Ibu Berkerjaya atau Suri Rumah Sepenuh Masa

Rodiah Amir

Ibu Berkerjaya atau Suri Rumah Sepenuh Masa

Tahun 2018 aku rasa tahun yang agak perit untuk kerjaya aku. bermula pencarian kerja selepas graduate dari UiTM pada tahun 2008, dan kemudian sertai Training organized by Bank Negara Malaysia selama setahun (FSTEP) selepas tu baru kembangkan sayap mencari kerjaya sesuai yang sesuai di hati.

Walaupun graduate dalam bidang Perbankkan Islam tapi hati tak pernah nak redha bekerja di Bank. Kenapa? Aku tak suka life as a banker.  Nampak bagus tapi aku sengsara. Sempat timba pengalaman itu pun tak lama masa internship so nekad nak pilih kerjaya yang bukan dalam bank. Ikut hati muda masa tu.
Lepas tu aku dapat masuk kerja di bawah Group sekarang aku bekerja. Gigih dari 2010, pertukaran di bawah anak syarikat, pertukaran post dan juga pengalaman bekerja yang aku rasa superb best. Cuma dua tahun kebelakangan masa depan kerjaya aku kelam. Itu pun di sebabkan oleh Politik office.

Aku antara mangsa yang terkena tempias walaupun aku tak terlibat secara langsung. aku kuli je kot. dan permulaan untuk tahun baru, service aku dan beberapa kawan lain termasuk bos aku telah pun ditamatkan. Begitu sahaja.

Panjang ceritanya sebelum ditamatkan perkhidmatan. Sempat la bertukar status dari permanent kepada pekerja contarct. Taktik company nak buang pekerja.

Dengan keadaan aku yang menunggu hari, aku redha je. Jujurnya memang pengalaman jadi anak tiri di syarikat beri kesan mendalam pada jiwa, rasa rendah diri, sedih, dibuli tu toksah nak cakap. Tapi cuba maintain ceria. Bukan semua paham apa kita rasa.

Tarikh last Last service yang diberitahu adalah 4 Jan2018, selepas 7 tahun bersama Group aku akan tinggalkan begitu sahaja. So selalu pesan kat diri sendiri, jangan bebankan diri dan berkorban segalanya untuk company sebab bukan semuanya menghargai kita. Cuma buat sehabis baik mana yang mampu. Tak perlu kita korban diri atau keluarga, atau kesihatan sendiri. sebab satu masa dulu aku pernah buat benda tu semua.


In sha Allah selepas selesai segalanya nanti aku akan duduk fikir semula sama ada nak jadi suri rumah sepenuh masa atau pilih jadi ibu berkerjaya. Doakan. 
Tags