Perkembangan Bayi 9 Bulan

Rodiah Amir

Assalamualaikum and Alhamdulillah. Airis Safiya dah mencecah 9 bulan pertama kehidupan dia. Bangun jatuh, terhantuk, tergolek semua dah rasa. 

Dah ada pengalaman masuk ke bahagian kecemasan HKL pun sebab jatuh katil. Pengalaman dan perkara paling mama dan abah nak elakkan, tapi jadi juga.

Boleh buat cerpen la pasal awak adik. Banyak sangat ragam dia. 

9 bulan bersama mama dan abah dah banyak kita tempuh bersama. 9 bulan yang membahagiakan dan selalu buat darah mama turun naik. 

Apa pun kami bersyukur sangat, awak sihat, ceria dan membesar dengan elok. 


Perkembangan Bayi 9 Bulan | Airis Safiya Turns 9 Months 

Selasa minggu lepas seperti biasa temujanji di Klinik Kesihatan Gombak Setia, mama bawa awak untuk cucuk imunisasi 9 bulan. 

Untuk pengetahuan awak, sekarang masih lagi ada golongan yang menolak vaksin.

Carta Tumbesaran dan Perkembangan Bayi

Mereka menolak berdasarkan pemahaman mereka yang merasakan vaksin adalah penyebab kanser. Itu prinsip mereka. 

Bagi mama dan abah, selagi ia nya halal dan tidak memudaratkan awak dan juga orang sekeliling sudah semestinya kami akan pilih yang terbaik untuk anak-anak. 

Alhamdulillah semuanya selamat tapi pengalaman kali ni sedikit gerun. Kenapa mama kata gerun sebab masa awak di cucuk, awak di cucuk oleh pelatih jururawat Lelaki. 

Cucuk Imunisasi 9 Bulan

Kalau di ikut kan hati mama memang menyesal biarkan pelatih-pelatih yang melayan kita pada hari tu, tapi bila di fikirkan semula; pelatih-pelatih tuh sedang belajar. 

Sedang mempraktik kan teori yang mereka dapat dan juga mereka lah bakal jururawat masa depan. Jadi mama diam kan saja. Manfaat untuk awak dan kawan-kawan awak juga di masa hadapan. 

Sedih juga bila di teringat awak menangis bila di cucuk di peha, dan pelatih tu sedikit kalut bila dimarahi oleh “sister” bila dia panik dan cuba cabutkan jarum di peha awak. 

Mama apatah lagi takut dan cuak. Kalau lah jarum tertinggal dekat peha awak. Nauzubillah. Menyesal sedikit bila mama tak bantah bila kakak dan abang pelatih nak cucuk awak. 

Tapi mesti ada hikmah kan? Alhamdulillah awak ok lepas tu. Awak tak demam dan tak fobia. 



Perkembangan dan Tumbesaran 9 Bulan

Kalau ikut carta perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, di usia 9 bulan ni awak sepatutnya dah 
  • boleh duduk sendiri tanpa bantuan
  • untuk penglihatan mata awak sepatutnya dah peka dengan objek yang jatuh, 
  • menyahut kalau dipanggil nama untuk pastikan pendengaran awak ok
  • meniru bunyi da da, ba ba untuk kebolehan bertutur 
  • memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain

dan hasil soal siasat pada hari tu, perkembangan awak dikira ok hanya duduk sendiri tanpa bantuan je masih belum boleh lagi sebab awak terlalu sibuk nak belajar berjalan sampai lupa nak belajar duduk ye dik. 

Tapi awak bijak gerakkan tangan/jari macam minta duit tu. Kelakar ok. Gerakkan lima jari comel awak seolah nak menggenggam minta duit. Tutup dan buka. 

Perkembangan dan pertumbuhan lain seperti berat dan tinggi semuanya mengikut carta. BMI awak normal iaitu 15. 

Berat awak 6.9 kilogram dengan ketinggian 67 centimeter dna lilitan kepala 44 centimeter. Kiranya penilaian dan perkembangan sejajar dengan usia. 

Mama nak kena monitor apa awak makan dan kebolehan motor sahaja lepas ni. 

Temujanji seterusnya adalah bila awak masuk 12 bulan (setahun) untuk cucuk imunisasi seterusnya dan nak tengok perkembangan awak nanti. 

Harapnya awak tak di cucuk oleh pelatih jururawat dan di jauhkan pengalaman ngeri ya. Semoga awak membesar menjadi anak solehah. Nanti mama coretkan lagi tentang awak dekat sini.  

Tags