Minggu Orentasi Darjah Satu Anak Sulong

Rodiah Amir
6

Minggu Orentasi Darjah Satu Anak Sulong 

Betul lah orang kata, setiap perkara setiap kenangan yang kita cipta bersama orang tersayang terutama keluarga memang wajib kita catat, simpan elok-elok supaya di masa hadapan kita boleh kenang dan tersenyum bangga. 

Bila tengok balik hari pertama Ikhwan ke sekolah, secara rasminya menjadi pelajar sekolah rendah di usia tujuh tahun yang saiz fizikalnya agak kecil berbanding rakan-rakan seusia dia. Seronok, bangga dan rindu waktu tu. 

Pengalaman aku dan suami, pada usia aku menginjak 33 tahun dan sedang mengandung anak kedua (6 bulan) dalam perut dan suami, 37 tahun menghantar anak kesekolah. 

Sama seperti ibu bapa lain yang teruja anak mula bersekolah semestinya bersyukur anak-anak sangat positif dan gembira. 

Hari pertama orentasi Ikhwan bangun dengan bersemangat. Alhamdulillah memang sejak dia mula bersekolah pada usia lima tahun pun dia tiada masalah untuk bangun pagi sebab selalu dia teruja nak ke sekolah. 





Program Orentasi Sekolah


Perjalanan program orentasi yang sekolah anjurkan berjalan lancar. Pendaftaran dibuka pada jam 8.30 pagi dan ibu bapa dan murid diberi taklimat tentang Program Transisi dan juga taklimat disiplin, sebelum tu ada ucapan aluan dari Guru Besar dan YDP PIBG. 

Selepas itu baru murid diarahkan berkumpul sebab cikgu nak bawa tawaf sekolah. Penting sebab memudahkan urusan murid bila mula bersekolah kelak. Murid akan disuruh beratur dan cikgu akan guide sebiji macam tour ke tempat bersejarah. 

"Ini tandas, ini kantin, ini tangga yang perlu kamu naiki bila mahu ke kelas" 





Ibu bapa duduk tepi perhati gelagat anak-anak. Selepas tu kami selesaikan beberapa urusan bersama guru kelas di dalam kelas Ikhwan. 

Selesai semua urusan cikgu mohon kami tinggalkan anak-anak supaya aktiviti pembelajaran dapat diteruskan. 

Bukan belajar pun cuma cikgu nak biasakan anak murid dengan persekitaran sekolah. Pukul 12.30 tengahari kami datang semula untuk jemput Ikhwan balik sekolah. 

Gembiranya Ikhwan tak tahu nak describe macamana. Dia teruja ke sekolah, teruja jumpa cikgu dan kawan-kawan baru. Jumpa kawan-kawan dia di sekolah KAFA tapi tak ramai. 





Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Apa kami bayangkan untuk Ikhwan berjalan seperti yang dirancang. Urusan transit sebelum ke KAFA akan diteruskan seperti sebelumnya. Harapnya Ikhwan belajar bersungguh-sungguh. 

Awalnya risau juga dengan jadual belajar yang baru, sesi pagi ke sekolah rendah dan petang ke sekolah KAFA pula. Agak ragu-ragu masa buat keputusan tu tapi Allah mudahkan. Syukur Ikhwan survive. 

Pengalaman Ikhwan - First Day Sekolah Darjah 1

Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. anak buah cikyan ada jugak darjah satu tahun ni.. mulut popet bcerita.. semoga mudah la urusan mereka ye sis.. semoga jd anak soleh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. semangat tu lain sket almaklumlah baru kenal sekolah sebenar hahahha. aaminn. semoga anak buah cikyan pun jadi anak soleh solehah

      Padam
  2. hahahaha. baru lah keibuan gitu. kalau bab-bab anak ni memang lambat sikit nak move on

    BalasPadam
  3. Heee comel jeaa. Rindu zaman sekolah dulu dulu. Senyap je sebab pemalu.

    BalasPadam
  4. waaa..anak dah masuk sekolah yea..anyway, done follow ur blog

    BalasPadam
Catat Ulasan