Tunku Azizah Women & Children Hospital Dah Tukar Nama

Assalamualaikum

Masa mula-mula tahu mengandung dah tak berapa nak panic 
bila fikir kat mana nak bersalin.
Kalau anak ke dua aku memilih Gombak Medical Centre berdasarkan 
review di internet dan juga pakej bersalin yang aku rasa mampu lagi nak tanggung.

Untuk anak ketiga, dah set nak bersalin dengan Doctor Zana juga.
Semoga murah la rezeki aku hendaknya.
Bila suami tanya tanpa ragu-ragu nak bersalin kat 
Hospital Tunku Azizah di Sri Rampai.
Sebabnya Doc Zana dah transfer dan bertugas kat sana.

Sekarang kandungan baru mencecah 5 bulan.
Kalau ikut pengalaman usia kandungan 7 bulan 
baru dibenarkan register di hospital Pilihan.
Masih belum sempat untuk study pasal pakej yang Tunku Azizah tawarkan.

Tapi hari tu sempat whatsapp tanya Doc Zana berkenaan pakej bersalin.
Dan nama Tunku Azizah Women & Children Hospital dah tukar la.
Logo masih sama, nama je lain.
Nama Baru dia Rampai Puteri Medical Centre  

Doc Zana kata mereka dah upgrade services offer.
Ada Paeds units combine.
Untuk detail boleh la contact Hospital tu sendiri.

Doc Zana ada share info pakej bersalin.
Untuk 2017, harga ni masih valid.
Nanti masuk 7 Bulan in sha Allah baru nak walk in ke sana.
Nanti aku share lagi pengalaman kalau jadi bersalin kat sana.

6 Bed - Sharing
Single Room dan mungkin pilih yang ni



Suite ni untuk yang berkemampuan ok la

Aku pernah buat review pasal Gombak Medical Centre. 
Boleh baca sini.  

Perbandingan bersalin di Hospital Kerajaan (2011) dan Swasta (2016).