Minum Air Suam Dapat singkirkan COVID-19 ?

Rodiah Amir
2
Kecoh sebelum ni bertebaran petua untuk mengubati atau pun mencegah wabak yang sedang mengganas iaitu COVID-19 dengan mengamalkan minum air suam, berkumur dengan air garam atau cuka dapat singkirkan COVID19. 

Tapi betul ke? 

Itu apa yang dipercayai oleh segelintir rakyat Malaysia tetapi kalau di Iran pula, ada yang percaya minum alkohol dapat menyingkirkan virus tersebut.

Tidak pasti bagaimana timbulnya petua-petua ni tetapi kalau lah semudah minum air suam dan kumur air garam dapat singkirkan COVID-19 pastinya kita semua dah boleh tarik nafas lega. Tapi tidak ya korang. 

Minum Air Suam Dapat singkirkan COVID-19 ?

Diminta jangan mudah percaya. Mujur petua minum air suam ni tak memudaratkan, bayangkan kalau petua mengarut lain pula jadinya.

Menurut pakar perubatan, COVID-19 adalah jangkitan saluran pernafasan khusus saluran pernafasan yang lebih mendalam. Bagi pesakit yang dijangkiti, virus ini berada terutamanya di saluran pernafasan dalam dan bukan hanya di tekak.




Jangan sebarkan Maklumat Palsu

Memang jadi budaya rakyat Malaysia suka sangat-sangat berkongsi sesuatu yang mereka sendiri pun tak pasti. Aku tidak salahkan semua, tapi majority memang suka kongsi walau tak pasti. 

Bila ditegur tarik muka, siap pakej bergaduh tak bertegur sapa.

Buruk akibatnya kalau sebarkan sesuatu yang tak benar. Bukan setakat buat orang jadi panik tapi boleh jadi lebih buruk bila melibatkan kesihatan dan nyawa. 

Aku memang tak percaya info di Whatsapp dan aku galakkan korang untuk dapatkan maklumat sahih dari media sosial KKM seperti Twitter KKM https://twitter.com/myhealthkkm Instagram KKM dan Telegram khas untuk COVID-19 https://t.me/sihatmilikbersama



Langkah-Langkah Pencegahan COVID-19

1.Mengamalkan tahap kebersihan yg optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitiser). Ini merupakan cara yang efektif dalam memutuskan transmisi jangkitan penyakit.

2. Mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta. Ini dapat mengelakkan penularan jangkitan penyakit kepada orang lain.

3. Mengamalkan jarak sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

4. Menangguhkan penganjurkan perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering).

5. Tidak menghadiri perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering).

6. Menangguhkan perjalanan ke wilayah atau bandar yang diisytiharkan mengalami penularan wabak COVID-19 di Republik Rakyat China (seperti yang dimaklumkan sebelum ini) mahupun di Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran. Ini bagi mengelakkan diri dari terdedah dengan jangkitan penyakit.


Kesimpulan

Aku mohon kita semua saling bantu membantu dalam menangani wabak yang sedang berleluasa ini. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab, patuh arahan pihak berkuasa dan sama-sama berdoa supaya kita dapat melepasi ujian kali ini.

Untuk yang tak sihat ada simtom-simtom COVID-19 segeralah berjumpa dengan doktor dan elak pergi ke tempat ramai orang. 

Dapatkan rawatan dan asingkan diri. Serius, bila dah masuk gelombang kedua aku jadi semakin paranoid dengan apa sahaja dan berdoa lah kita tak masuk ke gelombang ketiga dan seterusnya. aamiin.

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan