Kenangan Manis Sebagai Seorang Blogger

Rodiah Amir
9
Apa khabar semua. Alhamdulillah masih bernafas. Entry ni terhasil selepas berjalan-jalan di blog sahabat-sahabat baru. 

Semuanya memberi inspirasi. Yang mana tak sempat nak jenguk, minta maaf ye. In sha Allah akan di usahakan. Internet kurang mengizinkan.

Oleh sebab Semangat masuk tahun baru ni masih ada so nak recall apa yang seronok berlaku tahun-tahun sudah setelah diri bergelar blogger. 

Amboi pengiktirafan sebagai blogger diberikan oleh diri sendiri selepas perasaan minat nak berkongsi info tu timbul. 

Kenangan Manis Sebagai Seorang Blogger

Sebenarnya baru setahun lebih kot aktif menulis. Baru paham sedikit selok belok dunia blogging. Masih jauh dan banyak kena belajar. 

Paling syiok bila blogger-blogger datang comment dan beri pandangan mereka. Terima kasih awak semua. Awak semua sweet.

Antara kenangan manis yang masih aku ingat dan ada beberapa collaboration yang aku rasa tak dapat  dilupakan ialah:


Dijemput oleh pihak Air Asia sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak di Kidzania Kuala Lumpur. Masa ni terjumpa Blogger kecik molek si Yuyu Zulaikha, tapi masa ni sibuk so tak sempat nak wefie dengan dia. 

Paling best dapat bawak anak-anak merasa pengalaman kat Kidzania. Walau penat tapi dapat stay sehingga petang sebab nak tunaikan hasrat anak bujang nak merasa pengalaman kerjaya impian. Boleh baca lanjut kat entry ni ya:


Duit Raya dari Doctor Kevin

Rezeki yang tak di sangka-sangka bila aku selalu kongsi apa yang berlaku kepada anak kedua aku. Masa baby start umur Raudah 5/6 bulan dia di sah kan ada eczema. Tahu apa eczema?

Masa ni hati hancur luluh sebab pelbagai minyak, ubat aku cuba tapi buntu sehingga lah aku jumpa Doctor Kevin. 

Doctor paling baik dan ramah yang fahamkan aku apa itu eczema dan Alhamdulillah treatment serasi dengan Raudah.

Entry tu banyak orang baca dan Doctor Kevin berterima kasih atas review jujur aku tentang Klinik dia. Ramai yang datang selepas baca entry yang aku kongsi. 

Satu hari sebelum bercuti raya, staff Klinik call Doctor Kevin nak jumpa sebelum dia bercuti. Masa tu la Doctor bagi duit Raya dengan ucapan terima kasih.


Menang Steamer dari Butik Manja Ibu

Dapat notification dari pihak Butik Manja Ibu yang aku telah memenangi steamer electric setelah aku shopping kat sana untuk keperluan dan persediaan menyambut bayi ketiga nanti. In sha Allah. 

Owner butik sendiri yang pilih dan aku berbesar hati nak terima. Boleh baca pengalaman aku bershopping dekat sana. Tapi butik ni memang best sebab semua ada. cakap je. Harga pun berpatutan.



Jemputan event

Alhamdulillah jemputan tu ada walau tak banyak mana. Yang mana aku boleh cover aku pergi, mana yang memang clash dengan jadual kerja dan buat masa sekarang aku kena tolak semua jemputan. 

Tak larat dah nak attend. Sedih juga tapi yakin rezeki ada selepas ni. Itu lah orang kata tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? Kita tak tahu. 

Sebagai seorang blogger, sedaya upaya aku menulis review dengan hati yang ikhlas tanpa ada niat nak menjatuhkan mana-mana pihak. In sha Allah.

Itu sahaja yang terlintas kat otak masa ni. Tulis pun bukan nak tunjuk hebat, sekadar nak simpan sebagai kenangan manis pernah jadi dalam hidup.


Tags

Catat Ulasan

9Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Alhamdulillah.. Murah rezeki sis.. semoga makin murah lagi rezeki sis untuk tahun 2018..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, tahniah untuk semua kenangan manis. itu lah berblogging, memang akan banyak kenangan. apatah lagi rakan-rakan blogger ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah tq sis, in sha Allah semoga yg manis2 utk kita semua

      Padam
  3. Wah manis sangat kenangan2 tu!! Heheh ^^ keep going kak :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. moga terus berjaya dalam dunia blogging.. :)

    done follow sini.. :)

    BalasPadam
Catat Ulasan