Adap Dan Hikmah Berfikir Dalam Islam

Rodiah Amir
1
Assalamualaikum Hi Korang. Pernah tak korang alami konflik emosi yang mana ada satu saat korang sangat teruja nak lakukan sesuatu perkara tapi akhirnya tak jadi buat sebab terlalu banyak sangat berfikir. 

Fikir punya fikir sudahnya idea tadi berlalu begitu saja. Stress hakak. 

Seperti biasa Diah diselubungi perasaan yang serba salah nak buat sesuatu perkara bila mana ianya melibatkan pihak lain. Kadang-kadang tak libatkan orang lain pun masih serba salah. 

Adap Dan Hikmah Berfikir Dalam Islam 

Selalu sangat jadi bila dapat ilham nak buat sesuatu, dia punya semangat tu memang membuak-buak, tapi bila dah mula serius dan dah mula lakar idea atas buku tiba-tiba perasaan serba salah tu timbul. 


Adap Dan Hikmah Berfikir Dalam Islam

Mula la ada bisikan kecil pesan jangan lah buat, sesuai ke nak buat, kalau buat nanti orang tak suka eh macam-macam lagi la. Siapa lagi yang sama macam Diah perangai banyak fikir macam ni? 

Adakah kita dikategorikan orang yang bermasalah? Rasanya berfikir dalam kadar yang sederhana masih ok agaknya. 

Kalau dulu selalu dengar ceramah dan sesi motivasi, pakar-pakar cakap yang orang “bermasalah” dan terlebih berfikir ni ialah orang yang kurang keyakinan diri. 

Dia terlalu banyak fikir sehingga berimiginasi yang bukan-bukan. Selalunya akan memberi kesan negatif dalam kehidupan dan orang sekeliling. Wah seram kan? 



Punca-Punca Banyak Fikir


Orang yang terlalu banyak fikir atau yang mempunyai “masalah” yang Diah sebutkan di atas ni bukan sikit-sikit punya fikir tau. 

Bermula dengan persoalan yang kecil-kecil sering timbul dalam pemikiran dia sehingga ke tahap kronik yang boleh buat seseorang jadi tertekan. 

Memang eleman asas sebelum buat keputusan adalah senaraikan baik buruk sesuatu perkara, amat bagus kalau kita amalkan cara begitu tapi awas semuanya haruslah bersederhana. 


#1 Kurang Keyakinan Diri

Kurang yakin pada diri sendiri adalah antara punca-punca paling popular bila melibatkan sikap terlebih fikir ni. Rasa tak yakin diri boleh jadi sebaik orang lain dan selalu ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri. 

Kalau diri sendiri tak yakin macamana nak yakinkan diri orang lain kan? Teringat kata ustazah dalam sesi motivasi pagi, “orang yang tidak yakin dengan diri sendiri adalah orang yang tidak bersyukur”. Elakkan jadi orang yang tak bersyukur gais. 


#2 Risau Tentang Pandangan Orang 

Bila kita terlalu risau akan pandangan orang lain terhadap kita melebihi segala-galanya itu juga memberi tanda yang kita mendahulukan orang lain sebelum diri sendiri. 

Bila buat keputusan, terpaksa fikirkan apa orang lain rasa instead of apa yang diri rasa. Bab ni Diah selalu ingatkan diri. Selagi tak melanggar batas-batas dan juga kehormatan diri, kenapa tidak kan? 

Encik suami la yang selalu jadi pemerhati. Berbeza sungguh cara fikir lelaki dan perempuan kan? Perempuan lebih tekankan perkara yang lebih detail. Tapi lelaki tidak. 

Kalau dalam keputusan dalam rumah tangga, yang mana keputusan melibatkan urusan dapur Diah lebih banyak berfikir dan buat keputusan. Selain tu kita pass dekat suami la. tak larat nak fikir. 


Adap Berfikir Dalam Islam

Agama Islam adalah agama yang indah. Dah ada pun guideline dianjurkan terutama adap dan juga cara-cara berfikir yang disarankan oleh Islam. 

Sebagai penganut agama yang baik dan nak dapat barakah dalam setiap apa yang kita buat semestinya amalkan apa yang di ajar. tak gitu?

Adap-adap yang ditekankan adalah:

  • Berfikir berdasarkan akal fikiran yang waras serta mempunyai matlamat yang jelas. 
  • Berfikir berdasarkan bukti-bukti kajian saintifik dan juga berdasarkan wahyu dari AlQuran dan juga hadis. 
  • Mempunyai maklumat dan fakta yang benar dan tepat. 
  • Manakala cara-cara berfikir yang disarankan oleh Islam ialah: 
  • Mengetahui batasan dan kemampuan akal
  • Mengetahui perkara yang difikirkan dalam keadaan sedar 
  • Mengetahui cara untuk mencapai matlamat dan bukan sekadar hangat-hangat taik ayam dan separuh jalan. 
  • Sedar akan risiko yang bakal berlaku seperti dosa, pahala dan kesan-kesan lain. 

Kesimpulan 

Apa pun bagi pendapat Diah berfikir bukanlah sesuatu yang memudaratkan selagi kita ikut apa yang di cadangkan oleh Islam tak kira korang lelaki atau perempuan. 

Selagi kita menjaga status dan adap sebagai seorang muslim. Banyak hikmah-hikmah yang akan kita peroleh dan secara tak langsung dapat memantapkan iman kita serta dapat selesaikan masalah yang ada. Macam nasihat yang selalu orang tua pesan, fikir dulu sebelum buat apa-apa. 

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan