Buka Puasa - Restoran Kari Kepala Ikan Taman Melawati

Ikutkan ini merupakan kali kedua kami buka puasa di luar. Kali ini berbuka empat orang je di tempat biasa kami makan.

Restoran Kari Kepala Ikan Taman Melawati. Selain lokasi yang dekat dengan rumah, kami suka sebab restoran ni bersih dan makanan dia sedap.

Memang kalau makanan sedap biasanya dekat situ je lah kami akan pergi selalu sampai lah jumpa kedai sedap yang lain.

Pekerja dekat situ memang dah cam muka kami anak beranak. Selalu datang makan roti canai dan sate. Paling suka dekat sini tandas bersih dan ada surau.

 

selamat-berbuka



Buka Puasa - Restoran Kari Kepala Ikan Taman Melawati

 

Petang tadi hantar Ikhwan balik asrama. Sebelum tu singgah Aeon untuk cari bakul baju dan beberapa barang keperluan dia.

Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadan, SMSS beri kebenaran untuk pelajar balik setiap kali hujung minggu. Lepas raya mungkin sebulan sekali rasanya.


berbuka-dekat-luar


Makin kurus anak bujang sebab katanya makanan dekat asrama kurang kena dengan selera dia. Jadi dia telan mana yang boleh saja.

Next kena cari sos atau kicap dalam paket kecil mudah dia nak bawa ke dewan makan.

 


Menu Buka Puasa Hari Ke – 13


Macam biasa kami pesan menu selalu kami makan. Alhamdulillah semua sedap. Walaupun bulan puasa tapi tidak mengecewakan.

Kalau makan di Restoran Kari Kepala Ikan Taman Melawati, ada pilihan nak makan Nasi Kandar atau masakan panas.

Kami lebih suka masakan panas. Anak bongsu nak roti telur. Menu buka puasa hari ke – 13; Salted Egg Chicken, Tomyam Seafood, Telur Dadar.


buka-puasa-day-13


Air pula pesan dua je; Apple Asam Boi dengan Teh O Ais. Memang bawa air kosong dari rumah. Masing-masing tersandar kekenyangan.

Restoran hampir penuh dengan pelanggan dan mujur lah servis laju. Agaknya hujung minggu, semua cuti memasak.


buka-puasa-menu


Setakat hari ini, Tomyam Seafood kedai ni belum pernah kecewakan selera kami. Sup Kambing Mamak pun sama. 

Oh Sup Kambing ada pilihan nak makan dengan roti atau nasi. 

 

tomyam-seafood

Selesai makan, buat bayaran terus pecut balik rumah. Dekat restoran ada je disediakan surau tapi lebih selesa solat dekat rumah.

Alhamdulillah. Selesai puasa hari ke – 13. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki untuk terus beramal ibadat.

Ramadhan Menu, Iftar Ceria - The Manhattan FISH MARKET (TMFM)

Salam Ramadan yang dah pun masuk hari ke sepuluh. Cepat sungguh masa berlalu. Pencapaian Ramadan kali ni belum ada lagi terlepas sahur.

Harapnya jangan lah eh. Risau kang melepek sampai waktu berbuka. Ahaks. Kesihatan diri baik, Alhamdulillah cuma ada hari-hari yang sakit tekak. Anak-anak semua behave, berjalan lancar.

Cuma puasa kali ni lain sikit sebab ahli keluarga waktu berbuka dah kurang. Ikhwan dah masuk asrama jadi kemeriahan berbuka tu berbeza.

Kurang meriah sebab masing-masing jadi tak kuat makan. Kalau sebelum ni ada je orang tolong habiskan kalau lauk tak habis.


berbuka-the-manhattan-fish-market

 


Ramadhan Menu, Iftar Ceria - The Manhattan FISH MARKET (TMFM)


Masih belum jejak kaki ke bazar sebab memang tiada selera nak keluar. Cuaca begitu panas jadi tak sanggup nak keluar.

Memang hari-hari masak la cerita dia. Tak sempat nak kongsi dekat blog. Emak terpaling busy. Ada je suami beli juadah lain buat tambah-tambah.

Hari tu rezeki Ramadan ke lapan, terima PR Kit dari The Manhattan FISH MARKET. Diaorang tengah promote Ramadhan Menu, Iftar Ceria.


pr-kit-the-manhattan-fish-market

Menu kali ni TMFM buat kelainan masakan melayu moden. Ada plot twist menampilkan hidangan bertema hijau.

Kalau tengok memang sedikit gerun untuk yang tak makan pedas. Rupanya tidak ya. Pedas manja gitu. Diah dapat rasa sendiri dua daripada empat menu.  

 

iftar-ceria-the-manhattan-fish-market


Set Iftar Ceria The Manhattan FISH MARKET


Diah cuba Green Mojo Baked Dory. Warna hijau pekat, sekali imbas macam sambal ayam penyet. Untuk yang tak kuat pedas, jangan risau. Pedas dia masih boleh tolerate.

Ikan Dory dibakar dalam aluminium foil dimasak bersama campuran herba segar. Wangi, isi ikan lembut, tak hanyir. Memang cair dalam mulut.


Green-Mojo-Baked-Dory



Bila makan memang tak rasa muak jadi tak sedar boleh habis sepinggan nasi. Dalam menu Green Mojo Baked Dory, dapat nasi, sayur yang di stim dan Ikan Dory. Hidangan untuk satu pax.

Berlainan dengan menu Baked Spicy Seafood Platter, hidangan untuk dua ke tiga orang. Peringatan menu ni pedas ya. Diah tak kuat pedas jadi masa makan bunyi la soksek tu.

Walaupun pedas, dia sedap ya. Dalam tu ada rocks prawns, mussels, isi dory, hirisan sotong, cendawan shimeji, dan sayur campur.


Baked-Spicy-Seafood-platter

Pilihan kombinasi makanan laut yang sesuai sebab rasa dan tekstur masing-masing menyerlah kan lagi hidangan.

Dia macam takde satu pun yang tenggelam. Faham tak?

 


Review Iftar Ceria The Manhattan FISH MARKET


Kalau nak cuba Set Iftar Ceria boleh la berbuka di The Manhattan FISH MARKET. Untuk yang ada anak kecil, tak makan pedas boleh makan Curry Mayo Fish ‘N Chips Dory atau Shrimp Pasta.

Menu iftar kali ni kena dengan selera Diah. Memang plot twist habis. Sesekali reward diri, cuti masak dan berbuka dekat luar pun seronok kan?

Jadi korang yang suka makan makanan laut, suka makan pedas The Manhattan FISH MARKET adalah tempatnya.

Dapat Tawaran SBP Tingkatan Satu – SMSS

Isnin lepas selesai pendaftaran Ikhwan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Alhamdulillah rezeki dia diterima masuk setelah kecewa tak dapat masuk MRSM Bentong.

Positif saja maksudnya bukan rezeki Ikhwan ke sana. 

Waktu awal-awal tu kami tak bagitahu sesiapa pun. Masih berfikir-fikir nak terima atau tolak tawaran.

Kalau tolak tawaran rasa rugi pula sebab ramai yang mohon tapi tak dapat. Kalau terima pula risau Ikhwan tak dapat nak cope dengan kehidupan asrama.

Haih masa tu dilemma sangat sehingga la rujuk kepada yang perlu. Kami sepakat terima tawaran SBP. Lebih utama tuan badan setuju nak cuba belajar berdikari di asrama.


pendaftaran-tingkatan-satu-smss

 


Dapat Tawaran SBP Tingkatan Satu – SMSS

Hampir seminggu kehidupan di asrama, Ikhwan okay je. Setakat ni dah dua kali dia telefon update perkembangan dekat asrama.

Jawapan semua okay baik je mama. Cikgu update, kongsi gambar aktiviti anak-anak buka puasa dan pendaftaran kelab dan persatuan.


hari-pendaftaran-tingkatan-satu-smss


Nampak ceria masing-masing. Yelah waktu sekarang masih minggu orentasi. Jadi aktiviti bebas dan lebih santai.

Oh Ikhwan ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Selangor, Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. Lagi menguatkan keputusan kami nak terima tawaran, lokasi sekolah tu tak jauh dari rumah.

Jadi senang nak tengok dia atau kalau ada emergency tidaklah berjam-jam dekat atas jalan raya. Lebih kurang 30 minit macam tu boleh sampai.

Yang ada anak sekolah rendah dan rancang nak hantar anak ke Asrama Penuh boleh baca Cara Mohon SBP 

Tips Menduduki Ujian Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) - Baca sini


 
Persiapan Pendaftaran Sekolah

Ikhwan sempat berpuasa dengan kami lebih kurang seminggu dengan kami sebelum mendaftar masuk pada 18 Mac yang lepas.

Jadi sempat la buat persiapan cari baju, kasut dan kelengkapan asrama. Waktu ni hampir setiap minggu keluar cari barang.


minggu-orentasi-smss

Ada je yang tak cukup. Untuk baju uniform sekolah, seluar slack dan baju berkolar semua kami cari waktu balik kampung di Pahang.

Lebih murah harga dekat sana jika dibandingkan dekat KL. Barang keperluan semua pihak sekolah dah senaraikan.

Pakaian untuk prep, baju untuk sekolah, pakaian bila outing, beriadah dan bila ke dewan makan semua diberitahu.

 


Buka Akaun Bank Rakyat, Bayar Yuran Asrama

Masa hari pendaftaran kami sampai sejam awal. Itu pun dah ramai yang sampai. Pendaftaran sepatutnya bermula pukul 9 tapi sebelum tu dah kena isi borang untuk melancarkan proses daftar.

Macam biasa kena serahkan dokumen yang sekolah minta, bayar juga Yuran Makan Asrama, Bayaran Dobi, Kad Murid & Kelas Mengaji.

Orentasi-SMSS

Seronoknya pelajar Tingkatan Satu wajib masuk Kelas Mengaji (RM50 setahun). Yuran Makan Asrama pula ikut tangga gaji ibu bapa.

Mudah pula sekarang ada perkhidmatan Dobi (RM100 setahun).

Pihak sekolah mewajibkan setiap pelajar untuk buka akaun dengan Bank Rakyat. Ada kaunter khas disediakan. Tujuan utama nak elak kes kecurian jadi transaksi di sekolah semuanya guna kad.

 

Siapkan Mental & Fizikal

Memandangkan ini pengalaman pertama Ikhwan masuk asrama dan pengalaman pertama juga untuk kami sebagai ibu bapa melepaskan anak ke asrama mesti la masing-masing berdebar.

Jadi dari awal dah siapkan mental dan nasihat sebaik mungkin. Syukur dikelilingi orang yang baik-baik. Semua bagi nasihat dan kongsi pengalaman berharga.

Kalau duduk asrama paling risau kena buli je. Dah lah saiz badan dia kecil je. Harapnya tiada perkara buruk jadi.

Ikhwan dapat dorm menghadap ke bahagian depan sekolah, boleh nampak Taman Tasik permaisuri dan Stadium KL. Cantik. 

stadium-kuala-lumpur

Waktu hari pendaftaran sempat la tolong dia kemaskan loker. Sebelum tu ada abang angkat dia yang tolong tunjuk cara pasang cadar dan terangkan tentang peraturan lain.

dorm-smss


Alhamdulillah urusan pendaftaran lancar je. Moga yang baik-baik untuk Ikhwan.


Resepi Air Kelapa Limau Soda

Tiba je bulan Ramadan ramai lah influencer dan content creator upload video resepi berbuka. Macam Khairul Aming memang tak pernah miss resepi 30 hari puasa.

Weh bila tengah syok tengok social media, then video tu lalu waktu tengahari tu memang cepat-cepat Diah scroll.  

Ustaz kata makhruh kalau tengok video makanan di bulan puasa sebab ianya memacu nafsu nak makan. Macam tu lah lebih kurang.

Jadi sekarang kalau video resepi akan tengok waktu petang beberapa jam nak berbuka tu. Cari idea menu berbuka.

 

Resepi-Air-Kelapa-Limau-Soda

 

Resepi Air Kelapa Limau Soda

 

Hari pertama puasa, Diah ternampak satu video resepi Air Kelapa Limau Soda. Dalam video tu selain air yang memang menggetar jiwa adalah penggunaan bekas air berbentuk beg tangan wanita.

Entah mana la dia beli. Cantik weh. Elok je dia bancuh air kelapa dalam bekas tu. Ramai komen nak beli bekas yang sama. Ahaks.

Diah guna jug kaca tahan panas dan tahan sejuk yang ada dekat rumah je, lawa juga. Nak beli Jug Kaca klink sini


Air-Kelapa-Limau-Soda

Memandangkan semua bahan-bahan yang digunakan ada dekat rumah jadi kita pun gigih nak buat. Kebetulan, suami beli air kelapa fresh dua biji.

Resepi ini tak melibatkan susu jadi memang menyegarkan tekak. Campuran air kelapa dan limau memang banyak khasiat dia tau.

 


Cara Buat - Air Kelapa Limau Soda

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Air kelapa

Limau kasturi

Aiskrim soda

Air Batu


cara-buat-Air-Kelapa-Limau-Soda

air-berbuka


Cara-cara:

Masukkan air kelapa, sedikit Aiskrim soda, dan limau kasturi. Nak masam letak lah banyak. Kemudian masukkan air batu.

Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.

Nak tengok resepi Air yang viral boleh klik sini & klik sini

 


Kesimpulan

Tak menyesal cuba Resepi Air Kelapa Limau Soda. Bila lalu dekat tekak memang segar je rasa. Kena seimbangkan semua bahan sebab nanti rasa Aiskrim soda tu akan tenggelamkan rasa air Kelapa.

Selamat mencuba!