Makan di Ramly Halal Kiosk Aeon Big Wangsamaju

Rodiah Amir
2
Dah lama kiosk Ramly dibuka di Aeon Big Wangsamaju betul-betul di Sebelah Restoran Shushi King Malaysia. Kiosk Ramly ni pun boleh tahan selesa, ada disediakan kerusi meja untuk makan. 

Pendek kata macam restoran makanan segera seperti KFC & McDonalds.

Kebetulan keluar masa hari topup barang-barang rumah kami beli barang keperluan di Aeon Big. 

Elok je sampai perut rasa lapar, anak-anak pun boleh tahan meminta nak makan jadi singgah makan sekejap sementara tunggu waktu Maghrib.

Ini adalah entri throwback beberapa sebelum arahan Kawalan Pergerakan dilaksanakan ya. Rindu pula nak makan oblong. 


Makan di Ramly Halal Kiosk Aeon Big Wangsamaju

Sebab terpengaruh dengan set promosi oblong Ramly lah kami singgah masuk. Dengan harga RM15 sahaja boleh dapat dua Oblong, satu air dan juga kentang goreng. 

Which is aku rasa berbaloi nak cuba. Memang dari dulu lagi kami kalau beli daging burger akan pilih jenama Ramly, nugget pun. Bila bosan je tukar jenama lain.

Nasi Serai Roasted Chicken Ramly memang dah jadi menu favorite aku. 





Promosi Snack Box Dan Set Dwi Oblong  

Bila sampai dekat kaunter agak banyak juga menu harga promosi. Katanya promosi waktu terhad. Harga bagi aku agak berbaloi jadi untuk anak-anak aku belikan Snack box Ramly berharga RM12.80 harga asal ialah RM17.10. 

Dalam Snack box dapat 4 ketul drummet, 6 ketul nugget ayam, keropok lekor (original taste of Terengganu), kentang goreng dan juga sos keju sebagai pencicah.

Tolong lah beli sebab sedap. Berbaloi pula tu. Oh Ramly Burger pun ada keluarkan Sate Frozen - sedap juga. 




Review Menu Ramly Halal Kiosk

Sos keju dia pekat, jarang aku puji sos keju dekat restoran segera. Keropok lekor paling mengagumkan aku. Lembut weh, bukan semata-mata tepung. Terasa la ikan dia. 

Suami aku suka. Dia payah sikit nak suka makanan melibatkan ikan, jadi kalau dia suka tu betul la sedap. Kihkihkih.

Untuk diri sendiri dan suami kami beli set dwi oblong bersama minuman Sjora. Seperti biasa produk burger Ramly tak pernah mengecewakan tekak aku satu keluarga. 

Harga promosi ialah ialah RM15 sahaja. Anak bujang pula minta nak makan Lasagna Ayam. Harga RM6++ untuk saiz kotak kecil. Ok lah buat alas perut dan tambah menu.

Roti dan daging dia lembut. Jadi smooth la kau nak makan dan tak tercekik.



Anak kata Lasagna Ayam dia sedap. Habis sorang je dia makan. Aku memang kurang gemar Lasagna jadi tak boleh comment lebih. 



Harga Makanan Mampu Bayar

Antara salah satu perkara yang buat aku akan beli dan support sesuatu produk adalah disebabkan kualiti, harga dan customer service yang aku terima. 

Ramly Kiosk ni merupakan salah satu tempat makan kegemaran kami satu keluarga la lepas ni. 

Aku suka sebab bila aku beli burger daging aku rasa daging, bukan benda lain. faham-faham sajalah ya. 

Harga makanan di Ramly Kiosk ni juga mampu bayar. Sesuai lah dengan tekak dan poket rakyat marhaen macam aku ni. Ada lima anak tekak harus diberi makan. 

Seharusnya kena cari yang berbaloi dan jimat poket. Tapi tak bermaksud aku menggalakan makanan segera ya. Sesekali ok lah. 

Jumlah perlu dibayar untuk kesemua menu aku sebut di atas dengan tambahan satu minuman the ais limau adalah RM36.50. 

Semenjak aku jadi suri rumah sepenuh masa, aku agak berkira dan memilih untuk berbelanja. 

Anak dah tiga woi, kena bijak atur perbelanjaan. Selagi harga makan tak cecah RM50 sekali makan aku rasa berbaloi sangat dah. Lagi pun sesekali je ni.



Kesimpulan

Sesiapa yang belum pernah cuba boleh la singgah ke Kiosk Ramly terdekat. Aku tak pernah tahu Kiosk dekat tempat lain. Kira aku beruntung juga lah Ramly buka dekat dengan rumah. Harap janganlah tutup. 

Makanan sedap, kebersihan terjaga, tempat makan selesa, harga pun mampu beli. Nanti bila keadaan dah lega nak keluar buat food hunting lagi. Buat masa sekarang kalau malas masak order dekat GrabFood atau FoodPanda jelah eh.



Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. kak ana pernah gak dua tiga kali makan kat sini, sedap juga menu2nya kan Diah

    BalasPadam
  2. Beger ramli sedap.. ala..nnt lps abis PKP nak cari jugaklah..

    BalasPadam
Catat Ulasan