Dugaan Besar Semasa bertunang

Rodiah Amir
16

Dugaan Besar Semasa bertunang

Baru lepas tengok video Elfira Loy yang mengalirkan air mata bila wartawan tanya tentang kisah putus tunang dia. tersentuh juga la hati perempuan akak ni. Salute dengan dia yang taat akan kehendak ibu bapa dan dia percaya dengan naluri parents dia. 

Salam takziah untuk kedua-dua nya. Berat dugaan mereka. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tak gitu? Akak pun sempat merasa jadi tunangan orang. 


Elfira Loy break up 


Tak lama pun, dalam 5bulan kalau tak silap. Memang seram nak bertunang lama-lama. Masa tu fikir apa pun rintangan melanda mesti kena berkahwin juga. Kena jaga aib keluarga. Alhamdullillah rezeki akak, berjodoh dengan suami sehingga saat ini. Harapnya sampai ke syurga la jodoh ni berkekalan. Aamiin. 

Kalau sebut bab dugaan semasa tempoh pertunangan memang banyak. Pernah la juga sampai give up dan mengalah je. Rezeki, pasangan akak kuat. Dia la yang banyak bersabar. Dia lebih waras dan tak cepat panik. 

Kadang-kadang simple je penyebab dia tapi boleh jadi besar bila diri tak kuat dicampur godaan syaitan yang takut sangat umat Nabi Muhammad nak bina masjid. 

Masa tempoh bertunang la hati akan ragu-ragu dengan pasangan. Kerap bergaduh dan rasa macam pasangan berubah jadi orang lain dan tak paham diri kita.  Ada juga kes lagi teruk bila kekasih lama muncul kan diri setelah lama berpisah. 

Emosi macam Roller Coster

Bila dah sah jadi tunangan orang masa ni la semua perasaan akan bercampur. Gembira, takut, ragu-ragu, tak yakin dan macam-macam rasa yang timbul. Ditambah badan dan jiwa yang penat nak siapkan segala persiapan lagi la emosi tu jadi tak stabil. Masa ni la rupa sebenarnya muncul. 

Duit

Kita dan pasangan elok dah rancang nak buat ikut budget semampu habis tapi kena ambil kira juga pendapat ahli keluarga. Mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang. Kena bijak mengatur perbelanjaan sebelum dan selepas bekahwin. Tak kan nak makan pasir lepas semuanya selesai kan?

Kenangan Silam

Kekasih dan kenangan lama tiba-tiba muncul semula. Hati mula goyah dan tak yakin dengan keputusan yang diambil. Banyakkan la solat istikharah supaya Allah tunjuk jalan kepada kita. 

Keluarga 

Dapat keluarga yang lebih sudu dari kuah memang tragis. Segala hal keluarga nak masuk campur. Cuba elak terjerumus dalam keadaan yang diluah mati mak ditelan mati bapak. Ambil pendekatan berlapang dada dan fikir positive. 

Apa pun setiap apa Allah aturkan pasti ada hikmah. Good luck untuk bakal pengantin. Stay strong dan untuk yang sedang dalam musibah tu percayalah, anda adalah orang terpilih dan kuat nak tempuh segalanya. 


Tags

Catat Ulasan

16Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. dugaan bertunang memang berat...
    penuh dengan cabaran...

    BalasPadam
  2. Mmg byk dugaan bertunang kan ... Kak pip tunang 2 minggu saja, lepas tu bajet nak kawin kita dah tetap taknak over budget.. Time kawin tu, mmg tiada pelamin, just makan2 saja ... Ahli keluarga ada juga yg mcm tertanya2, eh why tak sanding... Tapi pekakkan telinga sajalah
    ..

    BalasPadam
  3. tersentuh gak tengok video elfira dekat youtube

    BalasPadam
  4. Every stage is a challenge... Wedding is just one day, but marriage is for whole life..

    BalasPadam
  5. betul tu..cubalah yg terbaik & doa yg baik2..

    BalasPadam
  6. Things happened for a reason. Yang penting kita kena tabah menghadapi the reality in life. Not everything according to our plan.

    BalasPadam
  7. betul tu kak mmg byk dugaan masa bertunang.... semoga akak dan suami kekal till jannah....

    BalasPadam
  8. Bercinta , bertunang , berkahwin semua ada ujian kan .. yang penting diri kita sendiri dan pasangan kena kuat ..

    BalasPadam
  9. Hemm.. betul tu.. bertunang ni banyak dugaannya .. sebab tu orang tak bagi bertunang lama-lama.. memang tak dinafikan time tu lah ada je maslaah datang tiba-tiba..

    BalasPadam
  10. sebab tu orang panggil darah muda semasa fasa pertunangan ni..macam-macam dugaan tiba2 muncul..kena kuat lah hadapi semua tu

    BalasPadam
  11. i was once almost married and was called off due to the before marriage syndrome. it seems like is not easy to handle those feelings and thanks god i feel so good with myself now. Perhaps being single is my lovely choice.

    Racheal

    BalasPadam
  12. There's so many difficulties we facing in our life! This is part our life though, Good luck and Stay strong who ever facing those difficulties. In the end, Loves win =)

    BalasPadam
  13. For me, weddings are huge parties and marriage is a life long journey. That's why it is wise to invest for marriage than wedding.

    BalasPadam
  14. It is a stage of life that everyobe has to go through. Just embrace what you have and enjoy your life to max. Not making all the worries overwhelm you.

    BalasPadam
  15. Well, I'm single myself but can sense some of the emotions that people go through during engagement period. That's why some friends I know malas nak tunang. Straight away kahwin je.

    BalasPadam
  16. That's why i didn't even bother untuk tunang! kahwin je terus..

    BalasPadam
Catat Ulasan