Beli Hadiah Reunion Di DEKKO Melawati Mall
Idea nak buat reunion dengan
kawan-kawan lama timbul lepas tengok 10years challenge yang tular dekat media
sosial baru-baru ni. Jadi bersempena 10 tahun berkenalan, kami excited nak ajak
berjumpa. Rasa macam dah tua sangat dan banyak benda dah berubah sejak kami
tamat latihan bersama-sama. Ada yang masih dalam industri Perbankan, ada yang
dah masuk industri lain dan ada yang dah jadi suri rumah sepenuh masa (Diah la
tu). Apa pun perjumpaan kami memang seronok walau hanya beberapa jam sahaja. Maka bermulalah sesi membeli hadiah reunion di DEKKO Melawati Mall.
DEKKO Melawati Mall |
Cadangan Hadiah Untuk Reunion
Macam biasa, setiap kali reunion
kami akan adakan sesi gift exchange sebagai kenang-kenangan. Setiap orang kena
beli hadiah bernilai sekurang-kurangnya RM50. Hadiah pula terpulang kepada
minat dan citarasa masing-masing sebab masa hari kejadian nanti baru akan cabut
nama untuk siapa hadiah tu akan diberikan.
Pillow |
Boxes |
- 1. Set Pinggan Mangkuk
- 2. Set Penjagaan Diri
- 3. Barangan Elektrik
- 4. Hiasan Rumah / Ruang Tamu
- 5. Kelengkapan Tidur
- 6. Gajet
- 7. Tudung and the list goes on
Segala bentuk lampu |
Beli Hadiah Reunion Di DEKKO Melawati Mall
Daripada senarai dekat atas Diah berkenan sangat nak beli bantal hiasan yang orang selalu letak dekat ruang tamu. Kebetulan Diah berada di Melawati Mall jadi sempat singgah ke DEKKO. Kedai DEKKO ni menjual pelbagai barangan untuk hiasan rumah. Memang cantik-cantik dan jadi rambang mata nak pilih. Kalau nak beli untuk rumah sendiri pun sesuai. Kebanyakan barangan yang dijual memang sesuai untuk dekorasi English concept. Ada hiasan dinding macam frame, hiasan ruang tamu macam kotak, dan macam-macam lagi lah.
Unicorn |
Beach I Love You |
Masa masuk je dekat kedai ni mata dah tertumpu pada bantal hiasan yang pelbagai warna dan bentuk. Suka sangat sampai dua biji bantal Diah beli. Satu yang ada hiasan Nenas dan satu lagi berbentuk Unicorn. Oleh sebab suka benda comel makan bantal la yang disambar dulu.
Almari Jam |
Ayam Jantan |
Dekat mana DEKKO ni?
DEKKO terletak di level 4 (L4-06,07,08)
dalam Melawati Mall, berhampiran dengan escalator. Kedai ni agak luas
dan banyak pilihan. Boleh tengok Instagram mereka DEKKO sebelum terjah ke sana ok. Staff kat sana pun friendly dan paling penting dia
tak ikut korang masa dalam kedai. Jadi bebas la memilih. Lemah betul kalau
masuk kedai sales girl asyik follow je.
DEKKO HOME |
Dah selesai beli hadiah baru
seronok nak pergi reunion. Kami berjumpa sambil sembang santai di Restoran
Steamboat Dkayangan Shah Alam. Diah pernah ceritakan sebelum ni kenapa kami
pilih Dkayangan sebagai lokasi reunion yang best. Alhamdulillah kawan yang
terima hadiah Diah happy dapat bantal tu. Kalau tak happy boleh pulangkan
semula lol, dan Diah pula dapat barangan penjagaan muka.
Everyday Mask |
DEKKO - Home deco .
Home furnishing. Homeware
Visit us @
2F-45& 46
PARADIGM MALL, PJ
L4-06,07,08 MELAWATI MALL,
KL
Online Contact
0175316880
Bestnya kedai ini.. Barang-barang dia nampak vintage.. sesuai dijadikan hiasan dan hadiah..
BalasPadamCatat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.