3 Cara Mudah Atasi Premenstrual Syndrome (PMS)

Rodiah Amir
4

Assalamualaikum. Diah sedang mengalami Premenstrual Syndrome (PMS) iaitu sindrom yang tak asing lagi dikalangan perempuan bila period just around the corner. 

Alahai seksanya sebab mood automatik compang camping, asyik la kembung perut dan loya lepas tu asyik mengulang pergi ke tandas. Korang macam tu juga tak? 

Ke korang steady je sambut period datang. Biasanya seminggu sebelum tarikh period hampir, akan bermula lah derita PMS ni. Tapi normal ke PMS ni? 

3 Cara Mudah Atasi Premenstrual Syndrome (PMS) 

Diah nak kongsikan 3 Cara Mudah Atasi Premenstrual Syndrome (PMS). 

Premenstrual Syndrome (PMS)
PMS 


Apakah yang dimaksudkan dengan PMS?

PMS merujuk kepada sindrom sebelum menstruasi atau juga dikenali sebagai PMT iaitu ketegangan sebelum menstruasi. Benda ni normal berlaku kepada perempuan. 

Selain daripada badan dan payudara sakit, seorang perempuan juga akan mengalami kecelaruan emosi sebab estrogen yang dihasilkan sedang turun naik. Estrogen tu apa korang google la ek.

Bila badan sakit dia akan mengganggu emosi juga. Itu antara sebab kenapa perempuan boleh tiba-tiba marah, menangis lepas bergelak ketawa, mengidam makanan manis dan macam-macam lagi la. 


Sindrom Premenstrual Syndrome (PMS)


PMS vs PMDD

Lain orang lain tau sindrom yang dihadapi. Diah pernah terbaca, ada sebilangan wanita tapi dalam jumlah yang kecil la mengalami penderitaan emosi yang melampau sehingga memerlukan bantuan perubatan. 

Bila dah berlaku ke tahap itu, ianya dinamakan sebagai kecelaruan disforia sebelum menstruasi atau PMDD. 

Ia boleh mengakibatkan serangan panik, kemurungan dan kemarahan melampau, malah boleh menimbulkan kecenderungan untuk membunuh diri. Seram kan? 

Jadi, lepas ni jika ada kawan-kawan atau ahli keluarga kita yang mengalami perubahan emosi setiap bulan kita kena la peka dan bantu dengan apa yang kita mampu. 

Ahli perubatan menasihatkan PMDD tidak boleh ditangani secara sendirian. Kena dapatkan bantuan. Jadi jangan malu ya. Kesihatan kita yang lebih utama. 


What to do PMS

3 Cara Mudah Atasi PMS


1. Elakkan Pengambilan Kafein, Alkohol Dan Rokok

Peminat kopi macam Diah memang agak sukar nak kurangkan pengambilan kafein dalam kehidupan seharian. Tapi bila selalu sangat ambil, emosi akan naik turun jadi memang kena paksa diri untuk jauhi kafein. 

Diah perasan bila lebihkan minum air masak otak jadi lebih tenang bila nak buat keputusan. Ingat tau, kafein bukan sahaja ada dalam kopi tapi juga dalam coklat, teh dan Milo. 

Cuma jumlah kafein je yang berbeza. Masa PMS juga sila lah kurangkan alkohol dan rokok. 


2. Lakukan Senaman Dan Amalkan Gaya Hidup Aktif

Pilih senaman yang dapat buat anda rasa tenang. Urutan, Tai Chi, dan meditasi seperti yoga dicadangkan kerana dapat membantu mengurangkan rasa tertekan dan menangani perubahan emosi. 

Agak-agak tak tenang anda boleh cuba menari Zumba ke, Poco-poco, atau zapin. Eh!


3. Pilihan Makanan

Ambil sayur-sayuran Hijau, Vitamin D, pisang, kekacang, daging merah, dan minum banyak air masak. Jangan skip makan dan makan ikut masa. 

Elakkan pengambilan gula yang berlebihan. Maklumlah masa PMS la kita akan mula craving makanan manis macam kek dan coklat. Kalau teringin sangat ambil dalam jumlah yang kecil, buat lepas hajat. 

Memang perempuan dilahirkan untuk menjadi kuat. Dari kecil diuji dengan sakit datang bulan, alahan mengandung, sakit bersalin dan macam-macam lagi. 

PMS hanyalah sebahagian kecil dari ujian kesakitan yang Allah berikan. Jangan malu dan takut untuk dapatkan rawatan selanjutnya jika gejala yang lebih teruk jadi pada anda. 

Cari doktor pakar dan minta nasihat melalui saluran yang betul. 

Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. aku hari pertama je. hari kedua dah macam queen. hahahahhahaha. tapi semenjak beranak, dah takada feeling pms. period pun tak

    BalasPadam
  2. Kalau cik ash waktu nak dekat period sero nak makan manis hahaha.. Nikmat rasa makan benda manis..

    BalasPadam
  3. Nak seribu daya kan diah.. hehehe.. Tapi tulah, asyik senam atas tilam je..

    BalasPadam
Catat Ulasan