Lagu Raya 2019, Seru Hari Lebaran Duet Syamel & Ernie

by - May 29, 2019



Lagu Raya 2019, Seru Hari Lebaran Duet Syamel & Ernie | Assalamualaikum. Korang dah dengar lagu Raya 2019? Ala lagu duet Syamel & Ernie tu. First time dengar hari tu terus terpikat sebab dia ala-ala etnik kreatif gitu. Lembut je Ernie ni menyanyi. Dah memang aku suka gandingan duet #syanie ni.  Tajuk lagu ni ialah Seru Hari Lebaran. Bila dengar rasa Old Skoll gilos. Rasa nak menari tarian Melayu pun ada juga. Korang tengok sendiri la muzik video dia.

Ucapan Hari Raya

Dah tak lama lagi nak raya kan? Jadi aku ambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada terkasar bahasa tersilap kata dan segala kelemahan aku berkongsi dalam blog yang mungkin mengguris hati korang. Maaf ya. 

Selamat beraya dan jaga kesihatan. 

Tajuk Lagu: Seru Hari Lebaran 

Artis: Syamel & Ernie

Lirik

Seru lebaran merdu dilangit
Membelai jiwa di subuh hening
Dalam kasih ku menunggu
Saat manis kau dan aku

Setiap kali raya menjelma
Syukur aku pada yang Esa
Kerna masih kita bertemu
Di pagi raya penuh syahdu

Chorus
Ramadhan yang pergi  menguji kita
Betapa nikmatnya erti bersama
Lebaran yang suci mengajar kita
Syukuri nikmat yang tuhan berikan

Di pagi syawal yang mulia ini
Maniskan senyuman tuluskan hati
Bersaksi lebaran yang suci ini
Berjanjilah kita hidup semati

#syanie raya duet #seruharilebaran

You May Also Like

4 Comments

  1. Lagu raya lama2 ttp di hati hehe

    ReplyDelete
  2. yg ni tak dengar lagi babe. tak melintas pulak di youtube aku

    ReplyDelete
  3. Hee best. dah dengar dah. Boleh la layan :)

    Ika datang singgah sini.
    https://ikashoid.blogspot.com/2019/06/book-review-niqab-by-shield-sahran.html

    ReplyDelete
  4. eh.. ada eh duet mereka berdua.. tak pernah dengar.. nantilah dengar..

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.