Surat Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Untuk Ibu Bapa

Sekali lagi kita diuji dengan peningkatan kes COVID19 yang mendadak naik dan munculnya pelbagai jenis Kluster. 

Semakin menjadi-jadi dan hari demi hari negara kita catat rekod kes tertinggi yang baru. Dua negeri tertinggi dilaporkan ialah negeri Kedah & Sabah.

Sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lagi kes COVID di sana sudah tinggi. Jangkitan dari PATI dari negara jiran seperti Filipina dan menjangkiti masyarakat tempatan. 


Cara Buat Surat Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Semasa COVID19

Ada satu kes yang mana PATI telah dihantar balik ke Filipina kemudian seludup masuk semula untuk berjumpa keluarga di Sabah.

Sedihnya dia positif COVID dan akhirnya keluarga serta jiran turut dijangkiti COVID. Bukan itu sahaja sebenarnya, kesedaran & sikap mudah lupa rakyat memburukkan lagi keadaan. 

Ada yang pergi bercuti di Sabah tapi gagal nak kuarantinkan diri.



Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Akibat Penularan COVID

Faham masing-masing penat melawan wabak ni tapi itu bukanlah tiket untuk pentingkan diri sendiri. Ikutkan hati aku juga nak bercuti, berjalan & berseronok. 

Tapi memandangkan akan menyusahkan banyak pihak dan paling penting mendatangkan risiko kepada keluarga, aku batalkan saja niat nak bercuti.

Walaupun Menteri cakap jangan risau antara sebab kes yang tinggi tu merupakan kes dalam penjara tapi sebagai ibu bapa memang sangat merisaukan bila COVID mula menyerang sekolah dan IPTA. 

Banyak dah sekolah di arah tutup dan dah ada pun kes guru yang meninggal dunia akibat wabak ni. Risaunya kalau anak yang kecil kena buat swab test dan kena kuarantin. 

Seksanya. Dalam group sekolah anak aku, dah ada ibu bapa yang hantar surat pelepasan kehadiran anak ke sekolah kerana risau anak terdedah dengan risiko dijangkiti.

Aku tak terkecuali. Kami ambil keputusan untuk rehatkan Ikhwan. Memang risau anak tertinggal pelajaran tapi lapang dada sahajalah. Nyawa lebih penting dan ada hikmah untuk semua ni.


Contoh Surat Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah

Ibu bapa berhak untuk cutikan anak-anak dari sekolah dengan syarat inform pihak sekolah supaya memudahkan urusan pihak sekolah. 

Kegagalan memberi surat tunjuk sebab akan beri impak kepada rekod kehadiran anak-anak yang boleh menyebabkan berlakunya kesalahan disiplin.

Ibu bapa boleh buat surat penegcualian kehadiran dan nyatakan sebab musabab untuk tidak benarkan anak ke sekolah. 

Ibu bapa juga harus bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anak berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian ke sekolah.

Kalau kau orang tak izinkan anak kesekolah sebab penularan COVID19, boleh guna surat pelepasan di bawah sebagai contoh. 

Tapi kalau nak buat surat dengan ayat sendiri pun boleh. Terpulang asalkan ibu bapa serahkan surat tunjuk sebab kepada pihak sekolah.



Masih lagi menunggu Kementerian Pendidikan untuk umumkan penutupan sekolah. Aku faham bukan keputusan yang mudah sebab melibatkan banyak pihak. 

Aku bersyukur sangat aku bekerja dari rumah jadi tak timbul isu nak letak anak di mana. Bayangkan ibu bapa yang bekerja struggle nak fikir tentang anak-anak. 

Kos penjagaan pasti bertambah. Risiko di pusat asuhan juga ada. Aku doakan dipermudahkan segala urusan kau orang ya.


Kita Jaga Kita & Jangan Pentingkan Diri

Pesanan aku jom lah jaga diri, keluarga dan masyarakat setempat. Tolonglah jangan pentingkan diri dan jangan cuba tambah kluster baru. 

Kita semua ni terdedah dengan risiko sebab wabak COVID tidak mengira umur, pangkat, darjat, kaum mahupun jantina.

Secara rasminya aku dah perlahankan aktiviti di luar rumah, dah stop bawa anak-anak ke pasaraya. Sila amalkan penjarakan sosial, kalau tak perlu keluar duduk sahaja di dalam rumah. 

Nampaknya kena rancang semula aktiviti anak-anak supaya masing-masing tak bosan duduk di rumah. 

Salon Siti Alzahrah Gunting Rambut Khas Untuk Muslimah

Minggu lepas berjaya juga aku gunting rambut. Semenjak anak tiga ni aku memang tak tahan kalau rambut panjang, aku cepat sakit kepala dan selalu moody. Rasa berat je kepala walhal rambut aku bukanlah tebal sangat pun.

Kalau dulu aku memang suka potong rambut pendek sebab mudah nak pakai tudung dan rambut cepat kering untuk ke pejabat. Dah biasa berambut pendek jadi seronok pula. 

Mujur suami tak bangkang. Style potongan paling aku suka ialah boy cut, tapi bukanlah seratus peratus kelihatan jantan. Aku minta tukang gunting trim bagi nampak feminim sesuai dengan jantina. Lol.



Salon Siti Alzahrah Gunting Rambut Khas Untuk Muslimah


Aku selalu pelik kenapa kedai gunting rambut untuk lelaki banyak dan bilangan salon untuk muslimah boleh dikira dengan jari. 

Kan syok kalau dapat potong rambut macam orang lelaki. 15 minit dah siap, itupun ada yang lebih cepat dari tu.






Tukang Gunting Rambut Wanita


Ini kali kedua aku gunting rambut di Salon Siti Alzahrah yang memang khas untuk muslimah sahaja. Tempat dia selesa, luas, tertutup dan semestinya untuk wanita sahaja.

Elok je kaki melangkah masuk ke salon, telinga mendengar alunan bacaan ayat suci AlQuran. Tenang je jiwa.

Sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang pengalaman gunting rambut di Salon Siti Alzahrah, aku nak kongsikan behind the scene terlebih dahulu. 

Kalau ikut rancangan awal, aku dah survey beberapa salon muslimah yang berdekatan dengan Wangsamaju yang mendapat rating bagus di Google Review.

Ada satu salon muslimah yang terletak berhadapan dengan Wangsa Walk, rating ok dan harga pun berpatutan tapi sayangnya slot pada hari tu penuh dari pagi hingga petang. 

Oleh sebab adik aku pun nak gunting rambut jadi gigih lah kami cari salon lain. Kalau ikutkan aku give up je.

Sebelum tu kami makan Dubuyo dalam Wangsa Walk dan kemudian plan nak ke Setapak Central dengan harapan akan terjumpa salon yang masih terima pelanggan walaupun masa tu dah hampir pukul 5 petang.





Salon Siti Alzahrah Cawangan Sri Rampai Wangsamaju

Masa dalam kereta aku sempat google dan terjumpa Salon Siti Alzahrah. Dia ada 3 cawangan yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam, Bangi Gateway dan yang aku pergi ni adalah cawangan Sri Rampai, Wangsamaju. 

Salon Siti Alzahrah ni betul-betul terletak di atas restoran Domino’s Sri Rampai. Sederet dengan Wahab Cendol dan Hospital Rampai Puteri.

Aku juga pernah gunting rambut di AFIYA Muslimah Salon, Spa & Boutique

Wangsamaju memang begitu dekat di hatiku. Anak aku sekolah KAFA di Sri Rampai, aku duduk bujang dulu di Seksyen 1 Wangsamaju, dan aku lahirkan anak ketiga di Hospital Rampai Puteri, disambut oleh Doktor Zana Zalinda. 

Lepas tu banyak pulak port makan, selalu beli durian dekat Sri Rampai lah.

Alhamdulillah urusan kami nak gunting rambut smooth aje. Sebelum pergi aku dah siap call dan kebetulan hanya tinggal seorang sahaja pelanggan tengah gunting rambut jadi tidaklah perlu menunggu lama. 

Kalau kau orang nak pergi gunting rambut dekat mana-mana salon sekalipun buat temujanji dulu okey or else tiada rezeki balik tangan kosong je nanti.

Alang-alang dan berpenat cari salon muslimah aku gunting dan cuci rambut sekali. Sebelum bermula, pekerja salon tu guna mesin khas untuk lihat keadaan kulit kepala aku. 

Seakan-akan mesin untuk tengok kulit muka kita tu. Rasa nak muntah pun ada sebab dia zoom sehingga ke kulit kepala.





Kelihatan menakutkan sebab kita nampak sebijik-sebijik apa ada atas kepala. Kalau ada kutu mesti nampak kutu tengah seronok hisap darah dan berlari-lari atas kepala. 

Gituh. Kulit kepala aku berminyak dan ada kelumumur jadi aku request untuk cuci rambut dan guna syampu treatment kelumumur.

Aku terpaling suka kalau cuci rambut sebab rasa seronok orang urut kepala. Rasa nyaman nak tidur. Okeh kalau kaya aku nak ada tukang gunting rambut peribadi. 

Ah gitu berangan tak salah okeh. Siap cuci semua baru lah pekerja mula gunting rambut aku.

Seronok di Salon Siti Alzahrah ni pekerja dia sangat ramah, tak sombong dan tak berlagak. Mulut tak berhenti bercakap dan kongsi tips berguna penjagaan rambut. 

Dia akan suggest penyelesaian untuk rambut bermasalah. Kiranya buat direct selling tapi bukan dalam keadaan memaksa.

Paling penting kalau jaga rambut kena tahu cara pakai produk penjagaan rambut macam perapi dan serum dengan betul. Nak rambut cantik terurus dan sihat kena guna perapi ya. 

Tidak kisah apa jua jenama yang ada di pasaran asalkan sapu pada rambut dah cukup bagus.

Perkhidmatan salon di SCENTUAL BEAUTY Muslimah Hair & Beauty Spa Wangsa Melawati pun aku pernah cuba





Harga Gunting & Cuci Rambut 


Jumlah bayaran untuk perkhidmatan yang aku perlu bayar ialah sebanyak RM85. RM45 adalah caj cuci rambut termasuk syampu kelumumur yang dia guna dan RM40 untuk caj potong rambut. 

Rambut sebelum aku ialah panjang paras bahu macam tu, dan aku request potong pendek. Makin panjang rambut semakin mahal bayaran dikenakan okeh.

Untuk kau orang yang mencari salon muslimah sekitar KL terutama berdekatan dengan Wangsamaju boleh cuba ke Salon Siti Alzahrah. 

Nasi Serai Roasted Chicken di Ramly Burger

Rupa-rupanya Nasi Serai ni dah lama dijual di Kiosk Ramly sejak tahun 2018. Aku je baru tahu ada Nasi Serai Roasted Chicken yang sedap, itu pun secara tak sengaja masuk ke Kiosk Ramly di Aeon Big Wangsamaju.

Menu pun dah banyak pilihan dan harga pun murah. Salah satu menu yang sangat mendapat sambutan di Ramly Halal Kiosk ialah Nasi Serai Roasted Chicken.


Nasi Serai Roasted Chicken di Ramly Burger

Semasa tahun 2018, set nasi serai ini dijual pada harga RM9.80 sahaja termasuk air minuman weh. Punya la murah. Set termasuk Nasi Serai, Ayam Drummet, Sambal Belacan, Sup Kosong, Telur Dadar dan Ice Lemon Tea.

Dah masuk tahun 2020, harga dah naik ke RM13.90 tapi dah tak ada Sambal belacan, telur dadar dan air dalam set tu. 

Tak dapat bayangkan dapat sambal belacan tu, tekak Melayu sungguh. Satu set dapat ayam drummet, nasi, sup, salad dan juga sos blackpaper.


Nasi Serai Roasted Chicken Dah Lama Wujud

Aku dah makan Nasi Serai Roasted Chicken, dua kali repeat dan aku tersangat lah suka. Memang terasa tekstur dan bau serai tu. Harum sangat, nasi pun lembut. 

Ayam dia terasa perapan rempah dan kulit dia sangat crispy. Sesuai sangat dia guna bahagian drummet. Lemak pun kurang.



Bahagian yang aku akan makan dulu semestinya kulit ayam tu. Seksi sudahya ayam aku. lol. Masa makan ni jangan kira kalori mahupun lemak ya, baru dapat makan dengan aman. ahaks. 

Salah satu benda aku suka tentang Ramly Burger ialah tentang pemilihan packaging makanan mereka. Mereka guna kotak keras macam kotak piza untuk isi makanan. 

Jadi makanan tidak tertumpah dan pelanggan nak makan pun sangat selesa. 

Untuk pelanggan yang agak cerewet macam aku sangat sedih dan aku tak boleh kalau orang bawa makanan dalam kotak/bekas/plastik senget atau tumpah. Hei ngeri tau. 

Aku sanggup tatang bekas tu supaya bila nak makan, makanan tu elok presentation dia. 

Aku ingat Ramly hanya jual burger sahaja, tapi rupa-rupanya lebih dari itu. Sekarang dah ada sate ayam & daging, keropok lekor Terengganu Asli, fish n chip, nasi ayam, nasi kambing, Bolognese, Nugget dan pelbagai jenis burger termasuk oblong, burger udang dan burger ikan.



Aku beli fish & Chip sebab kegemaran anak nombor dua. Aku tumpang sekaki la. Nampak simple tapi ok la jika dibandingkan dengan harga dia. 

Aku sangat-sangat recommend untuk cuba. Selain tu menu lain yang boleh dicuba ialah Nasi Serai Lamb, Nasi Serai Grilled Chicken dan Nasi Serai Sambal Sotong.


Atas ni ialah Oblong daging lembu Ramly Burger. Bila masuk Ramly kena la beli atleast Oblong. Ni semestinya favorite aku. Eh semua la aku suka. 

Ada bawang, sos blackpaper yang melimpah dan pedas, serta mayonese yang secukup rasa. 

Jenama Ramly memang dipercayai dan kualiti makanan frozen dia pun boleh tahan. Dulu aku suka beli nugget daging lembu Ramly dan buat stok dekat rumah, cuma sekarang dah ada kesedaran kurangkan makanan segera jarang lah aku beli.

Tahniah Dato’ Dr. Haji Ramly Mokni and Datin Hajjah Shala Siah Abdul Manap, Pengasas Ramly Burger. Bangga weh bila tengok website ramly.com.my Dato' menjadi inspirasi yang lain untuk berjaya. 

Sekian saja review untuk food hunting kali ini. Kita jumpa di lain entri. Tak pasti nak makan apa lagi, kalau ada yang menarik aku kongsi. 

3 Cara Untuk Wanita Gagal Seumur Hidup

Tertarik dengan perkongsian Dr Muhaya tentang 3 cara untuk menjadi wanita gagal seumur hidup. Kalau selalu kita dengar orang berkongsi tips bagaimana menjadi wanita berjaya, nak menjadi wanita solehah kan? 

Kali ni aku kongsikan pesanan Dr kalau nak jadi wanita gagal.

Dah biasa sangat dan jadi tepu bila banyak perkongsian yang berunsur kebaikan ni jadi Prof guna reverse psychology supaya dapat capture minat pendengar untuk ambil tahu. 


3 Cara Untuk Wanita Gagal Seumur Hidup

Aku sendiri tertarik nak tahu sebab tak nak tergolongan dalam kumpulan yang gagal. Alergik gagal okeh.



Ketahui Cara Untuk Menjadi Wanita Gagal

3 cara untuk wanita menempah kegagalan seumur hidup terutama wanita muslim ialah seperti dibawah:


#1 Jangan Jaga Solat

Amalkan solat di akhir waktu. Selalu terjadi bila keluar terutama dekat shopping mall atau waktu bekerja di pejabat sebab tak cukup masa atau selalu terlambat. 

Ambil jalan mudah terus sembahyang kapit. Istilah Sembahyang kapit adalah untuk mereka yang melakukan solat dua waktu sekaligus  biasanya waktu Zohor dan Asar.

Oleh sebab kekangan waktu jadi solat di hujung waktu Zohor dan menunggu untuk solat Asar di awal waktu. Masa Prof terangkan sembahyang kapit tu terus diselubungi rasa berdosa sebab masaku bekerja dulu selalu aku buat. Taubat.


#2 Jangan Jaga Aurat

Sila dedahkan aurat dan expose diri anda dan malaikat akan kutuk anda setiap masa. Apabila isteri buka aurat, perbuatan itu dikira menzalimi suami dan sebab itu antara punca berlakunya suami menzalimi isteri. 

Dalam diam sebenarnya kita mengundang kejahatan kepada diri sendiri. Kena ingat, satu langkah wanita keluar mendedahkan aurat mendekatkan suami dengan api neraka.

Banyak sebenarnya penerangan tentang aurat ni, aku juga tak terlepas nak baiki diri. Bukan mudah ya tapi hari-hari aku cuba pilih pakaian yang sopan dan next target aku nak pakai hand sock. Ya ampun dengan cuaca panas dekat Malaysia ni dugaan dia tinggi ya tuan puan.


#3 Jangan Jaga Pergaulan

Prof pesan sila lah bertepuk tampar dengan bukan mahram. Jadi wanita murahan yang mudah disentuh oleh semua. Benda ringan dan mudah je sebenarnya, tapi inilah bunga-bunga dosa yang kita pupuk tanpa sedar. 



Dalam perkongsian tu juga Prof Muhaya kongsikan apabila wanita pilih untuk gagal seumur hidup maka akan memberi ruang dan juag menjadi salah satu punca suami berlaku curang. 

Ini berdasarkan pengalaman Prof membantu wanita yang menghadapi masalah dalam rumah tangga.

Tiga soalan yang Prof akan tanya bila wanita mengadu suami curang ialah tentang solat, aurat dan juga pergaulan. 

Setiap keburukan yang kita dapat adalah hasil keburukan dosa yang kita lakukan dan kita masih belum bertaubat. Untuk merawat diri ialah dengan taubat dan juga sentiasa berzikir. Kena sentiasa muhasabah diri.

Wallahualam.



Luckin Kopi Tempat Lepak Minum Kopi Best Di KL

Dah masuk kali kedua aku ke Luckin Kopi tempat lepak minum kopi best di KL. Aku suka sebab kopi dan juga restoran dia yang sedap mata memandang dan harga yang berpatutan. 

Aku kalau berkenan dengan satu tempat makan tu memang itu la yang aku akan asyik duk ulang sebut.

Restoran Luckin Kopi adalah restoran mesra muslim ya, semoga tak lama lagi dia boleh dapat sijil Halal JAKIM pula.


Luckin Kopi Tempat Lepak Minum Kopi Best Di KL

Sesuai sangat dengan nama restoran ni, Luckin Kopi semestinya signature item dia ialah kopi yang sedap. 

Peminat kopi mesti tak menyesal datang sini sebab aroma dia yang mengancam, kopi pekat dan harga mampu bayar.

Selain kopi banyak lagi menu lain yang dijual dan overall menu di Luckin Kopi ni mengikut selera anak muda okeh. Ada makanan berunsurkan cheese, ramen, roti bakar, ABC, nasi dan macam-macam lagi lah.


Menu Luckin Kopi Menarik Kena Cuba

Kebetulan waktu aku pergi, mereka tengah promot menu Korean feat Mi Sedaap. Aku suka sebab gabungan cheese dan juga Mi Sedap yang pedas tu. 

Jadi tidak la muak. Ada Mi Sedaap Korea Sos Telur Masin, Mi Sedaap Korean Cheese, Mi Sedaap Korean Soup & dry.

Ini Mi Sedaap Korean Cheese ni rasa dia pedas-pedas manja. Cairkan cheese atas dapur dia bagi tu dan enjoy.



Kalau tak mahu yang kering boleh cuba Mi Sedaap yang ada kuah. Rasa dia pun not bad. Tekak aku prefer yang Mi kering. 



Ini pula Mi Sedaap Korea Sos Telur Masin. Peminat salted egg boleh la cuba. 



Semestinya menu berasaskan nasi ada di sini. Apa yang aku suka ialah, menu yang terdapat di Luckin Kopi memenuhi selera kebanyakkan pelanggan. 

Kalau tak mahu makan nasi, boleh pilih menu yang tak terlalu berat macam roti dan western food mereka.




Kopi Lima Negeri

Kalau sebelum ni signature kopi mereka hanya ada Kopi dari KL, Ipoh dan Melaka tapi kini danh ada penambahan Kopi Lima Negeri. 

Negeri terbaru ialah Penang dan Johor. Kopi paling aku suka Kopi Ipoh. So sedap.






Dekat mana Luckin Kopi?

Restoran ni terletak di Jalan Panggong Kuala Lumpur dan sangat dekat dengan MRT & LRT Pasar Seni. 

Kalau kau orang drive boleh parking berhadapan dengan restoran ni, kalau tak silap RM5 per jam. Jadi lebih jimat kalau naik public transport sambil pusing KL.

Lepas makan aku cadangkan korang pergi Kwai Chai Hong Alley (Bai Chuan Management SB). Tersangat lah dekat, jalan kaki tak sampai lima minit pun. 

Menariknya di Kwai Chai Hong Alley adalah tempat untuk bergambar. Memang insta worthy sangat.

Ada jambatan cantik, dan dinding yang dihias dengan lukisan mural masyarakat Cina dan mengetengahkan seni jalanan. 

Waktu PKP ni ada guard yang tunggu dekat depan dan catat suhu serta kawal jumlah kemasukkan pelawat. So terjaga la. Masuk adalah percuma.

Ramai anak muda datang sini dan bawa jambangan bunga dijadikan prop bergambar. Ada juga pengantin Cina yang buat photoshoot di sini. 

Comel sangat. Untuk yang tak arif bergambar macam aku sila prektis pose di rumah kalau tak rugi je datang sini.

Sekian saja sharing aku tentang tempat lepak best minum kopi di tengah bandar KL. Ada kopi sedap, harga makanan mampu bayar, tempat cantik untuk Instagram dan lokasi mudah nak pergi.


Dim Sum Sedap di Dolly Dimsum NU Sentral

Aku teringin nak makan Dim Sum dekat Dolly Dimsum memang dah lama. Kalau ikut tekak suami, memang tidak la dia nak makan Chinese food. Agak kurang bagi dia tapi tidak bagi aku. 

Dah ramai kawan-kawan aku yang pergi dan semua bagi good review tentang Dolly Dimsum terutama Egg Custard Bun.

Tengok gambar masing-masing kongsi dekat media sosial memang terliur teruk lah. Egg Custard Bun tu dia serve panas-panas dan inti dia meleleh. Adoi. 


Dim Sum Sedap di Dolly Dimsum NU Sentral

Akhirnya awal bulan lepas, permintaan aku diturutkan suami dan dia sanggup teman makan dekat sana. Kami makan di Dolly Dimsum NU Sentral.

Sebenarnya suami aku ni, ada je menu yang dia makan tapi bukan semua, oleh sebab aku asyik request nak makan dekat sana dia turutkan juga. Ahaks. 

Bukan senang nak makan dekat luar memandangkan anak-anak masih kecil, risau ganggu pelanggan lain. Anak kecil bukan boleh dijangka perangai mereka.


Our brunch berjalan lancar dari mula makan hingga habis makan. Alhamdulillah. Walaupun PKP tapi manusia masih ramai keluar makan dan sebagainya. 

Bagus masing-masing pandai jaga diri dan tak ambil masa lama duduk di restoran.


Review Menu Dolly Dimsum 

Memandangkan aku bertanggungjawab untuk pilih menu jadi semestinya aku pesan menu ikut selera tekak aku. Aku letak sekali harga untuk rujukan okeh. 

Total termasuk Soya Bean & Watermelon Lychee ialah RM120.65. 

Chewy Meat Croquete – Rm8.20

Chewy Meat Croquete seperti yang dijangka memang kenyal bila dikunyah. Dalam tu inti daging dan doh tu agak manis. Langsung tak pedas ya. 



Royal Golden Fried Rice – RM24.30

Royal Golden Fried Rice tu adalah nasi goreng Cina dan dalam tu ada beberapa ekor Udang saiz XL, dan atas dia hias telur ikan warna Oren tu. Tak pedas dan sedap. Pesan ni sebab nak bagi anak-anak makan. 


Siew Mai – RM9.50

Pesan Siew Mai sebab untuk penuhi selera suami je. Kalau order yang lain-lain dikhuatiri suami tak boleh telan. Rasa Siew Mai ni biasa je bagi aku. 



BBQ Chicken CF – RM9.70

Antara menu yang aku nak sangat pesan ialah laksam ni. Aku je yang panggil laksam ok. Nama dia dalam menu ialah BBQ Chicken CF. Tak suka ayam ada daging, sotong dan lain-lain. Rasa dia tawar je, jadi sedap bila makan cicah sambal dia tu. 



Roasted BBQ Bun – RM8.60

Aku pun tak pasti kenapa aku pesan yang ni tapi kenyang dan rasa dia not bad. Inti dia agak pedas bagi aku. 


Yam Croquete – RM8.80

Aku suka sebab lapisan luar dia super crunchy. Dalam dia ialah keladi dan ada inti daging kalau tak silap aku. Sedap di tekak aku. 



Egg Custard Bun – RM7.90

Egg Custard Bun tu aku order dua set okeh. Dapat 6 biji bun, dan aku makan semua sekali sebab anak dan suami tak suka. Pesan sampai dua set sebab ingat akan berebut, rupanya tidak ya. 

Oleh sebab makanan sampai satu persatu sila jangan tamak order banyak-banyak. Egg Custard Bun tu memang rich gila rasa dia dan manis. Ada jenis yang tak minat akan rasa loya for sure.



Harga juga termasuk Service Charge 10% dan Service Tax 6%. Total servis ni ialah RM16.64 which is aku rasa agak mahal. Nama pun restoran dalam mall, semua servis dia nak caj. Ahaks.

Kalau bagi rating, aku bagi 3 out of 5 star kot. Biasa je rasa menu dia.

Lepas makan dekat sini baru puas hati dan kalau nak compare makan Dim Sum dekat Ipoh, aku lagi prefer makan dekat sana. 

Makan ala-ala kayangan dan nak treat diri sesekali okehlah boleh cuba di Dolly Dim Sum. Bagi sesetengah orang harga tu murah je kot.

Sebut pasal makanan, bagi aku Ipoh adalah destinasi syurga percutian aku. orang bercuti pergi tenangkan diri, berehat. Aku bercuti nak cari makanan sedap je & menginap d Hotel cantik ni. Aku suka Ipoh sebab makanan dan kopi. I like sangat.

Apa pun dah tercapai wishlist nak cuba dim sum di Dolly Dim Sum, lepas ni nak cuba makan di restoran Sheila Rusly pula. Katanya pun sedap eh. Harapnya sila sedap dan jangan hampakan aku please.

Dolly Dimsum, 

NU Sentral, LG.43, 201, Jalan Tun Sambanthan, 

50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur


Lampin Pakai Buang Bayi Mamamia Diapers Baik Untuk Bayi

Antara perkara asas yang ibu bapa perlu tahu bila dah ada anak ialah memilih lampin pakai buang yang berkualiti dan sesuai untuk anak tak kira apa jua jenama. 

Nampak remeh bagi sesetengah orang tapi sebenarnya bagi ibu bapa yang pernah berhadapan dengan situasi salah pilih lampin bayi tahu la perasaan dia macamana.

Kalau ikut pengalaman aku sendiri, anak pertama aku sempat mennjadi bahan uji kaji untuk pilih lampin sesuai dengan dia. 

Selain daripada faktor harga, kualiti dan keselesaan anak bila pakai lampin pakai buang tu teramat lah penting.


Lampin Pakai Buang Bayi Mamamia Diapers

Anak aku pernah melecet akibat salah pakai lampin, kulit jadi merah-merah dan ruam cepat timbul bila terlambat tukar lampin. Lambat bila malam tu dia tidur dan lambat bangun pagi.  

Terus merah menyala punggung dia. Waktu tu aku beli lampin jenama yang agak mahal, sebab sangkaan aku mahal mesti bagus. Gitu.

Lepas cuba pelbagai jenama, tak kira yang murah dan mahal, jenama yang dikenali dan tidak, lama kelamaan aku mula faham dan jumpa lampin yang sesuai untuk anak aku. 

Akhirnya aku stick dengan jenama PetPet untuk anak pertama sehingga anak ketiga.

Sehinggalah aku tahu tentang Mamamia ni, jadi aku ada back up untuk lampin pakai buang anak aku. Oh ya Mamamia ni ada jenis Pants atau pun tape. Dua-dua jenis aku anak aku selesa. 




Review Mamamia Diapers

Rezeki anak ketiga aku berkesempatan mencuba lampin pakai bayi jenama Mamamia. Oleh sebab aku suka dan anak aku selesa maka aku nak kongsikan pengalaman anak aku menggunakan lampin pakai bayi jenama Mamamia.

Review ni dibuat berdasarkan pengalaman anak aku, jika ada yang beli dan hasilnya tidak memenuhi jangkaan kau orang maka aku mohon maaf. Ini review peribadi.

Apa yang best tentang Mamamia Diapers dari pandangan aku ialah:

  • Mamamia bijak guna kartun Doraemon di plastik pembungkusan jadi bila anak aku nampak kartun tu dia terus suka. Kebetulan lampin lama masih ada, bila suruh pakai lampin lama dia tak mahu. Siap bangun dan ambil sendiri lampin Mamamia.
  • Dari segi kualiti memang aku suka. Kapas dia tebal dan menyerap dengan baik. Tebal tapi masih lagi selesa, tak nampak berbonjol. Faham maksud aku? bila pakai seluar tidaklah anak aku tak selesa.
  • Tak wujud masalah lampin bocor weh. Ini serius, walaupun anak aku kencing banyak tapi rilek je lampin ni menahan segala cecair jadi aku suka sangat. Faham sajalah anak-anak, sentiasa aktif bermain dan memanjat.
  • Satu lagi masalah aku, sebelum ni kalau anak aku buang air besar, seluar anak aku akan bau najis. Memang busuk la weh, tapi dengan Mamamia Drypers ni seluar anak aku tak berbau pun. Kagum.
  • Masalah ruam tiada. Sepanjang aku guna lampin ni tiada masalah ruam yang timbul bermaksud sistem pengudaraan lampin ni bagus. Tak terperap dan bagus menyerap.
  • Lampin Mamamia ada sijil Halal dari Indonesia. 




Nak beli Dekat Mana?

Untuk kau orang yang nak cuba Lampin Mamamia boleh beli di Shopee dan sekarang ada sale okeh. Harga bagi aku berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan. 

Ada juga free gift. Tengok sendiri lah ye. 



Rasanya itu sahaja perkongsian aku untuk kali ini. Kalau ada yang dah mencuba boleh la konsi pengalaman kau orang. 

Atau kalau ada cadangan lampin pakai buang yang bagus nak cadangkan boleh juga. Kita tukar-tukar pengalaman okeh.

 

Carrie Junior Produk Penjagaan Diri Organik Untuk Bayi

Sebut sahaja Carrie Junior mesti semua terbayang maskod gajah merah jambu yang seronok mandi bersama anak-anak. 

Kalau dekat rumah anak-anak pasti teruja walau hanya tengok iklan di kaca televisyen. 

Lagu dia yang catchy dan Carrie Junior berjaya menerapkan amalan menjaga kebersihan dan waktu mandi adalah waktu yang menyeronokkan.

Menjadi seorang ibu bukanlah satu tugas yang mudah dan semestinya aku akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anak. 

Carrie Junior Produk Penjagaan Diri Organik Untuk Bayi

Produk Carrie Junior menjadi pilihan aku sejak dari anak pertama lagi. Bukan setakat anak-anak, aku sendiri sangat suka bau mandian Carrie Junior. Ketagih sudahnya.




Carrie Junior telah pun berada di pasaran sejak lebih 20 tahun dan menjadi jenama penjagaan diri khas untuk bayi dan kanak-kanak yang terkemuka di Malaysia. 

Pendek kata, Carrie Junior amat sinonim dengan ibu bapa yang mahukan produk penjagaan diri yang selamat dan berkualiti.  


Baby Carrie Produk Penjagaan Bayi Organik

Sesuai sangat dengan tagline “Dipercayai Ibu Bapa, Digemari Kanak-Kanak”, Carrie Junior sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk berkualiti yang menggalakkan amalan kebersihan melalui keseronokan semasa bermandi.

Terkini Baby Carrie Junior memperkenalkan siri terbaru mereka yang diformulasi daripada bahan-bahan 100% organik dan sangat sesuai untuk bayi yang baru lahir. Antara bahan-bahan organik yang digunakan adalah seperti Organic Oat & Organic Almonds milk dan Milk of Almonds &a Wheat Germ Oil. 

Di mana formulasi terbaru ini bagus untuk kulit bayi dan kanak-kanak, dapat melembut serta melindungi kulit mereka. 4 produk yang diperkenalkan ialah:  

  • Baby Carrie Head To Toe Gentle Wash
  • Baby Carrie Baby Bath
  • Baby Carrie Baby Oil
  • Baby Carrie Baby Lotion


Baby Carrie Head To Toe Gentle Wash

Kaya dengan Vitamin E yang sangat bagus untuk rambut dan syampu dan mandian yang tidak memedihkan mata serta menjimatkan. Tak perlu risau kerana mandian dan syampu Baby Carrie Head To Toe Gentle Wash sesuai untuk bayi yang baru lahir dan telah diuji secara dermatologi & ophthalmologist selamat. 

Baby Carrie Baby Bath

Baby Carrie Baby Bath sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang berkulit sensitif dan diperbuat daripada Organic Oat Milk & Milk of Almonds. Bebas Paraben, MIT & Bebas Pewarna.



Baby Carrie Baby Oil

Aku suka bau Baby Oil Baby Carrie yang lembut dan sesuai untuk digunakan terutama untuk urutan lembut kepada kulit anak-anak. Diperbuatkan daripada Organic Almond Oil & Wheat Germ Oil menjadikan kulit sentiasa kekal lembap disamping melindungi kulit bayi. 

Baby Carrie Baby Lotion

Suka tekstur losyen yang sangat mudah menyerap ke dalam kulit bila aku pakaikan pada anak-anak dan memberi pelindungan kelembapan sehing 48 jam lamanya. Sesuai juga untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif. Bau dia wangi macam bau baby. 




 Kelebihan Carrie Junior


Oleh sebab kulit bayi dan kanak-kanak lebih sensitif berbanding dengan orang dewasa, ibu bapa harus prihatin dalam memilih produk yang sesuai untuk mereka. 

Pengalaman aku sendiri membesarkan anak berkulit sensitif menjadikan aku lebih peka dengan keperluan anak-anak serta produk dengan bahan semulajadi menjadi pilihan utama.

Antara kelebihan yang aku suka tentang produk penjagaan diri Carrie Junior ini ialah:

  • Bau yang lembut dan menyenangkan untuk penggunaan harian.
  • Mandian & syampu mesra kulit semula jadi.
  • Sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang mempunyai kulit sensitif.
  • Mengandungi Organic Oat & Organic Almonds milk dan Organic Almond Oil & Wheat Germ Oil yang sangat bagus untuk kulit bayi.
  • Menggunakan sumber tumbuhan semulajadi dengan 100% bahan organic.
  • Sesuai dan selamat untuk bayi baru lahir.
  • Diuji secara dermatologi.
  • Bebas Paraben, MIT & Bebas Pewarna.
  • Jenama yang diyakini sejak lebih 20 tahun.



Khas untuk ibu bapa di luar sana yang masih bingung mencari produk penjagaan diri untuk bayi dan kanak-kanak, apa kata kau orang cuba sendiri produk rangkaian dari Carrie Junior ni. Semestinya produk dari bahan-bahan semulajadi dan selamat menjadi pilihan aku.

Boleh dapatkan dari pasaraya dan juga beli secara online. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk dari laman sosial Carrie Malaysia



realme Band, Berbaloi Atau Tidak Untuk Dibeli?

realme band secara rasminya menjadi fitness band pertama untuk aku. Dah lama aku pasang angan-angan nak pakai gelang tangan pintar atau orang panggil penjejak kesihatan ni okeh. 

Biasanya pemakai fitness band adalah mereka yang selalu bersukan dan jogging. Pendek kata aktiviti yang keluarkan peluh la. Tujuan utama untuk rekod tahap kesihatan.

realme Band, Berbaloi Atau Tidak Untuk Dibeli?

Bagi aku pula yang baru berjinak-jinak nak bersukan jadi aku cari jam tangan pintar mampu milik tapi dalam masa yang sama menawarkan fungsi lain, incase aku tiba-tiba malas nak keluar bersukan. Lol. 

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku menang realme band masa hadiri media event realme Fan Festival dekat Damansara.




Menang  realme band Hasil Masuk Contest

Untuk memiliki realme band ni aku kena lari sejauh 2KM dalam masa 15 minit di atas treadmill. Penat aku berlari dan ada kisah kelakar jadi masa tu dan namanya kan rezeki akhirnya realme band jadi milik aku. Alhamdulillah.

Selepas 1km rasa nak give up dan dalam masa berbaki 5 minit tiba-tiba berlaku gangguan elektrik. Treadmill terpadam dan pihak realme menghadiahkan realme band kerana kesungguhan aku berlari pakai seluar jeans dan sneaker. Ahaks. Orang kata kalau rezeki tak kemana.


realme Band Review

Pendapat aku ini adalah hasil gabungan pengalaman sendiri dan juga ulasan yang aku tonton di Youtube ya. 

Ada Youtuber yang aku rasa adil dalam memberi ulasan dan ada juga yang macam krik krik. Ini jam kesihatan pertama aku jadi dengan fungsi, reka bentuk aku berpuas hati.

Harga realme band ini ialah RM129 dan realme suka buat sale jadi beli masa ada promosi. Lebih jimat. Ada tiga warna tersedia iaitu Hijau, Kuning dan Hitam. 

Aku punya warna hitam. Realme band ni sesuai dipakai oleh semua orang sebab fungsi dia termasuklah mengira kadar dengup jantung, pantau corak tidur, jogging, cricket, yoga dan lari.

Review aksesori, Buds AiSini

Selain tu apa yang aku suka tentang realme band ni ialah:

  1. Tak perlu beli cable tambahan untuk caj jam. Hanya perlu cucuk di powerbank. Caj dia pun laju je.
  2. Bateri boleh tahan sehingga 9 hari.
  3. Fungsi heart rate measurement yang akan imbas nadi setiap 5 minit secara otomatik.
  4. Berat jam ni ialah 20 gram je jadi memang tak mengganggu dan sangat ringan.
  5. Rekaan Tali jam dia nipis dan melengkung jadi dia elok terletak di pergelangan tangan. Tali jam kiri dan kanan boleh dibuka.
  6. Keluasan screen jam ni ialah 0.96 inci cukup luas untuk aku dan malangnya screen dia bukan screen sesentuh. Ada simbol bulat kena tekan. Tapi aku masih lagi suka.
  7. Kalis air dan debu.
  8. Untuk buat tetapan kena download aplikasi realme link. Ini paling penting.
  9. Boleh terima dan baca notifikasi, SMS, Whatsapp, Call, TikTok. Jadi mudah tak perlu tengok telefon. Fungsi notifikasi ni boleh di off di aplikasi realme link.


Setakat yang aku cuba tanpa buat tetapan di realme link aku berpuas hati dan rasa selesa. Ringan dan cantik je terletak. Jam ni tak bergerak-gerak jadi kemas melekat dekat pergelangan tangan. 

Untuk korang yang minat nak beli, baru nak cuba pakai fitness band dan memang pengguna realme aku rasa berbaloi beli.

Review telefon Realme XT 64mp Quad Camera Snapdragon


Rasanya aku tak kisah nak hadiahkan realme fitness band untuk anak aku yang sulong tu, nak educate dia tentang teknologi dalam masa yang sama jaga kesihatan. Serius aku teruja dan pasti anak aku double triple teruja.

Review realme band ni berdasarkan pengetahuan dan juga pembacaan aku sahaja. Kalau tak memenuhi expectation korang aku mohon maaf awal-awal okeh. 

Sebelum beli tanya diri semula apa tujuan korang beli fitness band dan berapa bajet korang. jumpa lagi di lain entri.



Product Description (realme Shopee)

  • Size: 19.6*11.9*240mm (W*H*L)
  • Weight: 20g
  • Wrist strap: Removable wrist strap
  • Width: 16mm
  • Adjustable length: 152-227mm
  • Battery: 90mAh(BIS) charging
  • Theoretical working time up to10 days
  • Screen size: 2.4cm (0.96'')
  • Resolution: 80*160
  • Single virtual button


Sensor: 3-axis accelerometer
Heart rate sensor
Rotor Vibration motor
IP68(1.5m) water Resistance rating

Connectivity: Bluetooth 4.2  
realme link APP
Android 5.0+

Automated heart rate measurement: -
- 24-hour real-time heart rate
- Resting heart rate
- Exercise heart rate
- Sleep detection
- Steps throughout the day
- Calories
- Distance
- Water reminder
- Sedentary reminder

Sport mode support: -
- Cricket
- Yoga
- Running
- Walking
- Hiking
- Climbing
- Cycling
- Spinning
- Fitness

Other Function: -
- Clock
- Date display
- Horizontal and vertical screen
- Dial
- Cloud multi-dial
- OTA upgrade
- Cloud multi language font
- Data storage
- All-day data
- Automatic motion recognition
- Call notification
- Message reminder
- Alarm reminder
- Goal completion reminder
- Binding confirmation reminder
- Low battery reminder
- Brightness adjustment
- Automatic brightness reduction at night
- Approach unlock
- Weather forecast
- Wear monitoring


Beli Soap Pump Dispenser & Sponge Caddy Murah Beli Di Shopee

Orang lain dah berkurun beli, aku baru terjebak beli soap pump dispenser ni, beli dekat Shopee. Kisahnya sebelum ni soap pump ni viral dekat Twitter masa awal-awal PKP dulu. 

Yelah kan bila semua terkurung tak boleh keluar jadi masa banyak habis scroll media sosial. Akibat terpengaruh dengan kawan-kawan yang promote soap pump ni akhirnya aku pun beli juga.

Untuk yang tak familiar, soap pump ni adalah bekas letak sabun pencuci pinggan mangkuk. Oleh sebab banyak kelebihan dia yang aku suka sebab tu aku beli.

Soap Pump Dispenser & Sponge Caddy Murah Beli Di Shopee

Setakat hari ini, aku belum jumpa lagi soap pump ni dijual di kedai-kedai. Aku tak banyak berjalan kot tu tak jumpa. Macam biasa, barang-barang pelik dan serbaguna ni aku akan beli dekat Shopee. 

Selain harga yang murah, barang-barang yang aku beli setakat ini kualiti dia boleh tahan.



Review Soap Pump & Sponge Caddy

Sepanjang tempoh aku guna soap pump ni aku sangat berpuas hati dan belum timbul rasa menyesal beli. Dari segi kebersihan memang aku puas hati sangat. 

Sebelum ni aku letak sabun pencuci pinggan mangkuk dalam bekas besar. Setiap kali nak tonyoh pinggan aku akan celup span dan cuci pinggan. Jadi air sabun kotor bercampur dengan air sabun dalam bekas yang banyak tu.




Berbeza apabila aku menggunakan soap pump ni, aku kena tekan bekas dia baru sabun akan keluar. Korang tengok la video Youtube aku ni. 

Selain ianya mengasingkan sabun kotor dan sabun belum guna, aku suka sebab tak berlaku pembaziran. Tidak lah terlajak guna sabun. Jadi sepanjang proses mencuci pinggan mangkuk lebih teratur, bersih dan menjimatkan.

Harga Soap Pump & Sponge Caddy

Aku tak pasti kalau korang yang dah beli dapat harga lagi murah dari aku atau tidak, tapi yang pastinya aku beli pada harga RM8.99 selepas diskaun. 

Harga asal ialah RM28.00. Aku beli secara online di Shopee masa tu tengah ada Sale.




Bagi aku harga tu masih dikategorikan berbaloi beli sebab dia beri sekali span penggosok. Kalau korang dapat harga lagi murah marilah kongsi nama kedai di ruangan komen okeh. Korang boleh beli soap pump ni di sini.

Aku ada terbaca status kawan di Facebook dia beli soap pump ni di Shopee tapi malangnya ianya tidak berfungsi dengan baik. Rezeki aku dapat soap pump boleh guna. 

Jadi sedikit pesanan untuk korang yang nak beli secara online, sebelum buat keputusan sila lah baca ulasan dan rating kedai. Ulasan dari pembeli terdahulu beserta gambar amatlah membantu.

Kesimpulannya aku suka guna Soap Pump & Sponge Caddy bila mencuci pinggan mangkuk dan menjimatkan sabun. 

Oleh sebab dia keluar dalam kuantiti yang sikit jadi memang lambat la sabun nak habis. Sekian review dari mama yang menjadi ketua tukang cuci di rumah sendiri. Ahaks.