Duduk Di Rumah, Jangan Panik Dan Jangan Lari

Rodiah Amir
5
Apa khabar korang semua? Terasa sangat bila dah dikuatkuasakan pergerakan kawalan ni macam terputus dengan dunia luar. 

Syukur internet di Malaysia masih lagi boleh diakses. Bayangkan kalau komunikasi pun disekat. Tak dapat bayangkan.

Harapnya rakyat kita ambil serius dengan apa yang berlaku sekarang. Seronok bila tengok pengumuman rasmi Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan yang sentiasa ingatkan supaya duduk di rumah. 

Duduk Di Rumah, Jangan Panik Dan Jangan Lari

Rasa macam kerajaan ambil berat terhadap rakyat. Terima kasih. Cuma yang tinggal rakyat je kena mendengar kata.

Dah masuk beberapa hari Perintah kawalan pergerakan tapi masih ada rakyat yang degil. Teruskan aktiviti harian di luar rumah seperti berjogging dan berbasikal. 

Rasa nak hempuk je kepala masing-masing. Janganlah sampai Tentera pula kena masuk campur kawal pergerakan. Teruk nanti. 




Hanya Ketua Keluarga Keluar Rumah

Bagus juga idea hanya ketua keluarga yang dibenarkan keluar, itu pun kalau ada urusan penting atau beli bekalan makanan. 

Tak dapat bayangkan kalau anak kecil dibawa keluar waktu genting macam ni. Aku nak lepaskan suami cari barang pun aku rasa tak sedap hati.

Risau betul kalau jadi apa-apa. Yelah selain berdoa, langkah-langkah pencegahan kebersihan memang selalu aku tekankan. 

Dah la COVID19 boleh hidup di permukaan sehingga 9 jam. Berapa ramai pula yang singgah dan beli belah di pasaraya. Siapa boleh jamin pasaraya tu selamat. Seram bila fikir.

Sebelum ni syarikat suami buat rotation untuk bercuti. Ambil giliran seminggu bercuti dan seterusnya. Lega bila keluar arahan supaya syarikat tempat suami bekerja ditutup sepenuhnya. 

Selalu kalau keluar bekerja, amalan selalu kalau balik dari kerja mesti aku suruh basuh tangan dan mandi. Anak-anak selalu terkam sambut dia balik.

 


Langkah-Langkah Kebersihan Perlu Ambil Tahu

Jadi pesanan aku dekat korang dekat luar sana yang keluar rumah, pergi ke pasaraya, keluar bekerja, atau terdedah dengan dunia luar sila amalkan langkah-langkah kebersihan dekat bawah ni:

#1 Pakai topeng muka #mask Sebelum ni aku baca mask perlu dipakai oleh mereka yang dijangkiti dan tak sihat supaya bila batuk atau bersin tak la kena pada orang lain. Tapi ambil sajalah extra precautions pakai je selagi ada stok. Masalah sekarang stok mask dah tiada

#2 Pakai sarung tangan plastik bila ambil barang di rak pasaraya. Lepas selesai buanglah.

#3 Sentiasa cuci tangan dengan sabun guna prinsip 20 saat ya. Bukan bilas tangan dengan air je, kena cuci.

#4 Standby Hand sanitizer letak dalam handbag dan keraplah guna terutama bila pegang troli di pasaraya.

#5 Bila balik rumah terus cuci tangan dan lagi bagus kalau mandi. Tukar baju. Kita tak tahu segala bakteria dan virus yang ada melekat pada pakaian kita.

#6 Kalau bungkus makanan, cuba semak tahap kebersihan kedai makan dan elak tempat yang ramai orang. Waktu genting sekarang aku memang elak bungkus makanan kecuali terpaksa.


Kesimpulan


Sebenarnya masih banyak langkah-langkah penjagaan kebersihan boleh diamalkan. Mahu atau tidak sahaja terpulang pada kita. 

Terkesan bila tengok petugas-petugas barisan hadapan terutama mereka yang bekerja dalam bidang perubatan berkorban merawat pesakit dan pastikan wabak ni terkawal.

Tak lupa juga petugas bahagian pertahanan yang menjaga keamana negara, yang terpaksa korbankan nyawa demi pastikan negara kita terkawal dan tiada pertumpahan darah berlaku. Aku seru rakyat Malaysia tolong jangan tambahkan lagi beban mereka.

Di waktu yang kritikal inilah kasih sayang, kepercayaan, taat setia kita akan diuji. Sekuat mana kepercayaan kita tak kira apa sahaja agama, aku yakin inilah waktu kita meminta dan berdoa kepada Yang Berkuasa.


Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. ye sis.. kite tak lari sis.. hahahaha~ badan dah naik cam tong ni rasanya..

    BalasPadam
  2. mak2 anak ramai mmg akan panik sbb anak duduk rumah asyik lapar jer..haha

    BalasPadam
  3. Samalah.. memang risau nak suruh suami ke kedai.. tp nak buat macam mana kan.. nak tak nak kena juga suruh.. Yang penting langkah kebersihan tu kena amalkan..

    BalasPadam
Catat Ulasan