Daging Salai Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai

Pertama kali cuba daging salai keluaran Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai, kami sekeluarga makan sambil berlinang air mata. Dia punya sedap tu tak terkata. 

Peminat Gulai Lemak Cili Api faham apa aku cuba terangkan ni. Semangkuk gulai daging tu kami makan tiga beranak je tapi berebut weh, habis hancur diet. 

Daging Salai Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai


Serius mengimbau kenangan waktu kecil bila makan masak lemak daging salai Tok Duck. Automatik teringat masakan mak dekat kampung. Sedikit sebanyak terubat kerinduan nak makan masakan kampung waktu PKP ni.




Jom Kenal - Ahmad Farm Tok Duck Royal Salai

Kisah di sebalik kewujudan Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai sangat menarik bagi aku. Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai Halal bermula pada tahun 2016. 

Bermula selepas pemiliknya, Zaquwan Zakaria yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai Pensyarah Bahasa Arab di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan kembali ke kampung halaman selepas pemergian ayahanda tercinta.

Rasa tanggungjawab menjaga emak tercinta dan membantu keluarga, Zaquwan memulakan langkah baru dalam kerjaya sebagai Penternak Itik. 

Tahun 2017 Zaquwan mula belajar selok belok menjadi penternak dan penuhkan ilmu di dada. Bermula dengan itik salai sehingga kini pada tahun 2021, Ahmad Farm kini terkenal sebagai Pembekal Produk Salai termasuklah Daging Salai, Ikan Keli Salai, Gulai Itik Salai Masak Lemak Cili Api & Gulai Daging Salai Masak Lemak Cili Api (Ready to Eat).




Proses Penyediaan Daging Salai Ahmad Farm Tok Duck

Apa yang best tentang Tok Duck Royal Salai ni ialah ianya merupakan produk Muslim Bumiputera yang berkualiti tinggi dan semestinya Halal.

Setiap langkah penyediaan baik dari penyediaan bahan mentah sehinggalah proses menyalai semuanya di sediakan dengan rapi.

Untuk Daging Salai, Ahmad Farm menggunakan daging Batang Pinang sebab tu daging dia lembut. Sebelum disalai, daging akan diperapkan dengan kunyit dan garam. Proses membakar pula menggunakan teknik " Cleopatra Smoke".






Cleopatra Smoke dalam bahasa mudahnya daging dibakar secara sekata supaya daging cepat kering. 30 minit pertama ni dijaga rapi supaya rasa salai tu terhasil. 

Tak boleh terlajak salai. Nanti daging tu 'over cook'. Paling bahaya hangus kering terbakar. Tak sedap dah. Daging akan terasa pahit.

Proses membakar pula dimulakan dengan asap kayu, tempurung, sabut selama beberapa jam supaya dapat keringkan daging tu dulu. Kemudian diseimbangkan dengan pembakaran sekata dan proses mengambil masa sehingga 6 jam lamanya.

Hasilnya daging salai batang pinang sekata masaknya, lembut dan paling penting terasa salai  kampungnya.

Lagi satu, produk Salai Ahmad Farm – Tok Duck Royal Salai ni betul-betul ‘cerewet’ dan teliti memilih bahan bakar daging dan produk salai lain. 

Tok Duck menggunakan dahan pokok rambutan sebagai salah satu bahan bakar kerana asap dari dahan pokok rambutan memberikan rasa ‘smoke’ yang lebih berbanding bahan bakar yang lain.





Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan

Oleh sebab daging salai Ahamd Farm ni lembut dan saiz potongan yang sedang elok jadi bila masak memang tak perlu tunggu lama nak rebus bagai. Hanya masukkan Daging Salai Tok Duck, ketuk sebatang serai, satu keping asam keping dan santan secukupnya.

Perasakan dengan garam secukupnya. Nak pedas letak la cili padi. Masak sehingga mendidih. Ohoi senang betul.


Senarai Ejen Daging Salai Tok Duck

Dah ramai yang join Team Tok Duck ni dan sekarang Ahmad Farm sedang aktif melantik ejen-ejen di seluruh Malaysia.

Rembau Pjol Elly & ZafriIsmaiskandar Abd Ghani 

Seremban Mekna Jasmayzarina Siti

Melaka Jijie Zainuddin & Zubir Kamiri

Klang - Hafeez Razak 

Kelantan Nasiha Sakina - 0137785856

Gemas Muhamad Zuzariff Kamaruzaman & Mujahid

Rawang Abu Zarl

Bangi Wan Aizuddin

Sungai Besi / Helmi

Kuantan Norhidayah Mohd Mahfuz

Puncak Alam Bro Bamie

Selayang Aminahuda Karim

Cheras Norasly Mohamad

Batu Caves Naq Agro Farm

Kuala Lumpur / Mohd Asyraf Mohd Noh

Perak / Faizal Razi

 

Senarai Harga

Daging Salai - RM27 (200g)

Ikan Keli Salai – RM20 (4ekor)

Itik Salai – RM55 (1ekor)

Gulai Itik Salai - RM35

Gulai Daging Salai - RM35

 

Jom dapatkan Produk Salai sekarang.

Untuk tempahan & pertanyaan lanjut, boleh hubungi no INI. 


Facebook Tok Duck            Instagram Tok Duck            Facebook Ahmad Farm

Rawat Kulit Muka Berparut Dan Berjerawat Dengan Crystal Skin

Masalah kulit muka berparut dan berjerawat adalah antara masalah utama yang sering di alami baik lelaki mahupun wanita. 

Selain daripada faktor cuaca, banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada masalah kulit muka seperti faktor pemakanan, rutin tidur, senaman serta banyak lagi. 

Aku tak terkecuali pernah mengalami masalah kulit muka yang agak teruk selepas melahirkan anak. Maklumlah bila badan terlalu penat, sibuk dengan kerja harian dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu sehinggakan kesihatan diri sendiri terabai.  


Rawat Kulit Muka Berparut Dan Berjerawat Dengan Crystal Skin

Muka aku yang dulunya sukar sangat jerawat nak singgah tapi akhirnya tumbuh macam cendawan. Lepas tu jari aku gatal nak garu dan kupas kulit kering di muka. Akibatnya, muka jadi comot dan kusam. 

Sesungguhnya bila muka kusam dan berparut pasti menjadi tarikan orang untuk melihat. Masa tu perasaan malu tu tak usah la nak cakap, sampaikan aku tak akan keluar jumpa orang jika tak pakai make up. 


Rawat kulit muka kusam dan berparut


Kisah Di Sebalik Kewujudan Crystal Skin

Bila aku baca kisah pengasas Cyrstal Skin, En Airiey Sayuti dari Rish Beauty Cosmetic, aku boleh kaitkan dengan pengalaman diri sendiri. En Airiey Sayuti nekad untuk menyebarkan manfaat Crystal Skin kepada orang ramai selepas dia berpuas hati produk itu ternyata berkesan dan selamat. 

Semasa zaman remaja, beliau kerap merasa rendah diri dan seorang yang pemalu. Sering menjadi bahan usikan kawan-kawan kerana badannya yang berisi dan kulit muka berjerawat serta mempunyai kulit yang agak gelap.

Melangkah masuk ke alam pekerjaan, beliau mula serius dalam menjaga penampilan diri dan kesihatan. Beliau mula mengamalkan gaya hidup sihat, bersenam, makan makanan seimbang serta mengawal perkara yang menjadi punca stress. 


Rawat kulit muka kusam dan berparut


En Airiey juga tidak lokek untuk berbelanja demi mendapatkan kulit yang sihat. Bermacam-macam produk dan juga suplemen kesihatan telah dicuba, termasuklah mendapatkan khidmat dari klinik estatik di Ibu Negara. 

Malangnya, beliau berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan dan mengakibatkan kecederaan di kulit muka seperti kemerahan yang teruk, kulit berkuping, mengelupas dan akhirnya menjadi parut.

Pelbagai cara dan usaha telah beliau lakukan tetapi masih belum mendapat keputusan yang diidamkan. Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan yang ada, beliau menghasilkan Crystal Skin untuk membantu mereka di luar sana yang senasib dengannya. 


Crystal Skin Kaya Dengan Bahan Semulajadi

Crystal Skin merupakan suplemen yang diperbuat dari bahan semulajadi penuh berkhasiat menjadikan anda lebih menawan. Ianya terbukti dapat mencantikkan dan merawat kulit anda dari luar dan dalam agar anda lebih sihat, dan tampil berkeyakinan.  

Antara ramuan utama yang digunakan ialah: 

  • Tomato Kristal -Anti-oksidan terkuat, mengurangkan jeragat & melindungi kulit dari kerosakan sinar matahari
  • Habbatus Sauda - Anti-radang, mengurangkan jerawat & membunuh kuman
  • Vitamin C -  Melindungi sel & menjaga kulit agar sihat
  • Collagen - Menambah keanjalan kulit & mencegah kedutan
  • Ekstrak Biji Anggur -  Anti-oksidan, membunuh kuman & membantu penyembuhan luka
  • Jus Blackcurrant -  Anti-oksidan & menguatkan system pertahanan badan


Rawat kulit muka kusam dan berparut


Produk Crystal Skin mempunyai mempunyai akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000. Kesemua bahan Crystal Skin adalah dari gred AAA dan kilang juga berstatus halal. 

Lebih membanggakan ianya merupakan produk tempatan Bumiputera Muslim. Produk ini dijamin selamat dan tiada kesan sampingan kerana kandungannya adalah bahan semulajadi dan telah diuji secara klinikal.  

Bahan-bahan yang digunakan terkenal kerana khasiatnya dan dikawal selia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Kebaikkan Crystal Skin 

  • Merawat masalah kulit
  • Mengurangkan jerawat
  • Mengurangkan parut
  • Mengecilkan pori
  • Memutihkan kulit
  • Mengurangkan muka berminyak
  • Kulit kurang kusam dan glowing
  • Menambah kelembapan kulit


Rawat kulit muka kusam dan berparut


Rawat kulit muka kusam dan berparut


Cara Pengambilan Crystal Skin

Minum 1 sachet Crystal Skin yang dicampur dengan 150ml air sebelum sarapan. Kena ikut saranan di bawah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik apabila mengambil Crystal Skin:


1) Elakkan minuman yang berkafein, beralkokol dan berkarbonat. 

2) Minum 2 sehingga 3 liter air putih setiap hari untuk mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin.

3) Amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak serta bersenam dengan kerap.


Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi talian di bawah ataupun mengikuti perkembangan Crystal Skin di laman sosial dibawah: Tel : +60-11-62000032    

5 Kombinasi Font Yang Bagus Untuk Buat Konten

Pernah tak rasa sukar nak pilih kombinasi font yang bagus dan sesuai semasa menghasilkan konten? Atau anda tergolong dalam golongan yang asal boleh sahaja. Tak pernah terfikir pon yang kombinasi font tu penting. 

Kalau ya, sila hentikan tabiat tu sebab ianya bakal memberikan kesan buruk dalam jangka masa yang panjang. 


5 Kombinasi Font Yang Bagus Untuk Buat Konten

Berdasarkan pengalaman sendiri menghasilkan konten, kesilapan memilih font menyebabkan usaha terbuang sia-sia kerana mesej tak sampai pun kepada audience. 

Buat konten tapi tak ada impak, mesej tak sampai. Sedih kan? 


Kombinasi Font Yang Bagus Untuk Buat Konten

Baca - Cara Susun Feed Instagram Supaya Kemas


Kenapa Pemilihan Font Itu Penting? 

Kalau anda rasa memilih font itu tidak penting semasa menghasilkan konten untuk bisness anda, sila baca artikel ini sampai habis. 

Dalam menghasilkan konten antara elemen penting adalah pemilihan font yang kemas dan bersesuaian. 

Ini bertujuan supaya target audience memahami mesej yang kita sampaikan. Tak kira anda ialah seorang content creator, pemilik business dan lain-lain. Kombinasi font yang bagus dapat menarik audience untuk membaca sekaligus memahami mesej yang cuba disampaikan dengan baik. 

Jadi tak rugi kalau kita luangkan sedikit untuk semak kembali konten-konten kita yang terdahulu. 


Senarai Kombinasi Font Yang Bagus Untuk Menghasilkan Konten

Antara kombinasi font yang bagus ialah seperti di bawah; 


#1 Josefin Slab + Josefin Sans 

Reka bentuk Josefin Slab diilhamkan dari font sans-serif geometri dari tahun 1930-an. Josefin Sans: elegan, geometric, vintage. Sesuai dipadankan dengan font Cardo, Abril Fatface, Yeseva One, Lato, dan Playfair.


Kombinasi Font Yang Bagus Untuk Buat Konten


#2 Cardo + Raleway

Cardo adalah font Unicode besar yang direka khusus untuk keperluan klasik, sarjana Alkitab, abad pertengahan, dan ahli bahasa. 

Raleway adalah dari jenis sans-serif web fonts. Ia mempunyai keperibadian yang sedikit lebih daripada jenis huruf sans-serif klasik seperti Arial atau Verdana, dengan huruf bergaya geometri.


Kombinasi Font Yang Bagus Untuk Buat Konten


#3 Zilla Slab + Lato

Font yang dibina dengan lekuk halus dan miring sejati, yang memberikan teks rupa industri yang luar biasa canggih dan mudah didekati dengan mesra.

Lato adalah keluarga jenis huruf sans serif yang dimulakan pada musim panas 2010 oleh pereka yang berpangkalan di Warsaw Łukasz Dziedzic ("Lato" bermaksud "Musim Panas" dalam bahasa Poland).


Kombinasi Font Yang Bagus Untuk Buat Konten


#4 Oswald + Open Sans 

Oswald adalah penambahbaikan semula gaya klasik yang secara historis diwakili oleh jenis huruf 'Alternate Gothic' sans serif. Karakter Oswald pada awalnya dilukis semula dan direformasi agar lebih sesuai dengan grid piksel skrin digital standard.

Open Sans adalah jenis huruf sans serif humanis yang direka oleh Steve Matteson.


Kombinasi Font Yang Bagus Untuk MenghasilkanKonten


#5 Playfair Display + Montserrat

Playfair adalah reka bentuk peralihan. Di Eropah pada akhir abad ke-18, pena lebar lebar digantikan oleh pena besi runcing sebagai alat penulisan yang popular pada masa itu.

Merupakan fon serif dengan lekukan yang indah dan sudut yang bulat, yang sesuai untuk laman web tradisional dan juga moden.


Kombinasi Font Yang Bagus Untuk MenghasilkanKonten


Tips Peluang Kerjaya Oleh Tun Mahathir Di YEG Academy

Perhatian untuk pelajar lepasan SPM dan juga mereka yang sedang mencari kerja, jangan lepaskan peluang untuk mendengar kupasan eksklusif bersama Tun Mahathir berkongsi tips peluang kerjaya di platform YEG Academy.

Jika dibandingkan waktu aku ambil SPM pada tahun 2002, program seumpama begini amat terhad. Kesedaran pun agak kurang waktu tu. 


Tips Peluang Kerjaya Oleh Tun Mahathir Di YEG Academy

Jadi, pelajar-pelajar sekarang seharusnya tidak melepaskan peluang untuk memanfaat apa yang ditawaran oleh YEG Academy.

Istimewanya Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp 2021, tokoh yang disegani dan terkenal di Malaysia, Tun Mahathir Mohamad sudi untuk meluangkan masa berkongsi pengalaman beliau bersama warganet khususnya pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Aku pernah kupas tentang peluang kerjaya selepas SPM di sini

Tip Kerjaya Tun Mahathir


 

Sembang Santai Bersama Tun Mahathir di Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp

Menerusi program kemuncak ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ yang bakal berlangsung pada 22 Ogos 2021, Tun M akan bersembang santai bersama hos, Tengku Izwan Fareed mengenai topik ‘Revolusi Pendidikan Tinggi Supaya Relevan Dengan Pasaran Kerja’ di semua platform media sosial YEG Academy dan negarawan itu bermula jam 10.30 pagi.

Asbab hasil tinjauan mendapati 90% pelajar yang menyambung pengajian di IPT menyesal dengan jurusan yang mereka pilih, pihak YEG Academy turut berharap agar Tun M yang pernah diberi mandat sebagai Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu dapat berkongsi pendapat beliau bersama warganet kelak.

Sebelum itu, usahawan dan penyanyi rap terkenal, Caprice akan terlebih dahulu membuka tirai pagi dengan turut berkongsi pengalamannya dalam mengejar cita-cita.

Mengenai YEG Academy

Menyasarkan menjadi platform pendidikan dan kerjaya yang terbesar di Asia menjelang tahun 2023, Your Education Guidance Academy (YEG) dimiliki sepenuhnya oleh YEG Academy (M) Sdn Bhd.

Mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2018, YEG Academy membantu dan menghubungkan golongan muda M40 dan B40 untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Bumiputera yang berkualiti memandangkan tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) agak terhad kerana meritokrasi.

Syarikat ini juga secara konsisten memastikan golongan muda mendapat pendidikan yang lengkap ekosistem nya; belajar dan mendapat pekerjaan setelah tamat belajar.

YEG Academy yang berpengkalan di Kota Damansara, Selangor ini turut menjamin silabus pembelajaran tambahan berkaitan digital ekonomi sentiasa dikemaskini mengikut peredaran dunia semasa.

Tip Kerjaya Tun Mahathir


Kolaborasi YEG Academy Bersama Selebriti Tanah Air

Menariknya mengenai ‘bootcamp’ anjuran YEG Academy, ia bukan sahaja berlangsung secara atas talian malah turut menampilkan ramai personaliti dan selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti MK K-Clique, Caprice, Ernie Zakri, Wani Kayrie, Faiz Dickie, Pencetus Ummah (PU) Amin serta ramai lagi.

Dalam masa yang sama, YEG Academy sekaligus menjadi platform pendidikan dan kerjaya atas talian pertama di Malaysia yang menjayakan program seumpama ini.

Mula berlangsung pada 2 Ogos lalu, mereka yang telah menonton siaran langsung ini rata-rata memberikan maklum balas yang sangat positif. 

Antaranya mereka dapat membuat pilihan jurusan yang lebih tepat, mengenali potensi diri, mengetahui kehendak industri serta banyak lagi.

Menurut pengarah YEG Academy, Encik Hasan bin Ithnin dan Encik Azizulhakim bin Suhaimi tujuan mereka adakan program ini adalah kerana ingin membantu pelajar sekolah dan universiti di luar sana memilih kerjaya yang tepat dengan keperluan industri kini dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan kadar pengangguran negara.

 

Tip Kerjaya Tun Mahathir

Tips Peluang Kerjaya Elak Salah Pilih

“Tujuan kami menganjurkan ‘Educareer Pasca COVID-19 Bootcamp’ kerana ingin membantu golongan muda lepasan SPM berusia 17 hingga 19 tahun atau mereka yang berminat, membuat pilihan tepat dalam pemilihan institusi pendidikan tinggi.

Untuk rekod, dalam tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2018 sehingga 2020, seramai 4000 golongan muda telah dibantu oleh YEG Academy untuk menyambung pelajaran dan membina kerjaya” jelas Hasan

Mengambil faktor situasi kini, YEG Academy juga telah mengadakan sesi siaran langsung ‘virtual’ ini secara percuma di laman Instagram yang mana nilai sebenar bagi penyertaan ini adalah sebanyak RM1999 seorang.

Ditambah pula program ini turut mendapat sokongan daripada Tabung Haji, Latihan Industri Bergaji Penuh (LIBP), Innovative School of Management (ISM) dan Aviation Career Malaysia.

“ Kami sedia maklum akan keadaan negara sekarang yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu menyebabkan ramai golongan muda mengeluh tiada rujukan tambahan mengenai hala tuju mereka selepas SPM.

 

Program Percuma Bernilai RM 1999 Selama 21 Hari

“Jadi, YEG Academy telah memutuskan untuk mengadakan sesi perkongsian idea dan pandangan buat julung kalinya bersama figura-figura terkenal tanah air secara percuma. 

Ini adalah peluang keemasan untuk mereka sertai sesi ini kerana pada dasarnya mereka perlu membayar sebanyak RM 1999 bagi sesi selama 21 hari namun kali ini ia adalah percuma” tambah Azizulhakim

Faktor penceramah jemputan yang terdiri daripada personaliti dan selebriti terkenal tanah air pula adalah kerana YEG Academy ingin mempelawa mereka berkongsi pengalaman terdahulu sebelum terkenal dan berjaya di dalam bidang masing-masing.

“Kami melihat mereka bukan sahaja kerana terkenal atau dikenali sebagai selebriti semata-mata. Namun, kerana pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini membuatkan kami terpanggil untuk mempelawa mereka berkongsi pengalaman. 

Sebagai contoh, Wani Kayrie telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dan Faiz Dickie pula pernah bergelar sebagai pensyarah”

“Dengan kredibilti mereka sebagai figura terkenal, kami percaya dapat memberi inspirasi kepada golongan muda yang menonton sesi bicara ini. 

Tidak dilupakan, Tun M yang sememangnya dikenali dunia sebagai salah seorang pemimpin yang disegani. Sudah pasti, banyak perkongsian yang akan dibuat oleh negarawan ini apatah lagi penonton boleh bertanyakan soalan ketika siaran langsung itu dibuat kelak” ujar Hasan lagi

Untuk menyertai program YEG Academy, layari pautan http://yegmy.com/bootcamp/ hari ini. 

Ayam Aji Express Delivery Barang Basah Ke Rumah

Oleh sebab kes Covid mencanak naik dan seram nak ke pasar beli barang basah jadi aku nekad nak cuba khidmat Ayam Aji Express Delivery barang basah ke rumah. 

Aku dapat tahu tentang Ayam Aji Express melalui iklan mereka di Facebook. 

Menurut info di page mereka, Ayam Aji Express adalah merupakan pembekal ayam segar di atas talian yang mempunyai pengalaman selama 9 tahun dalam Industri Pembekal Ayam ke pasar-pasar di sekitar KL & Lembah Klang.

Ayam Aji Express Delivery Barang Basah Ke Rumah

Sekarang bukan setakat ayam je, Seafood, barang kering dan sayur pon dia jual. Kisahnya sebelum ni aku banyak je survey kedai-kedai yang buat penghantaran barang basah ke rumah, dan dah pernah pun cuba beberapa penjual sebelum ni.

Tertarik nak cuba service delivery Ayam Aji lepas baca testimoni dan juga komen-komen yang positif. Setakat yang aku baca komen tidak la ada yang terlalu teruk. 

Jadi, akhirnya baru-baru ni aku beranikan diri beli secara online.

Ayam Aji Express Delivery Barang Basah Ke Rumah


Macam mana cara nak order dengan Ayam Aji Express?

Cara nak order barang basah dengan Ayam Aji Express memang teramat mudah, hanya klik link dan landing page Ayam Aji pun mesra pengguna. Cuma jadual & masa penghantaran adalah mengikut tarikh yang mereka cadangkan.

Mungkin sebab banyak permintaan, jadi ada kemungkinan tarikh yang kita nak dah penuh. Jadi, untuk elak sebarang masalah lebih elok rancang dan buat pesanan lebih awal.

 

Caj & Kawasan Penghantaran Ayam Aji Express area mana je?  

Setakat ini, Ayam Aji Express buat penghantaran ke seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya sahaja. Dengan minimum pesanan adalah RM50 dan tidak dibenarkan untuk walk in ke premis. Pick up pun tak boleh ya.

Caj penghantaran pula ada dua: Standard Delivery (Flat Rate) dan Express Delivery. Untuk standard delivery pelanggan perlu membayar sebanyak RM10 manakala express delivery adalah sebanyak RM20.

Beza standard dengan express delivery caj ialah waktu penghantaran tempahan kepada pelanggan. Untuk standard delivery, waktu penghantaran adalah tidak tetap iaitu bermula 10 pagi sehingga 10 malam manakala express delivery pula pelanggan akan diberi keutamaan dan bakal terima barang sebelum pukul 12.59 tengahari.

Jika pesanan melebihi RM300, pelanggan tak perlu bayar caj penghantaran.

Pengalaman aku memilih standard delivery agak baik. Aku terima barang lebih kurang 10 minit sebelum pukul 3 petang. Lauk masih dalam keadaan baik walaupun ais dah cair.

Beli Barang Online 

Ayam Aji Express Delivery Barang Basah Ke Rumah

Info tambahan: memandangkan aku duduk di apartment jadi aku perlu turun ke lobi dan ambil sendiri barang-barang. 

Kalau aku nak barang dihantar ke depan pintu aku perlu pilih express delivery. Itu apa yang runner beritahu aku. Kalau korang stay di rumah landed perkara ni tak jadi masalah.

Aku beli ikan keli (ikan bersaiz kecil), ikan pekasam kerisi, ayam tua, tulang isi ayam, Ikan Bawal Mas, Salmon Belly, Ikan Kerapu, Sotong, Udang Galah. Jumlah pembelian RM106. Ok lah harga tu bagi aku.

Binatang yang aku tak akan repeat ialah sotong B dan juga Salmon Belly.


Review Ayam Aji Express Delivery

Ini adalah review aku tentang Ayam Aji Express bermula dari saat aku hantar whatsapp, buat pesanan dan pembayaran sehinggalah aku selamat terima barang. 

Whatsapp pertanyaan aku dibalas agak cepat dan proses nak pilih barang-barang basah sangat mudah.

Landing page dia kemas dan ada banyak pilihan ikan, seafood, ayam, sayur dan juga makanan ready to eat. Setiap pilihan lengkap dengan gambar dan juga maklumat seperti berat dan juga harga. Membantu sangat. 

Menariknya, Ayam Aji Express selalu sangat buat promosi tak munasabah dan berbaloi untuk di beli. Masa aku beli tu aku sempat grab promosi Ikan Siakap RM0.88 dan saiz dia tidak lah terlalu kecil. Ayam pencen separuh dan udang galah juga berharga RM0.88.

Promosi sempena Bulan Merdeka pula adalah Salmon Slice, Ketam Bunga & Udang Galah berharga RM0.64 sahaja. Seperti aku beritahu, lauk masih fresh dan berbaloi lah harga promosi dengan saiz yang kita dapat.

Ayam Aji Express Delivery Barang Basah Ke Rumah


Aduan Barang Kurang / Rosak

Waktu penghantaran barang, runner akan beri salinan customer order dan ada dinyatakan jika terdapat barang kurang atau pun rosak, pelanggan boleh buat aduan dalam tempoh 24 jam selepas terima barang.

Pelanggan boleh isi aduan di link yang diberikan. Pihak Ayam Aji Express tidak akan bertanggungjawab jika aduan dibuat selepas 24 jam dari masa barang diterima. Nak senang lepas terima barang terus semak apa yang tak okay.

No customer service Ayam Aji Express – 013-3802585.

Korang yang berada di sekitar Lembah Klang dan nak cuba perkhidmatan Ayam Aji Express boleh la rujuk Facebookmereka. Apa pun jadi lah pengguna bijak, nilai sendiri dan baca komen-komen pelanggan yang pernah guna servis mereka.


Kempen #kulim88 RM1 = Satu Post Sempena Ulang Tahun ke 88

Tahu tak sekarang sedang berlangsungnya kempen #kulim88 RM1 satu post sempena Ulang Tahun ke 88 Kulim di media sosial bertujuan untuk membantu masyarakat yang terjejas dengan Pandemik Covid19. 

Kempen ini dianjurkan oleh Kulim (Malaysia) Berhad dengan kerjasama MyFundAction, iaitu sebuah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terkenal dengan kerja kebajikan baik di dalam mahupun luar negara seperti di Africa, Syria, Jepun dan banyak lagi. 


Kempen #kulim88 RM1 = Satu Post Sempena Ulang Tahun ke 88

Pernah tak terfikir dengan hanya RM1 kita mampu bantu orang lain yang dalam kesusahan. 


Kempen #kulim88 RM1 = Satu Post


Kempen Amal #kulim88 Sempena Sambutan Ulang Tahun

Bersempena sambutan Ulang Tahun Kulim (M) Berhad ke-88, Kulim berbesar hati ingin menyumbang kepada masyarakat.  

Oleh itu, penganjuran kempen melalui hebahan di media sosial dilihat sebagai satu usaha yang murni supaya lebih ramai menyertai kempen ini. 

Dalam industri minyak sawit, Kulim (Malaysia) Berhad dikenali sebagai antara syarikat peneraju utama yang beroperasi di Malaysia juga telah melebarkan sayap di Indonesia. 

Menggunakan kepakaran dan fokus dalam memajukan tanaman seperti kelapa sawit, nanas, lembu, kelapa dan tanaman lain.

Kulim merupakan antara pengeluar minyak sawit terawal yang disahkan dengan standard Roundtable on Sustainable Palm Oil (“RSPO”) dan MSPO yang merupakan minyak sawit lestari. 

KULIM Sasarkan Jadi Peneraju AGRIBISNES Melalui Pelan Transformasi Lima Tahun. 


Minyak sawit lestari mempunyai ciri-ciri seperti di bawah: 

- Memenuhi peningkatan permintaan makanan

- Menyokong harga makanan yang berpatutan. 

- Menyokong usaha kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan.

- Melindungi kepentingan sosial, komuniti & pekerja.

- Melindungi alam sekitar & hidupan liar.


Kempen #kulim88 RM1 = Satu Post


Cara sertai Kempen Amal #kulim88 

Jom sertai kempen #kulim88 dengan memuatnaik hantaran gambar atau video ke dalam media sosial anda untuk membantu masyarakat yang terjejas dengan Pandemik Covid19. 

Kempen bermula pada 6 Ogos 2021 dan berakhir pada 22 Ogos 2021.

Setiap hantaran yang anda muatnaik ke laman sosial, Kulim akan sumbangkan RM1 ke tabung  MyFundAction. 

Sasaran mereka adalah untuk menyumbang sebanyak RM88,888 pada penghujung bulan Ogos. 

Sebagai penghargaan untuk anda yang menyertai kempen ini, sebanyak 10 orang pemenang akan dipilih setiap minggu. 

Pemenang dipilih berdasarkan jumlah likes dan komen terbanyak, dan bakal memenangi wang tunai sebanyak RM88 setiap seorang. 

Hadiah utama pula merupakan wang tunai sebanyak RM888 dan akan diumumkan pada 25 Ogos 2021. 

Dari segi konten, anda bebas untuk berkarya dan tiada syarat khusus ditetapkan. Tiada had limit penyertaan serta boleh menggunakan Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.

Senang je. 


Kempen #kulim88 RM1 = Satu Post


Anda boleh sertai kempen #kulim88 hanya dengan lakukan tiga langkah mudah seperti di bawah: 

#1 Ikuti Facebook & instagram Kulim (M) Berhad  

Facebook | Instagram 

#2 Muatnaik hantaran dengan tanda pagar #kulim88 serta tag Kulim (Malaysia) Berhad. Tiada had bilangan hantaran.

#3 Pastikan akaun media sosial anda adalah umum.  


Semoga usaha Kulim dalam membantu masyarakat ketika saat getir mendapat sokongan dan sambutan semua pihak. Tak susah pun, upload dan gunakan hashtag. 

Untuk yang dah sertai, terima kasih di ucapkan dan semoga terpilih menjadi pemenang. Jangan lupa hebahkan dan ajak yang lain sertai kempen #kulim88 


13 Pesanan Shuib Selepas Pemergian Siti Sarah

Banyak pesanan yang Shuib kongsikan masa IG Live selepas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin baru-baru ni. 

Pemergian yang ditangisi dan dicemburui ramai orang. Besar betul dugaan untuk pasangan ini. Allahyarhamah Siti Sarah kecundang setelah dijangkiti Covid19. 

Kemudian terpaksa ditidurkan kerana paras oksigen menurun yang boleh membahayakan nyawanya serta anak yang dikandungnya.

 Setelah bertarung nyawa melahirkan anak, melawan wabak akhirnya Sarah dijemput Ilahi. Berat betul jari nak menaip tentang Allahyarhamah. 

Setiap kali teringat apa yang Shuib cerita tentang Allahyarhamah terasa sentap di hati. Bila tengok anak-anak mereka yang masih kecil automatik keluar juga air mata. 


13 Pesanan Shuib Selepas Pemergian Siti Sarah 

Sungguh pemergian Sarah memberi kesan kepada semua. Disaat kita semua sedang berjuang dengan Covid19, ada anak yang kehilangan ibu bapa, suami kehilangan isteri, adik yang kehilangan abang dan kakak. 

Pedih. 




Kisah Di Sebalik Pemergian Siti Sarah

Hampir satu jam Shuib buat perkongsian, banyak dia cerita tentang kebaikkan Allahyarhamah. Setiap apa yang disampaikan memberi kesan dihati dan buat ramai buka mata. 

Itu aku yakin. Shuib juga tak malu nak mengaku segala kecuaian dan juga sikap acuh tak acuh dia tentang Covid. 

Shuib dah dapat dos pertama vaksin manakala arwah tak sempat untuk di vaksin. Ikut apa yang disampaikan Shuib, arwah memang menjaga dan faham bahaya Covid19.

Menurut Shuib, mereka sekeluarga disahkan positif Covid berpunca dari pembantu rumah mereka. Pembantu rumah dia keluar untuk buang sampah dan bersalam dengan kawan yang positif Covid. Pembantu rumah dia juga telah meninggal dunia. 




Pesanan Berharga Shuib Kepada Semua

Bagi aku pesanan Shuib bukan pesanan biasa-biasa tapi lebih kepada pengajaran. Dia berkongsi kerana dia dah melaluinya dan dia tak mahu orang lain rasa apa yang dia rasa. Covid19 is real dan kalau dah kena memang tiada U-Turn. 


#1 Sedekah

Sarah banyak ajar untuk bersedekah. Asbab itulah juga rezeki mereka sekeluarga tak putus-putus.  Antara pesanan Allahyarhamah tentang sedekah:

“Jangan berkira-kira dengan duit sebab kalau kita berkira-kira dengan duit, kita akan berkira-kira untuk bersedekah.

“Kalau kita tak berkira-kira untuk bersedekah, Allah tak akan berkira-kira untuk limpahkan rezeki untuk kita.


#2 Isteri Solehah 

Banyak sangat perkara baik yang Shuib kongsikan. Hebatnya peribadi Allahyarhamah, disayangi anak-anak, diredhai oleh suami, disenangi rakan-rakan dan disayangi semua. Isteri adalah tulang belakang suami. 


#3 Jangan ambil Mudah tentang Covid19

Shuib sangka Sarah akan kembali pulih tapi rupanya Allah lebih sayangkan isterinya. Hebatnya Shuib redha, tenang dan kuat terima ujian. Sekali dah dijangkiti terutama mereka yang berisiko tinggi (mengandung, warga emas, penyakit berbahaya) memang tiada jalan patah balik. 


#4 Wajib ada Oximeter Bagi pesakit Covid

Setiap rumah perlu ada Oximeter untuk pantau paras oksigen pesakit Covid terutama mereka yang ada simtom. Jangan tangguh untuk ke hospital jika paras oksigen menurun. Shuib ada kongsikan yang Allahyarhamah pernah mengadu paras oksigen dia agak rendah, tapi dia sedapkan hati yang semuanya baik-baik sahaja. 

Baca arahan KKM tentang kuarantin di rumah 

Aku dah beli dekat Shopee. Standby satu dekat rumah. Korang nak beli cari yang elok sikit eh. Aku beli yang ni Fingertip Pulse Oximeter [MDA,CE & FDA Approved]


#5 Vaksin 

Dapatkan vaksin segera sebab itu mungkin menjadi salah satu ikhtiar kita untuk melawan wabak berbahaya ni. Jangan ambil mudah dan bahayakan nyawa keluarga dan orang sekeliling. Untuk yang dah dapat vaksin jaga SOP dan jangan keluar jika tak perlu. 


#6 Kejar Akhirat 

Shuib banyak ingatkan tentang kubur, akhirat, amalan di dunia dan pentingnya kejar akhirat iaitu destinasi kita yang abadi. Pasangan ni sentiasa berborak dan mengimpikan meninggal di Hari Jumaat, bercita-cita masuk ke syurga Allah. 


#7 Amalkan Surah AlWaqiah

Membaca Surah AlWaqiah setiap pagi adalah mereka untuk dimurahkan rezeki. Rezeki di dunia dan rezeki akhirat kelak. 


#8 Pesanan untuk Suami

Untuk buat isteri rasa suami adalah ketua ialah dengan menjadi imam di rumah dan solat berjemaah bersama keluarga. Baru akan lahir rasa hormat suami sebagai ketua keluarga. Sentiasa berkasih sayang dengan isteri dan anak-anak sementara masih ada waktu. 




#9 Jangan Sombong

Shuib banyak kali ulang yang kita sebagai manusia tidak boleh sombong dan terlalu seronok dengan dunia. Dunia ni ibaratnya setitis air dan akhirat itu seluas lautan. Carilah amal untuk menjadi bekalan ke negara abadi. 


#10 Duit Tak berguna jika sakit

Segala apa yang dimiliki tak berguna jika kita sakit. Kemewahan, popularity, duit, rumah akan jadi sia-sia. Sementara sihat kena jaga kesihatan dan diri. Jangan culas untuk beli vitamin dan makan makanan berkhasiat. 


#11 Solat berjemaah

Pastikan keluarga solat berjemaah, hidupkan amalan membaca AlQuran & hadith dan suami jalankan tanggugjawab sebagai imam dalam keluarga. 


#12 Jadikan Nabi Muhammad sebagai Idola 

Pantau anak-anak, terapkan kecintaan kepada Rasullullah kerana Baginda adalah sebaik-baik idola. Banyakkan perkongsian kisah Nabi dan sahabat. 


#13 Sentiasa Bertaubat

 Shuib pesan, “Sebesar-besar dosa kita buat, besar lagi pintu taubat Allah buka untuk kita”

Jadi jangan malu dan takut untuk bertaubat. Tuhan suka hambaNya yang kembali kepadaNya. 


Sungguh banyak perkara kita belajar di atas pemergian Allahyarhamah Siti Sarah. Pastinya kehilangan yang bakal dirasai semua orang. Kini, tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak tergalas di bahu sang suami. 

Aku yakin Allahyarhamah dah berjuang habis-habisan melawan yang termampu. Semoga syurga tempatnya. Sungguh aku cemburu dengan pemergian Sarah, satu Malaysia berdoa untuk dia. Sesungguhnya dia ajar semua isteri untuk menjadi isteri sehebat dia. 

Cara Transfer Duit Ke Luar Negara Guna Western Union

Sebelum aku explain lebih panjang tentang cara transfer duit ke luar negara, aku nak kongsikan dulu informasi perlu korang tahu tentang western Union. 

Perkhidmatan Western Union adalah untuk sesiapa sahaja yang perlu menghantar atau menerima wang dengan cepat. 


Transfer Duit Ke Luar Negara Guna Western Union

Daripada pelancong dan orang yang menanggung rakan atau saudara di luar negara, kepada ahli perniagaan yang perlu membuat pindahan antarabangsa yang lebih cepat dan tentunya selamat. 

Ada beribu ejen Western Union diseluruh dunia untuk korang guna untuk terima atau kirim duit. 

Cara Transfer Duit Ke Luar Negara Guna Western Union


4 Platform Transfer Duit Ke Luar Negara Guna Western Union

Terdapat empat platform untuk korang pilih apabila mahu transfer duit kalau guna perkhidmatan Western Union. Boleh pilih ikut kemudahan dan keselesaan korang. 

#1 Hantar Duit Melalui Secara Dalam Talian

Apa korang perlu buat hanyalah mendaftar dia laman website dan sahkan profil. Maksimum duit boleh transfer ialah RM3,000. Isi makluamat secara online dan transaksi pertama wajib walk in ke kaunter Western Union. Transaksi selepas itu tak perlu lagi walk in. 

#2 Kirim Duit Melalui Aplikasi Western Union

Tak pelru susah, muat turun je aplikasi Western Union di telefon bimbit. Kalau phone storage dah penuh nak download aplikasi WU, boleh lah transfer duit secara dalam talian di sini ikut cara di atas. Paling sikit korang boleh transfer ialah RM5.00. 

#3 Western Union 

Walk sahaja ke Western Union untuk guna perkhidmatan mereka. Untuk pertama kali nak transfer secara dalam talian atau melalui aplikasi kena bina profil kemudian kena walk in ke Western Union untuk buat transaksi. 

#4 Ejen-Ejen Terpilih 

Kalau dalam Malaysia sahaja terdapat lebih 2,500 lokasi ejen Western Union. Punya lah ramai, jadi tersangatlah mudah nak berurusan. 

Antara contoh ialah bank, pejabat pos, pasar raya, kedai runcit, juruwang cek, pusat khidmat penghantaran, kedai ubat, agensi pelancongan, depot, lapangan terbang, stesen kereta api dan bas, pejabat pertukaran mata wang dan peruncit lain.


Cara Transfer Duit Ke Luar Negara Guna Western Union


Cara Transfer Duit Ke Luar Negara Guna Western Union Di Pejabat Pos

Aku prefer untuk walk in ke Pejabat Pos untuk guna perkhidmatan Western Union. Bukan apa senang aku nak bertanya dengan staff jika ada kemusykilan. Ternyata semudah ABC. 

Apa perlu korang buat ialah minta borang Pengiriman Wang dan isikan segala maklumat yang diperlukan. Penting untuk pastikan maklumat penerima adalah tepat kalau tak mahu ada masalah masa pengeluaran nanti. 

Maklumat penerima yang diperlukan ialah: destinasi (Bandar / Negara), jumlah wang, nama penerima (depan, tengah, akhir), alamat lengkap beserta poskod dan no telefon. 

Maklumat pengirim yang diperlukan ialah: nama penerima (depan, tengah, akhir), alamat lengkap beserta poskod, no telefon, maklumat warganegara, tujuan transaksi, punca dana (punca perniagaan, gaji, hadiah), dan pekerjaan. 


Cara Transfer Duit Ke Luar Negara Guna Western Union


Kakitangan Pos Laju nasihatkan untuk letak “perbelanjaan” sebagai tujuan transaksi untuk situasi aku. Aku dan beberapa rakan kirimkan sedikit duit untuk kawan lama kami di Lebanon, dekat sana kan tengah tak stabil. Bagus kakitangan Pos Laju, dia ingatkan aku kena scam cinta jarak jauh. Lol. 

Siap isi segala maklumat, tunggu giliran dipanggil dan masa ini lah kena lampirkan MyKad untuk tujuan pengesahan. Setiap jumlah duit yang nak di transfer akan dikenakan service charge ya. Jadi kalau nak kirim kena standby asing duit caj tu. 

Untuk nilai RM500 caj yang dikenakan adalah sebanyak RM76. Makin tinggi nilai duit makin mahal servis caj. Bergantung juga nilai matawang kita sewaktu transaksi. Duit di transfer akan di tukar nilai USD. 

Setelah urusan, Pos Laju akan beri tax invoice. Dalam tu ada MTCN tracking number. Jadi kongsikan nombor ni dengan penerima supaya mudah dia nak keluarkan duit nanti. 


Cara Transfer Duit Ke Luar Negara Guna Western Union


Tak lama pun transaksi penghantaran duit tu. Dalam setengah jam dah boleh keluarkan duit, dan setelah penerima keluarkan duit dari Western Union, pengirim akan dapat notifikasi SMS menyatakan duit telah selamat diambil. 

Kesimpulan

Memang mudah sangat guna perkhidmatan Western Union untuk transfer duit, tak sampai setengah jam pun urusan semua selesai. Dari segi keselamatan, dekat borang Pos Laju dia ada nyatakan peringatan supaya pengirim tak terjerumus ke kancah scammer. 

Jumlah aku transfer tak cecah ribu ringgit tapi kakitangan Pos Laju masih ambil berat (bertanya) untuk pastikan aku tak jadi mangsa penipuan. 

Hiasan Dinding Kaligrafi Moden & Cantik Incik Kaligrafi

Pertama kali tengok hasil seni hiasan dinding kaligrafi yang moden & cantik dari Incikkaligrafi buat aku rasa kagum sangat. 

Aku kenal Incikkaligrafi waktu dia muncul dalam rancangan TV beberapa tahun lepas. Waktu tu pengacara interview Incikkaligrafi kerana bakat dia menghasilkan kaligrafi moden. 

Apa yang membuatkan dia menonjol ialah beliau menghasilkan seni kaligrafi moden alaf baru yang menggunakan konsep gabungan tradisional dan digital dalam membentuk satu hasil seni yang mantap.


Hiasan Dinding Kaligrafi Moden & Cantik Incik Kaligrafi

Bakat beliau dipamerkan melalui hiasan dinding yang terhasil. Memang unik dan lain dari yang lain. Korang tengok sendiri confirm jatuh suka.


Hiasan Dinding Kaligrafi Moden Incikkaligrafi


Hiasan Dinding Kaligrafi Moden Alaf Baru

Seperti aku terangkan dekat atas, Incikkaligrafi memberi suntikan baharu seni kaligrafi apabila beliau menggabungkan unsur tradisional dan digital dalam hasil kerja beliau.

Pelanggan boleh pilih design atau custom made design nama sendiri dan di ukir dalam bentuk kaligrafi kemudian dijadikan hiasan dinding.

Memang cantik sebab pelanggan boleh pilih design yang pelbagai termasuk lah bentuk haiwan kesayangan, kartun kegemaran, potret dan banyak lagi. Pendek kata semua boleh. Bayangkan design yang kita pilih tersergam indah digantung di ruang tamu rumah kita.

Dulu sebelum Covid boleh lah walk in ke mall untuk cari hadiah reunion - Baca sini

Hiasan Dinding Kaligrafi Moden Incikkaligrafi


Hiasan Dinding Kaligrafi Sebagai Hadiah

Biasanya orang yang mencari hadiah untuk dijadikan sebagai kenangan memilih hadiah yang ada nilai sentimental, mampu milik dan paling penting disukai orang ramai.

Bayangkan kalau kita sendiri terima hadiah potret kita dilakar dalam bentuk kaligrafi mesti tersenyum lebar gembira kan?

Tahun lepas surprisekan mak dengan hadiah ni. 

Sepanjang aku follow Incikkaligrafi, ramai pelanggan yang menempah kaligrafi moden untuk dijadikan sebagai hadiah untuk pasangan, hadiah perpisahan, hadiah anniversary dan juga hadiah birthday.


Hiasan Dinding Kaligrafi Moden Incikkaligrafi


Untuk yang masih mencari idea hadiah birthday, anniversary mahupun hadiah perpisahan, memang sesuai sangat hiasan dinding kaligrafi dijadikan cenderahati. Ramai juga pelanggan yang tempah custom made design potret diberikan kepada bos yang bersara. Serius cantik.

Apa yang bestnya, bila kita pilih untuk custom made design bermaksud hanya ada satu sahaja rekaan khas untuk penerima. Kan unik tu.

Nak tengok hasil kerja Incikkaligrafi boleh lah rujuk Instagram atau pun ke Facebook beliau. Confirm rambang mata.

Hiasan Dinding Kaligrafi Moden Incikkaligrafi

Untuk yang berminat mendapatkan hiasan dinding kaligrafi anda boleh membuat tempahan design dan request untuk dibingkaikan dalam frame. Lebih kemas dan menarik. Anda juga boleh request softcopy sahaja.

Kebiasaan Incikkaligrafi buat COD untuk pelanggan yang berdekatan (Shah Alam) tapi jangan risau sebab tempahan anda juga boleh di poskan.

Untuk sebarang pertanyaan boleh PM atau hubungi Incikkaligrafi di:


Whatsapp: 0122346128

Email: incik.kaligrafi@gmail.com

Facebook   |    Instagram

 

Sambutan Hari Raya Aidiladha 2021 1422 Hijrah

Seperti yang dijangkakan sambutan Hari Raya Aidiladha untuk tahun 2021 bersamaan 1422 Hijrah bagi keluarga aku adalah amat-amat sederhana. 

Dah boleh agak sebab kita semua masih lagi tidak dibenarkan rentas daerah mahupun negeri. Kalau tahun lepas kita sempat beraya bersama, tapi tahun ni kena korbankan perasaan sambut Raya dekat rumah je. 


Sambutan Hari Raya Aidiladha 2021 1422 Hijrah

Macam biasa, dari segi persediaan kami tak buat banyak benda. As usual sebagai emak dan ketua dapur kena lah prepare menu untuk pagi Raya. 

Aku dan suami tak sarung baju Raya pun, hanya pakaikan anak-anak baju Raya tahun sudah dan makan sama-sama. 

Rutin hari Raya lepas siap makan semua akan buat Google meet dan video call dengan Wan, Atuk dan Nenek dekat kampung. Sadis betul cara sambut raya PKP eh. 

Tahun 2022 bila dah tiada sekatan perjalanan, dah boleh bebas sebab COVID dah reda mak buat ibadah Qurban kat kampung. Meriah. 



Jadilah buat lepas rindu. 

Menu tahun ni, aku beli dua batang lemang, masak rendang ayam, rebus nasi impit, kuah kacang frozen dan aku masak sedikit laksa. Lepaskan hajat nak makan. 

Masak Nasi Mandy kambing Menu Raya Haji 2018


Sambutan Hari Raya Aidiladha Di Musim Covid19

Sambutan hari raya seperti sudah dijangka. Biskut raya memang tak buat atau pun beli. Baju pun recycle tahun-tahun sudah punya. 

Buat ala kadar je dan semestinya banyak lagi orang di luar sana yang sedang diuji. Ada yang nak beli makanan pun tak mampu. 

Jadi kita yang masih dapat makan, masih ada juadah di atas meja kena bersyukur dan hargai rezeki Allah berikan. 


Seperti Raya Aidilfitri tahun sudah, kami memang duduk rumah sahaja bagi menjaga kesihatan dan keselamatan di musim Covid ni. 

Seram bila baca berita tentang kemunculan Varian Delta yang cepat merebak sekaligus melonjakkan angka kes. UK paling tinggi kes Covid19 dengan Varian Delta ni. 

Kalau nak tahu Varian Delta ni juga dikenali sebagai Super Strain. Varian Delta dilaporkan 60% lebih cepat merebak dan membawa lebih banyak kematian.

Apa pun, sila jaga diri dan keluarga. Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, semoga kita dapat beraya bersama keluarga di masa hadapan. In Sha Allah. 

Please jaga diri.



Kesan Vaksin Sinovac | Selepas Dicucuk Dos Pertama

Alhamdulillah, aku selamat dicucuk vaksin Sinovac dos pertama pada 14 Julai 2021 yang lepas bertempat di KL Convention Centre, Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah pun mendapat suntikan vaksin lengkap.

Tak kisah apa jenis vaksin yang korang dapat, sekurang-kurangnya kita sudah berusaha menjaga diri dan masyarakat serta menyekat penularan wabak yang merbahaya. So good job guys. Usaha dengan cara kita. 


Kesan Vaksin Sinovac | Selepas Dicucuk Dos Pertama 

Bila sebut tentang vaksin aku agak emosi sebab sekarang tengah panas isu menolak vaksin, memilih vaksin dan isu tak dapat lagi tarikh vaksin.

Benci betul tengok orang bergaduh ni. Hormatilah pandangan setiap orang. Baik pilih untuk di vaksin atau pun tak vaksin. Hidup mereka. 

Sebelum aku teruskan perkongsian tentang kesan vaksin Sinovac ke atas diri aku, let me share proses yang aku lalui sepanjang mendapatkan temujanji vaksin. 

Ikut temujanji seterusnya yang diberikan oleh doktor, dos kedua bakal aku terima ialah pada 4 Ogos depan.

Doakan eh.

Kesan Vaksin Sinovac Dos Pertama


Kronologi Temujanji Suntikan Vaksin Covid-19 Sinovac

Aku mendaftar vaksinasi di aplikasi MySejahtera adalah pada 7 Mac 2021 dan kemudian dinyatakan layak untuk terima vaksin pada 14 Julai 2021.

Sepanjang tempoh bulan Mac ke Julai tu beberapa kali juga aku update info di MySejahtera termasuk lah pastikan alamat aku keluar poskod & pengakuan jika mengandung.

Aku pernah baca, kalau tak keluar poskod tu maksudnya masih tak lengkap maklumat untuk diproses sebab tu lambat dapat tarikh temujanji. Wallahualam.

Cara vaksin berfungsi - baca sini

Langkah seterusnya hanya perlu terima tarikh temujanji yang diberikan dan hadir ke PPV yang dinyatakan. Benda wajib bawa ialah kad pengenalan dan telefon untuk akses MySejahtera.

Benda lain perlu di ambil kira ialah pakai baju yang longgar, sanitizer, bawa pen sendiri, pakai double mask, minyak angin dan pastikan diri tak demam.


Kesan Vaksin Sinovac Dos Pertama


Senarai Vaksin Covid-19 Ditawarkan Di Malaysia

Ramai sedia maklum, rakyat menerima pelbagai jenis vaksin yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia. Setakat yang aku faham, rakyat tidak dibenarkan memilih jenis vaksin COVID-19 sebaliknya bergantung kepada bekalan stok sedia ada di pusat vaksin.

Di Malaysia, terdapat lima jenis vaksin yang tersedia iaitu;

• Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech

• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka

• Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac

• Vaksin Covid-19 recombinant viral vector keluaran Cansino

• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Gamaleya


Kesan Vaksin Sinovac Dos Pertama


Vaksin Sinovac atau Coronavac?

Rezeki aku ditakdirkan dicucuk dengan Vaksin Sinovac / Coronac. Sehingga ke hari ini, penerima Vaksin Sinovac harus melengkapkan dua dos suntikan iaitu di otot bahu. Dos kedua diberikan dalam masa 14 – 28 hari daripada suntikan dos pertama.

Baca lebih di sini Penerangan Tentang Vaksin Sinovac

Nama vaksin: COVID-19 CoronaVac

Negara asal: China

Kandungan: Terdiri daripada virus SARS-CoV-2 yang telah mati dan tidak aktif. Bahan-bahan lain adalah aluminium hydroxide, disodium hydrogen phosphate, monosodium dihydrogen phosphate, sodium chloride, sodium hydroxide, and water for injection.

Vaksin COVID-19 CoronaVac tidak mengandungi alkohol dan bahan pengawet serta tidak diberikan kepada mereka yang:

• Mempunyai sejarah alahan yang teruk

• Sedang menjalani rawatan yang melemahkan sistem imun badan

• Mempunyai penyakit saraf teruk seperti Tranverse Myelitis, Guillian-Barre Syndrome, Demyelinating Disease

• Mempunyai penyakit kronik teruk yang tidak terkawal

• Sedang mengandung atau merancang untuk hamil

• Sedang menyusukan bayi

• Telah menerima vaksin COVID-19 daripada jenama yang lain

 

Kesan Vaksin Sinovac Dos Pertama


Kesan-Kesan Vaksin Sinovac Dos Pertama

Seperti yang kerajaan war-warkan setiapa orang bakal mengalami kesan dan symptom yang berbeza-beza. Ada yang bertuah langsung tak rasa apa-apa.

Untuk diri aku pula pada hari pertama selepas disuntik: diri jadi letih dan tak bermaya. Tempat dicucuk memang sakit dan otot jadi lenguh. Malam tu aku rasa mengantuk, lapar tapi tiada selera  nak makan.

Esok pagi aku bangun, badan semakin segar dan aku jadi rajin nak masak. Teringin nak makan tapi tak berselera.

Hari kedua aku diselubungi perasan loya tapi tak muntah pun. Perasaan nak tidur dan melepek je. Tangan memang terasa agak sakit untuk diangkat. Alhamdulillah, kesan vaksin tidaklah begitu serius.

Sekarang aku masih pantau dan paling penting kena jaga supaya tak demam. Harapnya keadaan baik-baik sahaja sehingga complete dos kedua.


Kesan Vaksin Sinovac Kepada Pesakit Gout

Ini pula adalah pengalaman mak aku yang merupakan pesakit Gout, mild diabetes dan ada penyakit darah tinggi. Diabetes atau kencing manis emak aku masih terkawal cuma sakit Gout yang selalu dirisaukan. 

Pantang silap makan, cuaca terlalu panas atau emosi terganggu pasti Gout menyerang. Setakat ini, faktor-faktor itulah yang menjadi punca mak akan diserang Gout. 

Awalnya emak takut sangat nak terima suntikan vaksin, takut ada kesan teruk disebabkan mak termasuk dalam golongan high risk (Usia emas & penyakit). Selepas banyak sesi perbincangan, timbul kesedaran untuk pergi suntik vaksin. 

Kami adik beradik sepakat tak mahu paksa emak. Memang kami risaukan kesihatan emak, tetapi tak mahu sampai memaksa dan buat mak terasa hati. 

Apa yang berlaku pada mak selepas terima suntikan Sinovac ialah seperti yang dijangkakan Gout menyerang. Hari pertama mak masih baik, hari kedua dan seterusnya emak lemah badan dan dah start sakit badan. 

Anggota biasa yang sakit ialah kaki, tangan dan lutut. Ikut rekod kesihatan emak, kalau pinggang dan peha mula sakit maksudnya perlu rujuk ke hospital. Itu ikut sejarah perubatan kesihatan emak. 

Alhamdulillah, sakit tidak teruk tapi sakit tu berpanjangan. Lenguh dan sakit badan, kurang selera makan, rasa mengantuk dan badan seram sejuk. 

Mak kembali okay beberapa hari sebelum tarikh suntikan vaksin dos kedua iaitu pada 15 Julai. Berat hati nak lepaskan mak terima suntikan kedua sebenarnya tetapi mak nampak yakin dan rela hati hendak di cucuk. 

Syukur sangat, kesihatan emak tidak seteruk semasa menerima suntikan pertama. Mungkin mak lebih bersedia dari segi fizikal dan mental. Keadaan kesihatan emak masih kami pantau. Risau. 


Kesan Vaksin Sinovac Dos Pertama


Pengalaman Terima Suntikan Vaksin di PPV Kuala Lumpur Convention Centre

Bersyukur sangat urusan terima suntikan di PPV Kuala Lumpur Convention Centre sangat smooth. Tak susah sebab boleh terus parking di sana / KLCC dengan flat rate parking RM9. Jangan lah parking merata di tengah bandaraya, kang kena towing naya je.

Nak ke hall sangat mudah sebab ramai petugas termasuk RELA untuk tunjuk arah selain daripada signboard yang ditampal besar. Sukarelawan pun mesra alam, kawasan luas, tak bersesak sebab aku sampai pukul 5 lebih.

Sebelum disuntik, kena lalui beberapa kaunter isi borang, penerangan dan juga pengakuan. Proses dia cepat sangat, tak sempat nak panas bontot. Cuma last sebelum dapat kad vaksin je kena tunggu sekurang-kurangnya 15 minit sebab nak monitor kesan selepas cucuk.  

Doktor akan soal siasat tanya tentang sejarah kesihatan dan terangkan kesan selepas dicucuk. Dinasihatkan untuk makan Panadol jika demam. Kalau berlarutan melebihi tiga hari kena pergi ke Klinik untuk dapat rawatan lanjut.

Sehingga ke hari ni aku masih okay. Alhamdulillah.