Biskut Bebola Kopi Karamel Corn Flakes

Rodiah Amir
Biskut raya kedua aku untuk tahun ni dan biskut pertama aku cuba guna Corn Flakes. Rancangan awal sebenarnya nak buat biskut cornflakes sira madu tu.  

Dapat resepi biskut bebola Kopi Karamel Corn Flakes dari kotak pembungkusan Corn Flakes tu sendiri. Ala kan biasa setiap kotak bijirin dicetak dengan resepi yang dicadangkan. 

Biskut Bebola Kopi Karamel Corn Flakes

Semestinya aku berminat nak cuba sebab ada elemen kopi dalam biskut ni. Bukan senang nak pilih biskut dekat rumah ni, kena cari biskut yang International gitu. 

Semua orang makan terutama anak-anak. Belajar dari kesilapan lepas, kuih Tart Nanas yang terbiar kaku lama dalam botol sebab hanya aku dan suami je makan. Kecewa sungguh. 



Jadi, tahun ni kena la cari biskut dan kuih raya yang semua makan. Pastilah kena ada unsur rangup, coklat, dan berwarna warni paling tidak. 

Tapi tahun tekak aku teringin nak makan biskut kelapa weh, nampak tak taste warga emas dah timbul. Lol. Faktor usia.

Biskut Raya Pertama Tahun 2020 ~ Biskut Chocolate Chip ala Famous Amous Confirm Jadi

Suami pula request kuih bangkit, tapi aku cuba lengahkan buat biskut tu. Kalau setakat dia nak makan sorang baik beli jelah sebotol. Tak penat buat. kahkahkah. 

Ok berbalik kepada biskut Bebola Kopi Karamel Corn Flakes, resepi dia super mudah. Tak melibatkan penggunaan oven, tak payah pakai mixer, dan tak perlu tepung. Cuma perlukan kesabaran dan menahan diri dari makan sahaja.

Resepi Biskut bebola Kopi Karamel Corn Flakes

Serius weh biskut ni buat jadi ketagih nak mengunyah. Manis yang sedang-sedang je di pandangan tekak aku la. 

Jadi marilah kita tengok cara penyediaan Biskut bebola Kopi Karamel Corn Flakes. Waktu penyediaan sekitar 15 minit dan boleh dapat anggaran dalam 50 biji bebola saiz mini.
 



Bahan-Bahan

  • 180g Corn Flakes (hancurkan sedikit)
  • 180g ketulan badam (aku ganti dengan biji kuaci)
  • 8 sudu besar sirap kencana (aku guna madu)
  • 8 sudu besar gula aising
  • 6 sudu kecil serbuk koko
  • 2 sudu kecil serbuk kopi Segera
  • 8 sudu besar mentega
  • cawan kertas mini


Cara-cara Penyediaan adalah seperti berikut:

  1. Masukkan mentega dan gula aising ke dalam kuali dan biarkan gula larut.
  2. Pastikan api dibuka perlahan, kemudian masukkan pula madu, serbuk koko, dan serbuk kopi.
  3. Seterusnya, masukkan Corn Flakes dan juga kuaci yang disangai ke dalam kuali. Kacau sehingga semuanya sebati.
  4. Alihkan adunan ke dalam bekas lain. Bentukkan menjadi bebola dan letak ke dalam cawan kertas mini.
  5. Sejukkan dalam fridge dalam 10-15 minit dan kemudian boleh simpan dalam bekas kedap udara.


Biskut Bebola Kopi Karamel Corn Flakes dicadangkan untuk buat pada hari-hari terakhir puasa sebab peluang biksut ni nak survive sehingga hari raya sangat nipis. Anak-anak aku asyik mencari lepas siap buat. lol. 

Selamat mencuba dan selamat hari raya in advance. 
Tags