Bangi Wonderland Theme Park & Resort, Betul Ke Best?

Rodiah Amir
Oleh sebab asyik tertanya-tanya betul ke Bangi Wonderland Theme Park & Resort ni best atau tak, akhirnya persoalan tu terjawab jua saat kami sekeluarga berjaya jejakan kaki ke sini. 

Memang sengaja masukan dalam senarai wishlist tahun 2019, jika ada rezeki kami nak cuba semua theme park yang ada dalam Malaysia.


Bangi Wonderland Theme Park & Resort, Betul Ke Best? 

Bila sebut nak ke Bangi Wonderland, semestinya anak-anak yang paling teruja. Kalau korang tanya betul ke best? Bagi aku yang dah bergelar mak ni memang enjoy sangat walaupun mandi sambil berpanas. 

Panas disebabkan cuaca dan panas hati sebab anak tak mahu balik. Punya la seronok mandi manda dekat Bangi Wonderland Theme Park & Resort ni. 



Best ke Bangi Wonderland Theme Park & Resort



Lokasi Bangi Wonderland Theme Park & Resort


Nak mudah datang sini anda hanya perlu waze sahaja Bangi Wonderland Theme Park & Resort. Ambil masa lebih kurang satu jam kalau dari Kuala Lumpur. 

Kalau ikut Lebuhraya PLUS boleh keluar di simpang Bandar Bukit Mahkota. 

Boleh parking dalam bangunan yang disediakan dan anda akan dikenakan bayaran parking RM6. Seperti kebanyakan theme park yang lain, anda tak dibenarkan untuk membawa makanan dan beg anda akan di periksa di pintu masuk. 

Kemudahan asas seperti surau, baby room, bilik persalinan, locker dan lain-lain ada disediakan. Surau dia agak besar dan selesa. Bilik persalinan pula bersih dan cleaner dekat sini pantas buat kerja.


Bangi Wonderland Theme Park & Resort Games

Harga Tiket Bangi Wonderland Theme Park & Resort


Kena rajin ikuti laman media sosial Bangi Wonderland sebab mereka banyak buat promosi dan bagi potongan harga yang bagus. 

Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Kebanyakan masa kami habis melayan anak-anak di Kids Adventure. Memang banyak slides untuk dicuba dan bagusnya ada krew yang akan pantau keselamatan sebelum anak-anak masuk ke dalam slides. 

Cuma yang kurang seronok, Kids Adventure ni dipenuhi oleh golongan remaja yang turut teruja nak bermain di kawasan anak-anak ni. 


Bangi Wonderland Theme Park & Resort memang seronok



age of pirates Bangi Wonderland Theme Park & Resort

kids adventure Bangi Wonderland Theme Park & Resort



Untuk yang datang bersama keluarga boleh menyewa Cabana yang disediakan atau boleh berehat di public area berbumbung betul-betul di tepi kawasan Kids Adventure. 

Ada kerusi dan meja disediakan untuk pengunjung berehat dan makan. 




Dah penat mandi manda boleh beli makanan dekat café berhampiran dan harga makanan dekat sini agak berpatutan. 

Kami beli set nasi ayam beserta air pada harga RM13. Sedap dan kuantiti agak banyak. Lepas alas perut sambung lagi main air. 

Anda perlu berjalan sedikit untuk ke kawasan permainan air untuk orang dewasa. Diah tak berpeluang nak cuba slide yang ada tapi kalau tengok reaksi pengunjung dekat situ memang enjoy habis. 

Semakin berusia semakin tinggi perasaan seram dan gayat dalam diri. Alasan sangat kan? Dinasihatkan untuk yang penakut kena ajak kawan-kawan supaya dapat cuba sama-sama. 

Dah ramai-ramai baru tak malu kalau menangis atau menjerit macam orang gila. Tak gitu?  




insane racer & the fall Bangi Wonderland Theme Park & Resort


magic funnel Bangi Wonderland Theme Park & Resort



Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Kesimpulan 

Secara keseluruhan, Bangi Wonderland Theme Park & Resort memang best untuk anda yang ada anak kecil, sukakan cabaran, juga untuk mereka pentingkan kebersihan dan keselesaan. 

Berbaloi luangkan masa dengan keluarga. 

Oleh sebab Bangi Wonderland Theme Park & Resort memenuhi kriteria yang Diah nak maka tempat ni bakal di repeat pada masa akan datang. Anda patut datang dan nilaikan sendiri ya.