Pengalaman Menginap Di M Boutique Hotel Ipoh

Rodiah Amir

Pengalaman Menginap Di M Boutique Hotel Ipoh 

Masa bercuti ke Movie Animation Park Studio (MAPS) bulan lepas, kami telah memilih untuk menginap di M Boutique Hotel Ipoh. 

Banyak sebab kami pilih hotel ni tapi paling utama adalah berdasarkan review pelanggan yang pernah stay dekat sini.

Banyak sebab sebenarnya kami pilih Ipoh sebagai destinasi percutian kali ni. Misi utama adalah nak food hunting, nak makan dimsum. 

Hotel M Boutiqe juga termasuk dalam 10 best hotel dekat Ipoh oleh Tripadvisor. Memang sepatutnya kalau nak dekat dengan MAPS kena menginap di Hotel Casuarina. 

Tapi sebab tergoda dengan review dan juga gambar-gambar orang kongsi terus nekad nak book M Boutiqe Hotel. 


Hotel-Lobby-M-Boutiqe-Ipoh


Jalan-Jalan Cari Makan Edisi Ipoh 

Dua perkara nak buat masa cuti ke Ipoh adalah nak makan Halal Dimsum dekat Restoren Green Dimsum dan bawa anak-anak berhibur ke MAPS. 

Nak bergambar dengan Boboiboy dan pergi Café TokAba. Lokasi M Boutiqe Hotel sangat-sangat dekat dengan tempat yang dituju jadi memang seronoklah. 

Percutian ke MAPS Ipoh memang puas hati.

Lagi pun jarak dari M Boutiqe Hotel ke MAPS tak la jauh sangat. 30 minit kalau jalan sesak, 15 minit kalau jalan clear. Kira masih ok. 

Ini merupakan hotel boutique kedua kami pernah menginap. 
Sebelum ni masa tahun 2016 kami pernah stay di Hotel Boutiqe di Melaka. 

Kami menginap selama 3 hari dua malam dan book bilik Suite. Kenapa suite? Sebab itu antara bilik paling besar yang ada dan kami utamakan keselesaan. 

Harga boleh semak di Agoda dan website seangkatan sebab selalu berubah kan?  
Kami book bilik sekali dengan sarapan. Nak mudah sebab nak bergerak awal pagi dengan anak kecil memang mencabar. Pergi masa cuti bersambung bulan September. 


Staycation-M-Boutique-Hotel-Ipoh


Kenapa Perlu Pilih M Boutiqe Hotel


#1 Hiasan Dalaman Dan Dekorasi Cantik 

Jatuh cinta dengan hotel ni sebab hiasan dalaman dan dekorasi hotel ni lawa gila. Setiap sudut cantik kalau nak selfie. Ruang lobby dekat kaunter nak check in pun meriah hiasan dia. 

Meriah dengan sofa dan selesa. Pendek kata setiap inci hotel ni memang tersedia hiasan dan prop untuk bergambar. Tuala, cadar, mandian disediakan dan bersih, tidak berbau, dan paling penting tak berkarat. 



#2 Lokasi 

Bagi Diah yang tak berapa nak arif tentang lokasi ni rasanya kalau menginap di M Boutiqe Hotel ni kira bagus sebab dia kat tengah-tengah dengan tempat yang kami rancang nak pergi. 

Orang Ipoh sila betulkan kalau salah info ni. Dekat dengan Restoren Green Dimsum Halal, tak jauh sangat dari MAPS dan senang nak cari. 


#3 Kemudahan Dalam Hotel

Sempat jenguk gymnasium, ruang rehat untuk baca surat khabar dan majalah, Komputer disediakan untuk melayari internet, bilik iron baju dan juga mesin basuh untuk kegunaan pelanggan. 

Semua dalam keadaan masih elok dan bersih. Hotel ni tak ada kolam renang ya.


Bilik-M-Boutique-Hotel-Ipoh


#4 Kemudahan Parking

Antara kemudahan yang Diah paling utamakan adalah kemudahan untuk parking kereta sebab masih teringat pengalaman bercuti yang lepas. 

Serik betul sebab terpaksa parking kereta jauh dari hotel dan di saman oleh Majlis Perbandaran gara-gara parking hotel tiada. 

Pelanggan M Boutiqe hotel boleh tarik nafas lega sebab ada parking yang cukup dekat bahagian belakang hotel. 


decoration-M-Boutique-Hotel-Ipoh




#5 Sarapan Pagi

Untuk pilihan sarapan pagi, hotel ada sediakan dua pilihan iaitu Asian Style (Restoren Old Town White Café) atau Continental Style (IMYTH Eatery & Bar). 

Beza dia adalah Continental style memang English Breakfast Style so tak jumpa la nasi lemak. Diah suka Asian style sebab Old Town Coffee. 

Walaupun breakfast dia tak la semewah hotel-hotel lain tapi cukup la untuk alas perut. 



#6 Staff Mesra Pelanggan Dan Mesra Keluarga

Tiada masalah masa nak check in mahu pun check out. Bilik tersedia on time, sentiasa tersenyum dan pandai explain tempat menarik dekat Ipoh. 

Baik dari penyambut tetamu sampailah ke pelayan Coffee House. 

Dilema yang selalu Diah hadapi bila nak book hotel adalah nak yang kena dengan bajet, bersih dan selesa. Almaklumlah berjalan dengan anak kecil memang pilih hotel yang mesra keluarga. 
Tujuan utama ke Ipoh pun sebab nak enjoy dekat MAPS. 


Bila balik hotel nak berehat kena la cari hotel yang sedap mata memandang dan selesa. Jadi M Boutiqe ni memang sesuai sangat dengan apa yang Diah bayangkan. Selamat, bersih, selesa dan privacy terjaga. 


Selamat Bercuti!



Tags