Menu Buka Puasa Waktu Cuti Sekolah

Memandangkan hidup terlalu sibuk dan tak sempat nak kongsi menu berbuka harian dengan pembaca blog jadi kita buat rumusan menu berbuka sepanjang cuti sekolah. Ada jalan mudah maka kita guna.

Cuti sekolah pun dah sampai ke penghujung. Cabaran berpuasa di rumah hampir tamat dan bermulalah cabaran berpuasa waktu sekolah pula. Sama-sama kita nantikan terutama perjalanan puasa Airis yang baru lapan tahun tu. Fasa baru untuk dia.

Kakak Raudah aku tak risau sangat. Dah darjah empat jadi dah boleh faham puasa tu apa. Jadi tak perlu nak paksa untuk puasa, lega sangat.

Ikhwan pula akan balik ke asrama hari ni. Masuk tahun ke-tiga dia berpuasa di asrama. Macam tahun-tahun sebelum ni dia request sambal bilis kering nak bawa balik untuk makan waktu sahur.

Salam-ramadan


Menu Berbuka Puasa Cuti Sekolah

Tahun lepas sempat balik kampung minta wan buatkan untuk cucu dia. Tahun ni belum ada kesempatan nak balik, jadi beli je sambal ikan bilis kering. Aku beli yang jenis kering dan tahan lama, senang nak simpan dan bawa balik asrama. 

Semalam dah borak nak bawa balik lauk dari rumah. Satu perangai si bujang ni, dia risau akan menyusahkan mama jadi dia jarang meminta-minta. Bab ni memang aku kena tanya betul-betul sebab dia macam dah set dalam kepala tidak mahu susahkan mama abah dia.

Bagusnya: lega sebab ada simpati dan empati yang tinggi dalam diri anak. Tapi dalam amsa yang sama: kami sebagai mak ayah nak bagi yang terbaik, kadang rasa terkilan juga sebab ingat dia okay walhal dia menahan diri.

Menu-Buka-Puasa-Waktu-Cuti-Sekolah


Berbuka Puasa Hari Pertama - Hari Ketiga

Hari Pertama

Masing-masing bertahan sebaik mungkin. Untuk berbuka aku masak Ayam goreng ala KFC, sambal sotong & sayur taugeh goreng. Buat air laici strawberry kegemaran Raudah.

Hari Kedua

Menu ikan keli berlado, udang tempura dan ulam timun. Udang tempura tu aku beli dekat Rosham Mart. Sedap ya, kegemaran Airis. Lebihan tembikai semalam aku blend jadi jus tembikai. Mudah dan tak membazir. Tiada gambar atas faktor usia. Sorry. 

Hari Ketiga

Hari ketiga kami keluar mencari baju melayu suami dan Ikhwan. Jadi untuk elak penat kami tapau saja. Selesai cari baju balik rumah berehat kemudian keluar semula. Cuaca panas ya amat.

  • Aku beli Bibimbap Beef dari Dubuyo.
  • Suami bungkus nasi biryani daging dari JM Bariani House.
  • Raudah dan Airis pilih Texas Chicken.
  • Kakak awal-awal lagi request burger, manakala Airis nak nasi butter dengan ayam goreng.

Menu Sahur Puasa Hari Pertama – Hari Hari Ketiga

Tahun ni kami decide tak mahu makan berat sewaktu sahur dan masing-masing bertahan sepanjang berpuasa. Makan apa yang ada dalam fridge je. Dari hari pertama hingga semalam hari ketiga; kentang goreng, telur rebus, kurma, cereal makan dengan susu.

Tadi aku buat spaghetti carbonara guna serbuk instant. Jenis ni memang penyelamat waktu sahur sebab malas fikir. Aku simpan stok dalam pantry, aku letak link dekat sini untuk korang yang nak. Beli dekat Shopee - klik sini

Menu-Buka-Puasa


Suami dan anak-anak tak banyak karenah. Cuma pesan minum air banyak tambah dengan celtic salt waktu sahur supaya tak haus sangat.

Kesimpulan

Alhamdulillah Allah izinkan kami berpuasa dan berbuka satu keluarga. Bayangkan nanti bila masing-masing dah besar, entah ada kesempatan atau tidak nak duduk makan sama-sama macam ni. Jadi untuk sekarang, aku cuba belajar appreciate masa yang ada. Umur sekarang, otak dah tak kejar yang sempurna tapi asalkan masing-masing ada.

  

Stop Valve Tandas Tercabut

Salam Ramadan semua. Selamat berpuasa. Sinonim bulan Ramadan sebagai bulan kesabaran. Bulan yang mengajar kita supaya kekal waras dan beriman. Kali ni kami diuji lagi, yang boleh tahan peritnya nak ditelan.

Bilik air buat hal. Huwaa… terseksa jugalah sebab menjejaskan waktu kami bersahur tadi. Dah lah semalam hari pertama puasa, badan baru nak reset semula. Jadi terasa juga penat dia. 

Cerita dia macam ni. Elok selesai cuci pinggan mangkuk, aku kemas rumah. Lepas tu aku lepak dalam bilik, main game dekat handphone. Tiba-tiba dengar bunyi dari bilik air. Bunyi air keluar laju. Menderu-deru.

Dugaan Di Bulan Puasa

Terperanjat bila buka pintu. Air dah macam air terjun bunyi dia. Terus panggil suami. Dua-dua panik tak tahu nak buat apa. Rupa-rupanya stop valve yang dekat bawah mangkuk tandas tu tercabut.

Panik weh. Nak nangis pun iya. Lagi bertambah syahdu sebab kejadian berlaku dah lewat malam. Di bulan puasa pula tu. Mana nak cari tukang paip? Penat kemas rumah tak habis lagi tau. Tahun lepas aku renovate tandas ni, dah pernah hadap masalah dan sekarang jadi macam ni pula. 

Itulah orang kata ujian kan. Benda tak dijangka berlaku memang kena sentiasa bersedia. Mujur setiap kali ada benda berlaku, aku tidak keseorangan. Kalau tak, mahu aku melalak sebab tak tahan pressure.

Stop-Valve-Tandas-Rosak


Stop Valve Tandas Rosak

Kami cuba pasang semula valve tu tapi tekanan air kuat dan valve tu memang dah rosak. Suami ikhtiar guna stok apa yang ada di rumah tapi tak berjaya.

Dalam dia dah berkarat dan serpihan bahagian dalam patah. Nak cabut dan gantikan, dekat rumah memang tak ada alatan dan barang yang sesuai. Nak panggil plumber pun dah lewat malam.

repair-Stop-Valve-Tandas


Air keluar non stop dan bunyi dia amat mengganggu emosi. Aku capai tuala dan tutup bahagian punca air yang menderu keluar tu. Bunyi dia jadi perlahan sikit.

Dah jadi macam ni, memang kena paksa diri untuk kekal waras dan kawal keadaan. Sebab apa tau, semalam sebelum tidur Airis menangis. Empati dia tinggi. Dia nampak kesusahan kami dia pun sedih sekali.

stop-valve-bilik-air


Masalah Main Meter Paip Pula

Kami decide tutup main meter sementara tunggu siang. Masa tu lah kami detect masalah kedua. Main meter paip dekat luar rumah tu pula rosak. Hari tu dah dibaiki tapi keadaan dia kembali uzur.

Rasa macam double triple dugaan menghempap kepala. Main meter tak boleh tutup sepenuhnya, menyebabkan air masih keluar dari stop valve yang tercabut tu. Risau kalau tutup ganas nanti meter paip pula jahanam. Lagi teruk.

Memang tiada jalan lain selain bersabar dan tunggu kedai hardware buka. Dalam otak dah terbayang bil air yang bakal melonjak naik bulan depan.

 

Dipendekkan cerita, pagi tadi suami buat report ke JMB dan staff dah datang tengok untuk kenal pasti masalah sebenar. Sekarang dalam proses baik pulih. Alhamdulillah siap ganti semua. Suami ulang balik nasihat dia bagi, kita diuji untuk masuk ke syurga. Nak masuk syurga kena lulus ujian dulu.

Entahlah. Kadang-kadang ujian datang waktu kita penat. Waktu kita baru nak kumpul tenaga, nak bernafas dengan betul. Waktu tu lah latihan sabar sebenar bermula.

 

Join Larian 4KM Merentas Desa

Tercapai juga hasrat aku untuk sertai larian merentas desa sekolah anak. Bertahun-tahun asyik jadi sukarelawan, tengok anak-anak je yang berlari. Tahun ni sekolah buat kelainan bila buka penyertaan larian 4KM merentas desa kategori ibu bapa. Teruja tu tak payah cakap, sebab aku sendiri pernah utarakan idea kategori larian ibu bapa kepada pihak sekolah tahun lepas.

Niat aku satu je. Bila anak-anak nampak ibu ayah datang ke sekolah dan sertai aktiviti, mereka tahu yang ibu ayah ambil berat, ambil tahu apa yang mereka buat. Anak akan rasa dihargai. Bagi aku, bila ibu ayah kenal cikgu, kenal persekitaran sekolah, anak-anak pun automatik lebih berhati-hati nak buat perangai bukan-bukan.

Tahun ni, alhamdulillah, tercapai juga hasrat tu. Bukan sebab nak lari sangat pun sebenarnya. Tapi aku nak tunjukkan yang aku serius sokong anak-anak dan sanggup libatkan diri dalam aktiviti sekolah. Kalau mak ayah boleh buat, insya-Allah anak-anak pun boleh.

Pengalaman Join Larian 4KM Merentas Desa

Sekolah cari 10 pemenang untuk setiap kategori. Walaupun aku tak menang, aku tetap bangga dengan diri sendiri. Yang penting, aku berjaya habiskan larian sejauh 4KM. Alhamdulillah. Tepuk bahu sendiri.

Simple je pengalaman ni tapi cukup la tinggalkan kesan. Bagi aku, mak ayah yang hadir berlari dan jadi sukarelawan dah berjaya cipta kenangan manis dengan anak-anak. 

Awalnya memang ragu-ragu juga dengan kemampuan diri. Maklumlah, ini larian pertama aku selepas hampir berbelas tahun tak sertai mana-mana acara larian. Training pun ala kadar, main-main je.

Larian-4KM-Merentas-Desa


Bertugas Dulu Baru Lari – Jadi Sukarelawan Lagi

Macam tahun-tahun sudah, tahun ni masuk tahun ke-tiga aku jadi sukarelawan Kejohanan Merentas Desa Sekolah Rendah. Sekolah masih guna laluan yang sama macam tahun lepas.

Anak-anak berlari dalam kawasan perumahan, jadi kerja lebih mudah sebab dah tahu stesen mana yang perlu dijaga. Cuaca pula elok, cerah je sepanjang program. Aku ditugaskan di kawasan roundabout.

sukarelawan-Larian-4KM-Merentas-Desa


Cabaran dia bila kereta penduduk keluar masuk. Mental juga nak hadap. Manusia sekarang kurang sense sikit eh. Nampak budak sekolah berlari, tapi masih bawa kereta laju. Yang ni memang buat darah naik.

Alhamdulillah anak-anak berjaya kutip medal dan sumbang markah untuk rumah sukan. Raudah dapat tempat ke-10 bawah kategori U10 (3KM) dan adik dapat tempat ke-3 bawah kategori U8 (1KM). 

pemenang-Larian-4KM-Merentas-Desa


Acara Larian Merentas Desa Kategori Ibu Bapa

Larian dimulakan dengan larian anak-anak, kemudian barulah diikuti dengan larian ibu bapa. Untuk kategori ibu bapa, kami bermula agak lewat, sekitar jam 10 pagi sebab tunggu acara murid habis dulu. Masa tu matahari dah naik tegak. Panas weh.

Persediaan aku sebelum lari memang penting dan jadi asbab aku tak cedera. Wajib warm up, pakai kasut yang sesuai dan selesa. Sebelum keluar rumah aku siap-siap pakai pelindung lutut. Lutut aku ni tak berapa nak okay sebab dulu agak aktif berlatih silat olahraga. Lutut aku lari sikit. Eheks.

Target aku cuma satu, nak habiskan larian tanpa cedera. Nak kejar medal memang tak berani sebab ramai ibu ayah yang memang otai. Sepanjang larian tu, ada juga dua tiga kali terlintas, betul ke keputusan aku sertai larian 4KM ni.

Lari Dengan Pacer Tak Rasmi

Ikutkan track, aku kena habiskan empat pusingan. Setiap pusingan kena ambil gelang getah sebagai bukti lalu checkpoint. Setiap kali sampai checkpoint, anak-anak menjerit sorak nama aku.

Masa tu dalam hati memang ada rasa nak berhenti. Tapi bila nampak anak-anak bersorak, rasa malu pula nak mengalah. Jadi berlari sampai habislah jawab dia.

Sepanjang aku berlari tu juga, ada seorang murid yang jadi pacer tak rasmi aku. Nama dia Putri Iman. Anak yang baik, hormat orang tua. Aku memang ngam dengan dia. Selalu juga dia tolong aku setiap kali ada aktiviti sekolah.

pacer-merentas-desa


Iman ni atlet sekolah dan tengah tunggu panggilan ke sekolah sukan di Titiwangsa. Dia teman aku dari awal sampai hampir ke garisan penamat. Sepanjang larian, asyik menjerit tepi telinga suruh aku jangan berhenti. Serius membantu. Bila fikir balik, memang kelakar.


Kesimpulan

Kalau korang dapat peluang untuk sertai aktiviti sekolah macam ni di masa akan datang, aku sangat galakkan untuk cuba. Aku alami sendiri kesan positifnya, bukan saja pada diri sendiri tapi juga pada anak-anak dan orang sekeliling. Penat tu memang ada. Tapi rasa berbaloi tu lagi besar.

Burger Prosperity Ala Mekdi Versi Homemade

Teringin punya pasal, maka gigihlah buat burger Prosperity ala Mekdi. Sebelum zaman boikot sebab Palestine, setiap kali Chinese New Year memang akan makan dekat McDonald. Dah lama sebenarnya aku buat burger prosperity ni, cuma sekarang baru ada masa nak kongsi dekat blog.

Untuk menjimatkan tenaga dan masa, resepi ni aku guna daging oblong jenama Ramly. Kalau korang guna daging kisar dan buat sendiri, mesti lagi sedap. Aku pula guna versi simple je macam dekat bawah ni.

burger-prosperity-ala-mekdi-versi-homemade


Resepi Burger Prosperity Ala Mekdi

Bahan Utama

 

burger-prosperity-ala-mekdi

Bahan Sos Lada Hitam

  • Mentega
  • Tepung gandum (untuk pekatkan kuah)
  • Lada hitam (ditumbuk kasar / serbuk)
  • Sos tiram
  • Kicap manis (untuk warna gelap)
  • Air
  • Kiub pati lembu (pilihan)
  • Cendawan shitake
  • Bawang Holland
  • Bawang putih
resepi-burger-prosperity-ala-mekdi-versi-homemade


Cara-Cara Masak

Masak daging oblong dengan sedikit minyak. Ketepikan.

Roti burger sapu dengan marjerin dan bakar sehingga garing.

Bawang Holland dihiris nipis.

 

resepi-burger-prosperity

Cara Masak Sos Lada Hitam

Cairkan mentega dan tumis bawang Holland serta bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cendawan shitake dan masak seketika, kemudian masukkan bahan-bahan lain satu persatu.

Perasakan dan akhir sekali masukkan tepung gandum secukupnya untuk pekatkan kuah. Semua bahan ni aku main agak-agak je. Ikut firasat sendiri okay.

Tunggu kuah sejuk, kemudian boleh blend sampai lumat. Celup daging oblong ke dalam kuah.

 

Korang yang teringin nak makan burger Prosperity boleh cuba resepi aku ni. Bila masak sendiri dekat rumah memang puas hati sebab boleh repeat banyak kali. Paling penting sedap.