Resepi Kek Pandan Gula Melaka Mudah & Sedap

Rodiah Amir
9
Alhamdulillah dah lama dah berangan nak buat kek Pandan Gula Melaka dan minggu lepas akhirnya berjaya juga buat dengan bantuan tutorial di YouTube. 

Resepi Kek Pandan Gula Melaka ni mudah je sebenarnya cuma agak leceh sebab dia ada beberapa bahagian. Kena bakar kek, kena sediakan filling dan icing, dan perlu cairkan gula Melaka jadikan karamel. 

Pendek kata memang banyak kerja. Tapi sangat-sangat berbaloi kalau buat. 

Resepi Kek Pandan Gula Melaka Mudah & Sedap

Agak leceh untuk yang tak biasa baking. Jangan putus asa sebab practice make perfect ya. Macam aku la bukan pandai pun. 

Main buat je sebab tekak teringin nak makan. Nak beli sekejap je habis okay. 


Resepi Kek Pandan Gula Melaka Mudah


Macam Diah beritahu tadi Resepi Kek Pandan Gula Melaka kena siapkan tiga bahagian. Yang utama adalah kek dia. Kalau ikut resepi kek ni adalah kek chiffon dan resepi ni menggunakan minyak dan bukannya mentega jadi kek akan jadi moist. 

Kek akan masih sedap walau selepas beberapa hari. Sebenarnya banyak versi kek Pandan Gula Melaka, ada yang letak kelapa parut dan lain-lain. Tapi Diah cuba resepi yang seringkas boleh. 

Berikut antara bahan-bahan dan cara nak buat Kek Pandan Gula Melaka ini:

Bahan-Bahan

Kek 

4 biji telur
180 gram gula
170gram tepung kek
1 sudu besar baking powder
70gram air
1 ½ sudu Ovellete
1 sudu besar perasa pandan
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil vanilla essence
50 gram minyak 

Cara-cara

Masukkan telur, gula, tepung, baking powder, air dan ovellet dan pukul sehingga sebati. 
Campurkan vanilla essense, pewarna dan perisa pandan dan pukul lagi sehingga gebu. 
Kemudian campurkan minyak dan gaul sehingga sebati. 

Masukkan adunan dalam baking tray dan bakar selama 30-40 minit pada suhu 170c atau sehingga kek masak. Suhu dan masa bergantung pada oven masing-masing. 


Resepi Kek mudah & sedap


Bahan-bahan untuk icing

Setengah cawan gula kastor
125gram unsalted butter
Sedikit essen vanilla

.Cara-cara masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu


Bahan-bahan untuk Karamel Gula Melaka

.Cairkan gula Melaka dengan sedikit air sehingga gula pekat. 


Sapu gula icing di tengah-tengah kek dan di sekeliling kek. Kalau tak mahu terlalu manis mencukupi jika sapukan di sekeliling kek sahaja. 

Kemudian titiskan karemel gula Melaka dan masukkan ke dalam peti ais sekejap. Siap untuk di hidangkan. 

Kalau sebelum ni, nak buat kek yang melibatkan icing memang Diah elak sangat. Takut gagal sebenarnya. 

Tapi lepas mencuba baru faham selok belok dan tips nak dapatkan kek yang sedap dan boleh ditelan. Tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya juga hidangkan kek Pandan Gula Melaka untuk keluarga. Alhamdulillah. 

Tags

Catat Ulasan

9Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. teringin nak buat gak tapi xberani hahahah

    BalasPadam
  2. nampak sedap. manis tak ? btw done follow # 165

    BalasPadam
    Balasan
    1. manis dia macam manis kek kat kedai.. boleh adjust manis nanti kalau buat.. Tq follow skejap lagi saya blokwalking ya

      Padam
  3. bestnya !! yang flavor2 pandan ni memang fevret. ehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pandan ni sedap sebab aroma dia tu.. haishh xsedar kalau makan

      Padam
  4. Selalu nampak kek nie.. teringin nak makan tapi tak berapa rajin nak buat.. kikiki..

    BalasPadam
Catat Ulasan