12 Cara Jadikan Media Sosial Sebagai Lubuk Pahala

Rodiah Amir
2

12 Cara Jadikan Media Sosial Sebagai Lubuk Pahala

Masuk je bulan Ramadan berebut-rebut orang nak buat pahala. Aku pon tak ketinggalan nak kumpul pahala tapi bila sedar diri harta tak banyak mana aku cari jalan lain la kumpul pahala. Cara korang utilize puasa pula macam mana? Selain baca Quran dan sedekah apa lagi korang buat?  Meh la kongsi boleh aku buat juga.

Media Sosial Sebagai Lubuk Pahala

Salah seorang pakar penulisan yang memang aku follow di Facebook, Saudara Khairul Hakimin Muhammad ada berkongsi yang semasa bulan Ramadan ini lah, kita boleh jadikan wall kita sebagai lubuk pahala dengan membangunkan content.

Dia menulis berdasarkan content di Facebook dia. Jadi aku panjangkan pendapat dia di medium blog pula. Kita jadikan blog sebagai sumber pahala la pula. Memang aku galak kan sangat korang follow Saudara banyak perkara positif dia kongsi di laman Facebook beliau sini link dia Khairul Hakimin Muhammad

Media Sosial Sebagai Lubuk Pahala


12 Cara Jadikan Media Sosial Sebagai Lubuk Pahala Untuk Kita


Berikut adalah 12 cara menjadikan media sosial sebagai lubuk pahala yang dicadangkan oleh Saudara Khairul. Nampak mudah nak buat.

1. Seorang doktor atau pegawai diet atau yang terlibat boleh bercerita 30 kebaikan puasa dari sudut kesihatan dan perubatan. Buat posting ringkas-ringkas, dan pasti ramai yang akan suka.

2. Seorang pakar kecergasan boleh menyusun posting tentang senaman semasa berpuasa. 30 senaman untuk 30 hari.

3. Seorang ibu boleh menulis resipi sahur dan berbuka. Lebih dari itu teknik ajar anak berpuasa. 30 resipi, menjadi dan pasti ramai yang nak.

4. Seorang ayah boleh tulis di mana bazar ramadan terbaik pernah dia pergi. Sehari 1 lauk, 30 hari 30 lauk. Ok yang ini boleh kena kecam. Haha.

5. Seorang ustaz boleh menulis tentang sirah, sejarah, kisah nabi (selawat), hadith, sunnah, ayat Quran tentang kehebatan ramadan.

6. Seorang penulis boleh mengulas banyaknya buku tentang kejadian pada ramadan.

7. Seorang hafiz (hafal Quran) boleh menulis 30 teknik ringkas bagaimana mahu memahami perkataan di dalan Al-Quran seterusnya bagaimana juga mahu menghafal dengan mudah.

8. Seorang peniaga boleh berkongsi 30 tips bisnes yang dibinanya sendiri.


9. Seorang guru boleh berkongsi 30 kisah anak-anak, atau beliau sendiri bagaimana mengawal anak-anak ini berpuasa di sekolah.

10. Seorang bilal, imam, boleh bercerita 30 kisah sahabat nabi (selawat) bagaimana mereka berbuka, lauk apa, zaman apa, dan bagaimana bezanya setiap negara dan kita semua.

11. Seorang yang terlibat dengan misi kemanusiaan, boleh up 30 cerita yang mereka sendiri lalui semasa mengikuti misi.

12. Seorang pegawai farmasi atau yang berurusan dengan hal ubat boleh bercerita tentang 30 jenis ubat / perubatan yang ada kaitan dengan puasa.

Sebenarnya banyak je kan lubuk-lubuk pahala yang boleh kita gali dan cari. Tinggal nak buat atau tidak je. Jom lah kita menulis perkara yang elok dan bermanfaat. Mana tahu esok masa timbangan, benda-benda yang kita tulis ni beri pahala kepada kita in sya Allah.


Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. betul tu.. tq for sharing.. alang2 jadi blogger biarlah apa yg ditulis tu memberi pahala dan amal jariah buat kita kan

    BalasPadam
Catat Ulasan