Pakej Umrah Istimewa Dari Rarecation Umrah

Rodiah Amir
0

Pakej Umrah Istimewa Dari Rarecation Umrah

Dah lama aku pasang impian nak jejakan kaki ke Tanah Suci untuk tunaikan umrah. Lepas baca tentang pakej umrah yang dikongsikan di blog sukamakanjalan lagi lah membuak-buak keinginan nak pergi. Rezeki mak dan kakak aku dijemput untuk menunaikan umrah tahun lepas. Kegembiraan dan saat manis tu memang tak pernah habis duk ulang cerita dekat anak-anak.

Aku pernah dengar dalam satu ceramah Haji dan Umrah, kalau kita ada niat nak ke Tanah Suci, in sya Allah impian tu akan dipermudah oleh Allah. Allah akan jemput umatNya yang ingin berjumpaNya, duit akan cukup bila tiba masanya. Sejak tu aku selalu doa dan letak dalam wishlist perlu capai setiap tahun.

Masa mak aku ke Tanah Suci tahun lepas, segala urusan berkaitan diuruskan oleh kakak aku. Alhamdulillah perjalanan ibadah umrah berjalan lancar. Penting sangat bab keselesaan ni, iye lah peluang datang sekali seumur hidup.

Kalau ikut tahap kesihatan mak aku, agak berat hati juga nak lepaskan mak pergi berdua sahaja dengan kakak. Pentingnya untuk mencari pakej umrah yang berpengalaman, tempat penginapan seperti hotel yang dekat, mutawif dan banyak lagi lah.



Rarecation Umrah Jejak Anbiya

Aku tahu tentang Rarecation Umrah adalah melalui blog sukamakanjalan. Aku mula pasang impian nak tunaikan umrah bersama Rarecation atas banyak sebab. Kalau korang nak tahu pakej umrah yang ditawarkan oleh Rarecation ni paling istimewa sebab dalam pakej umrah mereka beri peluang kepada peserta untuk menambah kebajikan disamping mengerjakan Umrah.

Rupa-rupanya pengasas Rarecation ni ialah saudara Saiful Nang iaitu jurufoto professional tu & saudara Syibli Fakih. Banyak hasil seni Saiful Nang yang berjaya menjentik hati aku. Tambahan lagi dia orang kampung aku. Bangga woi.

Rarecation diuruskan oleh anak yatim & asnaf dari rumah warga prihatin yang bangkit berdikari di bawah sebuah syarikat waqaf. Segala hasil keuntungan yang diperolehi dari program Umrah ini 100% disalurkan kepada dana pembangunan Rumah Pengasih Warga Prihatin, rumah anak yatim dan juga golongan asnaf.

Pahala menunaikan umrah korang dapat, pahala menolong mereka yang memerlukan juga korang akan dapat. Seronok kan?

Pakej Umrah & Fotografi

Ini kali pertama aku jumpa pakej umrah yang menawarkan sekali khidmat fotografi professional ya, bukan cikai-cikai. Jadi hasilnya pasti berkualiti. Aku setuju sangat sebab Jemaah boleh fokus kepada ibadah tapi dalam masa yang sama kenangan berada di Tanah Suci turut terpahat dalam bentuk digital.

Betul apa yang Rarecation sebutkan melalui website mereka, khidmat fotografi ni bukan untuk riak tetapi untuk merakam detik paling istimewa kita di tanah suci agar jiwa ini terus bersyukur dengan kurnia dari yang MAHA ESA.

Pengalaman mak dan kakak ke sana tapi terlepas peluang nak kongsikan keindahan Tanah Suci dengan kami yang belum ada rezeki dijemput untuk kesana. Kalau aku lah, memang ku sanggup bayar untuk beli kenangan tu.

Pakej Umrah Rarecation

Kalau rujuk laman web Rarecation, korang boleh tengok jadual perjalanan yang disediakan, pakej-pakej tersedia, dan boleh rancang untuk pilih tarikh umrah tahun 2020. Aku suka sebab aktiviti tersusun dan menarik, serta paling best penginapan berdekatan dengan masjid selesa.

Alhamdulillah, bersyukur sangat masih wujud lagi organisasi yang mengutamakan kebajikan dan dalam masa yang sama memberikan perkhidmatan berkualiti. Betul, Islam itu indah dan Islam mengajar kita berkasih sayang.

Semoga impian aku nak mengerjakan umrah akan tercapai suatu hari nanti. Moga ada rezeki aku jejakkan kaki ke Tanah Suci. Aku doakan Rarecation akan terus maju dan membantu lebih banyak oleh anak yatim & asnaf di Malaysia. Tahniah juga untuk mereka yang telah dan bakal menjadi tetamu Allah. Sebutlah nama kami dalam doa kalian di sana.  


Sumber Image Google
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)