Pengalaman Upah Instafamous Buat Gift Review

Rodiah Amir

Pengalaman Upah Instafamous Buat Gift Review


Semangat untuk ber business Alhamdulillah Berjaya dikekalkan buat masa sekarang. Bermula selepas upah Insta Famous untuk buat Gift Review, followers kedai akak bertambah sekaligus Sale pun naik. Walau tak sekencang mana tapi tetap bersyukur stok wax tak tersimpan bawah katil. 

Kisahnya, akak ada approach seorang Insta famous di kalangan golongan muda mudi untuk buat review wax yang akak jual. Perbincangan semua smooth, dia pun ok. Layan semua mesra dan paling penting beradap. Sukar ya tuan puan nak mencari anak muda yang beradap masa sekarang. 

Elok selepas beberapa hari dia buat review, tup-tup dia dipanggil jadi guest dalam rancangan yang selalu menerima kecaman tu; iaitu Motif Viral. Salah satu rancangan favourite akak juga tu. 

Dia dikutuk teruk oleh netizens sebab masa temubual dia macam panik, jawab soalan tak tentu hala, dan perangai pelik dia keluar sekali. Terperanjat beruk agaknya dicampur nervous masuk TV. 

Ramailah yang membawang dan viralkan tentang dia di FB. Tak cukup dengan apa yang dia kena, netizens pun korek video-video lama dan mengajak yang lain mengutuk secara berjemaah di FB. Terbaru dia dikecam kerana ada satu video yang dia dituduh mempersendakan agama. Yang tu akak tak jumpa la pulak. 



Insta Famous Berbakat besar

Bagi akak memang dia kelihatan pelik dengan attitude dia yang tidak dijangka tu. Tapi dia memang berbakat besar. Idea dia nak promote barang yang instashop upah dia tu memang lain dari yang lain. Kreatif. Salute akak part tu. 

Tapi manusia kan tak lari dari melakukan kesalahan. Semakin kerap dia menerangkan setiap tindakan dia semakin banyak fitnah yang tercipta untuk dia. 

Dan sekarang oleh sebab banyak sangat orang buka pekung dia, orang sebarkan review-review kurang matang dia sebelum ni beserta pendedahan kawan-kawan dia yang dua alam memburukkan lagi imej dia yang sedia ada. 

Kalau dulu akak follow dan boleh gelak dengan video dia sebab akak sejenis #mudahterhibur tapi sekarang tidak lagi. Akak terlalu tua nak paham lawak generasi sekarang agaknya.  Jadi dah tak seronok, kagum macam sebelum dia viral. 

Agaknya terkesan juga la dengan kepedihan makcik bawang di alam maya. Itu kesan kat akak sebagai orang luar. Kalau empunya diri macamana la agaknya. Kena kecam, kena maki. Uiii rabak jiwa. 

Pesanan akak untuk semua terutama diri akak sebelum kita sebar tentang sesuatu berita, video, cerita, gambar atau sebelum mulut kita keluarkan pendapat nak judge orang, beringatlah. Selagi kita belum kenal siapa mangsa yang kita nak judge dan sebarkan tu janganlah terlalu lantang dalam memberi pendapat. 

Kata-kata tu lebih tajam dari mata pedang right? Ia mampu membunuh mangsanya. Ye akak paham konsep negara demokrasi dan kebebasan bersuara tapi kita ni Bangsa Melayu yang terikat dengan adap dan budaya. 

Jangan kerana kelantangan kita bersuara menjadi asbab kita dicari di akhirat kelak. Nauzubillah.