Pengalaman Minum Air Gula Kali Kedua

Rodiah Amir

Alhamdulillah kandungan kini dah jejak 30 minggu. in sha Allah kalau di izinkan masih berbaki 9/10 minggu sebelum baby melihat dunia. 

Masih banyak belum prepare. In Sha Allah lepas ni kena bergerak pantas.


Pengalaman Minum Air Gula Kali Kedua

Nak cerita pengalaman minum air gula (MGTT) kali kedua di usia kandungan 28 minggu / 7 bulan. 

Kenapa kena minum air gula dua kali? Ini antara perkara yang aku risik-risik dengan nurse dan juga melalui pembacaan.



Wajib Ke Minum Air Gula Semasa Mengandung?

Kalau ibu mengandung berusia 25 tahun memang dah kena ambil test MGTT yang kena minum air gula tu. 

Ditambah pula kalau (ibu/ayah) ada sejarah penyakit berbahaya seperti diabetes, atau darah tinggi. Yang tu confirm kena ambil dua kali. Macam aku la.


Sebab lain jika berlaku penambahan berat badan mendadak. pertambahan berat badan normal bagi kandungan 5 bulan kebawah adalah 500gram sebulan. 

Manakala kalau kandungan dah menjangkau 5 bulan ke atas berat normal yang boleh menaik adalah 500gram seminggu atau 2kg sebulan.

Hari tu berat aku naik secara meriahnya; 3.8kg dalam masa tiga minggu. Kebetulan minggu berjumpa doctor. Apa lagi doctor sedikit membebel la. 

Kalau ikut scan doctor KK 1.2kg sahaja. Tapi hari tu sempat buat booking pakej bersalin dan scan jantina baby dengan Doctor Zana, Baby latest berat adalah 1.4kg.

Jantina kemungkinan besar adalah Perempuan, apa pun Alhamdulillah semuanya elok-elok sahaja.


Mimpi Ngeri MGTT


Berbalik pengalaman minum air gula tadi, memang mimpi ngeri. Pengalaman minum kali pertama masih terngiang-ngiang dah kena hadap kali ke dua pulak. 

Macam biasa, kena puasa dan aku baru tahu yang sebenarnya kena puasa air manis dan makanan je. Nurse kata boleh minum air masak malam tu dan pagi sebelum ambil darah dan minum air gula.

Cis betul. Tapi aku minum berpada-pada jugakla. Masa minum air gula aku terlupa bawa minyak angin cepat-cepat pergi beli minyak Yu Yee. 

Kali ni gagahkan diri minum air sekali teguk untuk satu cawan air setinggi pasar malam. Alhamdulillah Berjaya habiskan.

Suami cakap setiap pengorbanan adalah untuk anak-anak harta dunia akhirat in sha Allah. Moga keputusan MGTT baik-baik sahaja. Untuk yang belum kena, positifkan diri. 




Masa menunggu dua jam nampak lelaki ni pasangkan Ayat Al Quran untuk anak dia, anak dia pulak elok je baring dengar. Allahu. Tersentuh hati. 

Syukur semua berjalan smooth sangat. Lepas minum air gula memang aku mengasingkan diri dari orang dan duduk di kerusi menunggu yang agak tersorok. 

Risau aku nak termuntah jadi aku memang elak berjalan atau pergi ke tandas. Terus buka minyak angin dan sapu dekat hidung. 

Lepas tamat seksa waktu menunggu dan selesai urusan dekat Klinik Kesihatan terus ajak suami makan. Lapar puasa. Semoga result bacaan gula aku baik-baik sahaja. 

Tags