Resepi Kek Marble Gebu Azlina Ina

Rodiah Amir
2
Cara buat kek Marble Gebu Azlina Ina. Rasanya ramai kenal Cikgu Azlina Ina yang agak popular di Facebook kerana kepakaran dia buat kuih muih dan juga kek. 

Beliau juga sangat suka berkongsi resepi yang viral dan semestinya aku antara peminat tegar resepi Azlina Ina sebab kebanyakkan resepi dia yang aku cuba menjadi. Alhamdulillah. 

Kek Marble Gebu Azlina Ina

Aku suka cara penyampaian dia dalam berkongsi resepi. Dia memang guna bahasa rakyat marhaen dan boleh tahan kelakar juga gaya penulisan dia. 

Almaklumlah nak melayan perangai netizen Malaysia yang boleh tahan karenahnya. Kelakar bila dia jawab soalan-soalan tak tercapai dek akal dari netizen.




Kek Coklat Sukatan Cawan aku pernah kongsi dekat Facebook yang ramai orang share ~ rujuk SINI

Baru-baru ni ada yang berkongsi resepi Kek Marble jadi teringin nak cuba. dekat rumah anak kedua aku, Raudah Sakinah yang suka makan kek. 

Dah beberapa hari dia asyik tanya bila aku nak buat kek untuk dia. Alang-alang tu kita buat terus kek Marble gebu guna resepi Azlina Ina.




Bahan-Bahan:

Telur 4biji
Marjerin 1 cawan
Susu pekat 1 cawan
Tepung gandum 2 cawan
Baking Powder 1 sudu kecil
Esen vanilla 1 sudu kecil
Serbuk koko 2 sudu besar

Kalau nak cuba buat Kek Pandan Gula Melaka ~ cuba guna resepi mudah ni 

Ini bahan-bahannya ye. Sukat guna cawan, tak kisah cawan besor ke kecik asalkan guna cawan yang sama untuk sukat. 

Kalau taknak guna susu pekat secawan, boleh tambah gula. Pandai-pandai adjust. Kacau semua adunan guna whisk je, tak leceh tapi lepas tu macam lenguh muscle kau. Lol.


  • Mula-mula sekali ambil marjerin gaul bersama susu pekat (dan gula kalau ada guna gula).
  • Dah sebati marjerin and susu pekat tadi masukkan telur sebijik demi sebijik. Kacau dan kacau lagi.
  • Seterusnya, masukan esen vanilla dn kacau lagi.
  • Selepas itu, masukkan tepung gandum dan baking powder. Teruskan kacau.
  • Bila dah sebati, asingkan adunan ini kepada dua bahagian.
  • Satu bahagian digaulkan dengan serbuk koko, aku guna milo jadi warna kek tak berapa cantik.
  • Ambil loyang dan sapukan dengan marjerin supaya kek tidak melekat.
  • Masukkan adunan coklat dan original dan cedok berselang seli. Mulakan dari tengah. Tindih selang-seli sampai abes.
  • Lepas tu hentakkan loyang bagi sekata adunan tu semua.
  • Bakar kek pada suhu 170 degree, selama 35 minit guna api atas bawah. (Mungkin berbeza mengikut oven masing-masing)

 Siap. 
Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Sedap pula nampak kek tu! hehe
    Lama lagi ni nak berbuka.

    BalasPadam
  2. Senang nak buat bila guna sukatan cawan. Nanti boleh cuba :)

    BalasPadam
Catat Ulasan