Makan Di Jombali Aeonbig Wangsa Maju

Ikutkan perancangan awal lepas selesai urusan beli barang dapur di Aeonbig nak lunch makan Nasi Arab tapi terpaksa tukar rancangan lunch di Jombali. 

Tempat kami suka dan biasa makan Nasi Arab adalah dekat Restoran Qasar Balqis di Taman Melati. Oleh sebab pagi tu dah breakfast yang ringan-ringan dan simpan perut untuk makan nasi untuk lunch jadi gigih bertahan sepanjang shopping. 

Lunch Di Jombali Aeonbig Wangsa Maju

Tengah sibuk pilih barang, hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksa tukar rancangan sebab nak elak redah hujan. 

Aeonbig Wangsa Maju memang jadi antara destinasi aku beli barang dapur sebab selesa, dan harga mampu milik. 

Kalau berdua je dengan suami masih okay lagi, tapi kasihan nak bawa anak-anak dalam hujan. Hujan bercampur guruh, bertambah seram nak keluar. Terpaksalah cari makan dalam Aeonbig. Susah juga nak buat pilihan sebab kami nak elak makan fast food.


Pilihan Restoran Dalam Aeonbig Wangsa Maju

Selain foodcourt (pilihan makanan agak limited), kedai makan yang ada ialah Jombali, meow meow café, KFC, McDonald's, The Chicken Rice Shop, Orchid Bistro, Ramly Halal Kiosk, Dunkin' Donuts, Subway, Makan Culture dan Paradise Reyan (makanan Arab). 

Kami dah pernah makan di restoran Makan Culture sebelum ni, malangnya kami kurang berpuas hati. Tapi Restoran Makan Culture di Melawati Mall tak dinafikan sedap sebab aku pernah makan masa tahun 2018. - Makan Culture Melawati Mall


Makan di Restoran Jombali

Akhirnya kami pilih makan di Restoran Jombali. Sebelum ni kami pernah makan disini tapi waktu tu Jombali berada di tingkat atas berdekatan restoran The Chicken Rice Shop. 

Sekarang dia dah tukar lokasi bersebelahan dengan Ramly Halal Kiosk, menggantikan restoran Sushi King. 

Alhamdulillah syukur sangat tak salah buat keputusan. Apa yang best dekat sini ialah portion makanan dia banyak, satu pinggan tu boleh dikongsi dua orang. Rasa pun sedap. 

Bahan-bahan dia guna segar, terutama sayur-sayuran. Waktu kami sampai restoran memang penuh dengan pelanggan, walaupun begitu waktu penyediaan makanan dan makanan sampai ke meja kami tidaklah ambil masa begitu lama. Lebih kurang 15 minit macam tu. 

Dari segi menu pula, banyak betul pilihan yang ada. Kami makan Chicken Spaghetti Carbonara yang cukup lemak berkrim, Nasi Ayam Goreng Crispy Chicken Chop, dan Nasi Goreng Ayam Milky Sauce. Air kami pilih Teh Tarik Ais dan Ribena Lychee. 


Restoran Jombali Wangsamaju


Anak-anak memang suka Spaghetti Carbonara dekat sini sebab sos dia cukup rasa lemak, banyak mushroom dan spaghetti pun elok el dente. 

Teringat pengalaman sertai pertandingan memasak Laksa Seafood guna pasta. Chef beri pujian sebab aku berjaya rebus pasta dengan betul. 

Ikut selera orang Itali, pasta dan nasi harus dimasak sehingga mempunyai tekstur sedikit keras di tengah-tengah ketika anda memakannya. Al dente adalah tekstur yang segar.


Lunch di Restoran Jombali Wangsamaju


Nasi Ayam Goreng Crispy Chicken Chop pun sedap. Chicken chop digoreng rangup, tak lebih tepung dan paling penting tak dibanjiri minyak. Suami makan Nasi Goreng Ayam Milky Sauce dan kena dengan selera beliau. 

Sos Milky tu agak manis tapi sesuai dimakan bersama ayam goreng, jadi balance rasa dia bila dikunyah sekali dengan nasi. Kalau nak pedas boleh minta cili potong. 


Western menu Jombali Wangsamaju


Salute kepada chef dia sebab masakan dia tak mengecewakan. Walaupun menu banyak pilihan, tapi boleh hasilkan makanan yang sedap dan kualiti terjaga. Confirm aku akan repeat lagi. 


Kesimpulan

Semestinya makanan yang sedap dan tempat berbaloi untuk dicuba pasti aku kongsi dengan pembaca blog. Jadi aku berbesar hati nak kongsi pengalaman aku makan di Jombali dengan korang juga. Apa pun, segala pendapat di atas berdasarkan pendapat peribadi mak anak tiga. 

Bawa anak kecil banyak faktor harus difikirkan. Tempat selesa, pilihan makanan, kebersihan dan customer service bagus pastinya akan jadi tempat kegemaran kami sekeluarga. 


Beli King Crab Premium Seafood Combo Online

Masa terima seafood dari FS Premium Food memang berbunga-bunga je hati. Puas hati sangat pengalaman beli seafood kali ni. Beli online pula tu. 

Decide untuk surprise kan anak-anak konon nak buat mukbang seafood dekat rumah. Budak-budak ni memang suka sangat tengok Mukbang Korean. 

Dijadikan cerita dari awal tahun la asyik menyebut suruh beli King Crab. Kemain kan taste anak-anak. Aku dulu ketam bunga je kenal. Ini pengalaman pertama lah kiranya makan King Crab. 


Beli King Crab Premium Seafood Combo Online

Kenapa King Crab? Jujurnya terpengaruh sebab saiz dia yang besar tu, then setiap kali mukbang mesti diaorang akan makan isi ketam di bahagian penyepit dia tu. Kelihatan tebal betul isi dia. 


King Crab Premium Fspremium


Itu yang buat terliur nak cuba. Serius sebelum beli aku asyik fikir macamana nak masak. King Crab tu dah la gedabak besar, kuali dan periuk dekat rumah ni dah la cinonet je. Agak struggle jugaklah masa nak memasak. 

Well, kita tengok jelah Youtube dan baca blog. Ramai dah kongsi tips cara masak King Crab. Jadi bukan masalah besar. 


Premium Seafood Combo Berbaloi Dari FS Premium Food

Kebetulan masa tu tengah scroll Facebook dan nampak iklan promo dari FS Premium Food. Premium Seafood Combo set ni berharga RM199 & dapat enam jenis binatang laut. Aku kurang pasti harga King Crab yang fresh, tapi harga lebih kurang je King Crab frozen di Rosham Mart. 

Kira berbaloi jugalah harga combo ni dengan saiz Seafood yang ada dalam set ni:

1. King Crab 600-800g

2. Lobster 350g

3. Udang galah U10

4. Japan premium kerang 500g 

5. Half shell scallops x6pcs

6. Sotong ring 500g


Set Seafood


So far aku puas hati sangat sebab FS Premium Food ni jaga kualiti produk mereka. Bukan setakat tu je, penghantaran pun on time, packaging dia kemas dan bersih. Jadi memang aku gembira lah. Urusan pembelian pun lancar je. 

Bila dah decide set mana yang berminat, boleh proceed dengan pembayaran dan diaorang akan confirmkan tarikh penghantaran. Mereka guna Lalamove untuk kawasan Klang Valley. Untuk yang berada luar kawasan boleh lah DM Facebook page mereka confirmkan ya. 

Penghantaran percuma pula tu. Bagi aku sesekali boleh lah layan makan macam ni. Sebagai reward diri dan anak-anak setelah bertahan lama disebabkan PKP. 


|   Delivery Barang Basah Ke Rumah - Ayam Aji Express  |


Seafood Combo murah

Seafood Combo Udang besar


Masak King Crab Shell Out Kuah Butter

Sebelum sampai Seafood ke tangan kemain excited, dah dapat punya lah teruja masa buat unboxing tapi bila fikir kena bersihkan dan masak terus murung ya. Selain penakut nak siang ikan bersaiz besar, nak bersihkan udang juga adalah kelemahan aku. 

Jadi semestinya urusan membersihkan aku minta suami uruskan. Untuk memasak pula, kami decide untuk buat Shellout sos butter. Anak-anak tak makan pedas jadi layankan sajalah. Tujuan utama nak rasa King Crab je jadi memang tersangatlah simple aku masak. 


Seafood Combo Shell out


Kami rebus/ celur je King Crab dalam air mendidih selama tiga minit then rendam sekejap dalam air sejuk. Patutnya kena letak ais tapi rumah aku tiada ais kita guna air Cuckoo sajalah. Main reason tak mahu rasa asal King Crab tu lari.

Seafood tak boleh over cook atau pun undercooked. Tak masak kang lagi bahaya sebab bakteria dan parasit boleh mendatangkan penyakit kepada manusia. Kalau pilih King Crab jangan kedekut, lagi besar saiz dia lagi banyak isi dia. 

Malas nak susah payah tapi nak makan Seafood fresh korang datang je Melaka - Restoran Ikan Bakar Klasik Umbai

King Crab ni isi dia kebanyakkan dekat penyepit dia je, jadi kalau timbang berat memang semua dekat kulit dia je. Bahagian badan dia tiada isi, kalau ada pun sikit sangat. Tu orang berkira-kira nak beli kot. 

Dalam set ni paling aku puas hati makan Udang galah U10. Isi dia masih fresh, besar dan banyak isi. Untuk promosi dan harga terkini boleh tengok Facebook FS Premium Seafood. 

Soalan pun tanya dekat mereka okay.  Facebook FS Premium 

AZCOM Solution - Kedai Repair Laptop Murah Di Kulai

Zaman sekarang laptop dan komputer dah jadi gadget perlu ada bagi setiap rumah, terutama bagi ibu bapa yang ada anak-anak yang menjalani PdPR. 

Kalau nak harapkan PdPR menggunakan telefon bimbit memang lambat laun bakal mendatangkan masalah terutama kesihatan mata. 

Amat menyusahkan jika laptop dan komputer buat hal ketika waktu genting kan? Nak baiki sendiri, bukan semua orang mempunyai pengetahuan dan kemahiran repair laptop. 


Kedai Repair Laptop Murah Di Kulai, AZCOM Solution

Nak hantar ke kedai repair laptop tapi tak tahu nak pilih kedai yang mana. Risau kalau tersalah pilih kedai repair laptop, lain pula masalah yang timbul. 

Semestinya sebagai pengguna laptop, aku pentingkan harga yang murah dan berpatutan, servis yang berkualiti & dipercayai serta mendapat review yang baik dari pelanggan. 

Nak tahu kedai repair laptop tu bagus atau tidak, salah satu caranya ialah tengok apa kata pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka. 

Macam Kedai Repair Laptop Murah Di Kulai, AZCOM Solution. Banyak terima feedback yang memuaskan hati. 




AZCOM Solution Kedai Repair Laptop Murah & Dipercayai Di Kulai

Dalam membuat pilihan kedai repair laptop murah, lokasi yang dekat & harga yang murah merupakan bonus kepada pelanggan. Tapi bukan itu sahaja, banyak lagi faktor lain yang perlu di ambil kira.

Berita baik buat penduduk di kawasan komuniti penduduk Bandar Putra, Kulai dan berhampiran Senai Johor.

Jika anda mencari kedai repair laptop murah & dipercayai di Kulai, AZCOM Solution dikenali sebagai Penyedia IT Support di Johor. 

Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan IT meliputi bidang perkomputeran dan rangkaian yang memudahkan pelanggan berada di bawah satu bumbung. 




Senarai Perkhidmatan Azcom Solution Kedai Repair Laptop Murah Kulai

Bermula dengan hanya menyediakan servis membaiki komputer dan laptop, kini Azcom Solution melebarkan sayapnya dengan menambah servis installation, preventive maintenance dan networking solution untuk rumah dan juga pejabat.

Pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh AZCOM Solution termasuklah PC dan laptop repair, Data Recovery, Custom PC Gaming, software dan juga Network solution.

Techician di Azcom Solution boleh membaiki laptop atau notebook dari semua jenama termasuk Asus, Lenovo, Toshiba, Dell, HP dan Acer.

Selain itu servis laptop repair lain yang ditawarkan ialah:

  • LCD Screen Replacement - Menukar LED dan LCD laptop screen pecah, no display, lines dan juga backlight issue. 
  • Audio Jack Repair - Masalah pada audio jack, speaker, USB atau power jack.
  • RAM Upgrade - Upgrade memory RAM dan Storan Solid-State Drive (SSD) untuk tingkatkan prestasi laptop. 
  • Power Jack Repair – Masalah Laptop tidak boleh cas bateri. 
  • Laptop Graphic Repair
  • Masalah Wifi & Modem - Laptop tiada internet atau masalah pada modem router.


Kenapa Pilih AZCOM Solution, Kedai Repair Laptop Murah Kulai?

#1 On-site service

Untuk anda yang kesuntukkan masa dan sukar untuk ke kedai, anda boleh minta pihak AZCOM Solution untuk menghantar pekerja ke rumah atau premis perniagaan anda.


#2 Servis Ambil & Hantar

Servis ambil dan hantar ke lokasi anda juga tersedia, tunggu je depan pintu. Perkhidmatan ini memerlukan temujanji untuk kawasan tertentu. Boleh rujuk website mereka.


#3 Diagnosis Percuma

Berdasarkan pengalaman yang luas dalam membaiki komputer dan laptop, Kedai Komputer Azcom Solution yakin dapat mengenal pasti masalah yang ada pada komputer hanya dengan melihat kepada simptom yang anda alami semasa menggunakannya sahaja.

Caj Diagnosis tidak dikenakan (percuma) kepada pelanggan yang biasanya di kenakan oleh kedai komputer yang lebih besar tau.


#4 Tiada Kos Tersembunyi

Selepas diagnosis dilakukan, pelanggan akan diterangkan secara terperinci masalah yang dihadapi.  Disebabkan faktor harga alat-ganti yang sering berubah-ubah, Azcom Solution akan memberikan sebut-harga dan mendapatkan persetujuan pelanggan untuk mengelakkan kos tersembunyi sebelum memulakan kerja baik pulih.


#5 Lapan Tahun Pengalaman

Kedai Komputer Azcom Solution mempunyai pengalaman lebih 8 tahun dalam bidang membaiki dan menaik-taraf komputer dan komputer riba.


#6 Pekerja Berkemahiran

Pelanggan tidak perlu risau kerana pekerja Kedai Komputer Azcom Solution merupakan pekerja yang berkemahiran menggunakan teknologi terkini seiring perkembangkan era globalisasi juga mesra pelanggan untuk bekerjasama.


#7 Servis Berkala Untuk Pejabat

Kedai Komputer Azcom Solution mampu kendalikan sehingga 30 unit komputer dengan maksimum 3-unit server sekaligus. Setiap servis akan dijadualkan mengikut jenis perniagaan dan komputer.

Servis berkala termasuklah cucian kipas dan bahagian dalaman komputer serta mengemaskini perisian terkini dalam tempoh 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan.


5 Masalah Biasa Laptop Selalu Jadi

Berikut merupakan antara masalah biasa laptop yang selalu jadi. Korang perlu tahu bahawa laptop sebaiknya diservis secara berkala (3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan) bagi memastikan jangka hayat laptop tahan lebih lama. 

Antara masalah biasa laptop yang selalu jadi ialah: 

  1. Masalah Laptop screen (blank, LCD pecah, screen tak keluar gambar walaupun On) 
  2. Prestasi komputer atau laptop menjadi perlahan. 
  3. Laptop hang (Frozen) secara tiba-tiba. 
  4. Laptop cepat panas disebabkan habuk yang terkumpul dalam kipas laptop. 
  5. Auto Shutdown secara tiba-tiba. 

Dan banyak lagi. 


Testimoni Pelanggan AZCOM Solution



Pendek kata hampir kesemua masalah berkaitan laptop dapat diselesaikan oleh Azcom Solution. Jadi apa tunggu lagi. Anda boleh walk in kedai komputer guna map ini.

 

AZCOM Solution

Waktu Operasi: 10.30 AM - 6.00 PM

Sabtu hingga Khamis

Jumaat: Tutup

 

Dapatkan maklumat terkini servis melalui

Whatsapp

Website AZCOM Solution

Facebook


6 Tips Untuk Buat Content Time Busy

Siapa selalu bagi alasan tak pernah cukup masa untuk buat content? Selalu busy dengan tugas harian dan tanggungjawab lain sehinggakan tak cukup masa 24 jam yang ada? 

Kalau korang selalu struggle tak cukup masa nak buat content sebab busy, boleh cuba tips ni. Aku dah cuba dan berkesan untuk aku. 


6 Cara Buat Konten Bagi Yang Tak Cukup Masa 

Tips ni aku dapat dari guru di sosial media yang aku follow dan aku rasa sangat praktikal untuk aku ikut. Jadi aku seronok nak berkongsi dengan korang juga yang sudi membaca blog aku. 

Tips ni sesuai untuk blogger, content creator mahupun korang ialah business owner. 



Cara Mudah Buat Content Waktu Busy


#1 Kenalpasti Waktu Available 

Masa itu emas jadi kena guna sebaik mungkin. Dalam surah al-Asr. ALLAH SWT berfirman:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr 103:1-3).

Langkah pertama adalah untuk kenalpasti jadual seharian kita dan tengok waktu lapang yang kita ada. dah kenalpasti, cuba sehabis baik maximise waktu lapang anda.


#2  Maksimakan Waktu Lapang Sebaik Mungkin

Dah tahu waktu bila yang free jadi kerja merancang lebih mudah. Untuk waktu yang terhad, boleh gunakan masa untuk draf terlebih dahulu idea. Brain storm dan tulis skrip atau ‘jalan cerita’ content anda. Selesaikan content pada hari yang anda tetapkan. 

- 🌟 Bagus kalau terus buat content dalam kuantiti yang banyak sekaligus. 

- 🌟 Sediakan buku nota khas.

- 🌟 Standby 3 content kecemasan.

- 🌟 Details kan masa tempat dan tarikh untuk edit, shoot video & post. 


#3 Sumber Idea Content

Masalah terbesar selalu jadi ialah kehabisan idea dan stuck tak tahu nak buat content apa. Jadi jangan panik sebab semua orang akan lalui benda yang sama. 

- 🌟 Tengok content orang lain dan dapatkan ilham. Tiruvasi & tambah baik content sedia ada. Pastikan untuk selit personal branding kita. 

- 🌟 Idea selalu muncul waktu kita dalam bilik air sebab waktu tu kita berada dalam zon selesa & bertenang. Catat apa yang perlu sejurus keluar dari bilik air. 

- 🌟 Rujuk lubuk maklumat seperti Youtube, Facebook, Instagram, Twitter dan Google untuk dapatkan topik trending dan terkini. 

Mencari Idea Menulis - Baca Sini 




#4 Selalu Catit Nota 

Antara amalan Tun Dr Mahathir yang bagus untuk dicontohi ialah selalu catit nota. Jangan percayakan otak anda. Maksudnya, jangan bergantung harap pada otak semata-mata untuk hafal bila terfikirkan idea yang best. 

Amalkan tabiat untuk mencatat nota dan sentiasa bawa nota ke mana-mana sebab ilham ni datang waktu tak terjangka. Waktu kehabisan idea boleh la rujuk semula nota yang kita catat. 



#5 Menuntut Ilmu

Nak buat sesuatu perkara kena ada ilmu. Nak cari ilmu kena cari guru yang betul. Orang yang belajar tanpa guru ni, cikgu aku kata dia belajar dengan syaitan. Boleh sesat. Jadi jangan kedekut nak laburkan duit untuk ilmu. 

Nak belajar bisnes cari guru bisnes, nak belajar tentang social media cari yang power tentang social media. Dapat ilmu kena praktikkan. Guru akan guide kita mana patut kita tambah baik dan tunjuk mana kelemahan boleh kita perbaiki. 

Cikgu Instagram – Keret 

Cikgu TikTok – Abang Naz


#6 Practise Make Perfect Improvement

Salah satu skill wajib ada di zaman sekarang adalah editing. Tak kisah poster bergambar mahupun video. Belajar basic pun dah cukup bagus. Untuk jimatkan masa kita yang terhad, tajamkan skill editing termasuk lah buat caption, guna filter, sound dan lain-lain. 

Boleh rujuk sini – Cara edit Video Guna Telefon 




Kesimpulan 

Alasan tak cukup masa atau jadual hidup terlalu pack sepatutnya tak dijadikan alasan untuk kita tak buat content. 

Teringat pesanan seorang guru, semua orang di dunia diberikan masa 24jam untuk digunakan sebaiknya. Kita boleh ikut cara dia manage waktu dia dan sesuaikan dengan kehidupan kita. Nak seribu daya. Gitu. 


KITSUI Coffee XSLIM Shapez

Bila baca luahan orang nak kuruskan badan tapi masih belum berjaya dan hampir putus asa, aku faham sangat perasaan tu. Aku pernah dan sedang melalui fasa tu. 

Aku boleh relate dengan pengalaman diri sendiri. Sepanjang tempoh aku nak turunkan berat badan memang amat mencabar. 


Minum Kitsui Coffee XSlim Shapez Untuk Kawal Selera

Aku pernah lalui zaman kurus waktu bujang, kemudian berkahwin dan selepas melahirkan anak pertama, badan aku bagai dipam-pam kembangnya. 


Produk Kitsui Coffee Xslim Shapez


Nekad nak cantik dan dapatkan berat badan macam sebelum berkahwin, lepas bersalin anak kedua aku berjaya turunkan berat dan kuruskan badan dengan kawal selera makan. 

Tapi tak lama, selepas dapat anak ketiga berat badan aku naik semula.  Impian nak slim, nak dapatkan shape yang cantik, paling penting sihat tubuh badan tu memang la sentiasa membara. 

Tetapi halangan terbesar aku sehingga ke hari ini adalah aku gagal nak kawal selera makan, minum air manis dan aku sangat kurang bersenam. 

Selain tu, aku memang selalu lambat tidur. Tak kurang juga, pantang nampak makanan. Setiap masa mulut tak berhenti mengunyah dan kerap craving fast food, manisan dan kek, serta minuman manis. Oh indahnya. 


Minum Kitsui Coffee Xslim Shapez  Untuk kurus

 

Kawal Selera Makan Dengan Kitsui Coffee Xslim Shapez


Untuk kurus dan capai berat idaman bukanlah sesuatu yang mustahil, asalkan ada ilmu dan keinginan yang tinggi untuk capai impian. 

Paling penting kena kawal selera makan dan harus kuat melawan godaan makan terutama makanan dan minuman tinggi gula.  

Bagi anda yang dah pasang niat tahun ni nak dapatkan bentuk badan ideal, serta sihat dan bertenaga tapi ada masalah selera makan yang kuat, kurang atau tak bersenam aku nak cadangkan untuk anda cuba Kitsui Coffee Xslim Shapez. 

Peminat kopi macam aku pasti tersenyum lebar, sebab boleh minum kopi sambil kuruskan badan.  Boleh jadikan Kitsui Coffee Xslim Shapez rutin pagi sebagai supplemen pelangsingan badan yang menggunakan 100% bahan halal semulajadi. Mudah sangat, hanya ambil satu sachet yang dibancuh dengan 150ml air sebelum memulakan aktiviti seharian. 

Siapa Patut Cuba Kitsui Coffee Xslim Shapez?


Dah pasang niat, nak kurus sebelum terlambat. Nak badan sihat supaya mudah nak beribadah dan paling penting keyakinan diri meningkat. Selain dapat mengawal dan kurangkan selera makan, Kitsui Coffee Xslim Shapez sesuai diamalkan oleh anda yang mempunyai ciri-ciri dibawah: 

  • Berlebihan lemak di bahagian leher, lengan, perut, peha dan kaki. 
  • Berat badan bertambah setiap bulan. 
  • Mempunyai selera makan yang besar. 
  • Badan cepat letih dan lesu. 
  • Tidak mengamalkan cara pemakanan sihat. 
  • Kuat berdengkur. 
  • Kurang bersenam atau tidak bersenam.  

Kitsui Coffee Xslim Shapez - Sibutramine Certificate of Analysis 

Anda boleh menarik nafas lega kerana produk Kitsui Coffee Xslim Shapez tidak mengandungi bahan berbahaya, iaitu Sibutramine yang biasanya dicampurkan di dalam produk kuruskan badan di Malaysia. 

Kitsui Coffee Xslim Shapez telah disahkan bebas Sibutramine dan mempunyai Certificate of Analysis seperti di bawah. Terbukti kitsui tiada kandungan sibutramine selepas ujian makmal dilakukan. (TIADA BAHAN LARANGAN). 

Sijil sibutramine Kitsui Malaysia




Bagi yang tertanya-tanya, apa itu sibutramine? 

Sibutramine ialah bahan larangan dari pihak Kementerian Kesihatan dalam ubat kurus dan merupakan ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesiti yang dahulunya diiktiraf oleh kebanyakkan negara.

Berdasarkan data daripada kajian Sibutaramine on Cardiovascular Outcome Study, pengunaan sibutramine didapati mempertingkatkan risiko kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok terhadap pesakit obes yang mengambil ubat berkenaan. 

Kementerian Kesihatan (KKM) sudah memutuskan untuk menggantung pendaftaran ubat sibutramine - Baca Sini 

Sibutramine telah ditarik semula pendaftarannya di Amerika Syarikat pada tahun 2010 dan di Malaysia pada tahun 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan sampingan kardiovaskular seperti serangan jantung dan angin ahmar (strok). Sumber 

Ramuan Utama Kitsui Coffee Xslim Shapez


Paling best ramuan yang terdapat di dalam Kitsui Coffee Xslim Shapez membantu proses nak turunkan berat badan tu jadi mudah. 

Menggunakan formulasi terbaru dari Korea dan diperbuat dari bahan-bahan halal semulajadi dan selamat yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian anda.

Korean Ginseng 

Berfungsi menguatkan sistem imun dan melawan keletihan badan terutama anda yang sering mengalami sindrom kekurangan tenaga. Membantu meningkatkan fokus mental anda. 

Green Coffee Bean

Sangat bagus membantu menurunkan berat badan dengan diet dan senaman yang betul. Tinggi antioksida yang membantu meningkatkan tenaga serta menyokong kesihatan otak. 

L- Carnitine 

Berfungsi mengurangkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan. Tahap L- Carnitine yang tinggi membantu badan lebih cekap membakar lemak terutama lemak di bahagian perut, iaitu lemak yang mengelilingi organ penting dan berpotensi menyebabkan penyakit hati berlemak dan penyakit bahaya lain. 

L- Carnitine meningkatkan metabolisme badan dan membantu proses penurunan berat badan kerana pembakaran kalori berlaku walaupun pada waktu rehat. 

Hoodia

Estrak tumbuhan semulajadi yang membantu mengurangkan selera makan seterusnya pengambilan kalori dapat dikurangkan menjadikan proses menurunkan berat badan menjadi mudah.  

Tersangat penting untuk kita tahu bahan kandungan supplemen yang kita ambil. Kitsui Coffee Xslim Shapez tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya yang sering dikaitkan dengan produk pelangsingan badan. 


Produk Kitsui Coffee Xslim Shapez: 

Bebas Hormon
Bebas Bahan Pengawet
Bebas Gluten
Bebas GMO
Bebas Antibiotik 
Bebas Bahan Kimia

Ianya disahkan HALAL dan sesuai untuk Vegan. 
Produk Kitsui Coffee Xslim Shapez telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa seperti dibawah:

Kitsui Coffee Xslim Shapez bebas bahan berbahaya


Boleh tengok sendiri testimoni pelanggan yang berpuasa hati dengan Kitsui Coffee Xslim Shapez. 
Aku faham setiap perjalanan setiap orang untuk kurus dan mendapatkan berat badan ideal adalah berbeza. Lain orang lain dugaannya. 

Tapi aku percaya dengan keinginan yang kuat, mentaliti yang positif, pemakanan seimbang, rajin bersenam dan juga sokongan berterusan dari orang sekeliling merupakan faktor penting menentukan kejayaan kita. 

Kena ingat, kita nak kurus dan sihat yang berpanjangan. Jadi jangan gelojoh dan buat sehabis baik. Bersyukur sangat kewujudan produk Kitsui Coffee Xslim Shapez yang bantu ramai orang capai berat badan idaman. 

Boleh dapatkan Kitsui Coffee Xslim Shapez dan produk Kitsui yang lain di farmasi terpilih berdekatan anda ataupun boleh beli di laman website rasmi Kitsui. 



Testimoni Pengguna

Testimoni Kitsui Coffee Xslim Shapez


Testimoni Kitsui Coffee Xslim Shapez 2


Testimoni Kitsui Coffee Xslim Shapez 3




















Resepi Meatball Bolognese Cheese Leleh

Hari tu aku ada kongsikan resepi Meatball Bolognese Cheese Leleh di Instagram. 

Buat pun sebab kebetulan ada tugasan di sosial media memerlukan aku menggunakan cheese di dalam masakan. 

Jadi pastilah pilih menu yang ringkas dan senang nak buat.  Meatball Bolognese Cheese Leleh ni sesuai untuk korang yang suka makan daging dan dah bosan makan makanan yang sama. 

Sesekali bertukar selera, menu Western menggantikan nasi untuk makan malam adalah pilihan yang baik untuk korang yang sudah kehabisan idea untuk memasak.  



Resepi Meatball Bolognese Cheese Leleh Sedap


Memandangkan kami satu keluarga penggemar cheese, kebarangkalian makanan tu tak sedap amatlah tipis. Yakin sedap begitu. 

Selesai ambik gambar, masing-masing tak sabar nak makan. Nak buat pun mudah sangat.

Pendapat aku, kalau dibandingkan cara penyediaan menu masakan Melayu dengan menu masakan Barat adalah berbeza tahap penat dia. 

Menu Melayu bagi aku lebih banyak bahan dan ambil masa lama nak sediakan. Beza kalau masak menu Barat, semua main campak-campak je. Payah la nak gagal dan tak sedap. 

Boleh cuba Resepi Corndog Cheese Guna Tepung Bestari


Resepi Meatball Bolognese



Rahsia Meatball Bolognese Cheese Leleh Jadi Sedap


Meh aku kongsikan rahsia yang menjadikan meatball Bolognese ni extra sedap ialah penggunaan butter dan juga cheese dalam menu. 

Special dan extra sedap sebab aku tumis bahan menggunakan Anchor Salted Pure Butter. Ya ampun aroma dia harum semerbak satu rumah, dan rasa dia yang berkrim tu buatkan makanan bertambah lazat. 

Anchor Butter memang popular di kalangan baker dan juga suri rumah. buat biskut raya dan kek pon sedap. 

Anchor butter ni sedap kerana diperbuat dari 100% susu berkualiti tinggi dari lembu yang hanya makan rumput di New Zealand. 

Lembu-lembu yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh, mana lah tak sedap woi. 

Pengalaman turun event tengok Chef Selebriti Florence Tan masak guna Mentega Anchor 



Resepi Meatball Bolognese Cheese leleh



Cara Masak Meatball Bolognese Cheese Leleh


Sebelum masak baca Bismillah okay. Bahan-bahan semua aku main agak-agak je. 



Cara masak Meatball Bolognese


1. Cairkan Anchor Salted Pure Butter (50gram)

2.Tumis Setengah biji bawang holand yang dipotong dadu sehingga naik bau, kemudian masukkan cendawan butang & capsicum yang dihiris. Tak suka capsicum tak payah letak. 

3.Masak seketika. 

4.Masukkan 5 sudu besar cooking cream. Tak letak pun tak apa. Aku ganti dengan susu segar. 

5.Kemudian masukkan 1 tin tomato puree, kacau sehingga sebati. Perasakan dengan garam & gula. Ketepikan. 

6.Dalam bekas lain, susun meatball yang siap digoreng.

7.Curahkan sos Bolognese yang telah dimasak tadi. Tuang kuah di selang seli dengan lapisan cheese. 

8.Taburkan Perfect Italiano shredded mozzarella cheese dan kemudian lapiskan dengan cheese slice.

9.Bakar di dalam oven pada suhu 170c selama 20 minit atau sehingga keperangan.


Resepi Meatball Bolognese



Meatball Bolognese Cheese Leleh sedap dimakan waktu panas tapi hati-hati lidah bakal terbakar. Sesuai dimakan bersama roti bakar. Ikut selera masing-masing lah. Makan macam tu je pon dah sedap. 

|    Resepi Sosej Daging Homemade   |



Restoran Dubuyo Mini Setapak Sentral

Akhirnya berjaya juga pujuk suami untuk dine in di Dubuyo Mini dalam Setapak Sentral. Bukan mudah ya, berjaya pun disebabkan anak-anak buat muka comel pujuk abah dia. 

Aku dah banyak kali ulang makan Dubuyo sebenarnya. Waktu tak boleh keluar aku buat pesanan melalui Grab dan bulan April lepas aku ambil kesempatan bawa anak-anak makan sekali. Baru sempat nak share dekat blog. 


Restoran Dubuyo Mini Setapak Sentral 

Kalau sebelum ni aku selalu makan di Dubuyo Wangsa Walk, ikut keluasan restoran ddengan Setapak Sentral lebih kurang je. Dua-dua kecil molek, yang penting bersih dan kid’s friendly. 


Dine In Dubuyo Mini WangsaWalk Mall


Korean food di Dubuyo




Menu Wajib Order Di Dubuyo

Macam biasa aku lah yang bertanggungjawab untuk buat pesanan dan kena pastikan semua makanan cukup untuk semua orang. 


Nampak mudah kan? Tapi sebenarnya tidak ya. Anak-anak kecil ni selera semua berlainan. 


Kadang-kadang ibu bapa kena berkorban makan makanan anak-anak sebab kalau order lebih pasti membazir. 


Anak-anak punya selera pula ikut mood, ada hari behave sangat boleh habiskan makanan dan ada hari sebaliknya. 


Seperti biasa menu wajib makan di Dubuyo adalah Beef Bibimbap. Macam tak boleh move on asyik la makan menu sama. 


Untuk suami aku ambil Honey Mustard Wings, then order juga Chicken Pabkon Ramyeon, dan Mayoyo Wings untuk anak-anak tak makan pedas. 


Oh Mayoyo Wings aku add on lepas duduk dekat meja. gambar tak sempat nak snap pun. Omg sedapnya bila teringat. Kalau ada Danmuji mesti lagi sedap. 


Korean food di Dubuyo

Korean food di Dubuyo

Korean food di Dubuyo


Untuk air aku pilih Citron Tea (diletakkan hirisan kulit limau), dan Aloe Vera Punch. Cuba juga dessert Citron Dubu (Tau Fu Fa yang dicampur dengan air gula bersama hirisan kulit limau).


Citron Dubu tu rasa dia tidak lah wow mana. Boleh la buat penyejuk tekak. Bayangkan makan Tau fu fa selalu kita makan tu cuma letak kulit limau & gula putih. 

 

Korean food di Dubuyo


Overall satisfied makan di Dubuyo sebab rasa dan kualiti makanan sama sedap di kedua-dua buah restoran. Paling penting suami dan anak-anak gembira. 


Atleast aku berjaya hasut suami untuk cuba. next mission nak ajak makan Sushi pula. So far sesi food hunting kali ni amat bererti buat aku sebab suami willing untuk scarified demi aku dan anak-anak. 


Well biasa je kot bagi orang lain, but for me (which is aku kenal suami aku) itu pengorbanan besar lah. Suami aku sejenis kalau tak makan dia tak akan sentuh langsung sebab tekak tak boleh terima level apa tak tahu. 


Aku pernah paksa dia makan benda dia tak suka lepas tu dia muntah. Lah sakit hati. Paling tak best dia tak boleh telan laksa. Seksanya sebab aku hantu laksa. 


Hopefully next year keadaan akan jadi lebih stable, lebih selamat dan lebih yakin untuk kami bawa anak-anak keluar makan sama-sama. 


At the moment aku masih lagi tak yakin aku mampu jaga anak-anak bila makan dekat luar. 

Makan KFry - Cheesy Fried Chicken Bumbuk  |  Cheesy Beef Katsu Don - Kimukatsu 

Beli Scooter Dewasa & Kanak-Kanak Di Shopee

Dari tahun lepas lagi mengidam nak beli scooter nak bawa ke taman untuk beriadah dan nak cari scooter yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. 

Maklumlah kalau beli scooter untuk kanak-kanak sekejap je boleh main, budak-budak kan cepat membesar.

Oleh sebab dah lama sangat tertangguh dek pelbagai alasan termasuk lah kena kurung sebab PKP, akhirnya tahun ni dapat juga beli. Sebelum nak beli scooter macam-macam faktor nak kena consider.

Mainan anak-anak pun salah satu bentuk pelaburan juga, jadi kena masuk bajet keluarga. Scooter ni bukan setakat alat mainan tapi boleh jadi kenderaan juga. Ada pelbagai jenis scooter termasuk lah scooter elektrik.


Beli Scooter Dewasa & Kanak-Kanak Di Shopee

Alhamdulillah, selepas Malaysia dan tukar Perdana Menteri dan sedikit demi sedikit pelepasan pergerakan kerajaan dah beri, jadi peluang nak keluar beriadah tu semakin cerah. 

Tapi selalu ingatkan diri dan anak-anak; tempat-tempat rekreasi, premis perniagaan dibuka bukan kerana selamat tapi kerana desakan ekonomi.

Haruslah setiap kali keluar, wajib menjaga SOP dan juga kesihatan. Walaupun dah dapat suntikan vaksin lengkap, kebarangkalian kena COVID tu masih ada ya cuma bezanya serangan kuman tu tidaklah kritikal. Itu apa aku faham lah. 


Urban scooter for kid & adult


Beli Scooter Online: Mana Lagi Kalau Bukan Di Shopee

Berbalik kepada kisah nak beli scooter, aku ambil keputusan untuk beli secara online di Shopee je. Nak survey di kedai masih banyak kedai yang belum beroperasi sepenuhnya. 

Leceh pun satu hal juga. Kalau boleh memang nak limitkan pergerakkan keluar masuk. Hampir dua minggu juga aku survey seller yang trusted dan ada status preferred di Shopee. 

Tak lain tak bukan nak elak beli scooter yang ada masalah. Tak terkecuali baca review pembeli dan gambar yang buyer kongsi.

Akhirnya aku berjaya pilih satu kedai ni yang dapat 4.9 star, 872 ratings dan 1.5K telah terjual. Rasa puas hati dan terhibur bila baca bahagian review. 

Membantu aku decide mana yang terbaik. Setiap kali nak beli barang online, itulah yang aku akan consider.

Antara barang yang pernah aku beli dari Shopee : Gaming ChairVacum & Blender


Urban skuter for kid & adult


Urban Scooter Sebagai Hadiah hari Jadi Anak

Rancangan awal nak beli scooter adalah sebagai hadiah untuk anak aku sempena hari jadi dia yang ke sepuluh tahun. Dalam banyak-banyak barang dia pilih scooter. 

Memandangkan masih di dalam bajet dan diyakini berbaloi maka kami pun approved tanpa banyak soal. Suami pun serahkan bulat-bulat untuk aku survey dan beli. 

Akhirnya kami beli scooter sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Scooter ada dua roda, lengkap dengan brek. Beli dua sebab tak mahu berebut.

Aku belikan anak Urban Scooter Foldable and Adjustable Suitable for Kids & Adults

Berat 6.5 kg. Warna: Hitam & Putih. Ada break.

Ciri-ciri:

- The frame is made of aviation aluminium alloy, sturdy, anti-rust, foldable and compact

- High elastic front wheel, with great shockproof feature, more comfortable for you to use

- Glide performance: 20cm wheels make it more comfortable and ideal for long distances

- Cushioning comfortable with its front and rear suspensions

- PU wheels and ABEC-9 wheel bearing, stable and durable

- Braking device on the back of scooter, safe and convenient

- With three sections to adjust the height of the scooter as you need

- Bearing limits is less than or equal to 150kg

 

Urban scooter for kid & adult

Kenapa Tak beli scooter Elektrik?

Lepas aku beli scooter ni ada juga yang tanya kenapa tak beli scooter elektrik? Lagi best kot. Banyak alasan sebenarnya kenapa aku tak beli scooter elektrik, antaranya adalah knowledge tentang penjagaan,

Harga scooter elektrik juga bukan di dalam range bajet hadiah untuk anak serta scooter elektrik nak kena caj. Kalau ada masalah satu hal ah pulak.

Baru-baru ni aku bawa scooter ke Taman Tasik Titiwangsa. Sebelum masuk ke taman ada security guard akan tahan untuk check sekiranya dah vaksin lengkap, 

Tidak dibenarkan membawa makanan dan paling penting scooter elektrik tidak dibenarkan masuk atas alasan membahayakan kanak-kanak. Laju kan scooter elektrik takut terlanggar orang, sebab tu tak dibenarkan masuk.

 

Cara Memilih Scooter Untuk Kanak-Kanak & Dewasa

Beberapa perkara perlu korang consider semasa memilih scooter untuk kanak-kanak, sama juga memilih scooter untuk dewasa.


#1 Tujuan Beli Scooter

Perkara pertama kena tahu tujuan beli scooter. Jenis scooter pula ada pelbagai. Scooter untuk sukan, untuk kegiatan lasak, skuter elektrik, skuter jalanan. Dah tahu yang mana satu baru lah tengok spesifikasi scooter. 


#2 Spesifikasi Scooter

Roda untuk scooter. Untuk kanak-kanak empat tahun ke bawah dicadangkan scooter beroda tiga untuk tujuan keselamatan. Untuk scooter dewasa harus pilih roda yang stabil dan tahan lama.


#3 Saiz & Berat

Pilih scooter yang sesuai mengikut ketinggian penunggang bagi tujuan keselamatan. Rangka scooter yang diperbuat daripada aloi aluminium biasanya kukuh, ringan dan anti karat. Pilih juga scooter yang mudah dan ringan dibawa kemana-mana serta boleh dilipat. Untung boleh simpan dalam bonet kereta.


#4 Penyerap Hentaman

Untuk jangka hayat scooter bertahan lama, seeloknya cari scooter yang boleh menyerap hentaman dan mampu menahan beban maksimum penunggang. Berat maksimum scooter yang aku beli ialah 100Kilogram.


Sehingga artikel ni ditulis aku berpuas hati dan nak pasang scooter ni pun sangat mudah. Ada scooter yang berharga lebih murah tapi tanpa break. Alang-alang beli, tambah duit sikit beli jelah scooter yang ada break untuk tujuan keselamatan.

Setakat itu sahaja review aku berkaitan Urban Scooter ni. Harap dapat membantu korang yang sedang dalam perancangan nak beli scooter untuk diri mahupun untuk anak-anak.


KULIM Sasarkan Jadi Peneraju AGRIBISNES Melalui Pelan Transformasi Lima Tahun

KULIM (M) Berhad dengan sukacitanya mengumumkan kini sedang melalui fasa transformasi lima tahun (Pelan Transformasi Kulim) termasuklah memperkenalkan logo dan video korporat baru kepada masyarakat sebagai simbol transformasi syarikat.

Kulim mensasarkan untuk memperkukuhkan perniagaan terasnyanya, mewujudkan pertumbuhan baru, meningkatkan kecemerlangan operasi di seluruh Kumpulannya, dan membuat persediaan untuk Tawaran Awam Awal (IPO) pada tahun 2024.

KULIM Sasarkan Jadi Peneraju AGRIBISNES Melalui Pelan Transformasi Lima Tahun


Kulim Berhad


Pelan Transformasi Hala Tuju KULIM Berhad

Pengarah Urusannya, Mohd Faris Adli Shukery, berkata hala tuju strategik bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Kulim sebagai pemain agribisnes terkemuka dan mewujudkan bukan sahaja legasi yang mampan namun juga organisasi yang menguntungkan yang dibina berdasarkan kepercayaan dan asas yang tepat untuk generasi akan datang.

Melalui Pelan Transfromasi syarikat, Kulim kini sedang melalui fasa transformasi merangkumi 5 keperluan strategik; iaitu untuk

I. Menyelaraskan struktur perniagaan dan organisasi Kulim; merangkumi pelupusan perniagaan dan aset bukan teras, syarikat yang dorman atau tidak aktif dan penambahbaikan struktur organisasi. 

II. Memperkukuhkan perniagaan teras iaitu agribisnes; memperluaskan pengeluaran dan meningkatkan aliran pendapatan. 

III. Pengembangan perniagaan dengan memanfaatkan kelebihan aktiviti agribisnes kumpulan; memberi tumpuan kepada sektor pertanian merangkumi pertanian pintar atau bersepadu dan pengurusan ternakan. 

IV. Meningkatkan kecemerlangan operasi Kulim; dan

V. Penyenaraian organisasi di bursa saham.

Dengan inisiatif transformasi, Kulim merancang untuk kembali di bursa Malaysia apabila tiba masanya.


Kulim Berhad


Pengenalan Logo Dan Video Korporat Baru 

Dalam sesi yang sama, Kulim memperkenalkan logo dan video korporat baru sempena menyambut ulang tahun ke 88 dan juga merupakan sebahagian proses penjenamaan semula untuk menggambarkan Kulim yang lebih kukuh dan menonjol sebagai sebahagian daripada Korporat Malaysia.

Dengan semangat, nilai dan etika, minda dan mata yang memandang ke arah masa depan, Kulim yakin mampu mengorak langkah mencapai kejayaan. 

Sempena menyambut ulang tahun ke 88, KULIM berbesar hati meraikan kejayaan bersama-sama rakyat Malaysia dengan menyebarkan positiviti di media sosial melalui kempen #kulim88 yang dijalankan pada bulan Ogos yang lepas. 

KULIM juga bersemangat untuk membantu masyarakat ketika detik sukar ini melalui kempen #kulim88 dan kempen yang akan datang iaitu #kulimpeduli

Kempen #kulim88 RM1 = Satu Post Sempena Ulang Tahun ke 88 telah pun dilancarkan pada 6 Ogos 2021 dan berakhir pada 29 Ogos 2021. Kempen #kulimpeduli disasarkan bermula pada bulan ini sehingga akhir Disember.

Kulim bekerjasama dengan pelbagai yayasan iaitu MyFundAction, Yayasan JCorp, dan agensi Johor lokal yang strategic dan mensasarkan memberi bantuan kepada 1,500 penerima di Malaysia. 

Selesai Terima Dua Dos Suntikan Vaksin Lengkap

Alhamdulillah aku selamat terima dua dos suntikan vaksin lengkap (Sinovac) pada 4 Ogos lepas. Kena tunggu 14 hari selepas suntikan vaksin dos kedua baru lah di kira sebagai menerima vaksin lengkap ya. 
Secara rasminya dah ada e-certificate untuk suntikan vaksin.
Perasaan? Bersyukur je sebab dah jalankan tanggungjawab dan sokong usaha kerajaan nak membentuk Imuniti Kelompok (Herd Immunity). 

Selesai Terima Dua Dos Suntikan Vaksin Lengkap

Imuniti Kelompok adalah keadaan di mana sebuah agen infektif (atau jangkitan) tidak dapat memasuki atau menyebar di kalangan suatu kelompok masyarakat oleh kerana sebahagian besar daripada anggota masyarakat tersebut mempunyai imuniti dan terlindung daripada penyebab jangkitan tersebut. 

Cara terbaik mencapai Imuniti Kelompok adalah melalui vaksinasi. Sumber KKM


Suntikan Vaksin Lengkap


Fahami Maksud Mendapat Suntikan Vaksin Lengkap 

Ramai lagi yang masih salah faham tentang vaksin lengkap. Vaksin lengkap adalah berbeza mengikut jenis vaksin yang diterima setiap orang. 

Bagi vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, maksud vaksin lengkap adalah selepas 14 hari mendapat dos kedua suntikan vaksin jenis ini. 

Manakala, bagi vaksin jenis ConSino dan Johnson & Johnson pula, maksud vaksin lengkapnya adalah 28 hari selepas menerima satu suntikan vaksin COVID-19 jenis ini.


Suntikan Vaksin Lengkap


Apabila dah terima kedua-dua suntikan vaksin COVID-19, barulah akan diberikan sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera. 

Kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan adalah kepada mereka yang telah menerima vaksin lengkap. Untuk yang masih menunggu giliran diharap bersabar ya. Walaupun dah lengkap vaksin SOP masih perlu dijaga ya. 

COVID tu tak peduli pun anda sudah divaksin atau pun tidak, dan vaksin bukanlah memberi jaminan anda tidak akan dijangkiti wabak. 


Suntikan Vaksin Lengkap


Terima Vaksin Di PPV KL Convention Centre 

Masih lagi di arah untuk ke PPV KL Convention Centre untuk suntikan dos kedua. Urusan lebih mudah sebab dah tersedia rekod sbeelumnya. 

Urusan memang lancar dan paling aku suka SOP dipertingkatkan berbanding kali pertama aku terima suntikan vaksin. Baca pengalaman aku terima suntikan Vaksin Sinovac Dos pertama di sini 

Sehingga 1 September 2021, kerajaan masih lagi belum umumkan penambahan suntikan vaksin tak kira untuk Pfizer, AstraZeneca, Sinovac, ConSino mahupun Johnson & Johnson. 

Kalau perlu dos tambahan kita tengok lah macamana. Harapnya COVID ni segera lenyap dari muka bumi. Tiada pilihan kita perlu hidup bersama wabak di masa hadapan. 

Rujuk gambarrajah di bawah untuk faham apa itu endemik, epidemik dan juga pandemik. 



Suntikan Vaksin Lengkap


Kesan Vaksin Sinovac Selepas Dicucuk Dos Kedua

Pengalaman di cucuk dos kedua sedikit berbeza baik dari segi proses mahupun kesan selepas dicucuk. Untuk dos kedua, aku tak rasa langsung sakit di cucuk. Mungkin disebabkan cara doktor cucuk atau mental aku lebih bersedia. 

Setelah dicucuk dos kedua, perasaan lapar tak muncul sekerap selepas terima suntikan pertama. Kali ni kesan paling teruk aku terima ialah perasaan mengantuk yang tak dapat ditahan-tahan. 

Lama pula tu kesan tu nak hilang. Dalam tempoh 14 hari tu aku mengalami kesan mengantuk yang tak boleh dibawa berbincang. 

Rasa badan berat, penat dan memang aku kena tidur. Mata tu macam ada pemberat. Bersyukur sebab kesan lain seperti demam, sakit kepala, cirit birit tiada. 


Kelonggaran Lengkap Dua Dos Suntikan Vaksin

Kerajaan telah pun mengumumkan kelonggaran SOP bagi yang sudah lengkap vaksin mengikut fasa sesebuah negeri. Kalau di Kuala Lumpur (fasa satu), kebenaran untuk dine in bagi mereka yang sudah lengkap vaksin. 

Boleh rujuk SOP Pelan Pemulihan Negara di sini 

Bersyukur sangat dah banyak kelonggaran yang kerajaan berikan. Walaupun dah boleh makan di kedai, aku masih lagi takut-takut nak bawa anak keluar. 

Sebolehnya nak lari dari kawasan tumpuan ramai. Selagi boleh elak, kita cuba elak. Kebenaran untuk rentas negeri masih lagi perlu mendapatkan kebenaran dari polis. 

Pastinya semua perkara memerlukan masa untuk bangkit dan kembali pulih. Jom kita berdoa semoga semuanya dipermudahkan.