Resepi Kuih Cek Mek Molek Labu yang lembut dan sedap!

by - May 22, 2019

Resepi Kuih Cek Mek Molek Labu yang lembut dan sedap! | Assalamualaikum. Rasanya Ramadan kali ni aku paling banyak buat kuih untuk berbuka. Selera lain macam. Mujurlah teringin kuih yang senang nak buat. Hari tu aku cuba buat Kuih Cek Mek Molek Labu. Selalu aku guna keledek. Saja nak tukar selera kita guna labu pula. Sebelum ni aku pernah buat Kuih Cek Mek Molek tapi terlajak keras. Aku terletak lebih tepung. Kecewa rasanya, tapi kali ni aku berjaya hasilkan Kuih Cek Mek Molek yang lembut walaupun ketika Kuih Cek Mek Molek tu sejuk.  

Add caption

Resepi Kuih Cek Mek Molek Labu yang lembut dan sedap!

Aku confident nak kongsi resepi Kuih Cek Mek Molek ni dekat blog sebab Kuih Cek Mek Molek Labu aku mendapat pujian dari anak aku. Siap request suruh buat lagi, jadi kira berjaya la tu. Jom tengok resepinya. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kuih Cek Mek Molek Labu ialah:

¼ biji labu
1 cawan Tepung Gandum
2 sudu marjerin
Sedikit garam
4 sudu gula 
Minyak untuk menggoreng

Cek Mek Molek Labu yang gebu

Cara-cara untuk membuat:

Labu dibuang kulitnya dan direbus sehingga empuk. Kemudian, lenyek labu sehingga hancur. Masukan garam dan uli dengan marjerin. Campurkan sedikit demi sedikit tepung gandum sehingga menjadi doh. Jangan terlebih masukan tepung. Nanti keras. 

Untuk elak doh melekat taburkan tepung pada jari ketika menguli. Bentukan doh menjadi bulat kemdian leperkan. 

Masukan gula ditengah-tengah dan kemudian kepalkan doh dan bentukan menjadi bentuk bujur. Untuk dapatkan bentuk yang elok aku masukan ke dalam fridge selama 5 minit sebelum menggoreng. 

Goreng deep fried Kuih Cek Mek Molek pada api sederhana. 

Siap!

Resepi Kuih Cek Mek Molek Labu frozen

*Resepi asal Kuih Cek Mek Molek adalah menggunakan keledek.
*Gambar dah siap goreng tak sempat snap. Sorry. 

Selamat mencuba untuk korang pula. 

You May Also Like

4 Comments

  1. Wow comelnyaa cek mek molek kak diah 😊😍

    Mesti mama syok betul. Bila anak puji sedap kan

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi cuba buat kuih ni. nanti kita cubalah

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.