Kenangan Sambut Raya Aidilfitri PKP 2020

Sambut Raya Aidilfitri PKP 2020

Kenangan sambut raya di tahun 2020 merupakan tahun yang amat bermakna dan bakal dikenang sampai akhir hayat. 

Mana tidaknya, tahun 2020 menjadi tahun pertama aku dan keluarga sambut Raya tanpa keluarga dan beraya di Kuala Lumpur sahaja.

Bukan aku saja, satu Malaysia tak boleh balik kampung dan sambut raya macam biasa. Bayangkan memang dah jadi tradisi sejak dulu lagi, sambut raya dengan meriah, keluar beraya ke rumah kawan-kawan dan saudara mara tapi tahun 2020 kita dilarang untuk buat semua tu. 

Apa pun larangan tu untuk kebaikan kita juga.

Pastinya kisah-kisah bersejarah macam ni akan kita kenang dan kongsi dengan anak cucu satu hari nanti. In sha Allah. 

Sengaja coretkan kenangan aku satu keluarga sambut raya cara kami di musim PKP. Awalnya hati memang sedih, tapi lama kelamaan kita belajar redha. 

Nak sedih berpanjangan pun tak boleh sebab kasihankan anak-anak yang teruja sambut raya. Rupa-rupanya Tahun 2021 pun kena Raya di rumah sendiri juga. 




Persediaan Sambut Raya Aidilfitri

Persediaan sambut raya kali ni memang agak berlainan sebab kali ni semua kena urus dari awal hingga akhir. 

Kami suami isteri ambil keputusan untuk tidak beli baju raya dan pakai baju raya tahun sudah, manakala untuk anak-anak kami beli sepersalinan saja. 

Buat syarat gembirakan hati mereka. syukur baju aku beli dekat Shopee sampai tiga hari sebelum raya. Fiuh. 

Menu raya pula aku dah plan awal dan beli barang basah seminggu sebelum raya jadi mana-mana barang yang tak cukup boleh cari sebelum raya. 

Ikut pengalaman memasak masa open house kami buat beberapa tahun sudah memang aku penat gila. Masak non-stop sebab semua masak last minute. 
Jadi kali ni raya aku plan sehabis baik, itupun masih penat nak kojol.

Masak rendang ayam dan rendang daging lebih sedikit sebab niat nak sedekah pada jiran sebelah menyebelah dan bawa ke rumah abang Ipar. 

Walaupun dibenarkan beraya rentas daerah di sekitar lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya) aku tetap penakut nak keluar beraya. 

Tak kemana pun kami, hanya beraya dia rumah abang Ipar yang 15 minit perjalanan dari rumah je.





Raya PKP 2020 Kami Tetap Meriah

Alhamdulillah aku bersyukur sangat walaupun raya kali ni berlainan tapi kami tetap berjaya sambut dengan meriah. Anak-anak memahami keadaan. 

Sehari sebelum raya kami habiskan masa dengan aktiviti potong daging, cuci ayam, suami anyam ketupat, siapkan bahan-bahan memasak, pasang pelita dan lampu raya.

Aku berjaya masak kuah kacang, rendang daging, rendang ayam dan rebus ketupat yang suami aku anyam malam raya. 

Esok pagi aku sambung panaskan makanan yang dah siap, iron baju dan sementara tunggu suami Solat Raya aku siapkan anak-anak.

Malam Raya aku dah buat panggilan video dengan mak di kampung. Alhamdulillah tak menangis. Siap semua baru keluar ke rumah abang Ipar. 

Sebelum tu dah ambil gambar satu keluarga walaupun banyak drama berlaku. Maklumlah anak-anak berada di fasa ingin tahu dan tak mahu dikongkong. 

Pertama kali cuba Burasak (dalam gambar bawah ni macam lepat yang dibalut daun pisang). Itu pun jiran yang bagi. Aku tak reti makan. 





Bila tengok semula video yang dirakam terasa bermakna sangat setiap saat dan detik kami bersama.
Adik aku ada datang menziarah malam tu dan terubat lah rindu adik beradik di hari raya. 

Nak raya lama-lama pun tak ada semangat, tapi cukuplah masa untuk bertanya khabar dan lepas rindu. Seronok.

Penutup Hari Raya Pertama kami bila semua tidur awal dari biasa. Walau tak keluar beraya dan masak hanya beberapa menu raya, tapi penat dia tu macam masak untuk kenduri kahwin. 

Aku tak sempat nak tengok rancangan di televisyen pun. Masa aku lebih banyak dihabiskan dia dapur, masak, basuh pinggan, kemas rumah. 

Bila raya di rumah ni penat dia tak boleh nak bincang. Semua kena buat sendiri walaupun suami hulurkan bantuan tapi tetap penat.

Apa pun Alhamdulillah Raya 2020 adalah raya yang bakal dikenang seumur hidup. Tak pasti sampai bila PKP ni, tak pasti tahun depan kita masih ada peluang sambut raya, masih panjang umur ataupun tidak. Itu semua rahsia Allah.

Rasanya belum terlambat nak ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitiri” kepada semua pembaca blog rodiahamir, kawan-kawan yang mengenali yang sentiasa menyokong aku. 

Terima kasih. Ampunkan segala kesalahan dalam pertuturan dan juga penulisan yang aku sedar mahupun tidak. Jaga diri.

Anyam Ketupat Pasar Sehari Sebelum Raya

Anyam Ketupat Pasar Sehari Sebelum Raya

Masa awal perkahwinan dulu, kami sambut raya pertama sebagai suami isteri adalah di kampung aku. Paling lewat kami akan sampai ke kampung halaman adalah sehari sebelum raya. 

Jadi masih sempat tolong emak buat persiapan raya termasuk anyam ketupat. Biasa kami ramai-ramai akan anyam ketupat pada malam raya.

Ketupat yang menjadi makanan ruji kami sekeluarga masa hari Raya adalah ketupat Palas, yang isinya pulut tu. Pulut merupakan makan kegemaran arwah abah jadi kami anak-anak terikut-ikut suka makan pulut. 

Berlainan pula dengan suami, pertama kali beraya bersama dia pelik kami tak masak ketupat. Ala ketupat segi empat tu. 

Oleh sebab ketupat segera segi empat tu boleh dibeli di pasaraya jadi memang itu lah yang menjadi pilihan untuk mudahkan kerja. 

Nak anyam ketupat guna daun kelapa tu agak renyah dan bukan mudah nak kuasi kemahiran buat sarung ketupat. Sabar kena tinggi dan rasanya adik beradik aku tiada kemahiran anyam ketupat.




Tradisi Anyam Ketupat di Malam Raya

Kalau di sebelah keluarga suami, memang menjadi tradisi sebelum hari raya akan anyam ketupat Pasar atau ketupat bawang untuk dijadikan menu di pagi Raya. 

Memang mak mertua dah ajar adik beradik suami cara anyam ketupat segi empat baik lelaki mahupun perempuan. Jadi aku beruntung suami tahu anyam ketupat.  

Lepas kahwin dengan suami baru aku tahu ketupat segi empat ni banyak jenis rupanya. Suami pandai anyam ketupat Pasar dan Ketupat Bawang, manakala jenis ketupat yang lain adalah seperti ketupat bantal, ketupat burung, ketupat lembu dan banyak lagi. 

Kalau korang tanya aku, ada satu jenis je ketupat; ketupat segi empat. Lol.



Bersyukur sangat tahun ni, oleh sebab raya di rumah sendiri suami rajin nak anyam ketupat. Yeay. Pagi-pagi lagi dia dah keluar mencari daun kelapa. 
Rezeki dia terjumpa daun kelapa cantik dan panjang. Sesuai la nak anyam ketupat Pasar idaman hati.



Tugas aku ialah beri sokongan moral dan tolong rebus. Kalau nak suruh aku belajar di usia emas ni memang aku surrender lah. Kalau suruh anyam ketupat palas aku boleh. 

Laju je aku buat. Daun Palas memang dah sold out awal lagi. Jadi memang tahun ni aku puasa ketupat Palas la agaknya.

Belajar Cara Anyam Ketupat

Aku rasa rugi sangat sebab tak belajar dari muda cara anyam ketupat, kalau lah kesedaran tu tinggi alangkah indahnya. 

Aku ada upload di Facebook gambar suami anyam ketupat dan dapat pelbagai reaksi dari kawan-kawan dan adik beradik. Ada yang nak beli sarung ketupat tak kurang juga ramai yang mengaku tak ada kemahiran anyam ketupat.  



Ada yang dah siap tempah sarung untuk raya tahun hadapan. Kemain awal book eh. Ramadan tahun depan belum pasti masih hidup atau tak. 

Umur panjang boleh la terima tempahan sarung ketupat. Sementara nak tunggu raya tahun depan, korang sebenarnya boleh belajar sendiri. 

Banyak je tutorial cara anyam ketupat di internet terutama Youtube. Paling penting kena rajin je.

Apa pun dah sebulan kita berpuasa, Alhamdulillah syukur dipanjangkan umur untuk menyambut raya. Semoga Raya aku, korang dan kita semua pada tahun ini membawa seribu kenikmatan yang akan kita ingat sampai bila-bila.


Cara Solat Raya Aidilfitri Di Rumah Beserta Khutbah

Istimewanya puasa dan Raya tahun ni Tuhan beri banyak kesempatan untuk kita ambil peduli dan belajar berdikari. 

Aku nak kongsikan cara solat raya Aidilfitri di rumah memandangkan kita masih lagi dilarang untuk solat berjemaah di masjid.

Jangan la sedih ini cakap dekat diri sendiri sebab tak dapat beraya bersama keluarga yang lain. aku dah siap sediakan diri supaya tak bersedih dan menangis di pagi raya.

Panduan Solat Raya Aidilfitri Di Rumah Beserta Khutbah 

Entahlah jadi ke tidak apa aku rancang. Siapa tak sedih tak dapat salam tangan mak di pagi raya. Moment paling aku rindu adalah makan semeja bertentang mata dengan mak. 

Seronok nak bergurau dengan mak tu. Mak aku kuat bahan anak menantu tau. Gurau-gurau manja sambil berseloroh. Itulah yang menguatkan hubungan kami adik beradik. Alhamdulillah.



Solat Raya Aidilfitri Di Rumah

Walaupun PKPB sedang berlangsung maka kita guna kemudahan yang agama Islam beri supaya kita masih dapat merasa kemeriahan dan moga tercalit sedikit pahala atas usaha yang kita buat. 

In sha Allah. Setiap tahun jadi rutin akan tunggu suami dan anak balik dari masjid, lepas solat raya Aidilfitiri baru kami akan mula dengan sesi bermaafan dan kemudian akan makan bersama-sama.

Tahun ni tak dapat ke masjid tapi masih boleh tunaikan solat raya Aidilfitiri di rumah. Ramai ustaz-ustaz yang dah kongsikan panduan asas solat raya Aidilfitiri dan di imamkan oleh ketua keluarga. 

Mudah kan? Jadi aku nak kongsi panduan solat raya Aidilfitiri yang telah ditulis oleh Ustaz Khairul Anuar. Simple je.

Tapi kalau nak yang lengkap sedikit boleh rujuk panduan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan boleh download khutbah solat Aidilfitri di rumah dekat situ.  Aku yang terlebih excited ni.


Panduan Asas Solat Aidil Fitri Di Rumah Buat Imam Interim

Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. 

Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa. Berbeza dengan Solat Jumaat, khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. 

Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai tetapi oleh sebab kita tak dapat keluar berziarah maka buat panggilan video dan bermaafan secara dalam talian sahaja lah.

️  Solat Sunat Aidilfitri
  1. Lafaz niat; sahaja aku solat sunat Aidilfitri, menjadi imam kerana Allah Ta’ala.
  2. Lepas baca doa iftitah, takbir ‘Allahu akbar’ sebanyak 7 kali. Selang-selikan dengan bacaan ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.
  3. Cukup 7 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.
  4. Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud dan sujud kali kedua seperti biasa.
  5. Bangkit dari sujud menuju rakaat kedua dengan takbir ‘Allahu akbar’.
  6. Selepas itu terus bertakbir lagi ‘Allahu akbar’ sebanyak 5 kali. Selang-selikan dengan bacaan ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.
  7. Cukup 5 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.
  8. Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud, sujud kali kedua dan duduk tahiyyat akhir.
  9. Baca tahiyyat sehingga habis dan bagilah salam.

Maka selesailah solat sunat Aidilfitri.
Kemudian tibalah saatnya untuk bapak-bapak membaca khutbah. Jangan takut! Lawan!

Khutbah Aidilfitri ni macam khutbah hari Jumaat biasa saja. Tambah best, saya akan bagi yang paling basic saja untuk dibuat dan khutbah ini sah.

❤ Rukun Asas Khutbah Solat Raya Aidilfitri

Basic maknanya meliputi 5 rukun yang asas (semua rukun mesti diucapkan dalam Bahasa Arab). Saya tandakan rukun dengan simbol .

️ Khutbah pertama.
Ucap “Alhamdulillah”.
Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Ittaqullah” (Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah).
Baca 1 potong ayat Al-Quran; “Inna a’thoinakal kausar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar”.

Sekian khutbah pertama. Kemudian duduk la sekejap.

️ Khutbah kedua.
Ucap “Alhamdulillah”.
Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Ittaqullah” (Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah).
Baca 1 potong ayat Al-Quran;”.” Qul huwallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad”.
Baca doa untuk seluruh orang Islam; “Allahummaghfir lil muslimina wal mukminat”
Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.
Kemudian, boleh la bersurai.

Macam aku explain dekat atas tadi, kalau ikut panduan ustaz bagi tu paling asas which is aku rasa objektifnya untuk menunjukkan Islam itu agama yang mudah, asalkan cukup rukun ibadah kira sah la. Diterima atau tidak ibadah kita itu biarlah Tuhan saja tentukan ya.

Kalau nak meriah sedikit dengan penyampaian ala-ala khatib boleh rujuk link panduan dari JAKIM, ada juga aku kongsikan teks khutbah untuk dibaca pada tahun ni. Tajuk “Berbeza Namun Bermakna” tu memang kena la dengan situasi kita sekarang ni.

Selamat menyambut Hari Raya korang. Ucapan Raya kita buat next entri la.

Biskut Bebola Kopi Karamel Corn Flakes

Biskut raya kedua aku untuk tahun ni dan biskut pertama aku cuba guna Corn Flakes. Rancangan awal sebenarnya nak buat biskut cornflakes sira madu tu.  

Dapat resepi biskut bebola Kopi Karamel Corn Flakes dari kotak pembungkusan Corn Flakes tu sendiri. Ala kan biasa setiap kotak bijirin dicetak dengan resepi yang dicadangkan. 

Biskut Bebola Kopi Karamel Corn Flakes

Semestinya aku berminat nak cuba sebab ada elemen kopi dalam biskut ni. Bukan senang nak pilih biskut dekat rumah ni, kena cari biskut yang International gitu. 

Semua orang makan terutama anak-anak. Belajar dari kesilapan lepas, kuih Tart Nanas yang terbiar kaku lama dalam botol sebab hanya aku dan suami je makan. Kecewa sungguh. 



Jadi, tahun ni kena la cari biskut dan kuih raya yang semua makan. Pastilah kena ada unsur rangup, coklat, dan berwarna warni paling tidak. 

Tapi tahun tekak aku teringin nak makan biskut kelapa weh, nampak tak taste warga emas dah timbul. Lol. Faktor usia.

Biskut Raya Pertama Tahun 2020 ~ Biskut Chocolate Chip ala Famous Amous Confirm Jadi

Suami pula request kuih bangkit, tapi aku cuba lengahkan buat biskut tu. Kalau setakat dia nak makan sorang baik beli jelah sebotol. Tak penat buat. kahkahkah. 

Ok berbalik kepada biskut Bebola Kopi Karamel Corn Flakes, resepi dia super mudah. Tak melibatkan penggunaan oven, tak payah pakai mixer, dan tak perlu tepung. Cuma perlukan kesabaran dan menahan diri dari makan sahaja.

Resepi Biskut bebola Kopi Karamel Corn Flakes

Serius weh biskut ni buat jadi ketagih nak mengunyah. Manis yang sedang-sedang je di pandangan tekak aku la. 

Jadi marilah kita tengok cara penyediaan Biskut bebola Kopi Karamel Corn Flakes. Waktu penyediaan sekitar 15 minit dan boleh dapat anggaran dalam 50 biji bebola saiz mini.
 



Bahan-Bahan

  • 180g Corn Flakes (hancurkan sedikit)
  • 180g ketulan badam (aku ganti dengan biji kuaci)
  • 8 sudu besar sirap kencana (aku guna madu)
  • 8 sudu besar gula aising
  • 6 sudu kecil serbuk koko
  • 2 sudu kecil serbuk kopi Segera
  • 8 sudu besar mentega
  • cawan kertas mini


Cara-cara Penyediaan adalah seperti berikut:

  1. Masukkan mentega dan gula aising ke dalam kuali dan biarkan gula larut.
  2. Pastikan api dibuka perlahan, kemudian masukkan pula madu, serbuk koko, dan serbuk kopi.
  3. Seterusnya, masukkan Corn Flakes dan juga kuaci yang disangai ke dalam kuali. Kacau sehingga semuanya sebati.
  4. Alihkan adunan ke dalam bekas lain. Bentukkan menjadi bebola dan letak ke dalam cawan kertas mini.
  5. Sejukkan dalam fridge dalam 10-15 minit dan kemudian boleh simpan dalam bekas kedap udara.


Biskut Bebola Kopi Karamel Corn Flakes dicadangkan untuk buat pada hari-hari terakhir puasa sebab peluang biksut ni nak survive sehingga hari raya sangat nipis. Anak-anak aku asyik mencari lepas siap buat. lol. 

Selamat mencuba dan selamat hari raya in advance. 

Pengalaman Pertama Masak Corn Dog Tepung Bestari

Akhirnya aku beranikan diri masak Corn dog Tepung Bestari yang pernah viral satu masa dulu. Sekarang masih mendapat sambutan ke? Entahlah tak pasti tapi aku selalu terliur kalau nampak orang makan Corn dog ni.  

Sebenarnya aku dah beli lama dah pun bahan-bahan yang diperlukan macam mozzarella` cheese, lidi sate, tepung memang ada dekat rumah dan bahan terakhir yang diperlukan. 

Breadcrumb pun suami baru beli. Jadi, buka puasa yang lepas aku pun rajinkan diri buat. Lah senang sangat rupanya.

Salah satu sebab aku lambat nak cuba adalah aku bayangkan Corn dog ni menyerap minyak macam kita goreng roti sardine tu. 

Rupa-rupanya tidak ya. Kira makan ok lah tak rasa berminyak sangat. Apa yang penting kena makan waktu dia masih panas supaya cheese masih bertali bila ditarik.

Pengalaman Pertama Masak Corn Dog Tepung Bestari

Ikut resepi banyak orang kongsi, mereka guna tepung Cucur segera Adabi perisa Udang. Aku prefer untuk buat sendiri tepung sadur dia tu. 

Aku guna campuran tepung Bestari Spicy, Tepung Bestari Original dan juga tepung Gandum. Aku tak letak garam sebab tepung Bestari dah masin. Lepas tu letak baking powder dan soda bikarbonat.




Oleh sebab aku nak makan semasa berbuka jadi aku goreng di saat-saat terakhir sebelum berbuka puasa untuk pastikan ianya masih panas. Tak lama la masa nak goreng, so senang. Jom tengok cara-cara untuk sediakan Corn dog.

Resepi Corn Dog Tepung Bestari Bertali

Bahan-Bahan
  • Sosej Ayam
  • Mozarella Cheese
  • 2 Sudu Tepung Tepung Bestari Spicy
  • 1 Sudu Tepung Bestari Original
  • 3 Sudu Tepung Gandum
  • 1 sk Baking Powder
  • 1 sk Soda Bikarbonat
  • Breadcrump
  • Sedikit Air
  • Lidi sate
  • Minyak Untuk Menggoreng


Sebenarnya untuk semua bahan-bahan di atas aku agak-agak sahaja. Aku buat untuk lima cucuk Corn dog.

Cara-cara untuk membuatnya:
  • Satukan segala tepung, baking powder & soda bikarbonat dan bancuh dengan air sehingga menjadi adunan sebati. Masukkan sedikit demi sedikit air dan jangan terlalu cair.
  • Agak-agak adunan boleh melekat bila salut sosej kira ok la. Tekstur adunan lebih pekat daripada adunan cekodok. Ha begitu perbandingan.
  • Potong sosej dan juga mozzarella cheese menjadi kiub dan saiz tu terpulang ikut kehendak masing-masing.
  • Cucuk sosej dan Mozarella secara selang seli.
  • Dalam kuali, panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak kena betul-betul panas ya.
  • Celupkan sosej dan mozzarella ke dalam bancuhan tepung dan salut dengan breadcrump kemudian goreng sehingga masak.
  • Satu minit setiap bahagian. Siap.



Sedikit tips yang aku boleh kongsi ialah, tepung salutan pastikan tidak terlalu cair dan harus melitupi sosej dan cheese. 

Untuk mudahkan kerja mencelup boleh letak di dalam gelas yang tinggi. Goreng api sederhana dalam minyak yang panas sebab bredcrumb cepat hangus.

Nak makan corn dog sedap boleh cuba makan di Restoren Korean Halal. Resepi ni berjaya membuatkan anak aku pandang tinggi terhadap aku. ceh poyo kan? 

Realitinya bila libatkan makanan orang putih ni sedikit sebanyak akan timbulkan rasa kagum, macam hebat sangat padahal resepi orang Melayu lagi susah nak buat.

Selamat mencuba.

Syarikat Gergasi Telco China Sasar Syarikat Telco Malaysia Tersenarai di Bursa Bangunkan Tekonologi 5G di Malaysia


Syarikat Gergasi Telco China Sasar Syarikat Telco Malaysia Tersenarai di Bursa Bangunkan Tekonologi 5G di Malaysia

Syarikat Gergasi Telco yang berpengkalan di China menyasarkan syarikat Telco bersaiz sederhana yang disenaraikan di Bursa Malaysia untuk bekerjasama membangunkan pasaran teknologi generasi kelima (5G) di Malaysia. 

Dipercayai, pemilihan adalah berdasarkan kebolehan syarikat yang mempunyai kemampuan mengembangkan lagi perniagaan Teknologi 5G.

Menurut sumber, “syarikat Telco China itu mungkin menyasarkan dua syarikat telco Malaysia yang sedang meningkat naik iaitu Green Packet Bhd dan XOX Bhd. 

XOX merupakan saham telco termurah di Bursa Malaysia dan merupakan antara syarikat telekomunikasi yang paling pesat berkembang di Malaysia”.



XOX mempunyai kira-kira RM35 juta tunai dan kini menawarkan pelan data 4G yang paling kompetitif dan inovatif serta menumpukan pembinaan infrastruktur 5G di rantau ini.

Antara kelebihan Teknologi 5G yang dijangka memberi manfaat kepada umum ialah:

  • 5G diatur untuk mengubah landskap telekomunikasi kerana menjanjikan kelajuan muat turun yang lebih cepat dan kebolehpercayaan rangkaian yang tinggi.
  • Ini akan membuka peluang untuk perkhidmatan baru, operasi rangkaian dan peningkatan pengalaman pelanggan.
  • Dengan penggunaan teknologi 5G ke dalam gambar, penyedia akan dapat meningkatkan kelajuan muat turun dan kapasiti data bulanan pada rancangan tanpa had.
  • Peralihan ke 5G diharapkan dapat menghasilkan kejutan bagi vendor rangkaian, infrastruktur, dan peralatan.


Credit foto dari pixabay.com

Tiga bulan yang lalu XOX telah bekerjasama dengan Advance Tech Communication Sdn Bhd (ATC) untuk melancarkan telefon pintar 4G dan 5G, dengan keupayaan komunikasi satelit tambahan yang disebut XPLORE.

 XOX bakal menjadi telco pertama yang memasarkan dan mengedarkan produk tersebut kepada penggunanya di seluruh Asia Tenggara. Telefon pintar, dilengkapi dengan sambungan satelit dan radio mudah alih digital, akan dilancarkan oleh ATC kepada pengguna XOX.

 “Syarikat mempunyai rancangan rangkaian terpadu dengan mengintegrasikan rancangan prabayar dan pesanan pesanan XOX dengan perkhidmatan kecemasan satelit ATC yang luas, kata Pengarah eksekutif XOX Steve Tan.

Tambahnya lagi, XOX cukup kuat sebagai sebuah syarikat. Ia menerapkan strategi pemasaran yang tepat serta idea dan produk inovasi untuk melihatnya melalui pandemi Covid-19 semasa dan mendorong syarikat ke hadapan.


Credit foto dari pixabay.com

Faktor kejayaan XOX tercapai dengan memanfaatkan jenama, saluran pengedaran dengan pertumbuhan asas pelanggan yang kukuh, - sumber yang dekat dengan XOX.

 Hasilnya, Saham XOX melonjak 11.11 peratus di tengah perdagangan aktif pada hari Jumaat untuk ditutup 5 sen menjadikannya permodalan pasaran sebanyak RM54.62 juta. Kaunter itu meningkat satu sen dengan 154 juta saham diniagakan.

Sebagai rekod, XOX menduduki tempat kelima dalam sektor telco dan merupakan syarikat MVNO nombor satu di Malaysia dengan pangkalan pelanggan semasa hampir mencecah tiga juta, termasuk pengguna telefon bimbit prabayar dan pos.

Bulan lalu XOX menandatangani perjanjian dengan DGB Asia Bhd untuk bekerjasama dalam penggunaan sehingga 1,000 mesin layan diri generasi akan datang.

Langkah ini sejajar dengan strategi XOX untuk memusatkan perhatian pada perniagaan yang berlainan untuk membangun aliran pendapatannya.

Penganalisis percaya saham telco akan naik kerana sektor ini mengaut keuntungan lumayan, di tengah pandemi Covid-19.

Penilaian terhadap syarikat telekomunikasi di Malaysia menjadi lebih menarik dan sektor ini dijangka berkembang pantas sejajar dengan peralihan semasa yang berlaku di landskap digital seperti Teknologi 5G, Internet of Things (IoT) dan kecerdasan buatan (AI).

Menu Berbuka Minggu Kedua Puasa Ramadan

Pejam celik pejam celik dah masuk setengah bulan kita berpuasa. Cepat je dah berlalu Ramadan ke 16. Rasa baru sekejap kena kurung. Eh. 

Seperti jangkaan, semangat nak masak tu sedikit menurun. Penat hoih. Aku slow down sedikit buat kuih sebab kuih yang aku buat untuk berbuka semua ambil masa nak habis.


Menu Berbuka Minggu Kedua Puasa Ramadan

Tapi aku kagum dengan semangat jiran aku, hampir setiap hari akan beri kuih, bukan calang-calang kuih dibuatnya. 

Almaklumlah duduk ramai-ramai seronok la nak memasak. Kebetulan mak ayah dia datang ziarah, sekali sangkut dekat rumah dia jadi tak lepas balik sebab PKP.




Ada hari memang aku surrender je nak memasak. Kebetulan ada hari suami keluar bekerja, jadi alang-alang dia balik suruh bungkus makanan dekat luar je. 

Malas nak guna Grab atau FoodPanda sebab sekarang hampir setiap petang akan hujan. Malas nak turun dan rasa kasihan nak suruh rider anta dalam hujan.


Senarai Menu Berbuka Minggu Kedua

Ikut rekod, setakat aku taip entri kali ni aku terlepas sahur satu hari sahaja. Malam tu anak aku yang bongsu lambat masuk tidur sebab dia dah tidur lepas waktu berbuka. 

Pukul 3.15 pagi baru dia nak lelap, maka dengan aku sekali hanyut. Ajaibnya alarm suami pun tak bunyi. Maka ber hu hu la puasa pada hari tersebut.



Menu Berbuka Hari ke lapan
Nasi Putih
Mee Goreng
Ayam Tumis Timun
Roti Jala
Cucur Udang Jiran
Kari Ayam




Menu Berbuka Hari Ke Sembilan
Nasi Putih
Sardin
Kobis Goreng
Siakap Goreng
Lemang & Rendang Daging Jiran
Popia Crab
Tembikai


Menu Berbuka Hari Ke 10
Nasi Putih
Telur Bistik
Ayam Masak Lemak
Kek Pisang




Menu Berbuka Hari Ke 11
Nasi Mentega
Meatball
Mushroom Soup
Tauhu Sumbat
Ayam Bakar
Kuih Ketayap Jiran
Bubur Lambuk Jiran


Menu Berbuka Hari Ke 12
Nasi Putih
Bihun Goreng
Daging Goreng Sos
Ikan Singgang
Puding Roti & Sos Kastard
Kuih Tako Jiran


Menu Berbuka Hari Ke 13
Nasi Putih
Ayam Goreng
Sambal Goreng Tempe
Ikan Pari Masak Kari
Popia Crab
Kuih Jiran
Timun Jepun


Menu Berbuka Hari Ke 14
Nasi Putih
Sup Kambing
Kuew Teaw Goreng
Corndong Cheese Tarik
Popia Banana Choc Jiran
Bihun Soto Jiran
Kuih Koci Labu



In baru pertengahan bulan Ramadan, kemain mewah Allah turunkan rezeki. 

Berjiran pula dengan orang suka bersedekah lagi bertambah meriah la acara buka puasa. Setakat ni pembaziran tu masih terkawal. 

Alhamdulillah. Apa cerita Ramadan korang? Harap semua baik-baik sahaja ya.



Masalah Tudung Periuk Giselle Tak Boleh Buka

Aku terima email dari reader memerlukan bantuan berkenaan Pressure Cooker Giselle yang dia beli. Dia berdepan masalah, tudung periuk Giselle tak boleh buka. Kenapa dia contact aku? 

Aku percaya dia dah hubungi pihak yang betul cuma lambat dapat response agaknya. Then dia jumpa aku tulis review tentang Pressure Cooker ni rasanya.

Apa yang jadi ialah, tudung periuk tu tersangkut, tak ditutup kemas dan kalau jadi macam ni memang tak boleh on atau off pon periuk tu. 

Cara penyelesaian dia memang kena keluarkan semula tudung periuk.

Masalah Tudung Periuk Giselle Tak Boleh Buka

Kenapa aku boleh tahu ialah aku pun dah lebih 5 kali alami masalah tudung periuk Giselle tak boleh buka sebab aku secara tak sengaja salah letak. 

Memang sekarang topik Pressure Cooker, Air Fryer, oven dan juga banyak lagi gadjet dapur akan meriah dibincangkan bila menjelang bulan puasa.




Pressure Cooker atau Air Fryer?

Bulan Ramadan dan Syawal adalah antara bulan yang orang orang rajin masak, baking, buat kek dan ada yang cari gadget sebab hobi ikut trend. Soalan patut ke beli air fryer? 

Atau dah cukup kalau ada pressure cooker? Terpulang pada individu sebab masing-masing ada pendapat berlainan.

Oleh sebab aku dah ada Pressure Cooker dan Air Fryer jadi aku jadi pemerhati dan pemberi pendapat bila ada yang tanya pendapat menggunakan PC dan AF. 

Tak la lama sangat aku guna, dalam setahun lebih macam tu lah. Pressure Cooker aku dapat untuk review dan AF aku beli guna duit sendiri.

Dua-dua alatan ni aku berpuasa hati dan memenuhi keperluan di dapur. Aku kongsikan review Pressure Cooker di sini dan Air Fryer di sini. 

Ada yang tanya kenapa harga pressure cooker berlainan? Semestinya semakin banyak fungsi pressure cooker tu (cara masakan) semakin mahal harganya. 

Air fryer pula ikut saiz basket AF tu. Makin besar dan canggih semakin tinggi harganya.




Tudung Periuk Giselle Tak Boleh Buka

Berbalik kepada masalah reader tadi, mengikut instruction dalam manual yang diberikan, ada arah dan cara untuk tutup supaya pressure cooker berfungsi dengan sempurna. 

Bila salah tutup maka jadilah tudung periuk Giselle ni tak boleh dibuka. Hoi stress. Pertama kali jadi adalah beberapa hari di awal-awal aku mula guna. Cuak weh.

Apa yang jadi ialah kedudukan tudung periuk tu tak selari dengan tulisan Gisella, habis sangkut teruk. Gisella kena jadi tengah-tengah dan sila lah elak dari salah letak. merana korang. 




Apa aku buat, pertama ialah kena tarik nafas dalam-dalam sebab bengang kecuaian diri. Next aku cuba longgar-longgarkan dengan gerakkan tudung periuk ke kiri dan ke kanan walaupun ketat nak arwah. 

Kemudian aku tekan tudung periuk ke bawah, tolak sedikit ke kanan dan tarik ke atas dan cuba buka. Aksi ini perlu guna dua tangan dan tenaga. 

Macam aku akan kepit badan periuk tu guna dua kaki sambil tangan buat apa yang aku terangkan dekat atas.

Aku explain panjang lebar dengan harapan dia faham dan mohon ampun kalau korang pening tak dapat imagine. 

Aku dah reply pon email dia dan harap membantu. Harapnya kalau dia singgah lagi ke blog Rodiah Amir, dia baca entri ni dan dah tahu nak buat apa kalau tudung periuk Giselle tak boleh buka.

Aku tak pasti kalau ada tutorial di YouTube sebab selalunya tak sempat aku nak search, tudung periuk berjaya ditanggalkan lepas aku sentap dengan kuat. 

Setakat ni tiada masalah. Alhamdulillah. Banyak sangat jasa periuk ni terutama bila aku craving nak makan sup.

Setakat ini sahaja perkongsian pengalaman aku menghadap masalah tudung periuk Giselle tak boleh buka, perlu beli Pressure Cooker atau Air Fryer dan cara-cara nak selesaikan masalah tudung periuk Giselle. Harap bermanfaat.

Cara Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas

Kalau perasan dekat Instagram sekarang aku tengah bertatih nak susun Instagram feed supaya cantik dan kemas serta paling penting aku tengok tak pening. 

Aku dalam proses nak susun dan tambah baik mana yang perlu. Nampak cantik di mata aku pun dah cukup bagus.

Ada yang tanya kenapa eh nak susun bagi cantik? Penting ke? Bagi aku sendiri sebenarnya terpulang pada diri masing-masing. 

Cara Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas


Oleh sebab Instagram menjadi salah satu platform aku mencari rezeki secara tak sengaja jadi bila client minat promote produk mereka di Instagram, aku rasa tak wajar aku buat secara sambil lewa. Tak adil la pula. Itu pendapat aku okeh. Aku cakap pasal diri aku ni ya.

Jujurnya dulu aku tak ambil kisah juga, asalkan kualiti gambar dan caption posting aku lulus di mata client dan mata aku sendiri aku post saja. Tapi lama-lama aku jadi macam bosan. 

Salah satu hikmah PKP aku dapat sit down dan samak Instagram feed aku. Tahu kan, media sosial macam Instagram dan Facebook boleh jadi lubuk pahala kita.

Untuk susun Instagram feed aku banyak rujuk influencer cantik molek Fara Dafri sebab dia kongsi banyak tip dan juga aplikasi berguna untuk Instagram. Tak terhad kepada feed malah juga Insta story ya. 

Ada nasihat-nasihat dan aplikasi yang memang aku sedang dan pernah guna tapi aku tak fully utilize. Jadi bila Fa highlight semula baru lah tergerak hati nak explore lebih tool yang ada dalam aplikasi tu.

Selain Fa aku banyak rujuk Instagram influencer lain macam saudari atiehilmi, zhr dan ramai lagi. Mana yang cantik aku buat rujukan dan aku cuba follow.




Cabaran Susun Instagram  

Jujurnya sebelum ni aku dah pernah cuba susun feed IG aku tapi akhirnya menemui jalan buntu. Gitu sangat buntu. 

Banyak hoi cabaran-cabaran dalam nak hias dan susun supaya kelihatan kemas sekurang-kurangnya.
  1. Tak study dan tak buat persediaan.
  2. Tak faham niche sendiri.
  3. Tak cukup masa.
  4. Malas.
  5. Tiada ilmu.
  6. Tiada minat.
  7. Tiada idea.

Cabaran terbesar aku ialah malas dan tak cukup masa serta keliru dengan niche sendiri. Tepuk bahu sendiri dan sebut syabas sebab mengaku.


Langkah-langkah Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas

Apa yang aku kongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan minat aku. Semestinya kalau korang tak berkenan abaikan sahaja langkah-langkah yang bakal aku kongsikan. 

To be honest followers aku tidak la sampai 10K jadi alang-alang tu marilah sokong dan follow aku di Instagram Rodiah Amir Mana tahu bangun pagi terus ada 10K followers.

Apa yang aku cuba sampaikan, bukan kuantiti follower yang kita bincangkan tapi sejauh mana kualiti konten yang boleh kita kongsikan dengan orang lain. Pahala tu. 

Tapi kan korang aku selalu terfikir, ayat dalam movie Spiderman “Kuasa yang hebat datang dengan tanggungjawab yang besar” Terus aku insaf.

#1 Kenal Pasti Niche

Untuk jadikan korang mudah nak susun feed Instagram dari segi konten maka amat penting untuk tahu niche masing-masing. 

Ada orang suka post tentang makanan, apa dia masak dan makan jadi semua posting berkaitan antara satu sama lain. Barulah wujud penceritaan dekat feed, maka nampak cantik di situ.

#2 Pilih Tema

Bagi aku sendiri tema paling mudah nak ikut adalah tema warna. Pilih satu warna kesukaan dan kekalkan warna pilihan dalam setiap post. Jadi kalau korang edit macamana design sekalipun, feed masih nampak seragam dan kemas.

#3 Rancang Instagram Feed

Macam aku tekankan dekat atas cabaran untuk susun feed adalah sifat malas dan juga tak cukup masa. Ya aku faham itu adalah alasan paling bagus aku beri untuk diri sendiri. Lol. 

Korang wajib rancang apa yang korang nak post. Baca la mana-mana tip pun, merancang adalah langkah kritikal yang korang kena ambil peduli. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Wow.

Aku guna aplikasi Preview untuk susun dan rancang feed IG sebelum aku post. Atleast boleh la try & error sebelum aku post. Banyak lagi aplikasi lain boleh korang explore macam Later. Sila study okeh.

#4 Buat Cover Reel

Sangat digalakkan kalau korang nak nampak feed korang kemas dan professional. Selain tu kalau ada cover dan ada tajuk jadi lebih mudah untuk rujuk. 
 
#5 Rajin, Kreatif dan Tuntut Ilmu

Oleh sebab Instagram ni sangat la laju dan selalu berubah-ubah, maka hendaklah korang cakap dekat diri sendiri alert dan tambah ilmu dari masa ke semasa. 

Cari circle yang suka sharing dan edit Instagram selain daripada baca dan ambil tip dari Pinterest.

#6 Jangan Putus Asa

Pesanan ini lebih kepada diri sendiri sebab aku selalu sangat putus asa dan cepat down. Benda baik dan bawa manfaat terutama kepada diri sendiri memang banyak halangan dia.

Apa yang dapat aku kongsikan, selepas aku mula rancang dan susun Instagram Feed aku jadi kemas dan cantik aku jadi lebih sayang diri aku. Paling penting aku semakin kenal diri sendiri. 

Aku offkan segala kata-kata negatif yang selalu berkumandang di telinga dan aku tukar jadi benda positif.Aku juga dalam proses belajar dan tak malu mengaku banyak sangat lagi kelemahan aku kena atasi. 

Aku selalu pesan dekat diri, sekurang-kurangnya kalau aku pergi atleast apa aku tinggalkan tu sedap mata memandang dan yang baik-baik sahaja.

Jadi selamat susun feed menjadi cantik. Siapa yang belum berkawan dengan aku dekat Instagram marilah kita jadi kawan. Boleh cari username nama @rodiahamir okeh. Jumpa lagi di lain entri. Babai.


Bil Air Selangor Naik Mendadak


Bil Air Selangor Bulan Mei Naik Mendadak

Kisahnya baru teringat nak semak bil Air Selangor (Syabas) untuk bulan Mei. Semenjak PKP hari tu, pergerakan semua terbatas dan tak semua orang keluar bekerja jadi memang bil air bulan April aku pejam mata je. Buat tak tahu. Dengan harapan PKP tamat pada awal bulan Mei. Berangan je. So bayar sekali untuk bulan Mei.

Biasanya aku akan tunggu bil sampai di peti surat. Bila dah terdesak macam ni, baru lah gunakan kemudahan semak bil Air Selangor secara online. Aku daftar akaun di Air Selangor dan bila semak bil, terbeliak biji mata tengok jumlah bil air untuk bulan Mei. Bil naik berganda-ganda weh. Sesak nafas tengok nombor di skrin laptop. Korang dah semak bil air terkini korang?

Kalau ikutkan memang la semua duduk di rumah, kalau ada pertambahan ahli pun cuma suami sahaja lah sebab work from home. Tapi suami bukan la guna banyak air pun. Macam biasa la, mandi bukan kerap sangat, basuh baju pun macam biasa. Sakit otak aku cari punca kenapa bil naik. Panas hati.