Hari Cuti Yang Super Busy

Rodiah Amir

Hari Cuti Yang Super Busy

Semalam Kak Diah suami isteri bercuti untuk setelkan urusan rasmi persekolahan anak sulong, temujanji dengan Doctor untuk Scan kandungan minggu ke 20, appointment untuk maintenance Water Filter Cuckoo dan last but not least COD Wawawax Organic Hair Removal dekat Aeon WangsaMaju.

Full activity dan rushing sangat. Sudahnya macam penat gila.

Awal pagi dah rushing ke Klinik, sebelum tu hantar Raudah ke rumah pengasuh dan Ikhwan ke Taski ABIM. Suami suruh bawak Raudah. Mujur la tak di ikutkan kehendak dia, kalau tak memang mengamuk sakan Raudah. Klinik penuh dengan Ibu mengandung dan baby nak check-up.

Pukul 8.30 pagi sampai pukul 12.00 tengahari baru siap semuanya. Bayangkan 2 jam lebih sahaja untuk menunggu nama dipanggil. Macam ni la kalau check-up di kerajaan. Percuma tapi kena tunggu lama. Alhamdulillah semua ok.

Siap urusan di Klinik terus pick up Ikhwan dan pergi Sekolah kebangsaan desa Setapak Kuala Lumpur. Memang rezeki elok je berjalan masuk kat pintu pagar, pegawai In charge pengambilan Darjah satu tegur kami. Dia perkenalkan diri dan jemput masuk ke pejabat. Mudah urusan. Kalau tak kena menunggu juga lah.

Setel urusan ambil Raudah dan lunch kat rumah pengasuh. Langkah kanan pengasuh baru siap masak. Rezeki lagi. Penuhkan perut sebelum balik rumah. sampai rumah dah masuk Asar. Ready kemas rumah dan tunggu pulak staff Cuckoo datang nak service water filter.

Oleh sebab aku ada COD WawawWax pukul 7 dekat Aeon Wangsamaju, so re-arrange appointment selepas Maghrib. Isya’ baru staff Cuckoo sampai. In mean time ready pulak bahan-bahan for dinner. Masak sayur kangkung goreng, ikan pekasam, sambal belacan dan ulam timun. Makan tak sedar tambah nasi. tak rasa kenyang husband kata, penangan ikan pekasam woi.

Masa staff Cuckoo buat service sempat la borak-borak kosong, tanya pasal Coway and Cuckoo apa beza. Yang aku ingat point dia pasal Coway - RO Water. So sesuai untuk pesakit buah pinggang sebab semua galian/vitamin dah tak ada so buah pinggang tak perlu kerja keras tapis. Kalau Cuckoo kan air dia proses jadi Alkali. Sama sifat seperti air Zam-Zam. Bagus la kan.

Lepas tu dia kata banyak staff Coway jadi maintenance and technician untuk Cuckoo, kalau jadi agent ramai yang pilih Coway sebab Coway bayar mahal untuk komisen agent. Kalau Cuckoo pulak bayar agak mahal untuk maintenance dan technician. Untuk Cuckoo, maintenance dilakukan oleh staff perempuan dan technician adalah lelaki.

Wah dah macam promote Cuckoo pulak. hahhahha. Ini aku tahu sebab dah dua orang suruh aku jadi maintenance staff Cuckoo. Syarat utama kena ada lesen memandu dan kenderaan sendiri. ok fail bab tu.

Hampir pukul 9.30 malam baru siap dan staff tu cakap dia ada lagi dua appointment nak kena setelkan. Kasihannya orang mencari rezeki kan. orang lain dah boleh lurus kaki, ada sesetengah orang masih membanting tulang cari rezeki untuk keluarga.

Aku pulak pukul 10 malam baru nak dinner dan Raudah pun dah start crancky nak tidur. Ikhwan dah lama berlayar. Dan hari aku tamat bila setel basuh pinggan mangkuk dan mata pun dah berat. Dan hari ni kerja seperti biasa. dah rasa macam Monday.


Termenung je. Ambil mood.   
Tags