Resepi Sosej Daging Homemade

Rodiah Amir
6

Resepi Sosej Daging Homemade

Hari tu masa shopping groceries dekat Aeon Big nampak daging hancur dekat chiller dia. 
nampak cantik pulak dia susun.  

Dah susun cantik tangan gatal pulak pegang-pegang. 
Dalam otak dah fikir sedap ni kalau masak. 
Masa tu plan awal nak buat meatball sebab anak suka kan spaghetti Bolognese. 
So nak buat banyak dan frozenkan. 


Dari Meatball Bertukar Sosej Homemade

Tapi sampai je rumah, idea lain timbul. Tetibe jadi sosej homemade kau. 
Serius kalau anda seorang yang malas nak melekit bagai sila buat meatball sebab lagi simple.

Buat sosej ni renyah sikit. Renyah part nak masukkan daging dalam plastik Ice Cream Malaysia tu. cara lain boleh guna wrapping plastic tapi stock plastic ice cream banyak kat rumah jadi guna lah plastik ice cream.  

Tips guna plastic ice cream, korang kena udarakan plastic tu dan biar tegak. 
Plastik piping yang isi daging tu pon kena sekali picit je biar dia keluar lurus. 

Kalau buat banyak kali alamatnya comot dan agak mengalami gangguan emosi. 
Macam aku la masa buat awal-awal stress ok hahhaha. 

Yang tak dapat bayangkan apa aku tulis ni korang kena cuba. 
Nanti baru paham hihiihihi. 

Bahan-bahan untuk sosej daging:

700gram daging hancur
Garam + perasa 
Keju slice 
Bawang merah + Putih
Serbuk Lada Hitam
Tepung Gandum 3 sudu
Telur 1 biji

Cara-cara: 

*campur semua bahan dalam satu bekas. Jangan letak banyak sangat garam sebab cheese dah sedia masin. 

*siap masukkan dalam plastic, sila rebus dalam air panas dalam 10 minit, atau kukus. Kukus lagi bagus. Dah siap sejukkan dan simpan kat tempat sejuk beku. 

*boleh guna untuk buat hotdog, bahan nasi goreng, isi dalam kuah Bolognese dan macam-macam lagi. 



Gaul semua Bahan sehingga sebati. 
Ikat hujung plastik ice cream bertujuan nak dapatkan bentuk sosej yang ada kat kedai. 



Mudah sangat nak buat yang penting anda rajin atau malas. Kalau malas baik korang beli je lah eh. Ok bai.
Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. wow kreatif gak buat macam ni. mestilah sedap, tengok ingredients semua best!

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Datang mood tu kreatif maka terhasillah hahahha

      Padam
  3. looks nyummy! tq untuk resepi. tak pernah try lagi yang sekali dengan cheese

    BalasPadam
Catat Ulasan