Makan Sedap di Makan Culture Melawati Mall

Rodiah Amir
24
Alhamdulillah beberapa hari lepas dapat jemputan untuk mencuba menu yang terdapat di Restaurant Makan Culture sempena pembukaan cawangan baru, di Melawati Mall Kuala Lumpur.  Kak Diah pernah makan di salah satu cawangannya di Aeon Big Wangsamaju. 

Makan Culture merupakan Café yang berkonsepkan Asian fusion food yang semestinya mendapat sijil Halal. Idea mereka adalah untuk memasukkan unsur kreatif/fusion ke dalam menu Asian yang ditawarkan. 

Makan Sedap di Makan Culture Melawati Mall


Jadi kiranya mereka telah melakukan inovasi dan menjaga kualiti. Jangan risau, walaupun makanan mereka telah di modenkan tetapi harganya masih reasonable. 

Makan Culture is an expanding franchise, set up in 2015 to promote Asian-based fusion food. Utilising only the finest Halal ingredients, the café concept serves a variety of meals that are noticeably Malaysian in taste. 

Restaurant Makan Culture ni terletak di Level 3 Melawati Mall dan berhampiran dengan escalator. Sangat senang kalau nak cari. 

Hiasan dalaman dia simple dan sedap mata memandang. Tak terlalu sarat dengan hiasan, restaurant ni juga sesuai untuk seisi keluarga. 

Senarai kedai makan dalam Melawati Mall korang boleh cuba. 


Makan sedap



Melawati Mall

food

Kalau datang sini kak diah nak suggest Dua signature dish yang perlu awak cuba iaitu Nasi Volcano dan Buttermilk Chicken. Memang terbaik, kena sangat dengan selera Asian. 

Signature Dish Restoran Makan Culture


Nasi Volcano

Nasi ni ada tiga bintang utama; Chicken Chop yang crispy, kemudian diselubungi oleh telur dadar dan bawah sekali adalah nasi goreng. 

Disekeliling dia pula di banjiri oleh kuah. Kata Volcano kan? Tapi jangan risau, kuah tu tidak sama sekali melembikkan nasi. 

Portion dia besar dan akak gagal habiskan sebab terlampau kenyang. Rasa dia? Kuah dia creamy dan rasa iras-iras tomyam. Sedap woi. Tak menyesal pilih. 

Rating: 4/5 bintang
Tahap kepedasan: 2/5 bintang


cadangan tempat makan


Buttermilk Chicken

Buttermilk Chicken boleh pilih untuk dimakan bersama Nasi, atau bun. Tapi of course tekak Melayu haruslah pilih Nasi Bon-bon (Japanese Rice). 

Menu ni tak pedas langsung jadi dia tak masuk list favourite akak. Tapi part creamy dia memang terbaik. 

Rating: 3.5/5 bintang
Tahap kepedasan: 0.5-1/5 bintang


makan sedap


Burger Banjir

Pilihan yang akak nak cuba in next visit adalah Burger Banjir atau nama barat dia Sloppy Burger. Dihiasi dengan Special Curry Sauce & Cheesy Mayonees membuatkan selera makan akak tak keruan. Angau ok. 


makan dan blog


Menu lain yang kami cuba seperti Spaghetti Olio, Special Claypot Curry, Cheezy Chicken Steak, Yong Chow Fried Rice. Semua tak menyesal order. 


food blogger makan


Antara air-air yang telah Berjaya di hipster kan; Triple Chocolate, Cookies & Cream, Teh Tarik Leleh dan banyak lagi. 





Korang patut pergi. Atleast sekali. Overall, tempat makan selesa, decoration simple, makanan sedap dan harga masih mampu bayar. 

Tags

Catat Ulasan

24Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Oh my! Their drinks are as yummy as their food..
    So tempting to try.. Looks delicious!

    BalasPadam
  2. Sempat merasa haritu. Kat sini, semua sedap serius. Air milo pun sedap!

    BalasPadam
  3. Semua menu nampak meriah je cara present nya.. Burger banjir tuu haa

    BalasPadam
  4. Alaaaaa..semuanya memikat kalbu la...sedapnya...SA pernah nampak yang kat Wangsa Maju tapi tak singgah plak makan kat situ..nanti nak singgah..,nampak sedap tu ha..

    BalasPadam
  5. Sukanya tengok konsep kedai ni! Nampak chic gitu. Makanan dia pun nampak mengancam betul! Bolehlah nanti try bawak kawan-kawan ke sini! Nak melepak pun best!

    p/s: Saya dah follow blog ini. Jemputlah ke blog saya ya! www.hasifhamsyari.com

    BalasPadam
  6. menu disini semuanya nampak sedap.yang penting halal kan..itu lah kita cari..Kalau dekat ni,nak jugak cuba makan disini

    BalasPadam
  7. Kalau datang sini memang nak try nasi volcano dengan buttermilk chicken tuh.nampak sedap sangat

    BalasPadam
  8. Lihat postingan blog banyak makanan yang menggoda selera makan. Makan culture ya... pastinya enak nih

    BalasPadam
  9. memang nampak sedap semua makanan tu tapi i seram tengok yang melimpah limpah tu,, seram potong kaki huhuhuh tapi yang Spaghetti Olio sedapnya... selalu buat tu heee.. nanti nak singgah melawati mall la sebab ada banyak voucher nak kena gunaaa

    BalasPadam
  10. waduhh...tolong oksigen pleasee..menarik sangat ni menu2 dia. harus isnggah kalau lalu sana. tq share info ni. ish..kalau tak lalu pun kena buat lalu nih

    BalasPadam
  11. Alamak !! Menyelerakan sungguh makanan2 di situ. Nak kena cuba nie. Milkshake dorg kreative cara penghidangan. Mengundang sgt nie. Nak jugak !!!

    BalasPadam
  12. teh tarik leleh!!!!
    byk makanan nyer yg best la nampak kat gambar. aduhai :)

    BalasPadam
  13. Saya pun rasanya pernah datang ke sini.

    Makanan pun sesedap semuanya. Yang penting harga pun not bad.

    Sedap. Haritu saya pergi yang cawangan Cyberjaya

    BalasPadam
  14. Amboi Amboi sedapnyaaaaaaaa makan. Nanti nak cuba makan dekat sini. Harga pun not bad. Hehe. Melawati mall ni tinggi benor. Nanti terus naik lift tekan Tingkat 3.hehe

    BalasPadam
  15. Wahhh nampak menarik ya makanan dan minuman dia. Belum pernah lagi pergi ke Melawati Mall ni. Nanti kalau pergi ke sana bolehlah sis cuba makanan kat sini

    BalasPadam
  16. Tak pernah jejak lagi Melawati Mall Kuala Lumpur... Tengok macam meriah je dekat sana.. Ada banyak kedai dibuka disana.

    BalasPadam
  17. Wah mrngancam jugak makanan dia. Pernah ke Melawati mall 2 kali sebab event. Masa tu x banyak kedai bukak lagi.

    BalasPadam
  18. Nampaknya nak kena pegi jugak la ke sana....memang teiur tgk makanan dan minuman yang disediakan tu...tertarik lg menarik kan Dilah...😍

    BalasPadam
  19. Buttermilk chicken tu nampak menyelerakan. Pekena dengan nasi panas. fuh..overall makanan nampak sedap..air lak nampak cam manis giler..hehe

    BalasPadam
  20. Ayiooo air tu sangat menggiurkan kita rasa macam nak pergi cuba lah tapi manis sangat tak hehehehe makanan pun sedap juga...

    BalasPadam
  21. Ya Allah lazatnya air-air tu - terus Rawlins meleleh nak minum kat Makan Culture. Yes please - Rawlins akan ajak rakan-rakan ke sana kelak. Thanks sebab sharing

    BalasPadam
  22. Semua sedap-sedap kan menu kat sini, harus datang lagi..

    BalasPadam
Catat Ulasan