Pengalaman Upah Instafamous Buat Gift Review

Rodiah Amir
18

Pengalaman Upah Instafamous Buat Gift Review


Semangat untuk ber business Alhamdulillah Berjaya dikekalkan buat masa sekarang. Bermula selepas upah Insta Famous untuk buat Gift Review, followers kedai akak bertambah sekaligus Sale pun naik. Walau tak sekencang mana tapi tetap bersyukur stok wax tak tersimpan bawah katil. 

Kisahnya, akak ada approach seorang Insta famous di kalangan golongan muda mudi untuk buat review wax yang akak jual. Perbincangan semua smooth, dia pun ok. Layan semua mesra dan paling penting beradap. Sukar ya tuan puan nak mencari anak muda yang beradap masa sekarang. 

Elok selepas beberapa hari dia buat review, tup-tup dia dipanggil jadi guest dalam rancangan yang selalu menerima kecaman tu; iaitu Motif Viral. Salah satu rancangan favourite akak juga tu. 

Dia dikutuk teruk oleh netizens sebab masa temubual dia macam panik, jawab soalan tak tentu hala, dan perangai pelik dia keluar sekali. Terperanjat beruk agaknya dicampur nervous masuk TV. 

Ramailah yang membawang dan viralkan tentang dia di FB. Tak cukup dengan apa yang dia kena, netizens pun korek video-video lama dan mengajak yang lain mengutuk secara berjemaah di FB. Terbaru dia dikecam kerana ada satu video yang dia dituduh mempersendakan agama. Yang tu akak tak jumpa la pulak. 



Insta Famous Berbakat besar

Bagi akak memang dia kelihatan pelik dengan attitude dia yang tidak dijangka tu. Tapi dia memang berbakat besar. Idea dia nak promote barang yang instashop upah dia tu memang lain dari yang lain. Kreatif. Salute akak part tu. 

Tapi manusia kan tak lari dari melakukan kesalahan. Semakin kerap dia menerangkan setiap tindakan dia semakin banyak fitnah yang tercipta untuk dia. 

Dan sekarang oleh sebab banyak sangat orang buka pekung dia, orang sebarkan review-review kurang matang dia sebelum ni beserta pendedahan kawan-kawan dia yang dua alam memburukkan lagi imej dia yang sedia ada. 

Kalau dulu akak follow dan boleh gelak dengan video dia sebab akak sejenis #mudahterhibur tapi sekarang tidak lagi. Akak terlalu tua nak paham lawak generasi sekarang agaknya.  Jadi dah tak seronok, kagum macam sebelum dia viral. 

Agaknya terkesan juga la dengan kepedihan makcik bawang di alam maya. Itu kesan kat akak sebagai orang luar. Kalau empunya diri macamana la agaknya. Kena kecam, kena maki. Uiii rabak jiwa. 

Pesanan akak untuk semua terutama diri akak sebelum kita sebar tentang sesuatu berita, video, cerita, gambar atau sebelum mulut kita keluarkan pendapat nak judge orang, beringatlah. Selagi kita belum kenal siapa mangsa yang kita nak judge dan sebarkan tu janganlah terlalu lantang dalam memberi pendapat. 

Kata-kata tu lebih tajam dari mata pedang right? Ia mampu membunuh mangsanya. Ye akak paham konsep negara demokrasi dan kebebasan bersuara tapi kita ni Bangsa Melayu yang terikat dengan adap dan budaya. 

Jangan kerana kelantangan kita bersuara menjadi asbab kita dicari di akhirat kelak. Nauzubillah. 

Catat Ulasan

18Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Liez tau sapa tu... tapi dia mmg over sgt la.. mmg la nak lain dr yg lain..tp sebenarnya akan memalukan diri sendiri.. kan dah org throwback cerita2 lama dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. makin lama makin over before dia viral masih boleh terima lagi

      Padam
  2. Setuju...manusia x pernah lari dari desilapan tp kita yg ada mukut ni jaga..jangan sampai mengguris perasaan orang..macam dh x tau dosa pahala plak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itula kadang-kadang manusia cepat lupa, tak salah nak nasihat tapi jangan la melebih sangat. macam dia xde dosa pula

      Padam
  3. instafamous sekarang macam2 perangai kan...takut jugak kadang2...hehe...

    BalasPadam
  4. setuju dgn u sis...fitnah adu domba sekarang dikalangan media social friend kemain berkembang pesat....ingatan diri sendiri...berhati2 dlm berbicara...

    BalasPadam
  5. Itulah kesian dia.
    Bukan senang juga nak famous tu tapi bila dah famous habis semua kena bongkar.
    Lumrah sesetengah manusia lebih kepada negatif daripada positif.

    BalasPadam
  6. Sy tgok yg kt motif viral tu. mmg nampak kepelikan disitu tu ramai yg kecam.
    maybe dia pun muda ag kan,

    video2 review dia mmg kreatif n lain dr yg lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bab kreatif tu saya upah dia tu, lepas viral macam tak ok sngt dah huuhuhu

      Padam
  7. Ramai sangat makcik2 bawang kat luar sekarang ni..makin ramai maka makin banyaklah bahan yg nak divirakan.
    Kenkadang tu diorg ni sesaja je nak jadikan bahan tu sesuatu yg senang utk viral sb nak naikkan follower. Sis pun x faham bebudak skrg ni..hehehe

    BalasPadam
  8. Sekarang macam2 orang boleh buat, nak jatuhkan dan malukan orang mereka paling suka tanpa mengetahui kebenarannya, asalkan apa yang ditunjukkan itu menjadi viral kpd orang ramai.

    BalasPadam
  9. Wow instafamous heheheh kita sendir buat gift sendiri jer wakakaka tu pun tak ramai yang nak join... Tapi kita agak dah sapa instafmous ni hehehehe

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..berbaloi juga upah diorang kan. Bab attitude tu, kita pun doakanlah mereka supaya tak lari jauh dari tujuan asal. Yelah..bila nama dah naik macam2 boleh jadi, sampai lupa diri. Kita sendiri pun tak tahu apa jadi akan datang. Doa untuk kebaikan bersama.

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  11. sekarang memang ramai yang over buat revieww..kira budak-budakla..tapi yang nak kecam tu lagi pelik..dari duk kecam baik duduk diam-diam. kecam tapi layan juga video dia, watpe..ahhaa..lawak betul diaorang ni

    BalasPadam
  12. Dunia sekarang ni macam-macam. dh terkenal buat perangai tak elok. sayang sangat macam tu. sampai namapun terjejas. harap-harap diaberubahlah

    BalasPadam
  13. I don't know this person and am not sure what's going on. I just know that many people misuse the internet for person gains and that's just sad.

    BalasPadam
  14. everyone have their own capability and some they love to did it in purpose to get more and more attention. this kind of people is a very strong people and they can just accept any word from netizens... so who is stronger? the people or the instagrammer.. kannn...

    BalasPadam
  15. hmmm macam2 dah skrang ni..hope berubah lah nanti,, kdg krn viral ni pon bole merubah semuanya kan

    BalasPadam
Catat Ulasan