Bagaimana Youtuber (S) Berjaya Mengubah Hidup Aku

by - May 21, 2019

Bagaimana Youtuber (S) Berjaya Mengubah Hidup Aku | Assalamualaikum. Seperti yang korang baca tajuk posting aku dekat atas tu, untuk entri kali ini aku nak berkongsi perkara benar yang telah dan sedang berlaku pada aku. Ala-ala pengakuan ikhlas la gitu. Sebelum aku teruskan, segala isi kandungan yang aku kongsikan di blog aku bukanlah bermaksud aku mahu mendabik dada, bermegah-megah atau lead to something yang akan harm aku in future. Nauzubillah minta dijauhkan. Aku niatkan segala perkongsian yang baik akan menjadi #sahamakhirat aku bila aku dah mati nanti. Back to the topic, bagaimana Youtuber (s) berjaya mengubah hidup aku dalam sekelip mata. 

Best Youtuber

Bagaimana Youtuber (S) Berjaya Mengubah Hidup Aku

Semuanya bermula bila aku mula hilang idea dan bosan dengan kehidupan seharian aku. Parah kan? Bila bosan mula la cari hiburan, orang lain cari Al Quran baca dan insaf #sentap Oleh sebab pakej line Celcom aku ni memang free kalau tengok Youtube jadi untuk tidak mensia-siakan data yang diberi dan memang aku cari bahan atau belajar banyak benda dekat Youtube. 

Banyak juga Youtuber Malaysia yang aku follow. Kriteria yang aku cari ialah mereka yang gila-gila, suka makan, tak fake, tidak terlalu pelik, menjaga batas aurat dan semestinya memberi inspirasi dari segi content channel diaorang. Antara Youtuber yang sedang dalam pemerhatian aku ialah Hazeman Huzair pengacara Motif Viral, Shazz Zainuddin, dan ada beberapa lagi yang aku rasa memang ada potensi untuk beri influence yang baik kepada penonton. 

#1 Hazeman Huzair - Pengacara Motif Viral dan anak didik Dato Aznil


#2 Shazz Zainuddin - gadis kacak yang bekerja sebagai Freelance Photographer tapi suka buat video dan pemalas nak edit.


#3 Seminit Resepi - Seminit Resepi adalah sebuah channel video resepi masakan yang kami cuba sendiri. Resepi dikongsi berbentuk tutorial untuk memudahkan rujukan memasak.



#4 Rodiah Amir - Mari la subscribe YouTube Channel aku. Tengah slowly masukan content. Cita-cita aku semoga ianya bermanfaat juga untuk orang lain. 



Salute untuk mereka yang suka merepek in a good way especially yang perempuan masih lagi berjaya menjaga batas dan aurat. Kenapa aku tak suka buat video sebab aku ter amat malas nak edit kadang-kadang ternampak aurat. Leceh. 

Cara Mudah Menangani Toxic Person

Salah satu video yang berjaya memberi kesan kepada aku ialah video Haze menemuramah Prof Muhaya bertanyakan tentang soalan bagaimana cara berdepan dengan ‘Toxic Person’ atau orang yang bermasalah. Memandangkan dia pengacara dan juga selebriti yang sering berjumpa ramai orang, antara soalan yang kerap ditanya oleh netizen ialah bagaimana Haze menguruskan ‘Toxic Person’ ni. 
Nasihat Prof Muhaya Menangani Toxic Person.



Kebetulan masa tu Haze ada program dengan Prof Muhaya, jadi sempat la dia menyelit dan bertanyakan soalan tersebut. Kagum dengan jawapan Prof Muhaya. Dia terangkan jawapan dengan memberikan situasi dan minta Haze berfikir tentang jawapanya. Ni aku ringkaskan ya, Profesor kata; bayangkan ada satu bulatan yang penuh dengan bintik-bintik putih kemudian ada satu bintik hitam. Yang mana anda akan nampak dulu? 

Kalau anda nampak hitam dahulu bermaksud fikiran anda sering mengutamakan yang negatif dahulu. Yang perlu kita amalkan adalah sentiasa bersangka BAIK dan sentiasa positif. Baru yang datang dalam hidup benda-benda positif sahaja. 

Lagi satu pesanan Prof ialah apabila kita berhadapan dengan Toxic Person, kita perlu anggap orang itu adalah anak kecil yang berusia lima tahun yang tidak dapat kasih sayang secukupnya. Bayangkan anak yang mendapat kasih sayang dan mahukan perhatian kita. 

Lepas beberapa ketika aku cuba praktikan apa yang disarankan aku rasa berkesan untuk diri aku. Yelah nak ubah diri dan cara pemikiran bukan sehari dua. Tapi tak mustahil untuk kita ubah. Wah kebanyakan entri aku sekarang ala-ala memotivasikan diri nampaknya. Hahahaha. Ok la kalau rasa bermanfaat sila amalkan ya. Aku hanya memanjangkan sahaja ilmu yang aku dapat ni. Semoga amalan berkongsi dan menyebarkan ilmu tak kira dalam apa jua bentuk perkongsian mendapat keberkatan dan diterima oleh Allah. Semoga bertemu lagi di lain entri. Wassalam. 

You May Also Like

3 Comments

  1. perkongsian yang bermanfaat.. yang baik jadikan teladan kan Diah..

    ReplyDelete
  2. dah subscribe dah..
    semoga apa jua yang kita kongsikan memberi manfaat dan keberkatan.

    ReplyDelete
  3. uik uikk aktif kat utiub pulak ye diah..

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.