Cara Delete / Buang Broken Link Dalam Blog

Rodiah Amir
6
Kalau sebelum ni aku langsung memang tak pernah ambil tahu tentang broken link, tapi lepas tahu yang broken link boleh beri kesan kepada performance blog terus aku check broken yang ada dalam blog Rodiah Amir. 

Tak susah pun sebenarnya nak buang broken link cuma perlu ada kerajinan sebab kita kena semak satu persatu link yang disenaraikan ada masalah broken link. 

Selalunya aku akan semak broken link dua minggu sekali. Kebetulan aku memang suka semak performance keseluruhan blog dekat website Grader. 


Cara Delete / Buang Broken Link Dalam Blog

Walaupun tak faham sepenuhnya apa perlu dibuat tapi sedikit sebanyak aku dapat gambaran mana perlu baiki. Boleh baca dekat entry ni kalau nak semak score blog korang. 

 
Baca punya baca antara benda penting yang perlu di ambil kira untuk jadikan blog kita mesra SEO adalah bergantung kepada jumlah broken link yang terdapat dalam blog kita. 

Semakin tinggi broken link, semakin blog tak mesra SEO dan juga sebaliknya.


Cara Delete  Buang Broken Link Dalam Blog

Apa itu Broken Link?

Apa pulak Broken link ni? Bahasa mudahnya adalah dead link, link rosak atau link yang dah tidak wujud. Bila search akan keluar error message. 

Biasa terjadi bila kita masukkan external link mahupun internal link. Sebagai contoh kita tulis artikel review dan masukkan link website yang buat promosi untuk sesuatu tempoh. 

Lepas tamat tempoh, link tu dah tak valid dan tidak boleh di access. Sama juga dengan artikel yang kita tulis kemudian kita masukkan link dari artikel lama. 

Link bertukar menjadi broken link bila kita delete artikel lama tu. Selalu jadi sebab kita lupa dan tak sengaja delete artikel yang telah di link kan. 

Lagi satu, yang selalu menjadi broken link untuk blog aku ialah komen dari reader. Ada sesetengah blogger yang masih menggunakan profile Google+ juga dikategorikan sebagai broken link juga. Kan Google+ dah tak wujud. 


Cara Semak Broken Link Yang Perlu Di buang / Di delete

Apa perlu buat? Ada banyak website yang offer check broken link secara free atau berbayar. Tapi aku selesa guna website Online Broken Link Checker ni dan semestinya percuma je, cuma limit pages’ yang dia semak ialah 3000 pages. Jadi kena la buat banyak kali. 

Step pertama klik link website ini kemudian masukkan URL blog dan masukkan security code. Kemudian tekan button “Find Broken Links Now!”. 

Tunggu la sehingga website selesai semak broken link yang ada. Sambil tu boleh buat kerja lain. Amaran: Kena sabar sebab agak lama kena tunggu dia buat full checking.

Cara Delete  Buang Broken Link Dalam Blog

Cara Delete  Buang Broken Link Dalam Blog



Cara Delete Broken Link & Baiki Artikel 


Setelah selesai semak, kita kena delete link yang rosak dan update artikel yang terlibat. Macam aku hari tu, first time buat so excited la kan. Sekali keluar result terperanjat kau beratus broken link munculkan diri. 

Menggigil nak cari dan fix satu-satu. Kenal pasti dan fahamkan response codes yang keluar, rujuk response code dekat bawah ni. 


Cara Delete  Buang Broken Link Dalam Blog



Dah keluar senarai link yang ada broken link, dibahagian “page where found” Klik url untuk tengok artikel yang terlibat dan src untuk tengok lebih detail dekat bahagian mana yang perlu di baiki. 
Klik je src tu dia akan highlight (warna merah) bahagian yang terjejas.


Cara buang broken link dalam blog


Oleh sebab aku tak ada pengetahuan teknikal jadi aku tak reti nak comment panjang lebar part src tu.
Hasil pertama kali semak broken link, penyumbang paling banyak broken link blog aku adalah logo / image (html) yang aku letak dekat sidebar blog aku. 

Penyumbang kedua adalah dari entry giveaway yang aku join. Ada juga broken link di bahagian komen dan apa aku buat ialah ‘delete forever’.

Paling mencabar sepanjang aku cuba buang broken link adalah tak faham bahagian src tu bila melibatkan struktur / template blog. Kadang-kadang kita letakkan pasang widget, image yang kita tak perasan ada masalah. 

Semuanya ambil masa nak faham, jadi untuk korang yang baru nak cuba sila sabar banyak-banyak dan kena rajin. Harap bermanfaat. 
Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. nice sharing, kena check selalu broken link ni... tp malas yg amat nak check walaupun senang.... hehe

    BalasPadam
  2. thnk youuuu. dah check sbelum ni tp x reti nak delete haha.

    BalasPadam
  3. setiap hari dah jadi rutin akan check broken link pada blog saya

    BalasPadam
  4. Nice sharing..terus rasa nak check broken link blog sendiri gak.. jmr23.com

    BalasPadam
  5. detail penerangan RA ni.
    Nice sangat! Thanks for sharing ye RA

    BalasPadam
Catat Ulasan