Kos Bersalin Di Rampai Puteri Medical Centre

Rodiah Amir
2

Entry kali ni nak kongsi tentang detail pakej bersalin yang Kak Diah ambil untuk kelahiran anak ketiga. 

Baby dah dua bulan baru berkesempatan nak publish. Maafkan akak. Ini pun teringat bila salah seorang reader blog whatsapp dia dah selamat melahirkan baby. 

Disambut oleh Doctor favourite akak Doktor Zana Zalinda di Rampai Puteri Medical Centre (RPMC) atau nama lama dia Hospital Bersalin Tunku Azizah di Sri Rampai.


Kos Bersalin Di Rampai Puteri Medical Centre

Akak selamat melahirkan anak ketiga secara normal pada 22 January 2018, dan semua urusan booking telah di buat selepas kandungan mencecah 7 bulan. 

Antara syarat untuk bersalin di RPMC, sekurang-kurangnya dua kali check-up bersama doctor pilihan. Aku ada kongi Pakej Bersalin Rampai Puteri Medical Centre. 



Delivery Rampai Puteri Medical Centre


Bayaran Deposit 

Hospital tidak menetapkan sebarang jumlah untuk pembayaran deposit dengan syarat harus membayar kos selebihnya sebelum check out.

Package | Deluxe Room – Normal Delivery Package RM 1,350.00

Kami suami isteri setuju untuk memilih Deluxe Room 103, – single bed yang berharga RM 200/day. 

Keputusan dibuat setelah memikirkan keselesaan untuk akak bersalin dan memudahkan suami menguruskan anak-anak yang lain. 

Sekurang-kurangnya tidak la mengganggu ibu mengandung yang lain.



Ubat-ubatan

Selepas selamat semuanya dan dibenarkan balik, Doktor bekalkan ubat sembelit (cecair), antibiotic dan ubat tahan sakit. 

Alhamdulillah akak tak kena sembelit tapi sebagai langkah persediaan memang minta siap-siap. Total ubat berharga RM217.00.

Dah memang sejak anak kedua lagi kami memilih nak sunatkan anak selepas lahir. So alang-alang tu buat je lah.



Caj lain adalah seperti:

Nurse charge RM100.00
Neonatal Screening RM150.00
Doctor Fee for Normal Delivery RM900.00

Total keseluruhan yang harus dibayar adalah RM2,977.00. Sebelum akak terlupa, segala pendedahan jumlah bayaran bukanlah bermaksud akak mahu menunjuk-nunjuk, jauh sekali nak berbangga. 

Ini adalah sebagai rujukan untuk blog reader akak yang bertanya tentang kos. Dan juga untuk yang teringin nak bersalin di sana boleh start menabung ya.

*Perkongsian di atas adalah berdasarkan review akak secara peribadi dan pihak Rampai Puteri Medical Centre tidak pernah melantik mahu pun menaja akak untuk membuat review tentang servis mereka.

*Harga dan caj yang dikenakan adalah pada pertengah tahun 2017 dan akak bersalin pada 22 Januari 2018. Untuk caj dan harga pakej terbaru boleh rujuk terus ke Rampai Puteri Medical Centre.

*Sekali lagi akak tegaskan yang ini adalah pendapat peribadi yang akak kongsikan. Lain orang mungkin berlainan pengalaman serta tahap kepuasan mereka.

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. wahh pakej bersalin kat sini ramai kata bagus

    BalasPadam
  2. Salam sejahtera

    Terima kasih kerana sertai Review Blog April 2018.

    Senarai Peserta : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-peserta-review-blog-april-2018.html

    Senarai Pemenang : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-pemenang-review-blog-april-2018.html

    BalasPadam
Catat Ulasan