Ayam Goreng Korea di Chicken Plus Melawati Mall

Assalamualaikum. Akhirnya dapat juga makan ayam goreng Korea yang orang duk sibuk viral tu. Hari tu Diah makan ayam goreng Korea di Restoren Chicken Plus dalam Melawati Mall.

Dah janji nak jumpa ex officemate terus la ajak makan dekat situ sambil berborak lepas rindu. Sekali lagi aku repeat lepas makan dekat sini. 

Ayam Goreng Korea di Chicken Plus Melawati Mall 

Kalau nak tahu Chicken Plus ni betul-betul bersebelahan dengan Restoren Mr.Dakgalbi. Nak cari Restoren Chicken Plus pun senang, dia berada di Level 4. 

Mudah nak cari sebab dia sebaris dengan restoran-restoran lain macam Chicken Rice Shop dan Pizza Hut dan lain-lain. 



Chicken Plus Melawati Mall ni merupakan cawangan kedua mereka di Malaysia. Yang pertama di Sunway Velocity, no tiga terletak di 3DamansaraMall (Tropicana City Mall) dan yang terbaru sekali mereka ada buka cawangan di Ekocheras Mall.

Diah sempat DM Facebook Page Restoren Chicken Plus tentang status Halal dan mereka explain mereka masih belum dapat sijil Halal Jakim tapi mereka beri jaminan yang supplier untuk bahan mereka adalah dari sumber yang halal. 


Chicken Plus Melawati Mall sedap


Menu Dan Cara Order


Kalau makan dekat sini nanti dia akan beri tisu basah, glove plastik, mangkuk / piring kecil dan juga bekas untuk buang tulang.

So far menu yang ada di sini ialah ayam, pizza, Tteok bboki, nasi dan juga fries. Cara nak order pun mudah je macam kat bawah ni. 
  • Pilih bahagian ayam sama Peha, kepak, atau bahagian tanpa tulang dan nak berapa ketul. Paling sikit 8 ketul.
  • Ada lima perisa anda boleh cuba. Ada yang manis, pedas, langsung tak pedas dan lain-lain. Boleh rujuk description atau tanya je staff dekat situ. 
  • Rugi kalau tak cuba makan ayam goreng tu dengan cheese. Cheese tu la sebenarnya yang menggoda. Boleh pilih cheese falls atau cheese fondue.
  • Pizza dan juga Tteok bboki adalah menu sampingan. Selain tu ada nasi dan juga fries. Terpulang kepada anda kalau nak cuba. 

Chicken Plus Melawati Mall




Masa first time Diah cuba dengan kawan tu kami cuba 8 ketul wings perisa Yang Nyuem. Masam manis rasa dia. Sedap. Lepas tu tambah Tteok bboki Carbonara.

Air pula tak ada yang special sama je dengan tempat lain. Cuma ada air yang biasa dijual dekat restoren Korea je la. Harga untuk dua orang makan termasuk tax lebih kurang Rm60 macam tu.

DAH TRY ~ Nene Chicken di Avenue K Makan dekat KFry pun sedap.


Tteok bboki Carbonara Chicken Plus


Kesimpulannya, Restoren Chicken Plus berjaya menambat hati Diah yang memang suka makanan Korea. Peminat ayam goreng mesti akan suka juga dengan Chicken Plus ni. Akan datang lagi semestinya untuk cuba menu lain pula. 

Baca ~ Makan Ayam Korea Pedas Menangis Dekat Marrybrown

Pengalaman Menginap Di M Boutique Hotel Ipoh

Pengalaman Menginap Di M Boutique Hotel Ipoh 

Masa bercuti ke Movie Animation Park Studio (MAPS) bulan lepas, kami telah memilih untuk menginap di M Boutique Hotel Ipoh. 

Banyak sebab kami pilih hotel ni tapi paling utama adalah berdasarkan review pelanggan yang pernah stay dekat sini.

Banyak sebab sebenarnya kami pilih Ipoh sebagai destinasi percutian kali ni. Misi utama adalah nak food hunting, nak makan dimsum. 

Hotel M Boutiqe juga termasuk dalam 10 best hotel dekat Ipoh oleh Tripadvisor. Memang sepatutnya kalau nak dekat dengan MAPS kena menginap di Hotel Casuarina. 

Tapi sebab tergoda dengan review dan juga gambar-gambar orang kongsi terus nekad nak book M Boutiqe Hotel. 


Hotel-Lobby-M-Boutiqe-Ipoh


Jalan-Jalan Cari Makan Edisi Ipoh 

Dua perkara nak buat masa cuti ke Ipoh adalah nak makan Halal Dimsum dekat Restoren Green Dimsum dan bawa anak-anak berhibur ke MAPS. 

Nak bergambar dengan Boboiboy dan pergi Café TokAba. Lokasi M Boutiqe Hotel sangat-sangat dekat dengan tempat yang dituju jadi memang seronoklah. 

Percutian ke MAPS Ipoh memang puas hati.

Lagi pun jarak dari M Boutiqe Hotel ke MAPS tak la jauh sangat. 30 minit kalau jalan sesak, 15 minit kalau jalan clear. Kira masih ok. 

Ini merupakan hotel boutique kedua kami pernah menginap. 
Sebelum ni masa tahun 2016 kami pernah stay di Hotel Boutiqe di Melaka. 

Kami menginap selama 3 hari dua malam dan book bilik Suite. Kenapa suite? Sebab itu antara bilik paling besar yang ada dan kami utamakan keselesaan. 

Harga boleh semak di Agoda dan website seangkatan sebab selalu berubah kan?  
Kami book bilik sekali dengan sarapan. Nak mudah sebab nak bergerak awal pagi dengan anak kecil memang mencabar. Pergi masa cuti bersambung bulan September. 


Staycation-M-Boutique-Hotel-Ipoh


Kenapa Perlu Pilih M Boutiqe Hotel


#1 Hiasan Dalaman Dan Dekorasi Cantik 

Jatuh cinta dengan hotel ni sebab hiasan dalaman dan dekorasi hotel ni lawa gila. Setiap sudut cantik kalau nak selfie. Ruang lobby dekat kaunter nak check in pun meriah hiasan dia. 

Meriah dengan sofa dan selesa. Pendek kata setiap inci hotel ni memang tersedia hiasan dan prop untuk bergambar. Tuala, cadar, mandian disediakan dan bersih, tidak berbau, dan paling penting tak berkarat. 



#2 Lokasi 

Bagi Diah yang tak berapa nak arif tentang lokasi ni rasanya kalau menginap di M Boutiqe Hotel ni kira bagus sebab dia kat tengah-tengah dengan tempat yang kami rancang nak pergi. 

Orang Ipoh sila betulkan kalau salah info ni. Dekat dengan Restoren Green Dimsum Halal, tak jauh sangat dari MAPS dan senang nak cari. 


#3 Kemudahan Dalam Hotel

Sempat jenguk gymnasium, ruang rehat untuk baca surat khabar dan majalah, Komputer disediakan untuk melayari internet, bilik iron baju dan juga mesin basuh untuk kegunaan pelanggan. 

Semua dalam keadaan masih elok dan bersih. Hotel ni tak ada kolam renang ya.


Bilik-M-Boutique-Hotel-Ipoh


#4 Kemudahan Parking

Antara kemudahan yang Diah paling utamakan adalah kemudahan untuk parking kereta sebab masih teringat pengalaman bercuti yang lepas. 

Serik betul sebab terpaksa parking kereta jauh dari hotel dan di saman oleh Majlis Perbandaran gara-gara parking hotel tiada. 

Pelanggan M Boutiqe hotel boleh tarik nafas lega sebab ada parking yang cukup dekat bahagian belakang hotel. 


decoration-M-Boutique-Hotel-Ipoh




#5 Sarapan Pagi

Untuk pilihan sarapan pagi, hotel ada sediakan dua pilihan iaitu Asian Style (Restoren Old Town White Café) atau Continental Style (IMYTH Eatery & Bar). 

Beza dia adalah Continental style memang English Breakfast Style so tak jumpa la nasi lemak. Diah suka Asian style sebab Old Town Coffee. 

Walaupun breakfast dia tak la semewah hotel-hotel lain tapi cukup la untuk alas perut. 



#6 Staff Mesra Pelanggan Dan Mesra Keluarga

Tiada masalah masa nak check in mahu pun check out. Bilik tersedia on time, sentiasa tersenyum dan pandai explain tempat menarik dekat Ipoh. 

Baik dari penyambut tetamu sampailah ke pelayan Coffee House. 

Dilema yang selalu Diah hadapi bila nak book hotel adalah nak yang kena dengan bajet, bersih dan selesa. Almaklumlah berjalan dengan anak kecil memang pilih hotel yang mesra keluarga. 
Tujuan utama ke Ipoh pun sebab nak enjoy dekat MAPS. 


Bila balik hotel nak berehat kena la cari hotel yang sedap mata memandang dan selesa. Jadi M Boutiqe ni memang sesuai sangat dengan apa yang Diah bayangkan. Selamat, bersih, selesa dan privacy terjaga. 


Selamat Bercuti!



Meatball Carbonara Sedap Rupanya

Meatball Carbonara Sedap Rupanya | Assalamualaikum. Hari tu pertama kali mencuba resepi meatball carbonara sebab adik bongsu teringin sangat nak makan katanya. Acah-acah akak solehah kena la layankan je permintaan dia. Tak menyesal sangat mencuba sebab memang sedap. Makan sambil senyum-senyum pejam mata. 

Sebelum masak macam biasa kita tengok la Youtube sebagai rujukan. Nak tahu cara masak dan rupa selepas masak so senang kerja sebab dah boleh bayangkan. Maafkan kesan hangus tak sekata tu sebab oven kecik tu hangus dekat situ je. 

Resepi Meatball Carbonara
Meatball Carbonara
Meatball Carbonara ni nak makan macam tu je pun boleh atau nak makan bersama roti garlic pun ok. Masakan ni jenis ber kuah dan lemak sebab ada letak susu cair dan keju. Sesuai sangat nak jamu orang tapi nak hidangkan menu yang light-light je. Kami masak untuk makan malam dan yang penting kenyang. Semua orang boleh makan sebab ia nya tak pedas. Orang tua boleh makan cicah sos ya. 

Berikut antara bahan-bahan dan cara nak buat Meatball Carbonara ni:

Bahan-bahan yang diperlukan
Bebola Daging Kesukaan – 15-20 ketul
Satu biji Bawang Holand yang dipotong dadu
Keju Parmesan sebanyak mana yang dimahukan
1 biji Lada benggala
1 tin susu cair
1 tin Cendawan 
Garam secukup rasa
1 botol sos Carbonara Jenama yang anda suka
Lada Hitam secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara nak buat meatball Carbonara ni ialah:

1. Goreng dahulu meatball separuh masak. Letak di tepi. Dalam kuali lain tumis bawang Holand dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan lada benggala dan cendawan yang telah dihiris. Tumis sehingga layu. 

Meatball Carbonara western food
Goreng dan taburkan meatball ke serata alam
2. Kemudian masukkan sos carbonara, lada hitam dan garam. Perasakan dengan garam. Biarkan sekejap dan angkat masukkan ke dalam bekas untuk di bakar. Masukkan meatball yang telah di goreng tadi dan lapiskan secara berturut atau kalau malas campak je semua dalam bekas tu. Lol. 

3. Last sekali taburkan keju parmesan di atas sekali dan bakar pada suhu 170c selama 10 minit atau sehingga keju cair. Boleh tambah perlbagai jenis keju kalau tak takut gemuk. 

Meatball Carbonara letak cheese
semakin banyak keju semakin sedap 
Dah siap pun Meatball Carbonara
Selamat mencuba membuat Meatball Carbonara ni. untuk yang malas nak masak tapi nak makan sedap dan yang dah bosan nak makan nasi resepi ni memang sesuai sangat. Dah cuba nanti kongsi la hasilnya. Okeh?

Wassalam 

Ada Apa Dengan Lagu Hikayat Benladin (Lirik Lagu)

Masa first time dengar lagu Hikayat Benladin ni masa dalam kereta. 

Masa tu dah terdetik, sedap juga lagu ni. Sebutan lirik dia jelas so tak la terpinga-pinga bila penyanyi Benladin ni rap. 

Nama penyanyi ni pun unik, ingat sekadar nama pena dalam industri hiburan je rupanya memang nama dia. 


Ada Apa Dengan Lagu Hikayat Benladin (Lirik Lagu) 


Terus la google, cari biodata dia. Rupa-rupanya Benladin pernah sertai rancangan realiti kanak-kanak suatu masa dulu. 

Patut la macam familiar muka dia. Khabarnya lagu ni ditulis oleh Malique. Patut la gempak. 


*Credit Google Image
Hikayat Benladin Lirik

 


Diah satu keluarga suka lagu ni, kalau dengar lagu ni automatik kami goyang-goyang ala budak hiphop baru nak up. eh! Walau tak faham sangat Bahasa kiasan dalam lagu ni asalkan tiada unsur mencarut kira ok la untuk jadi lagu favourite anak beranak. 


Biodata Benladin

Nama sebenar dia ialah Muhammad Benladin Munshi Shaihan dan berusia 17 tahun. Bakal menduduki SPM tahun ni. Benladin dilahirkam pada 11 September 2001. 

Video lirik rasmi lagu rap yang bertajuk Hikayat Benladin adalah merupakan ciptaan Malique dan Dedeq. Benladin pernah menyertai pertandingan nyanyian kanak-kanak “Idola Kecil musim kelima”. 

 

Lirik Hikayat Benladin 

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari di mana ada
Mencuba meneka di mana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng
Akulah Benladin, Hikayat Benladin

Suara dah bergema, suara sakti hamba
Dalam gelombang bawa aura ke udara
Separa manusia, separa luar biasa
Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga

Kalau main api, janganlah tambah gasolin
Mesti hati-hati janganlah seperti lilin
Jika mahu terang, biar terang dengan betul
Jangan jadi arang, jadi arang buat kotor

Kerna atas muka ada selendang suci
Maka hias ia biar terpampang seri
Akulah ilustrasi, definisi gergasi
terhasil dari eksperimentasi radiasi bunyi

Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan, kata bukan-bukan
Nenek tua sebongkok tiga, cubalah nenek cari cucu di mana ada

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari di mana ada
Mencuba meneka di mana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng
Akulah benladin, Hikayat Benladin

Masuk tempat orang, jadi kucing bukan singa
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiung
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiung

Setakat dua tangan janganlah nak berangan
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan
Pandai-pandailah tanggung binasa perbuatan
Pecut laju-laju sampai dia terpelanting
Bukan pekara bijak lari-lari bawa gunting
Diajak berteman rupanya musang berjanggut
Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut

Baik berpada-pada jahat jangan sekali
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi
Nama patik Benladin mengundurkan diri

Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari di mana ada
Mencuba meneka di mana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat enson matakaji semar ngiseng
Akulah Benladin, Hikayat Benladin

Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata

Benladin 

Johnson’s® Baby of the Year Contest Kembali Lagi

Johnson’s® Baby of the Year Contest yang di nantikan oleh semua ibu kini kembali lagi. Kacing! (bunyi duit). 

Bersempena ulang tahun mereka yang ke 125 pada tahun ini, Johnson’s® menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM80,000 untuk dimenangi. 

Johnson’s® mencari Putera & Puteri untuk di mahkotakan sebagai Johnson’s® Baby of the Year 2018

Johnson’s® Baby of the Year Contest tahun ni memang best tau sebab eksklusifnya tema tahun ni ialah “The Royal Celebration for Johnson’s® 125 Years with Your Prince & Princess”. 

Kerlas sangat peraduan ala-ala ‘diraja’. Rupa-rupanya peraduan tahunan ni dah diadakan selama 23 tahun dan ianya sebagai tanda Johnson’s® menghargai kesetiaan dan kepercayaan para ibu terhadap jenama Johnson’s® dalam menjaga kulit bayi. 


Ulang Tahun ke 125 tahun Johnson’s®



4 Cara Mudah Sertai Johnson’s® Baby of the Year Contest

Cara nak sertai contest ni pun senang dan terbuka untuk semua pengguna barangan bayi Johnson’s®.  Untuk menyertai peraduan ‘diraja’ ni, ibu bapa hanya perlu: 

1. Membeli mana-mana produk bayi Johnson’s® mulai 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.

2. Ambil gambar si manja mereka yang comel. Kemudian, layari www.johnsonsbaby.com.my/boty2018

3. Pilih bingkai foto dan sticker bertemakan istana yang anda suka untuk menghias foto si putera dan si puteri anda, kemudian muat naik gambar. 

4. Lengkapkan borang dan hantarkan penyertaan anda.

Senang kan? Ibu bapa boleh hantar sebanyak mana gambar untuk penyertaan. Mana tahu menang gelaran Putera atau Puteri Johnson’s® kan? 



Princess Johnson’s® Baby of the Year



Hadiah menarik di tawarkan untuk para pemenang seperti berikut:

Sepasang putera dan puteri akan dipilih sebagai pemenang bagi setiap kategori umur; 0 hingga 12 bulan, 1 hingga 3 tahun, dan 4 hingga 6 tahun

Setiap pemenang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400. 

Lebih menarik lagi, para pemenang akan dianugerahkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup, iaitu akan dipaparkan di muka depan majalah

10 pemegang hadiah sagu hati juga akan dipilih daripada setiap kategori dan mereka akan menerima wang tunai bernilai RM500 dan hamper Johnson’s® bernilai RM400 bagi setiap pemenang.


Johnson’s® Baby of the Year Princess


Pemilihan Putera & Puteri Johnson’s® Baby of the Year

Untuk proses pemilihan Putera & Puteri Johnson’s®, sebanyak 36 penyertaan akan disenarai pendekkan (12 penyertaan daripada setiap kategori) dan akan dimuat naik ke laman Facebook Johnson’s® untuk diundi oleh para pengguna. 

Lepas tu nak tahu tersenarai atau tidak, ibu bapa boleh layari laman media sosial Johnson’s® untuk buat semakan. 


Tips Sertai Johnson’s® Baby of the Year

- Rakam detik indah bayi anda dan hias guna stiker GIF yang bertemakan istana indah yang disediakan oleh Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 dekat link Diah kongsi dekat atas. 

- Ada empat tema istana yang tersedia iaitu Royal Adventure, Magical Snow, Stardust Fairies, dan Modern Monarchy. 

- Hantar sebanyak mana penyertaan. Semakin banyak semakin tinggi peluang nak menang. 

- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2018. 


Johnson’s® Baby of the Year Pertandingan


Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak tahu la nampak kat mana kan? Kot la dekat muka. Mana tahu rezeki bayi anda memang ada bakat semulajadi dan terpilih untuk jadi pemenang. Jom kita sama-sama meriahkan lagi Johnson’s® Baby of the Year Contest 2018 ni. 

Selamat berjaya kepada yang sertai. 


Ujian mematangkan kita

Ujian Mematangkan Kita 

Dengan ujian la kita nampak sifat sebenar diri kita. Bila kita di uji, kita sakit, kita merasa kecewa dan kita marah masa tu adalah masa terbaik nak kenal diri kita macamana.

Macamana kita respon dengan ujian yang Allah berikan dalam kehidupan kita. Adakah kita terus melenting, berterusan marah dan salahkan orang dan benda-benda di sekeliling kita atau kita terus positif bangkit teruskan kehidupan. Atau lagi parah kita terus terbawa-bawa lemas dalam ujian.

Saat kita jatuh terduduk kita akan semakin kenal dengan diri kita. Cuma kena selalu pesan pada hati supaya Jangan sombong dengan nasihat. Pandang lah apa yang di nasihatkan bukan pandang siapa yang memberi nasihat.

Syaitan dulu adalah hamba paling taat tapi oleh sifat sombong dia di campak ke bumi.

Adakah kita marah bila ada yang cuba menasihati kita? Adakah kita memperlekehkan nasihat orang yang se ikhlas hati tolong bagi nasihat percuma. Padahal orang tu tak ada pertalian darah pun atau pun dapat keuntungan, tapi orang masih ambil berat untuk menegur kita.

Seronok kan?


Ambil berat atau sekadar membawang?


Memang kalau salah langkah niat seseorang yang betul-betul ambil berat dengan keadaan kita akan di salah tafsir. Baik kita yang menerima nasihat atau kita si pemberi nasihat. Si pemberi nasihat atau yang memang betul berniat nak ambil berat takut hati pula di uji dengan sifat ujuk atau riak. 

Atau sekadar nak membawang je. Membawang dalam erti kata sibuk jaga kain orang sampai kain sendiri tak sedar terkoyak. 

Ujian Hidup Tanda Allah Sayangkan Kita

Bila seringkali dalam kehidupan kita tak putus di timpa ujian, dan ada ketika kita merasa hampir kalah dengan ujian Allah berikan kita sepatutnya berhenti sekejap dan fikir semula kenapa Allah aturkan sebegitu hidup kita. Tanam dalam hati supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah. Percaya setiap apa Allah aturkan adalah yang terbaik. 

Kesimpulan

Sesungguhnya setiap satu yang Allah sediakan untuk hambaNya merupakan hadiah terbaik dan sebaik-baik Perancang adalah Allah. Melalui ujian kita kenal diri kita, kita sedar siapa Pencipta kita. Sungguh dunia hanya persinggahan sementara yang perlu kita guna sebaik mungkin utnuk tambah bekalan buat kehidupan kekal di alam sana. 

Apa yang Diah coretkan tak lain tak bukan hanya untuk nasihat dan panduan diri sendiri. Semoga bila baca kembali apa yang terluah di sini menjadi nasihat terbaik di masa hadapan. 

In Sha Allah. 

Penyanyi Saleem Meninggal Dunia

Penyanyi Saleem Meninggal Dunia | Baca tentang berita kematian Penyanyi Saleem yang telah Meninggal dunia pada pukul 6.30 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia setelah terlibat dengan kemalangan beberapa minggu lepas. 

Sebelum ni ada terbaca kenyataan anak dia, Syafiq Farhain yang marah ada netizen sebarkan berita palsu kematian Saleem dan hari ni memang sah lah Saleem meninggalkan dunia pada usia 56 tahun. Sesungguhnya mati itu pasti. 

Penyanyi Saleem
Penyanyi Saleem 

*credit gambar to Berita Harian
Kalau ikutkan maklumat dari Berita Harian, dikhabarkan otak nya bengkak akibat hentak kan kuat akibat kemalangan dan koma hampir selama dua minggu. Kemudian dia tersedar dan bertarung nyawa untuk terus hidup. 

Antara lagu-lagu Saleem/IKLIM yang menjadi pujaan ramai kerana kehebatannya di sekitar 1990-an hingga sekarang adalah seperti berikut: (sumber Wikipedia)
  • Suci Dalam Debu
  • Satu Kesan Abadi
  • Hakikat Sebuah Cinta
  • Sandiwara Cinta Semusim
  • Ammarah
  • Bulan Jatuh ke Riba
  • Gerhana Cinta Luka
  • Abadi
  • Selamat Tinggal Penderitaan
  • Elusan Cinta
  • Sayembara
  • Menjejak Bayang Bayang ( duet bersama Wann )
  • Budi
  • Mimpi Yang Pulang
  • Blues Terengganu Kita
  • Mahligai Seribu Mimpi
  • Mantera Anak Seni
  • Aduhai! Seribu Kali Sayang
  • Rumah Kecil Buluh Semambu
  • Aku Pasti Kembali
  • Orang Rentak Berdua ( duet Saleem & Ayati Tasrip ) 
  • Bukan Aku Tak Cinta
  • Dunia
  • Patah Ranting Di Cermin Usia
  • Lambaian Aidilfitri ( duet Saleem & Jamal )
  • Namun Ku Punya Hati ( Lagu Saduran )
  • Datang Dan Pergi ( Tribute To RAMLI SARIP )
  • Taman Rohani ( duet Saleem & Arab feat Hillary Ang )
  • Pesona ( Saleem feat Hillary Ang )
  • Sheilla
  • What Can I Say
  • Di Pintu Mahligai
  • Sebenarnya Kata Pujangga
  • Dialah Segalanya
  • Si Karut Marut
  • Bukan Niatku
  • Kasih Syurgawi
  • Retak Seribu
  • Hey Maria
  • Bukan Ku Tak Sudi
  • Cinta Yang Aku Punya
  • Karam Di Lautan Duka
  • Mungkin Tak Pasti
  • Puteri 96
  • Sambutlah Tanganku
  • Maaf
  • Juwita
  • Lara
  • Isabella 98 ( duet Saleem, Jamal, Amy & Zamani )
  • Dari Kekasih Kepada Kekasih
  • Rajuk
  • Fantasia Bulan Madu ( duet Saleem & Poppy Mercury )
  • Mahligai Syahdu
  • Ratib Orang Pinggiran
  • Airmata Kasih
  • Ratu Sanubari
  • Merisik Khabar
  • Antara Rintih Dan Tangisan
  • Bunga Emas
  • Senandung Semalam
  • Insan Seni
  • Semut
  • Debu Debu Rindu
  • Hutang
  • Antara Hujan Dan Airmata
  • Dendangan Kalbu
  • Kau Anugerahku
  • Sesat Di Kuala Lumpur ( duet Saleem & Amy Search )
  • Alam Cinta
  • Sepi Sekali
  • Gerimis Senja
  • Suara Kekasih ( duet Saleem, David, Zamani & Ezad )
  • Ke Hujung Hayat
  • sampai hati
  • Cinta Buana
  • Trilogik Cinta (Cinta 3 Segi)
  • Wanitaku
  • Kamelia
  • Harum Kasih Bersemi ( duet Saleem & Kristal )
  • Kasihnya Laila ( duet Saleem & Khalifah )
  • Tamu Jiwa
  • Benarkah Kerana Cinta
  • Benci Tapi Rindu
  • Tinggal Kenangan
  • Karma Cinta
  • Cinta Kita Berbeza

PENCAPAIAN, PENGHARGAAN DAN ANUGERAH

  1. IKLIM / SALEEM - ALBUM ( IKLIM / SATU KESAN ABADI )
  2. ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1990 - Kumpulan Muzik Terbaik / IKLIM
  3. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1990 - Artis Berkumpulan Paling Popular / IKLIM
  4. JUARA LAGU 1990 Suci Dalam Debu - Juara Lagu Tempat 2 / Lirik Terbaik / Persembahan Terbaik Tempat 3
  5. PUJAAN 10 RADIO SATU RTM / NESCAFE 1990 - Lagu , Suci Dalam Debu 10 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio
  6. ANUGERAH TRIPLE PLATINUM 1991 Di MALAYSIA - Album Satu Kesan Abadi Jualan 250,000 Unit
  7. IKLIM Muncul Menerusi Filem SUCI DALAM DEBU Arahan ZULKIFLI M.OSMAN Pada 1991
  8. HDX AWARDS INDONESIAN MUSIC INDUSTRY - Suci Dalam Debu Lagu Terbaik 1992
  9. HDX AWARDS INDONESIAN MUSIC INDUSTRY - Album Suci Dalam Debu Jualan Terbaik 1992 ( 1 Juta Unit )
  10. IKLIM / SALEEM - ALBUM (IKLIM / BULAN JATUH KERIBA)
  11. ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1991 - Kumpulan Muzik Terbaik / IKLIM
  12. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1991 - Artis Berkumpulan Paling Popular / IKLIM
  13. ANUGERAH PLATINUM 1991 - Album Bulan Jatuh Ke Riba
  14. MUZIK - MUZIK Semi Final 1991 - Lagu / Gerhana Cinta Luka
  15. PUJAAN 10 RADIO SATU RTM / NESCAFE 1991 - Lagu , Gerhana Cinta Luka 6 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio
  16. IKLIM / SALEEM - ALBUM ( IKLIM / BUDI )
  17. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1992 - Iklim / Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Kategori Kumpulan Muzik Popular
  18. ANUGERAH PLATINUM 1992 - Album Budi
  19. MUZIK MUZIK Semi Final 1992 - Lagu / Mimpi Yang Pulang
  20. PUJAAN 10 RADIO SATU RTM / NESCAFE 1992 - Lagu , Mimpi Yang Pulang 5 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio
  21. SALEEM - ALBUM ( WAN ZUL & SALEEM - GABUNGAN 2 INSAN SENI )
  22. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik Dalam Album
  23. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1993 - Salem / Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Kategori Penyanyi Lelaki Popular
  24. SALEEM / IKLIM - ALBUM ( DUNIA IKLIM )
  25. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Saleem ( IKLIM ) / Memenangi Kategori Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam album
  26. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Iklim / Memenangi Kategori Rakaman Album Terbaik
  27. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Iklim / Pencalonan Akhir Kategori Video Muzik Terbaik
  28. ANUGERAH PLATINUM - Album Dunia Iklim
  29. TV SINGAPORE ( SBC RIA ) 1993 - Iklim / Memenangi Kategori , Kumpulan Muzik Terbaik , Menerusi Lagu BUKAN AKU TAK CINTA
  30. MUZIK - MUZIK 1994 TV3 - Lagu / Bukan Aku Tak Cinta 24 Minggu Dalam Carta
  31. JUARA LAGU 1994 ( FINAL ) - Iklim / Pencalonan Akhir Lagu BUKAN AKU TAK CINTA
  32. IKLIM / SALEEM - ALBUM ( IKLIM ' 94 )
  33. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1994 - Iklim / Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Kategori Artis Berkumpulan Popular
  34. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1995 - Iklim / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album
  35. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1995 - Iklim / Pencalonan Akhir Kategori Video Muzik Terbaik / Di Pintu Mahligai
  36. ANUGERAH PLATINUM BERKEMBAR TIGA 1995 - Album Iklim
  37. JUARA LAGU 1995 ( FINAL ) - Iklim / Pencalonan Akhir Lagu DI PINTU MAHLIGAI
  38. IKLIM / SALEEM - ALBUM ( BUKAN NIATKU / IKLIM )
  39. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1996 - Iklim / Pencalonan Akhir Kategori Kulit Album Terbaik
  40. ANUGERAH PLATINUM 1996 - Album Iklim Bukan Niatku
  41. SALEEM / IKLIM - ALBUM ( EMAS SELAMANYA & DIRGAHAYU IKLIM )
  42. ANUGERAH PLATINUM 1997 - Album Emas Selamanya Iklim Jualan 200,000 Unit
  43. ANUGERAH PLATINUM 1997 - Album Dirgahayu Iklim Jualan 150,000 Unit
  44. SALEEM - ALBUM ( SALEEM / MAAF )
  45. ANUGERAH PLATINUM 1998 - Album Saleem Maaf - Jualan 90,000 Unit
  46. JUARA LAGU 1998 ( FINAL ) - Saleem / Pencalonan Akhir Lagu JUWITA
  47. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1999 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik
  48. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1999 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Album Pop Terbaik
  49. ANUGERAH PLATINUM 1999 - Bagi Album Saleem - Juwita Untuk Pasaran Indonesia
  50. SALEEM - ALBUM ( SALEEM / RATIB ORANG PINGGIRAN )
  51. MUZIK MUZIK Semi Final 2000 - Lagu / Air Mata Kasih
  52. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2001 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik
  53. JUALAN ALBUM - 20,000 Unit - Tahun 2001
  54. SALEEM - ALBUM ( RATU SANUBARI / SALEEM )
  55. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2002 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik
  56. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2002 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Album Rock Terbaik
  57. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2002 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu / Merisik Khabar
  58. JUALAN ALBUM - 12,000 Unit
  59. IKLIM / SALEEM - ALBUM ( BUNGA EMAS / IKLIM , REUNION )
  60. ANUGERAH PLATINUM 2004 - Album Bunga Emas Iklim - Jualan 50,000 Unit
  61. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2005 - Saleem ( Iklim ) / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik
  62. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2005 - Iklim / Pencalonan Akhir Kategori Rakaman Album Terbaik
  63. SALEEM - ALBUM ( SALEEM / RAJA BALADA )
  64. ANUGERAH PLATINUM BERKEMBAR 2005 - Album Saleem Raja Balada Jualan 50,000 Unit
  65. SALEEM - ALBUM ( EPIGONI / SALEEM )
  66. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2006 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik
  67. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2006 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Album Pop Rock Terbaik
  68. ANUGERAH PLATINUM EMAS 2006 - Album Saleem Epigoni Jualan 15,000 Unit
  69. SALEEM - ALBUM ( AKU SALEEM TRILOGIK CINTA / CINTA TIGA SEGI )
  70. ANUGERAH PLATINUM 2008 - Album Saleem Trilogik Cinta Jualan 15,000 Unit
  71. SALEEM - ALBUM ( DEMI CINTA / SALEEM )
  72. ANUGERAH SHOUT AWARDS 8TV - LAST NOMINATED FOR - MOBILE ARTISTE OF THE YEAR / SONG - TINGGAL KENANGAN ( SALEEM )

Hilangnya satu lagi permata yang bersuara emas. Suara arwah memang legend dan bagi aku memang tak ada tandingan.  Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan keluarga arwah menerima ujian kehilangan ni dengan tabah. 

Mamaway 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Review

Mamaway 3D Shock Proof Universal Stroller Liner Review 

Baru-baru ni Diah diberi peluang mencuba liner atau alas untuk stroller jenama Mamaway iaitu 3D Shock Proof Universal Stroller Liner. Stroller liner digunakan untuk memberi keseselesaan kepada bayi kita semasa dia berada dalam stroller. 

Stroller liner ni penting dan perlu ada terutama untuk bayi yang mempunyai kulit yang sensitif. Selalunya bila kita beli stroller, kadang-kadang alas stroller tu buat bayi kurang selesa bila duduk dalam jangka masa panjang. 


review Mamaway 3D Shock Proof Universal Stroller Liner

Banyak je stroller liner yang di jual di kedai dan berbeza jenis semuanya bergantung kepada fungsi dan bahan yang digunakan. Untuk ibu bapa yang sedang mencari-cari stroller liner yang bagus diharap dengan perkongsian Diah ni dapat membantu anda buat pilihan tepat. 


Features Mamaway 3D Shock Proof Universal Stroller Liner


Dekat bawah ni Diah kongsi perbandingan yang telah di buat oleh Rozalia Alik di Facebook, perbezaan Mamaway Stroller liner dengan liner yang ada dekat pasaran. 
Comparison Stroller Liner
Perbandingan Stroller Liner 

Kenapa patut pilih Mamaway 3D Shock Proof Universal Stroller Liner?


3D Shock Proof Universal Stroller Liner

#1 Smart Temperature Regulation 

Ibu bapa tak perlu risau lagi dengan perubahan cuaca terutama dekat Malaysia ni kadang-kadang sejuk dan boleh jadi terlampau panas. Stroller liner ni di cipta dengan teknologi yang boleh mengawal suhu pada kulit bayi. 

Stroller liner ni boleh menyerap, menyimpan dan melepaskan haba bergantung kepada keadaan. Maksudnya bila kulit bayi terlalu panas, ia akan menyerap haba dan menyimpanya dan apabila kulit menjadi sejuk haba akan dikeluarkan supaya bayi selesa dengan persekitaran. 

#2 Lulus Ujian Keselamatan & Antibakteria

Kebersihan memang perkara utama yang perlu di titik beratkan sebab bayi paling senang nak dapat penyakit. Stroller Liner Mamaway ni telah lulus Ujian Keselamatan & Antibakteria dan juga Lulus ujian keselamatan produk tertinggi (AS / NZS 1249: 201). 

Nak cuci pun mudah dan boleh di basuh dengan mesin basuh dan cepat kering. Yeay, senang kerja. Tak risau kalau terkena kotoran. 

#3 3D Air Mesh

Reka bentuk sokongan 3D yang menyerap hentakan dan ada pengaliran udara yang bagus, jadi bayi tak mudah tergelincir dan lebih selesa bila berada dalam stroller. 

3D Air Mesh effectively ventiles the area under the liner & absorb the shock
#4 Universal Fit

Stroller line ni amatlah ringan dan mudah alih, lepas tu bukan setakat boleh digunakan dengan stroller malah sesuai untuk car seat, bakul bayi, kerusi bayi dan banyak lagi. 

Nak tahu lebih lanjut dan nak baca perkongsian ibu bapa lain tentang stroller liner ni boleh la tengok dekat link di bawah. 


Kesimpulan

Kalau dulu penggunaan stroller liner adalah satu pilihan tapi bagi pendapat Diah sekarang ia nya dah bertukar menjadi satu keperluan penting dengan keadaan cuaca kita sekarang. 

Paling penting sebelum nak buat keputusan nak beli barang untuk bayi anda, kena pilih yang dapat beri keselesaan kepada bayi anda. Jadi ibu bapa yang bijak pilih lah yang selesa dan selamat. Semestinya Mamaway Stroller liner ni adalah antara pilihan yang terbaik. 


About Mamaway


Mamaway is an award winning pregnancy and breastfeeding label, offering stylish maternity, breastfeeding and baby fashion and accessories as well as baby carriers and everyday breastfeeding essentials.

Established in 2003 by our founder Deborah, Mamaway was created out of the necessity to help make breastfeeding easier for women around the world and for them to look stylish during their pregnancy and breastfeeding days.

Mamaway now has over 70 retail stores worldwide as well as an established distribution channel both in physical stores and online stores around Australia, China, Taiwan, South East Asia and worldwide.

Susu Fernleaf 100% Mmmmm Susu Dari New Zealand

Sebut pasal susu ni, Diah dulu ada masalah nak minum susu sebab rasa dan juga bau susu. Memang tahu susu adalah penting untuk tulang dan pembesaran. 

Diah ingat lagi masa mengandung anak pertama, Doktor banyak kali nasihatkan supaya minum susu supaya kalsium badan tak terjejas sebab berkongsi kalsium dengan bayi dalam perut. 


Susu Fernleaf 100% Mmmmm Susu Dari New Zealand

Demi bayi dalam kandungan memang nekad hari-hari minum susu. Akhirnya perasaan dari tak suka susu tu bertukar jatuh cinta dengan rasa susu.


Susu Fernleaf Dari New Zealand



Bila dah mula suka susu akhirnya pandai pilih susu yang sedap dekat tekak. Tak tahu tekak orang lain macam mana tapi bagi Diah susu yang berada di pasaran ni ada berbeza-beza rasa dia. 

Antara salah satu jenama susu yang mendapat tempat di hati Diah sekeluarga semestinya Susu fernleaf. 

Susu Fernleaf ni diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand. New Zealand memang sejak dulu lagi terkenal dengan hasil lembu tenusu yang mempunyai protein berkualiti tinggi, Vitamin A dan juga Vitamin D.

Fernleaf Susu Berkualiti

Kenapa Lembu Tenusu New Zealand


Kenapa nak pilih lembu tenusu yang lain sedangkan Lembu Tenusu dari New Zealand adalah yang terbaik. 

Fernleaf memilih lembu-lembu dari New Zealand kerana New Zealand merupakan salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu kerana tanahnya yang subur, kadar hujan yang baik serta cahaya matahari yang banyak.

Lembu tenusu Fernleaf menghabiskan 90% masa meragut rumput secara bebas dan sebab tu lembu Fernleaf menghassilkan susu dengan tahap Vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain yang terkurung di dalam kandang.


Susu Fernleaf Susu Berkualiti Tinggi

Fernleaf amat serius dalam memastikan susu yang dihasilkan berkualiti tinggi, mereka memastikan para peladang menjaga lembu-lembu tenusu mereka dengan penuh dedikasi. 

Pendek kata mereka jaga lembu ni bagai menatang minyak yang penuh. Beruntung betul jadi lembu tu ya. 

Ladang lembu tenusu Fernleaf di New Zealand ni di usahakan secara semulajadi yang bermaksud lembu-lembu tenusu yang diternak di biarkan bebas untuk meragut di padang rumput yang subur. Jadi lembu-lembu tu tidak la terkurung macam lembu-lembu biasa yang lain. 

Ini lah rahsia kenapa susu Fernleaf ni sedap dan berkualiti tinggi. Susu yang dihasilkan dari lembu-lembu yang bebas meragut rumput dan banyak terdedah kepada pancaran Matahari dipercayai mempunyai sumber makanan semula jadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. 

Kalau nak tahu, lembu tenusu Fernleaf ni tak perlukan sebarang penggalak susu dan menghasilkan susu secara semulajadi sebab lembu-lembu ni makan rumput yang berkualiti tinggi, mendapat bekalan air dan udara yang bersih, dan iklim yang sesuai. 


Fernleaf pakar tenusu

Fernleaf Si Pakar Tenusu


Oleh kerana kepakaran Fernleaf dalam bidang perladangan tenusu telah menjadikan New Zealand sebagai peneraju dunia dalam industri tenusu masa kini. 

Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman, para peladang yang berdedikasi amat bangga dengan usaha mereka memastikan susu yang terhasil mempunyai kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia ada yang di tawarkan kepada pengguna. 

Pendek kata, segala keperluan dan juga pemakanan lembu-lembu ni di jaga rapi dan semestinya secara semulajadi untuk memastikan susu yang berkualiti terhasil.


Susu Fernleaf Dari New Zealand Kegemaran sekeluarga


Susu Fernleaf Susu Kegemaran Sekeluarga

Rasa Susu UHT Fernleaf memang cukup lemak penuh krim tau. Paling jadi kegemaran kami semestinya perisa coklat. 

Ada lagi dua perisa iaitu Susu UHT Fernleaf low fat dan juga Susu UHT Fernleaf full cream. 

Kalau breakfast sekotak kecil 200ml Susu UHT Fernleaf dengan roti bakar memang boleh kenyang sampai waktu tengah hari in sha Allah. 

Susu UHT Fernleaf ni tersedia dalam pek 200ml dan juga 1 liter dan boleh di dapati hampir di seluruh pasaraya. Memang senang la kalau nak jumpa. 

Sekarang giliran Diah pula ajar anak-anak untuk sukakan susu. Dah jadi ibu ni tanggungjawab terletak kat bahu kita untuk memastikan anak-anak terjaga tumbesaran mereka dan pilih yang terbaik. 

Semestinya pilihan kami sekeluarga, Susu UHT Fernleaf 100% Susu Dari New Zealand yang kaya dengan protein berkualiti tinggi penuh dengan 100% manfaat terjamin. 

Pengalaman Di Jabatan Kecemasan HKL

Kali ni Diah nak kongsikan pengalaman Diah berada di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur pada bulan lepas. 

Kisahnya Diah ke sana untuk bawa anak bongsu kami yang berusia 8 bulan tu untuk pemeriksaan kepala.

Pagi tu Airis Safiya jatuh katil masa orang sibuk bangun untuk solat Subuh. Terleka beberapa saat saja sedar-sedar dia dah meraung tertiarap dekat lantai. Ngeri betul kalau nak imbas kenangan tu semula.

Tengahari tu Diah bawa Airis ke Klinik swasta berhampiran rumah untuk dapatkan pemeriksaan lanjut. 

Pengalaman Di Jabatan Kecemasan HKL

Sebelum tu memang dah call tanyakan tentang doktor. Memandangkan hari tu hari Jumaat memang nak elak pergi yang sia-sia.

Alhamdulillah bersiap dan terus ke klinik. Sampai je di klinik jururawat beritahu yang Doktor ada hal kecemasan. Masa tu memang rasa nak marah tapi bertahan je. 

Ceritakan serba ringkas apa yang berlaku dan jururawat nasihatkan Diah terus rujuk ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur memandangkan Airis ada muntah selepas terjatuh. 

Dia tak galakkan untuk menunggu doktor. Masa ni masih lagi zero knowledge tentang kecederaan kepala akibat jatuh. Jadi memang di akui sedikit panik dan ikut sahaja cadangan jururawat tu.

Pengalaman bawa Airis untuk check up prolonged Jaundice di HKL masih segar ya. 


Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur


Prosedur Pendaftaran Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur

Oleh sebab umur Airis dan situasi dia yang jatuh dan muntah selepas jatuh jadi kes kami di kategori kan sebagai kes kecemasan. 

Bukan semua sakit boleh di klasifikasi kan sebagai kes kecemasan. Kes yang benar-benar meragut nyawa sahaja boleh mendaftar dan layak diberi rawatan kecemasan. 

Selepas sampai di Jabatan Kecemasan perkara pertama kena buat ialah mendaftar diri di kaunter hadapan. 

Kakitangan berkaitan akan tanya serba sedikit dan minta kita isi borang. Kemudian tunggu di ruangan menunggu sehingga nama di panggil.




Alhamdulillah kakitangan Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur sangat cekap dan juga mesra senyuman. 

Lepas nama dipanggil masa ni berjumpa dengan jururawat bertugas. Diah ceritakan kembali apa yang berlaku dan jururawat yang melayan akan rekod kan segala maklumat di dalam borang. 

Ada beberapa orang lagi MA yang bertugas. Walau berdepan hal kecemasan mereka masih tenang dan mesra memberi layanan kepada pesakit.


Zon Hijau Jabatan Kecemasan HKL

Selesai soal jawab pertama kemudian Diah dikehendaki merujuk ke Zon Hijau untuk berjumpa dengan doktor. 

Apa yang Diah perasan ada dua Zon. Zon Hijau dan juga Zon Kuning. Rasanya Zon Kuning untuk mereka yang lebih parah tahap kecederaan dan lebih teruk keadaan mereka. 

Sekali lagi kena mendaftar di kaunter dan membayar bil RM1. Dapat no giliran dan tunggu giliran utnuk berjumpa dengan doktor. 

Masa di Zon Hijau terjumpa pelakon dan pelawak AR Badul tapi bukan dia yang menerima rawatan. Dia nampak sihat. Mungkin tempat ahli keluarga lain yang berjumpa doktor.


Zone Hijau Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur


Sesi soal jawab bersama doktor

Lepas beberapa minit, tak sampai setengah jam pun rasanya nombor kami dipanggil. Sekali lagi Diah terpaksa cerita semula kejadian yang berlaku. 

Alhamdulillah penerangan doktor mudah difahami dan doktor sangat-sangat mesra pesakit. Walau muka penat tapi layanan tetap terbaik. 

Doktor tenang je lakukan pemeriksaan. Alhamdulillah Airis tidak mengalami kecederaan teruk akibat jatuh katil.

Doktor nasihat kan supaya terus pantau tahap kesihatan Airis dan jika ada tanda-tanda yang menunjuk kan peningkatan kecederaan serius memang kena datang semula ke Jabatan Kecemasan. 

Lepas selesai sesi soal jawab kami dibenarkan balik. Pesan doktor, jika berlaku sawan, bayi resah dan muntah, tiba-tiba berlaku pendarahan daripada hidung atau telinga yang berterusan dan banyak kena cepat-cepat rujuk ke hospital.



Berjumpa doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur


Pengalaman dan Pengajaran

Sepanjang berada di Jabatan Kecemasan kuala Lumpur mulut tak henti-henti ucap syukur dan kasihan kepada mereka yang datang untuk terima rawatan.

Jika dibandingkan dengan apa yang terjadi dekat Airis kesakitan mereka lebih teruk. Ada pelajar lelaki (sekolah rendah) yang berdarah dahi. 

Pelajar perempuan sekolah menengah yang duduk di kerusi roda sebab kaki berdarah akibat kemalangan, ada yang demam muka pucat dan tangan di cucuk dengan jarum untuk masuk air. 

Ada yang berbalut kaki dan tangan. Eh macam-macam. Sesungguhnya mereka yang bekerja di Jabatan Kecemasan memang cekal hatinya. 

Tahniah dan besar ganjaran nya kerana anda melakukan tugas dengan baik sekali.

Apa yang Diah kongsikan dekat blog sekadar ingatan untuk diri di masa hadapan. Juga untuk yang tak pernah mengalami pengalaman di Jabatan Kecemasan boleh la baca sebagai pengetahuan.