangan tak makan. Aku faham selera nak makan akan hilang dan risau kalau makan akan mencederakan bahagian gigi yang dicabut. Kena pastikan makan ikut jadual untuk elak penyakit lain pula.


#9 Elak kunyah makanan menggunakan gigi di bahagian gigi yang dicabut. Sebab dah terbiasa kadang-kadang memang berlaku tergigit bahagian gigi dicabut. Risiko gusi cedera jika dibersihkan dengan berus gigi.  


#10 Kumur mulut menggunakan penyegar nafas seperti Listerine selepas makan. Selain membunuh bakteria, ianya membantu mengembalikan mood ceria untuk kita.


#11 Berjaga-jaga jika ada tanda-tanda demam atau sakit lain. Segera berjumpa doktor untuk dapat nasihat.



Kesimpulan


Pada saat artikel ni ditulis adalah merupakan hari ketiga gigi aku dicabut. Walaupun sakit tapi aku masih berjaya survive dan dalam proses nak biasakan diri tanpa gigi. 

Rasa nikmat hidup diambil sedikit. Betapa hebat ciptaan Allah. Dari sekecil-kecil otot sehingga sebesar-besar organ pasti ada kegunaannya.



Review Klinik Pergigian Shahar Di Temerloh

Masa cuti CNY aritu aku balik bercuti di kampung. Kemain seronok nak habiskan masa kat kampung. Plan macam-macam. Kemas rumah bagai. Malam jumaat dah start masa tak syok. 

Sebab cuaca kat kampung dengan cuaca KL berlainan telah mengakibatkan gigi aku sakit. Gigi aku sensitip je kalau tempat tu panas. Merana la dari jumaat malam tu bertarung menahan sakit gigi.

Gigi ni setiap tahun memang problem. Bila pergi klinik then cuci ok. then biasa tahun-tahun lepas sebab takut cabut gigi aku tampal je. Penakut ok. Nak buat scaling gigi pun seram. 

Review Klinik Pergigian Shahar Di Temerloh 

Tahun ni macam tekad nak cabut je. 

Seram sejuk nak cari klinik. Paham-paham jela tengah cuti ni ada ke yang bukak. Tawakal dan merayap ke Triang kemudian terus ke Temerloh. Tanya klinik yang bukak dan akhirnya nurse recommend:

Klinik Pergigian Shahar

Address:
737B, Jalan Semantan 2, Lurah Semantan, 28000 Temerloh, Pahang🔸

Phone:
+609-2965284

Tutup:
Sunday

Lokasi dia betul-betul tepi stesen Petronas Temerloh depan sungai tu, Klinik tu macam rumah sederet dengan kedai makan bawah masjid tu. 

Kiranya klinik adalah di depan stesen bus. Sederet dengan Pustaka Saujana. Kedai buku Temerloh. Gitu aku explain. Takut tak paham.

Pengalaman Cabut Gigi di Klinik Pergigian Shahar


Doctor yang cabut is Doctor Shahar, dia charge aku RM65 sebab gigi depan. Gigi geraham aku lupa sebab aku sakit malas nak dengar. Doctor tu Masya Allah sangat baik. 

Aku mintak extra bius sebab gusi aku dah start bengkak. Dia explain kata kalau cabut masa bengkak nanti akan rasa sakit, so dia nasihat awal-awal supaya ready.

Oleh sebab aku memang nak cabut jugak so aku amik risiko. Lepas bius dia suruh aku keluar tenangkan diri dalam 5 minit then dia panggil masuk. 

Masa cucuk bius aku takut so badan aku keras sangat hahhaha. Masa cabut aku lebih relax dan positif. Start je dia seret kerusi suh aku duduk, aku dah start selawat. 

Tak tinggal walau sesaat. Bila dia cabut selepas percubaan kedua, yang pertama gigi aku rapuh, patah atas dia.

Dia explain la kata ini yang bahaya sebab bila patah semakin susah nak cabut. Tak sempat panik aku lajukan selawat, lembutkan badan terus gigi berjaya dibuang. Dalam masa kurang 5 minit. Terperanjat sebab sekejap. 


Dengan izin Allah tak sakit. Pandang gigi yang kaku, Panjang woo gigi. Then hiba bila gigi yang bersama kita berpisah di klinik gigi. Aku tak ambil bawak balik pun. Jagalah gigi. Hargai pinjaman Allah ni. Banyak berjasa. 

Sabar Didik Anak Dua Tahun

Sabar Didik Anak Dua Tahun


Semalam or kerap kali jadi Ikhwan semakin membuas
Membuas yang tak kira waktu
Tapi paling kerap dia buat adalah dalam saat-saat genting
Konsepnya kene bersabar
Tapi bila badan letih, otak penat nak fikir
Sabar tu semakin menjauh, hilang entah ke mana.

Dengan kerja rumah yang tak pernah surut
Rutin harian yang memang padat
Macam semalam, hari yang stress selesai memasak
Baru start nak makan dia buat hal
Biasa bagi kebanyakan budak
Agaknya.
Aku tak pasti anak orang lain kehidupan dia macamana.

Aku syak dia nak perhatian agaknya.
Tumpahkan makanan, nak suap sendiri
Tumpahkan makanan mestilah sebab dia tak sengaja
Nak belajar buat sendiri.

Tak marah, bersabar
Berfikir macamana nak buat dia faham
Dia kan baru dua tahun setengah
Waktu tu otak aku masih waras
Walau dalam hati dah terdetik
Menjerit pedih.

Sepatutnya aku patut gembira
Perkembangan dia sebagai budak dua tahun on track
Waktu ni patutnya dia dah tahu rutin
Dah mampu buat apa biasa ibu bapa ajar
Bila mandi kena ambil tuala
Sebelum mandi kena masukan baju kotor dalam bakul
Selepas mandi pakai baju kena pakai bedak
Perkara asas.

Sekarang terpulang pada aku sebagai mak
Asuh, latih dan sabar
Penat memang pasti.
Mampu? Dah ada anak mampu atau tidak harung sajalah.

Pernah baca, ibu bapa dicadangkan supaya beli rotan
Gantung dalam rumah di tempat yang anak nampak
Khas untuk anak yang agak mencabar kesabaran
Rotan bukan nak pukul sebab geram tapi nak gerunkan saja

Aku? selalu aku buat kalau Ikhwan ada buat salah
Aku akan rotan tapak kaki
Rotan manja-manja
Lepas tu dia akan menangis
Masa tu lah aku akan pujuk dan selit nasihat
Setakat ni percubaan menjadi.

Hasil dia, Ikhwan lebih patuh.
Lebih faham. Bila aku larang buat perkara yang bahaya
Dia sendiri akan ulang kesan dan akibat kalau dia buat
Nanti jatuh, berdarah sakit
Itu contoh.

Jom Bercuti Di Pulau Pangkor

Hoi malasnya nak update entry pasal bercuti last year. Amboi macam dah lama sangat kan? Hahhahha. Padahal pergi 28-29 December 2013. 

Plan pun tak lama dan agak mengejut sebab layankan akak aku teringin nak berjalan time cuti sekolah. Nasihat siapa nak bercuti pergilah masa bukan cuti sekolah tapi kalau degil dan tahan lasak apa salah cuba. 

Kali ni bercuti yang dekat dan jimat duit. Tak nak penat drive dan tak ambil cuti ekstra pun. Kali ni bercuti ramai. 3 keluarga campur mak aku. Dalam anggaran 12 orang.

So kali ni jom jalan ke Pulau Pangkor Lumut. Naik dari Jeti Lumut, parking kereta kat parking bertingkat dengan bayaran RM12.

Jom Bercuti Di Pulau Pangkor 

Tiket feri RM10 pergi balik. Ramainya orang  sebab semua orang tahan lasak. Aku stay kat Teluk Nipah. Lepas buat survey google aku terpikat dengan Purnama Beach Resort. Harga room pun under budget, sangat dekat dengan laut then tempat dia bersih.

Breakfast option sesuai dengan harga RM10. If compare resort macam Hornbil yang memang dekat dengan laut rasanya takda privacy kot. Tapi Purnama Beach Resort ni memang sebelah je dengan Budget Hotel.

Masa kitaorg datang ni semua resort penuh. So sesiapa nak senang book dulu sebelum pergi kecuali hari biasa memang tak ramai orang. 

Pastu dari jeti ke Purnama naik van warna pink dia call teksi. Dia charge RM20. So senang jela boleh share kalau ramai-ramai ni. Jimat.



Lokasi Purnama Beach Resort

Depan laut memang ramai orang bukak kedai makan dan cenderahati. Sebut laut, teringat bercuti di Terengganu. Sedapnya makan Ikan Celup tepung sambil  pekena angin pantai.  

So memang tak risau pasal makanan. Harga still ok. Sabtu lepas check in kami semua jalan cari makan then mandi laut sekejap then sambung kat pool. 

Kejadian yang memang tak akan dilupa masa syok makan ada sorang mamat muda lagi, dengarnya konvoi ramai-ramai dari langkawi.

Tengah syok kunyah nasi tetibe dia menggelupur kena sawan pig. Kus semangat, kelam kabut akak kedai suruh jirus muka, kepala dengan air kasik sejuk. 

Dalam 3/4 minit menggelupur siap ramai-ramai pegang dia jangan menggelupur. Saat itu jugak selera makan aku bagai ditarik sekali. Tak lama lepas tu dia sedar dan dia memang tak sedar siap tanya member apa berlaku.

Malam hujan renyai dan keluar cari makan kat gerai yang bukak. Memang tak berani makan kedai jual seafood sebab harga mahal nak mampos kot. 

So malas just beli yang cepat dan kenyang. Esok pagi dah memang amik breakfast dengan resort so ok la. Masa kami datang ni musim hujan tak habis lagi. So renyai-renyai la hujan. Agak terbantut activity. Dah alang-alang sampai redah jela.

Pusing-Pusing Pulau Pangkor

Esok lepas check out kami sewa van nak pusing pulau. Dia charge RM80. Untung pergi ramai sebab leh cut cost. 

Mula pusing stop kat Kilang Makanan kering kot nama dia. Gila beli sotong gula tu. Ok paling sedap keropok dia la aku rasa. Yang lain aku rasa biasa-biasa je.

Oh suka ikan bilis jugak. Then dia stop kat Tokong Cina. Ha kat sini fridge magnet, dll amatlah murah compared to kat chalet. 

So simpan duit beli kat sini. Pastu ke tempat kesan tinggalan sejarah. Apa nama aku lupa. Then dia hantar kami ke jeti semula.

Pusing pulau sekejap sangat dats why aku pergi hari akhir. Sebenarnya ada activity macam pergi snorkelling and naik bot tapi kami tak buat. 

Atas factor anak kecik dan mak tak kuat sangat so banyak rehat je. Next time kalau pergi lagi mesti buat tu semua. Air laut Pangkor terbaik. Bersih. Next time nak bercuti lama sikit. 

Harga Bilik bukan cuti sekolah bawah RM100.. untuk tidur sahaja okaylah. Ada pool depan bilik, bersih..cantik






Dijentik Dan Terus Dijentik

Dijentik Dan Terus Dijentik

Aku dijentik kuat dan lebih kuat lagi.
Selama ini Allah bagi jentikan yang cukup buat aku hilang imbangan.
Aku cuba elak untuk jatuh dan terus imbangkan diri.

Seketika aku macam mampu untuk tegap berdiri.
Aku cuba dan puas mencuba. 
Cuba untuk tidak terjatuh.
Dan sekarang goncangan dah ke tahap maksima.
Mana mungkin. 

Apakah Allah mahu aku jatuh dan belajar?
Adakah aku jatuh dan tak dapat bangun lagi? 
Lemas atau mati?

Sungguh banyak soalan. 
Yang aku sendiri tak mampu nak jawab. 
Sumpah, aku dah cuba. 
Sedaya upaya Sehabis baik.
Sampai usaha terakhir saat aku ketika itu. 

Aku Penat Sangat

Aku penat. Penat Teramat. 
Rasa sesuatu ditarik perlahan dari jiwa.
Rasa yang mencengkam. 
Rasa membunuh dalam diam.

Kalau dapat aku cari sebab aku jadi begini alangkah bagus.
Cuma satu yang aku pasti
Tersepit antara rasa hormat dan derhaka.
Bimbang syurga makin menjauh bila aku lupa diri. 
Bila cuba untuk hapuskan punca.
Terus jadi derhaka.
Sesungguhnya, syurga itu mahal harganya. 

Allah Maha Mendengar
Allah Maha Mengetahui
Bantulah aku Allah
Sesungguhnya aku dalam kesusahan
Aku menderita dalam diam
Jiwa aku perlahan hancur tanpa sedar


Syurga Buatmu - Ahmad Amar Ahmad Azam Ab Rahman

Dengan izin Allah, sekelip mata Allah bukakan mata, cerahkan hati gerakkan minda berfikir dan memahami apa itu kematian. Tujuan hidup di dunia. 

Dunia adalah tempat kita berpenat lelah untuk melakukan kebaikan, bersenang lenang hanya di Syurga.
Di Istanbul umat Islam berebut-rebut membuat kebaikan dan di Malaysia orang Islam berebut menunjukkan kebodohan, melakukan kemungkaran. 

Syurga Buatmu - Ahmad Amar Ahmad Azam Ab Rahman


Ya Allah, mana hilangnya rasa takut kepada hukum Allah. Ya Allah pilihlah aku menjadi sebahagian orang yang dipilih untuk syahid di jalanMu.

Sebak baca pasal Ahmad Amar Ahmad Azam Ab Rahman. Juga boleh tonton tentang diri arwah di youtube. Seronok baca di page sahabat kita yang juga hebahkan pasal Ahmad Amar. 

Syurga aku bila mati nanti?