Biodata & Kisah Kejayaan Ustaz Ebit Lew

Rodiah Amir
2

Aku kongsikan tentang seorang insan yang namanya sering disebut-sebut semenjak dua menjak ini kerana peribadi dan sifat baik beliau.  

Nama yang tak pernah lekang orang sebut nama beliau dalam doa. Ohoi indahnya. Tak lain tak bukan insan yang aku maksudkan ialah Ustaz Ebit Lew.

Aku baru je berjinak-jinak mengikuti kerja dakwah Ustaz Ebit. Sebelum ni aku kenal beliau kerana seminar yang sering mendapat sambutan ramai iaitu Seminar Keluarga Sunnah. 

Aku dah rancang pun nak pergi seminar Ustaz masa bulan Februari hari itu dengan suami, tapi kami tak dapat join ada hal last minute. 

Lepas tu dah mula isu COVID19 memang berhenti terus la, tunggu tahun 2021 kita tengok ada rezeki tak nak sertai.

Update: lepas banyak perkara berlaku berkait dengan ustaz, sedikit sebanyak aku belajar yang kita manusia sifat dan hatinya berbolak balik. 

Jangn benci seseorang tapi benci perbuatan dia. Salah dia, urusan dia dengan Tuhan. Semoga yang terkesan, mendapat keadilan. 


Biodata & Kisah Kejayaan Ustaz Ebit Lew

Paling terbaru Ustaz sangat aktif buat kerja amal membantu golongan fakir miskin di Malaysia dan beliau sering muat naik pengalaman dan kerja dakwah di channel Youtube beliau. 

Setiap kali tengok setiap kali itu lah air mata aku mengalir. 

Rupa-rupanya walaupun dah masuk tahun 2020 tapi masih ramai lagi saudara kita yang hidup dalam kesusahan. Sedih weh.

Nak bagi sedikit hadiah dan join Ustaz Ebit boleh Klik Sini 



Biodata Ustaz Ebit Lew

Nama Penuh: Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
Tarikh Lahir: 21 Disember 1984
Umur: 36 Tahun
Asal: Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
Bangsa: Cina
Agama: Islam
Status: Berkahwin
Pendidikan:
SK Bukit Ridan (1991-1996)
SMK Muadzam Shah (1997-1999)
SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
Universiti Putra Malaysia (UPM)


Kisah Inspirasi Ustaz Ebit Lew

Kisah Ustaz dan kerja amal beliau menjadi inspirasi kepada orang ramai tak kira agama mahupun bangsa untuk turut sama membantu. 

Kalau sebelum ni masyarakat hanya sibuk dengan dunia sendiri, tapi dengan hikmah PKP ni membuktikan masih banyak orang baik dalam dunia ni. 

Alhamdulillah. Terharu bila baca luahan Ustaz sendiri bila beliau berkongsi kisah hidup dan juga kejayaan beliau. Kagum! Tahniah Ustaz. Terima kasih Allah.

“Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. 

Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.

Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. 

Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh.
Dengan janggut kasut pun buruk. Stokin takde. Masa tu susah betul. 

Duit gaji dekat mak semuanya RM800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. 

Ada orang masuk RM2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat RM2 tu. Besar nilai untuk saya.

Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri.

Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia.

Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik jubah. Syukur rezeki makin melimpah ruah. 

Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang. Tambahan lain Youtube dan Facebook ada bayaran dapat.

Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door Ebit Lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. 

Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang.

Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semuanya. Jaga solat sayang ibu. Sayangi isteri dan anak-anak. 

Selalu sedekah dan sayang semua orang. Bekerja kuat untuk bantu orang miskin dan anak yatim jihad. 

Sebarkan kasih sayang. Kaya dihati. Ini semua dunia sementara. Allah punya semua. Dia boleh beri dia ambil semula. Dia Maha Kuasa – ebitlew

21 Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew

  1.  “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”
  2.  “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”
  3.  “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”
  4.  “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”
  5.  “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”
  6.  “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”
  7.  “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”
  8.  “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”
  9. “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”
  10.  “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”
  11.  “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”
  12.  “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”
  13.  “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”
  14.  “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”
  15.  “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”
  16.  “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”
  17.  “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”
  18.  “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”
  19.  “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”
  20.  “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”
  21.  “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”

 Sumber - Instagram Ustaz Ebit Lew


Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Assalamualaikum. Orang hebat memang hebat dugaannya. SS pun belum mampu menjadi mcm ust ebit lew. Sama2 kita doa semoga Allah permudahkan semuanya. amiinn

    BalasPadam
  2. Moga hidupnya diberkati.. Baik sungguh hatinya..

    BalasPadam
Catat Ulasan