Pandai Hias Cupcake hanya dalam beberapa jam?

Aku nak kongsikan pengalaman berharga yang aku dapat tentang bagaimana nak pandai menghias cupcake hanya dalam beberapa jam sahaja. Hias bukan sebarang hias tau, ni hias menggunakan fondant.

Believe it or not rupa-rupanya korang kena tahu teknik yang betul bila nak hias cupcake menggunakan fondant. Semua tip dan trick aku belajar masa hadiri kelas baking di Collins Kitchen Lab yang bertempat di Solaris Mont Kiara.

Pandai Hias Cupcake hanya dalam beberapa jam?

Aku berjaya hias enam biji cupcake comel hasil tunjuk ajar cikgu yang merupakan pemilik Collins Kitchen Lab sendiri. Masa awal-awal memang ragu-ragu sangat dengan diri. 

Tak pernah aku uli fondant seumur hidup. Tapi hasil tunjuk ajar cikgu yang memang mudah sangat nak faham.


Kelas Baking Collins Kitchen Lab

Kelas Baking Workshop Collins Kitchen Lab

Terima kasih kepada theAsianparentMalaysia, di bawah program VIP Mum yang telah menaja aku dan para ibu lain di Kelas Baking Workshop Collins Kitchen Lab. 

Memang seronok tak terkata sebab inilah peluang untuk meneroka lebih jauh lagi minat aku dalam bidang memasak dan baking.

Untuk pengetahuan semua, Mums Baking Workshop juga merupakan bonding session antara ibu dan anak. Ibu boleh pilih kelas baking bersama anak atau bersendirian. 

Kelas baking ni merupakan kelas pertama aku dan Ikhwan. Satu pengalaman yang berharga dan akan kami kenang sepanjang hayat.


Kelas baking kami pada hari tu terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama adalah khusus untuk anak-anak menghias cupcake dan di ikuti oleh kelas menghias cupcake bagi ibu. 

Cikgu akan beri tunjuk ajar bagaimana cara menghias cupcake dan kemudian baru kami mula menghias.




Aktiviti Me Time Para Ibu

Kebiasaan aku sebagai Work At Home Mum (WAHM), bila stress dengan jadual yang padat dan kerja rumah yang memenatkan aku suka buat kek. 

Itu cara aku lepaskan tekanan, jadi bila ada kesempatan menghadiri kelas baking ni memang kena sangat dengan ‘me time’ aku.


Seronoknya juga selain dapat ‘me time’, aku dapat berkenalan dengan kawan baru. Terhibur dengar kisah masing-masing. Sesekali dapat keluar berjumpa kawan baru dan belajar benda baru memberi suntikan semangat dalam hidup. 

Asyik terperuk dekat rumah boleh, lama-lama boleh datangkan kesan buruk tau.

Aku sangat setuju dan cadangkan para suami untuk hantar isteri ke kelas macam ni. Tengok la minat isteri dan hantar ke kelas yang betul. Di Collins Kitchen Lab ni ada kelas lain seperti Basic Sugar Cookie, Cake Pops, Kek-kek moden dan pelbagai jenis manisan.


Bagaimana Nak Pandai Hias Cupcake Guna Fondant?

Korang jangan takut nak cuba uli fondant. Apa yang penting korang kena berfikiran terbuka dan enjoy je belajar. 

Jangan takut-takut nak uli sebab nak mengendalikan fondant kena guna tenaga. Kalau buat untuk kek saiz 8 inci mesti lenguh tangan.


Antara tips dan trick cikgu kongsikan untuk hias cupcake guna fondant ialah kena pastikan tangan sentiasa berada dalam keadaan kering. Kalau basah akan merosakan fondant.

  • Semasa menguli fondant, teknik tekan dan tolak haruslah betul serta cikgu ada kongsikan petua nak tahu fondant sudah di uli dengan baik atau tidak ialah tekstur fondant itu sendiri. Sebelum di uli, fondant agak keras dan kasar, tekstur fondant akan berubah dan sedia di digunakan selepas tekstur fondant berubah selembut punggung bayi. Kelakar kan?
  • Sentiasa sapukan fondant dengan tepung jagung untuk elak fondant melekit semasa dicanai. Macam sapu bedak tu.
  • Tangan aku jenis yang cepat berpeluh, darah panas cikgu kata. Jadi kena lebih banyak bersabar dan kena pantas menguli supaya fondant tak comot. Tapi aku puas hati je hasil fondant aku. Next time aku nak cuba uli pakai sarung tangan getah. Mana tahu membantu. 
  • Untuk aktiviti menghias cupcake bagi anak-anak pula, mereka diberikan empat biji cupcake, butter cream dan juga gula-gula hiasan. Cikgu akan tunjukan cara piping butter cream dan kemudian anak-anak boleh tiru apa yang cikgu ajar atau hias mengikut corak kegemaran sendiri.

Aku dapat simpulkan yang kelas baking Workshop Collins Kitchen Lab sangat menyeronokan. Anak aku dah ajak untuk datang lagi nak buat kek lain pula. 

Sangat-sangat berbaloi terutama mereka yang nak cari ilmu sebab cikgu yang mengajar berpengalaman.



Apa yang paling penting, kegembiraan aku sebagai ibu dan berkongsi detik bahagia bersama anak serta habiskan masa berkualiti bersama.

Penubuhan Collins Kitchen Lab

Menurut pengasas Collins Kitchen Lab, Frances Voon berkata selepas beberapa tahun Little Collins Cakery & Café dibuka, mereka menerima permintaan untuk mengajar di kelas. 

Selepas mendapat peluang maka lahirlah Collins Kitchen Lab.

Sebelum itu mereka menjalankan Little Collins Cakery & Cafe yang merupakan perniagaan milik keluarga yang terletak di dalam hutan konkrit terletak di Solaris Mont kiara. 

Ia bermula sebagai kedai bunga & kedai roti dan akhirnya mereka menemui jiwa mereka iaitu dessert & apa sahaja yang lazat.


Selain terkenal dengan kek yang unik dan kuih muih, Little Collins Cakery & Café menerima tempahan kek perkahwinan. 

Collins Kitchen Lab juga menyediakan ruang untuk bengkel Swasta & Korporat yang boleh diatur mengikut keperluan korang.



Collins Kitchen Lab adalah studio mengajar yang serba boleh untuk kumpulan kecil dan sederhana. Ada dua ruang yang tersedia. 

Ruang bengkel Mini adalah ruang yang cerah dan lapang yang sesuai untuk bengkel mini yang intim. "Makmal Dapur" utama dilengkapi untuk sesi demo, rakaman video atau kelas, Collins Kitchen Lab adalah ruang yang selesa yang anda perlukan.

Class Schedule:

16 Nov 2019 – Woodland Teddy Cake
17 Nov 2019 – Merry Cake Pops
23 Nov 2019 – Basic Sugar Cookie Workshop
30 Nov 2019 – Christmas Cupcakes

Untuk pertanyaan mengenai kelas dan lain-lain boleh email atau hubungi mereka seperti no yang tertera di bawah.
Email: collinskitchenlab@gmail.com
WhatsApp - 0127768005

Skim Perantisan Kemahiran Baru AIMSMET

Skim Perantisan Kemahiran Baru AIMSMET & ICM, UK

Pada 2 November 2019, AIMSMET GLOBAL di bawah Kumpulan AIMSMET yang bekerjasama dengan Institut Pengurusan Perdagangan (ICM), United Kingdom telah melancarkan "Earn while you Learn" iaitu Program Penajaan Industri (ISP) ke Skim Perantisan Kemahiran untuk Masa Depan Berkemahiran Malaysia bertempat di University of Cyberjaya Malaysia.

Program ini telah dikelolakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). 

Pengerusi Kumpulan AIMSMET, Profesor Dato’ Dr Jayles Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan Komersial, Encik Adair Ford dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Gaya Hidup AIMSMET, Cik Alice Hoang telah membuat satu lawatan rasmi ke pejabat Menteri dan pengesahan itu dimeteraikan menerusi tandatangan plak oleh Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif ICM, UK.

Skim Perantisan Kemahiran Baru Kerjasama AIMSMET & ICM, UK


Untuk pengetahuan, matlamat utama program ini adalah untuk menarik golongan muda Malaysia, tanpa mengira pengalaman mereka, ke dalam alam pekerjaan dan mempersiapkan mereka dengan kemahiran dan pengalaman yang bersesuaian di bawah program ICM.

Pelancaran ISP untuk Skim Perantisan Kemahiran bersama AIMSMET LIFESTYLE SERVICE sebagai perintis adalah program yang tepat pada masanya selaras kempen kerajaan dalam mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia dan meningkatkan kecekapan mahir di kalangan belia untuk bergerak ke arah ekonomi digital.


Kekurangan Tenaga Kerja Berkemahiran

Jawatankuasa Pemantauan Kemahiran Kritikal (CSC) mengenal pasti bahawa dua pekerjaan yang berada di tahap kritikal kini mempunyai kekurangan tenaga kerja adalah pekerjaan di dalam bidang perkhidmatan dan jualan.

Antara sebabnya ialah kurang fasih berbahasa Inggeris, kurang kemahiran komunikasi, kurang skill serta kemahiran perkhidmatan pelanggan dan kurang dari segi keupayaan pembahagian tugas.

Oleh itu sektor runcit, terutamanya di dalam bidang penyediaan makanan memerlukan penyelesaian segera untuk melatih rakyat Malaysia, terutama lepasan sekolah, untuk mengisi jurang ini.

Sejak pengenalan awal Program Penajaan Industri pada September 2017 dengan ACT Hubs Sdn Bhd pada tahun 2018, AIMSMET mempunyai lebih daripada 30 industri daripada bidang penyediaan Makanan & Minuman hingga ke bidang Ekonomi Digital kepada Perkhidmatan Pelanggan seperti Syarikat Kopi Starbucks, McDonald's(Gerbang Alaf Restoran), Marrybrown, Only World Group (OWG), Watsons dan banyak lagi.

Mereka juga telah menaja lebih daripada 80 pelajar lepasan sekolah dan graduan dalam program ICM. Melalui pergerakan ini, kemahiran, minat dan sumbangan setiap individu akan memacu pembangunan modal insan di setiap organisasi ke arah penguasaan kemahiran maju dan pembelajaran sepanjang hayat.

"Bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, modal insan Malaysia perlu dibangunkan dengan program seperti AIMSMET: Program Penajaan Industri. Sebagai kerajaan, kami komited untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Kami telah menggunakan semangat kemakmuran bersama dalam Belanjawan 2020 dan telah memberi keutamaan sektor seperti TVET dan latihan kemahiran. Walaupun Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan modal insan sejak kemerdekaan, masih banyak yang perlu dilakukan sebelum mencapai matlamat kita sebagai negara kompetitif pada skala global. "

- YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail.


Apperanticeship model AIMSMET


Panel Forum "Peralihan Paradigma dalam Pendidikan & Latihan - Model Perintis Mahir"

Bersempena dengan pelancaran "Earn while you Learn" - Program Penajaan Industri, perbincangan panel diadakan mengenai topik, "Peralihan Paradigma dalam Pendidikan & Latihan - Model Perintis Mahir".

Melalui forum ini, panel jemputan berkongsi pengalaman dalam bidang masing-masing dan menegaskan generasi muda supaya mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran sebelum memasuki dunia pekerjaan.

Semestinya panel jemputan yang digemari ramai Datuk Dr Chef Wan, Chef Selebriti yang tak lokek memberikan tip dan kata-kata semangat untuk anak muda supaya faham dan menghargai peluang yang ada.

Datuk Dr Chef Wan juga menekankan supaya anak muda yang berkecimpung dalam bidang Kulinari supaya kenal dan menghargai makanan Asia berbanding masakan Barat seterusnya menjadi pakar dalam menu masakan Asia.

Seramai lebih 200 pelajar universiti, pendidik dan mereka yang bergiat aktif di dalam industri hadir untuk memperoleh pengetahuan dan pandangan industri. 

Antara ahli panel yang hadir ialah Dato' Sri Michael Kang, Presiden SME Malaysia, Datuk Dr Chef Wan, Chef Selebriti, Datin Winnie Loo, Pengasas A Cut Above, Dr Janson Ang, Pengasas The Giving Bank Organization dan Encik Adair Ford, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengurusan Komersil, UK. Turut hadir ialah Prof. Dato' Dr Jayles Yeoh, Pengerusi Kumpulan AIMSMET juga merupakan selaku moderator ketika sidang forum berkenaan.

"Tujuan Program Penajaan Industri ini adalah untuk mengurangkan jurang perbezaan dan mempercepatkan proses pengeluaran pekerja yang berpengetahuan di dalam sektor swasta” - Prof. Dato' Dr Jayles Yeoh, Pengerusi AIMSMET Group

AIMSMET bercita-cita tinggi untuk merevolusikan pemikiran akademik dengan memperkenalkan pendidikan kehidupan sebenar. Dengan sokongan berterusan daripada pihak kerajaan dan sektorswasta, cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju global dalam menyediakan Pekerja Pengetahuan Berkualiti Tinggi untuk pelbagai industri dapat direalisasikan.

Akhirnya kami berharap dapat melihat perkembangan positif terutama dari sektor ekonomi kerana kami dapat menyediakan pekerja pengetahuan mahir untuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara ini. "

Turut hadir pada majlis itu ialah Tiffany Lim, Pengasas ACT Hubs, yang bekerja rapat dengan AIMSMET untuk berhubung dengan Rakan Industri dan untuk merekrut pelajar lepasan sekolah bagi program tersebut. 

Kedua-dua AIMSMET & ACT menyampaikan cek sebanyak RM20,000 untuk menyokong Yayasan Food Bank Malaysia pada majlis tersebut. Hadir untuk menerima cek itu ialah Encik Abdul Wahab Long, Ketua Pegawai Eksekutif Food Bank Malaysia.
 

Skim Perantisan Kemahiran Baru Kerjasama AIMSMET & ICM, UK


Program Earn while you Learn Melalui kacamata rodiahamir.com

Banyak ilmu dan juga kesedaran aku dapat melalui forum perbincangan ini. Pada pendapat aku, dah banyak saluran dan juga program yang disediakan kerajaan terutama untuk golongan B40. Cuma bagi aku, apa yang kurang hanyalah kesedaran tentang kewujudan program bantuan yang layak untuk dipohon.

Kagum dengan semangat Pengasas A Cut Above, Datin Winnie Loo yang berusia 63 Tahun dan masih meneruskan pengajian. Semangat cintakan ilmu dan tak pernah putus asa walau Datin pernah salah langkah dalam membuat percaturan hidup beliau. Umur bukanlah tanda aras dan juga halangan untuk kita capai cita-cita.

Melalui perkongsian Ketua Pegawai Eksekutif Food Bank Malaysia, Encik Abdul Wahab Long berjaya buka mata aku tentang pembaziran makanan yang dilakukan rakyat Malaysia dan hakikat yang perit untuk ditelan masih ada yang menderita kekurangan makananan akibat kemiskinan.  

Seruan untuk anak muda yang masih belajar dan yang sedang kejar cita-cita, fokuslah apa kau korang belajar dan siapkan diri dengan kemahiran yang perlu. Ilmu lah yang akan membezakan kita dan membantu kita berjaya semestinya dunia akhirat.

About AIMSMET Lifestyle Service

AIMSMET LIFESTYLE SERVICE is established with the aspiration to be one of the most popular Skilled Apprenticeship Centers of the ICM, UK - the industry-based British qualification programsthat AIMSMET Group is providing to Malaysian learnerssince itsinitialstart in 2017.

Starting with the Food & Beverage industry, branded as Vietdekat, AIMSMET LIFESTYLE SERVICE focuses on providing real hands-on experience to complement the conventional textbook theories in Business Studies and Hospitality Management. At AIMSMET LIFESTYLE SERVICE, not only the learners are equipped with F&B skills but also nurtured and encouraged to explore other potentials the students might have not seen for themselves in other related industries so that when they complete the one-year of the Industry Sponsorship Program, they can see a clearer future and pursue it further.

About Institute of Commercial Management (ICM), UK Established as a charity for global outreach in 1979, the Institute of Commercial Management (ICM) is the leading professional body for commercial and business development staff. ICM provides a wide range of professional qualifications in business, management and related vocational areas. Our programs are designed to address and respond to the training needs as well as the personal development of learners, whether entering or continuing to work within the wide and varied commercial sector. 

ICM exhibits best practice in responding to the academic and vocational needs of learners by regular liaison and structured feedback mechanisms, thereby ensuring that we stay in touch with the needs of Centers and learners. We strive to implement rigor in the award of credit, inclusive in assessment and examination, accuracy and efficiency in the certification of all our learners undertaking business, management and related vocational education programs.

Review Realme XT Kuad Kamera Snapdragon 64MP

Kalau sebelum ni aku ada kongsikan tentang telefon pintar realme XT yang telah pun secara rasminya dilancarkan di Malaysia, kali ni aku nak kongsikan pula review Realme XT Kuad Kamera Snapdragon 64MP. 

Peminat fotografi yang menggunakan telefon untuk capture saat-saat indah kena consider Realme XT. Serius gambar dia lawa teruk weh.

Untuk pengetahuan korang, realme XT adalah tambahan yang terbaharu kepada rangkaian telefon pintar realme. 

Ia dilengkapi dengan sensor utama 64MP untuk menghasilkan foto-foto yang jelas, Pemproses 712 Snapdragon, Pengecas Pantas VOOC 3.0, Paparan FHD+ Super AMOLED dan pengimbas cap jari di atas paparan.

Review Realme XT Kuad Kamera Snapdragon 64MP

Salah satu kelebihan realme XT adalah teknologi kuad kamera yang menampilkan sensor Samsung 64 MP GW1 di dalam kamera utama, lensa sudut lebar ultra 8MP, lensa makro 2MP dan lensa potret 2MP.


Hasil Kamera Realme XT


Korang tengok sendiri lah foto-foto yang dihasilkan oleh teknologi kuad kamera realme XT.

Mod Makro




Berdasarkan foto di atas, efek makro yag dihasilkan oleh kamera realme XT adalah luar biasa. 
Ia menunjukkan kemampuan sebenar lensa makro dari jarak 4cm, di antara lensa dan objek. Lensa makro ini membolehkan anda untuk mendekati dan menikmati keindahan dunia makro di sekitar anda.

Mod Potret



Tambahan lagi, realme XT  berkemampuan untuk menghasilkan foto potret berkualiti seperti mana yang diambil di studio, dengan adanya fungsi HDR pintar. 

HDR pintar yang sebenar akan memaparkan efek sorotan (highlight) dan bayangan (shadow) bagi menghasilkan foto potret yang hidup. Gunakan mod potret untuk mengambil foto orang-orang yang tersayang dan anda pasti akan kagum dengan hasilnya.

Sudut Lebar Ultra




Lensa Sudut Lebar Ultra 119°dan Pandangan Lebar (Wider View) 1.5x membolehkan anda menangkap segala apa yang dapat dilihat dalam satu gambar. 

Kamera sudut lebar ultra dengan darjah pandangan 119° yang 50% lebih lebar dan dengan bantuan engin DLDC yang membetulkan herotan dapat memastikan gambar yang dihasilkan adalah berkualiti. 

Foto contoh ini menunjukkan hasil menggunakan lensa sudut lebar ultra untuk mendapatkan pemandangan yang lebih luas.

64MP



Akhirnya, kelebihan realme XT yang paling ketara terletak pada sistem kuad kamera 64MP. realme XT dilengkapi sensor 64MP ISOCELL GW1 yang mampu menghasilkan output pixel tinggi 9216 X 6912 di dalam fotografi.  

Hasilnya adalah amat mengagumkan di bawah pencahayaan yang sempurna seperti foto yang ditunjukkan di atas. Perincian dapat dilihat dengan jelas apabila foto dizoom.

Sebagai kesimpulan, kelebihan realme adalah terletak pada sistem kamera 64MP, selain daripada reka bentuk premium dan prestasi yang lancar. 

Tiada telefon pintar lain di segmen ini yang dapat menawarkan gandingan fotografi resolusi tinggi terperinci dengan fungsi yang serba boleh. Anda hanya perlukan realme XT untuk menghasilkan foto yang sebenar!

Bagi setiap pembelian realme XT di Jualan Lazada 11.11, realme Malaysia akan memberikan sebuah beg realme bernilai RM159 dengan PERCUMA. 

Pakej Umrah Istimewa Dari Rarecation Umrah

Pakej Umrah Istimewa Dari Rarecation Umrah

Dah lama aku pasang impian nak jejakan kaki ke Tanah Suci untuk tunaikan umrah. Lepas baca tentang pakej umrah yang dikongsikan di blog sukamakanjalan lagi lah membuak-buak keinginan nak pergi. Rezeki mak dan kakak aku dijemput untuk menunaikan umrah tahun lepas. Kegembiraan dan saat manis tu memang tak pernah habis duk ulang cerita dekat anak-anak.

Aku pernah dengar dalam satu ceramah Haji dan Umrah, kalau kita ada niat nak ke Tanah Suci, in sya Allah impian tu akan dipermudah oleh Allah. Allah akan jemput umatNya yang ingin berjumpaNya, duit akan cukup bila tiba masanya. Sejak tu aku selalu doa dan letak dalam wishlist perlu capai setiap tahun.

Masa mak aku ke Tanah Suci tahun lepas, segala urusan berkaitan diuruskan oleh kakak aku. Alhamdulillah perjalanan ibadah umrah berjalan lancar. Penting sangat bab keselesaan ni, iye lah peluang datang sekali seumur hidup.

Kalau ikut tahap kesihatan mak aku, agak berat hati juga nak lepaskan mak pergi berdua sahaja dengan kakak. Pentingnya untuk mencari pakej umrah yang berpengalaman, tempat penginapan seperti hotel yang dekat, mutawif dan banyak lagi lah.


Realme XT 64mp Quad Camera Snapdragon

Realme XT 64mp Quad Camera Snapdragon 

realme Malaysia secara rasmi melancarkan realme XT, telefon pintar pertama di Malaysia yang mempunyai 64MP Quad Camera Snapdragon. 

Ia adalah yang pertama Malaysia di mana menyediakan resolusi gambar yang terbaik dengan butiran yang tidak dapat diperkatakan untuk pengguna mereka. Untuk model realme XT, ia memberikan pengguna - kebebasan untuk berkongsi kreativiti mereka melalui fotografi.

Dilengkapi dengan sensor Qualcomm® Snapdragon TM 712 dan 64MP resolusi tinggi dengan penambahan teknologi Tetracell dan 3D HDR, realme XT memastikan anda mengambil gambar dengan jelas dan terperinci.


Official launch of realme XT terbaru



"Sebagai sebuah syarikat yang digerakkan oleh anak-anak muda, kita tidak hanya memahami pasaran sasaran kita tetapi kita berbangga untuk mengatakan bahawa kita juga ingin berkongsi citarasa yang sama dengan mereka iaitu ‘Dare To Leap”. 

realme telah membantu berjuta-jutapengguna setia di seluruh dunia, terutamanya anak muda untuk mengejar impian atau cita-cita mereka dan mencapai matlamat mereka.

Kini dengan realme XT, ia terus membantu pengguna telefon pintar untuk melangkah sedepan lagi dengan lebih bertenaga. 

Dengan semua ciri-ciri ini ada di dalam satu telefon pintar, kini pengguna mempunyai keupayaan untuk merebut detik-detik bergerak maju ke hadapan dengan segala cabaran yang ada tanpa risau. -kata Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia.

Ciri-Ciri Menarik Realme XT


Dikuasakan oleh kelajuan jam 2.3Ghz Snapdragon 712 AIE bersama-sama dengan sensor ultra resolusi tinggi 64MP, mempunyai binning piksel pintar empat-dalam-satu, f / 1.8 aperture besar, dan kanta 6P dengan pengumpulan cahaya yang unggul keupayaan, memberikan realme XT setanding dengan fotografi peringkat perdana.


Mempunyai Gorilla Glass 5 di bahagian depan dan belakang reka bentuk kaca melengkung yang terdapat dalam dua pilihan warna ceria - Pearl Blue dan Pearl White.

Kamera quad perdana realme XT yang dibentuk dengan sensor 64 MP GW1 Samsung untuk kamera utama, lensa sudut lebar 8MP, kanta makro 2MP dan kanta potret 2MP bersama-sama dengan 16MP 

Sony pada kamera depan, menghasilkan gambar yang tiada tandingan yang kelihatan segar dan terperinci walaupun anda mengezum masuk.

Menyokong rakaman video 4K pada 30fps, rakaman video HD 1080p pada 30fps / 60fps, rakaman Video HD 720p pada 30fps / 60fps, dan gerakan perlahan sehingga 960fps.

Mempunyai skrin penuh iaitu 6.4 inchi dan tekstur skrin Super AMOLED. Model ini juga dilengkapi dengan dual nano-SIM yang doperluas melalui slot kad microSD hingga 256GB.

Dilengkapi dengan teknologi terkini iaitu menggunakan cap jari.

Selain itu ciri-ciri yang dinantikan adalah Dolby Atoms. Ia menggabungkan pembesar suara superlinear dan penguatkuasa pintar yang menggandakan kelantangan audio dan meningkatkan kualiti bunyi untuk pengalaman audio terbaik.


Ciri-Ciri Menarik Realme XT

Aksesori realme


realme Power Bank

realme Malaysia turut mengeluarkan power bank dengan kapasitii 10000mAh. Bateri litium dengan pengecasan cepat 18W serta ada 2 ports USB Type A dan Type C. Boleh discharge power bank dan telefon pintar serentak. 2 warna bleh dimiliki samada kuning atau kelabu.

realme Buds 2

Pengguna boleh menikmati premium earphone 11,2mm bass yang terdiri daripada Multi-layer Composite Diaphragm dan Daikoku Voice Coil Jepun.Reka bentuk kapsul coaxal membolehkan gegelung alih 11.2mm untuk menyampaikan muzik Hi-Fi tanpa sebarang gangguan.

realme Buds Wireless

Aksesori terbaru yang dibawa kepada peminat oleh realme. Kerjasama dengan pengeluar muzik terkenal dunia dan DJ,Alan Walker. realme Buds Wireless ini mempunyai konsep reka bentuk yang minimalis yang dibuat daripada gel silika yang mesra logam dan kulit.

Sambungan magnet menjadikannya lebih mudah untuk menyimpan dan pada masa yang sama berfungsi sebagai suis. Ia secara automatik akan dihidupkan dan disambung ke peranti apabila dipisahkan. Ia akan dimatikan secara automatik apabila disambungkan.

Alan Walker telah bekerjasama dengan pasukan pakar penalaan akustik dari realme untuk memastikan pengguna mendapat respons bass yang paling tepat dan kuat dengan Dinamik Bass Boost (DBB). realme Buds Wireless mencipta pengalaman mendengar yang menakjubkan, terutama untuk muzik elektronik.

realme XT (Pearl Blue, Pearl White)
8 + 128 GB
Harga: RM1,399
Tarikh Penjualan: 11.11.2019 at 12 am

Untuk realme 5 (terkini) (Crystal Purple, Crystal Blue)
3 + 32 GB
Harga: RM499 (Flash sale 11.11) RRP: RM549
Tarikh Penjualan: 11.11.2019 at 12 am

Harga jualan Realme XT


Sempena 11.11, Lazada akan membuat penjualan untuk realme 5 (3+32 GB) akan diperkenalkan sebagai model eksklusif dalam talian sebenar dan promosi khas akan dikongsi di platform ini.

Pada yang membeli realme XT di Lazada pada 11.11, anda bakal membawa pulang secara PERCUMA beg realme berharga RM 159. Untuk realme XT dan realme 5 (3+32 GB) akan dijual secara ekslusif di platform Lazada.

Untuk maklumat lanjut bleh layari di realme Lazada 

realme Power Bank (Grey, Yellow)
Harga: RM129

realme Buds 2 (Black & Yellow)
Harga: RM39 (flash sale 11.11)/ RRP RM49

realme Buds Wireless (Black & Yellow)
Harga: RM149
Tarikh Penjualan: 11.11.2019 at 12 am


Untuk realme Buds Wireless sahaja, pre-order akan bermula dari 30.10.2019. Segala aksesori
yang disebutkan di atas akan juga dijual secara eksklusif di Shopee semasa Jualan 11.11 Big
Sale. Untuk lebih lanjut, layari realme Shopee 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut produk realme, layari https://www.realme.com/my/


5 Jenis Diet Untuk Kurus Dengan Cepat

Kalau sebelum ni aku pernah kupas tentang isu dah diet tapi masih tak kurus pun, jadi dalam entri kali ni aku nak kongsi tentang jenis-jenis diet yang ada. Nak Kurus cepat? 

Inilah lima jenis diet yang anda perlu tahu!

Jom kenali jenis-jenis diet dan pilih sendiri mana satu diet korang suka. Aku? semestinya yang last sekali lah.


5 Jenis Diet Untuk Kurus Dengan Cepat

BACA  DULU ~ Tip Yang Betul Untuk Diet dan kira dulu BMI korang okay tak? Guna kalkulator BMI online ni

Inilah 5 jenis diet yang anda perlu tahu!


Diet Keto


Diet Ketogenik adalah khas untuk merawat epilepsi refraktori yang sukar dikawal di kalangan kanak-kanak. 

Permakanan ini meniru aspek kebuluran dengan memaksa badan bagi membakar lemak lebih pantas berbanding karbohidrat.

Biasanya, karbohidrat yang terkandung dalam makanan ditukar kepada glukosa, yang kemudiannya diangkut ke seluruh badan terutamanya penting bagi fungsi otak. 

Bagaimanapun, jika hanya sedikit karbohidrat terdapat dalam permakanan, hati akan menukarkan lemak kepada asid lemak dan zat keton.

Zat keton memasuki otak dan menggantikan glukosa sebagai sumber tenaga. Peningkatan aras badan keton dalam darah, keadaan yang dikenali sebagai ketosis, mendorong kepada pengurangan kekerapan serangan epilepsi.

Diet ketogenik klasik mengandungi nisbah 4:1 ratio berat lemak dengan gabungan protein dan karbohidrat. 

Diet Keto mengecualikan makanan berkarbohidrat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran berkanji, roti, pasta, bijian dan gula, sambil melebihkan pengambilan makanan berlemak tinggi seperti krim dan mentega. Elok sangat sebab dapat kurangkan makanan tinggi gula.

Pada 1990-an, seorang penerbit Hollywood, Jim Abrahams mempunyai seorang anak lelaki yang mengalami penyakit sawan serius tetapi dikawal oleh diet ini, maka beliau mengasaskan Yayasan Charlie untuk mempromosikan diet ketogenik.

Diet Paleolitik

Diet paleolitik, diet Paleo, diet ravioli, atau diet zaman batu adalah diet moden yang memerlukan makanan tunggal atau makanan utama yang dianggap tersedia pada manusia semasa era Paleolitik.

Walau bagaimanapun, keupayaan pencernaan manusia moden secara anatomis adalah berbeza dari manusia pra-Homo sapiens, yang telah digunakan untuk mengkritik premis teras diet.

Walaupun terdapat variasi yang berbeza dalam cara diet paleo diinterpretasikan, diet biasanya termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, kacang, akar, dan daging dan menghindari makanan yang diproses dan makanan seperti produk tenusu, gula, kekacang, minyak olahan, garam, alkohol, dan kopi.

Tidak ada bukti yang baik bahawa diet ini membantu dengan penurunan berat badan, diet paleo boleh menyebabkan kekurangan pemakanan seperti pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, dan kesan sampingan termasuk kelemahan, cirit-birit, dan sakit kepala.



Diet Atkins

Diet Atkins ialah program penurunan berat badan yang dicipta oleh Robert Atkins. Diet Atkins diklasifikasikan sebagai diet rendah karbohidrat. 

Atkins membantu seseorang individu utnuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.

Menghadkan makanan seperti nasi, mi, kentang dan gula badan akan mula membakar lemak dan seterusnya berat badan akan menyusut. 

Tidak ada bukti keberkesanan diet untuk mencapai penurunan berat badan tahan lama dan dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.


Diet Mediterranean

Diet Mediterranean adalah diet yang diilhami oleh kebiasaan makan Yunani dan Itali pada tahun 1960-an. 

Aspek utama diet ini termasuk penggunaan minyak zaitun, kekacang, bijirin, buah-buahan, dan sayur-sayuran yang tidak ditapis, penggunaan sederhana hingga tinggi ikan, penggunaan sederhana produk tenusu (kebanyakannya sebagai keju dan yogurt), dan penggunaan rendah produk daging bukan ikan.

Diet Mediterranean, seperti yang ditakrifkan oleh ahli nutrisi, adalah berkaitan dengan amalan budaya yang UNESCO disenaraikan pada tahun 2010 di bawah tajuk "diet Mediterania" pada Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tanpa Kemanusiaan yang tidak ketara: 

"satu set kemahiran, pengetahuan, ritual, simbol dan tradisi mengenai tanaman, penuaian, penangkapan ikan, penternakan, pemuliharaan, pemprosesan, memasak, dan khususnya perkongsian dan penggunaan makanan ", bukan sebagai satu set makanan tertentu.


Diet Suku, Suku, Separuh (SSS) – Kementerian Kesihatan Malaysia

Kita dekat Malaysia ni sangat beruntung sebab Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan garis panduan lengkap untuk kita menjaga pemakanan supaya sihat. 

Kalau perasan, banyak iklan suku,suku,separuh lepas tu keluar gambar pinggan sihat Malaysia kan?
Ha melalui diet SSS ni, rakyat Malaysia di sarankan untuk makan secara berhemah. 

Kena seimbang. Suku yang dicadangkan ialah, Suku karbohidrat, Suku protein dan Separuh sayur dan buah - 3 jenis sayur, 2 jenis buah sehari.

Inilah 5 jenis diet yang anda perlu tahu untuk kurus


Lebih elok kita amalkan DSSS ni sebab ianya memang dicadangkan oleh KKM atas hasil kajian berdasarkan jenis makanan dan juga corak pemakanan kita di Malaysia. 

Kena ingat cara pemakanan tu adalah gaya hidup kita. Nak kekal lama dan sihat kena cari diet yang tak menyusahkan diri dalam masa jangka panjang.

Akhir kata, tak salah nak mencuba diet yang aku sebutkan dekat atas, tapi kena ikut kemampuan poket dan diri. Ada diet yang bagus, suruh makan makanan yang boleh tahan harganya. 

Sebulan dua mampu lah, lama kelamaan parah juga. Apa pun bersederhanalah. Islam pun galakan kita untuk sederhana.

Maklumat lanjut tentang pemakanan boleh rujuk:

http://nutrition.moh.gov.my 
http://www.moh.gov.my/


Sumber KKM, Wikipedia, Facebook Dr Rusyainie

Bayangkan! Jika Pasangan Anda Meninggal Dunia?

Pernah tak korang bayangkan, jika pasangan korang meninggalkan korang dan keluarga. Tak kisah atas apa jua alasan, sama ada bercerai mahupun pergi menghadap Ilahi selamanya. 

Bagaimana nasib korang dan ahli keluarga korang?

Banyak berita yang kita dengar setiap hari, isteri kehilangan suami kerana sakit atau kemalangan dan terpaksa meneruskan kehidupan bersama anak-anak yang masih kecil. 

Perit, sungguh tak terbayang kalau benda tu jadi dekat diri aku. Nauzubillah.

Bayangkan! Jika Pasangan Anda Meninggal Dunia?

Aku kongsikan topik kali ni bukan aku nak promote apa-apa produk Takaful /  jualan, cuma nak sebarkan kesedaran supaya bersedia menghadapi kemungkinan andai kita di uji dengan ujian kehilangan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.




Jika Pasangan Anda Meninggal Dunia?


Hidup Hanya Sementara

Aku selalu ingatkan diri yang nyawa kita ni bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik. Hidup Hanya Sementara. Sesungguhnya benar, apa yang kita ada ni semuanya pinjaman dari Allah. 

Dah jadi prinsip aku akan ingatkan diri supaya hidup sehabis baik, biar bila dipanggil nanti mudah-mudahan tak dihukum kerana gagal laksanakan amanah Allah.

Sama juga tentang suami dan anak-anak. Anak-anak dan kehidupan masih perlu diteruskan jika salah seorang dari kami meninggal. Apa yang penting, apakah kami bersedia? 

Apa plan untuk teruskan kehidupan. Jadi aku fikir amat-amat perlu untuk kita yang masih hidup ni sentiasa tahu apa yang perlu dibuat, apa rancangan jika ada kecemasan dalam hidup.


Bayangkan Pasangan mati


Apa perlu buat?

  • Sebagai wanita, amat penting untuk kita ada kesedaran tinggi. Lagi besar tanggungjawab jika anak-anak masih kecil.
  • Jangan terlalu manjakan diri dan belajar berdikari.
  • Kalau selalunya kita bergantung hidup pada suami semata-mata dah tiba masa kita perlu cari pendapatan sampingan sebagai back up.
  • Belajar berniaga dan pegang duit sendiri. Mana tahu kelak jadi perniagaan keluarga yang boleh kita wariskan pada anak-anak pula.
  • Mulakan seawal mungkin tabung pendidikan untuk kemudahan anak-anak.
  • Sediakan plan takaful untuk keluarga. Paling aku risaukan, ahli keluarga sakit dan kita perlukan duit untuk menjalani rawatan tapi kita gagal nak sediakan. 
  • Kongsi password bank dan urusan kewangan dengan pasangan. Bayangkan kita ada duit tapi kita mampu tengok je dalam bank.
  • Sentiasa berkomunikasi dan berbincang tentang plan kecemasan dengan pasangan. Masa ini lah kita kongsikan segala ikhtiar hidup dan tip survival supaya pasangan boleh teruskan kehidupan walaupun tanpa kita.
  • Bersedia dengan apa jua perubahan dalam hidup. Berlapang dada dan sentiasa positif. Sentiasa fikir kita adalah harapan dan juga pelindung masa depan anak-anak. Jadi cuba buat yang terbaik.


Setiap saat masa menulis entri kali ni, aku letakkan diri di tempat mereka yang kehilangan orang tersayang. 

Mana mungkin akan sama meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak berseorangan.

Aku doakan mereka yang diuji dengan kehilangan pasangan semoga sentiasa kuat, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki, dikurniakan tubuh badan yang sihat, dan dilapangkan kesulitan menjalani kehidupan.

Semoga doa yang sama melantun kembali pada aku.


Korang Dah Cuba Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat?

Korang Dah Cuba Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat?

Pertama kali makan Marrybrown masa umur aku 12 tahun waktu ikut rombongan sekolah rendah ke Menara Kuala Lumpur. Dekat Pahang tak ada weh. Datang ke Kuala Lumpur baru jumpa Marrybrown. 

Nama pun budak-budak, memang excited la memandangkan kali pertama cuba. Seingat aku makan nasi lemak Marrybrown.

Lepas tamat pengajian aku kerja dekat Kuala Lumpur. Banyak lagi pilihan fast food yang ada jadi memang jarang la aku singgah Marrybrown. Dan faktor utama ialah Marrybwon tak buka banyak cawangan padahal makanan dia not bad dari segi rasa dan harga.



Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat

Aku mula makan Marrybrown semula bila ada branch dia buka dekat sangat dengan rumah tak lain tak bukan Marrybrown dalam Melawati Mall. Yes. Anak aku paling excited nak makan sebab dia nampak promosi Korean Chicken.

Kalau ikut suami dia akan ikut je selera anak isteri. Selalu pilihan dia kurang kena selera kami dan memandangkan aku food blogger tersohor maka dia kena ambil kira pandangan aku. Nasib la suami eh. Untung tau kahwin dengan aku. eh!

Set Korean Sensasi Ayam Terhangat

Dalam set Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat ni ada enam ketul ayam goreng, kentang goreng dan juga minuman ringan. Apa yang sedapnya, ayam goreng ni diselaputi sos melekit Korean yang manis dan pedas dan ditabur dengan bijan.

Untuk yang tahan pedas, level kepedasan kepak ayam ni sedang-sedang aje. Bagi aku yang tak tahan pedas, skala pedas adalah 2.5/5. Lidah aku agak manja tapi aku suka la makan. Rasa sos dia agak terlalu manis bagi aku dan melekit.

BACA JUGA ~ Ayam Korea Chicken Plus


Marrybrown Korean Sensasi Ayam Terhangat


Anak aku suka sangat makan sambil kesat air mata lepas tu selang seli dengan air manis. Walaupun pedas dia teruja nak habiskan. 

Kena la tu dengan tekak dia. Kalau ikutkan tekak aku yang biasa juga makan makanan Korea, sos dia lebih kepada selera orang Malaysia.

Kalau makan Set Korean Sensasi Ayam Terhangat ni waktu lunch semestinya aku perlukan nasi sebagai sampingan. Lebih sesuai makan waktu tea time sekadar alas perut. 

Kalau tanya berbaloi atau tidak untuk di cuba, semestinya harus la cuba kalau korang peminat makanan Korea dan open untuk cuba benda baru.

Masa makan tu juga kami cuba Nasi Ayam Marrybrown, Mee Kari dan dessert Pisang Goreng Aiskrim. Nasi ayam tu sesuai untuk anak-anak tak makan pedas dan mee kari tu kuah pekat tapi kurang masin bagi tekak aku. Tapi habis je aku makan. 

Sedikit kecewa dengan dessert Pisang Goreng Aiskrim. Rasa dia pelik. Korang nak cuba silakan, mana tahu sedap kat tekak korang. 



Acson Anti VOC Spray Pertama Di Malaysia

Semalam aku sempat memenuhi jemputan dari Acson Malaysia, jenama penghawa dingin tempatan yang melancarkan spray Anti VOC pertama di Malaysia. Apa tu VOC? 

Ha VOC merujuk kepada Volatile Organic Compound. Meh aku terangkan lebih lanjut tentang Acson Anti VOC Spray ni.

Kalau majoriti sana sini dengan kempen pencemaran udara dekat luar sana (outdoor) yang disebabkan oleh kebakaran dan asap kenderaan, Acson Malaysia dalam kempen meningkatkan kualiti hidup terus menerus menyebarkan kesedaran tentang bahaya pencemaran di dalam rumah (indoor).

Pelancaran Acson Anti VOC Spray Pertama Di Malaysia

Ok jangan pelik dan panik, duduk dalam rumah pun terdedah kepada pencemaran udara tau. VOC inilah merupakan ancaman dalam diam dan tersembunyi yang ada dalam kediaman kita. 

VOC yang sudah sebati dengan udara dalaman, mungkin berbau dan tidak berbau. Dalam jangka masa panjang, boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan yang lebih serius.

“Persekitaran dalaman adalah dua sehingga lima kali lebih tercemar daripada persekitaran luar” – Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat


Pelancaran Acson Anti VOC Spray Pertama Di Malaysia


VOC merupakan bahan kimia yang terdapat dalam produk rumah seperti:
  • Cat
  • Varnis
  • Karpet
  • Lantai Vinil
  • Produk Kayu Komposit
  • Penyegar Udara
  • Produk Pembersihan
  • Rokok
Menurut Kod Amalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010, VOC boleh menyebabkan kerengsaan mata, hidung, tekak, sakit kepala, pening, gangguan visual, gangguan ingatan dan lebih parah lagi kanser.

Spray Anti VOC direka khas bagi mengekalkan kualiti udara dalaman dan penting kerana kebanyakan orang banyak menghabiskan masa berada di rumah. 

Korang juga tak perlu risau sebab Acson Anti VOC Spray ni tidak bertoksik serta tidak berbahaya kepada kesihatan kita.

Spray Anti VOC Pulihkan Kualiti Udara Dalaman

Disamping perlindungan yang tahan lama VOV dan bakteria, Acson Anti VOC Spray juga berkesan menghilangkan bau yang terhasil daripada lukisan dinding, perabot dalaman dan persekitaran dalaman yang baru diubahsuai.

Acson Anti VOC Spray


Cara Guna Acson Anti VOC Spray

Mudah je nak guna spray Anti VOC ni dan lebih menguntungkan semburan Acson Anti VOC Spray boleh kekal sehingga 2 tahun lamanya. Acson Anti VOC Spray digunakan untuk meminimumkan pendedahan kepada ancaman VOC.

#1 Acson Anti VOC Spray boleh digunakan di seluruh dinding, perabot, lantai, karpet dan banyak lagi. Bersihkan dan pastikan permukaan kering sebelum spray Anti VOC.

#2 Goncang dahulu Acson Anti VOC Spray dan sembur dalam jarak 30 ke 40 cm untuk mendapatkan semburan yang rata.

#3 Elakan dari menggosok atau menyentuh bahagian yang di spray kerana lapisan salutan akan terbentuk dalam masa 24 jam selepas semburan.

#4 Melalui teknologi Nano Titanium Dioxide Technology, Nano Titanium Dioksida yang bertindak sebagai fotokatalis yang kemudiannya akan menguraikan bahan serta bakteria berbahaya ke dalam air dan karbon dioksida, dengan kehadiran cahaya matahari atau cahaya lampu.

#5 Pastikan pintu dan tingkap dibuka selepas semburan untuk memberikan pengudaraan yang bagus dan memberi kesan yang lebih baik.

* Tidak boleh digunakan untuk peralatan rumah, soket suis, lukisan, perkakas makanan, produk logam, sutera dan kulit bermutu tinggi.
* Tanpa gosokan yang kuat dipermukaan, lapisan fotokatalis mampu bertahan sehingga dua tahun.

Bagi meraikan pelancaran Anti VOC Spray, Acson bermurah hati menawarkan harga promosi dan boleh mendapatkan Acson Anti VOC Spray secara eksklusif di PrestoMall dengan diskaun istimewa bermula dari 23 Oktober 2019 sehingga 29 Oktober 2019.

Harga Promosi RM159
Harga Asal RM209


Aroma Diffuser Acson

Dalam majlis yang sama juga Acson memperkenalkan Aroma Diffuser yang telah dilancarkan sempena meraikan ulang tahun ke-35 Acson Malaysia. Aroma diffuser adalah untuk individu yang mengutamakan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Acson Malaysia mengeluarkan dua jenis model Aroma Diffuser:

Aroma Diffuser: Dilengkapi dengan tangki air 130ml dan menggunakan USB untuk mengaktifkannya. Mudah dibawa kemana-mana dan cuma sambungkan ke power bank atau laptop. Boleh juga di pasang di dalam kereta.

Aroma Diffuser Speaker: Didatangkan dengan tangka 200ml dan boleh diaktifkan dengan pin 3-palam. Ia juga mempunyai fungsi tambahan seperti pembesar suara Bluetooth dan pemasa yang boleh diubahsuai.

Uniknya, kedua-dua Aroma Diffuser bersaiz kecil dan mudah alih, sesuai digunakan oleh mereka yang suka travel terutama pelancong.
Aroma Diffuser
Harga Promosi RM129
Harga Asal RM169

Aroma Diffuser Speaker
Harga Promosi RM189
Harga Asal RM229

Set Minyak Aromaterapi Lavendar, Eucalyptus dan Lemongrass dijual secara berasingan.

Harga Promosi RM49
Harga Asal RM87

Pembeli boleh membuat tempahan awal dan menikmati harga promosi di PrestoMall. Produk-produk ini juga akan mula dijual pada 29 Oktober di Acson online store. Untuk keterangan lanjut, sila lawati, https://acson.com.my