LELAH DENGAN KEHIDUPAN JUST A RANDOM TALK

LELAH DENGAN KEHIDUPAN JUST A RANDOM TALK |  Assalamualaikum. Pernah rasa lelah dan berat nak meneruskan kehidupan?

Aku rasa itu perkara dan perasaan biasa yang semua orang akan rasa. Terpaling lelah bila penat berusaha tapi masih belum bertemu hasilnya.

Weekend kebiasaannya akan jadi hari tersibuk aku dalam kehidupan. Kalau orang lain sibuk bekerja pada hari biasa, surirumah macam aku akan mula 'bekerja' pada hari Sabtu dan Ahad.

Mana tak nya Big Boss merangkap suami dan anak-anak ada 24 jam depan mata.



Weekend juga lah aku akan cuba curi masa untuk update semua perkara dalam blog. Kemas kini plan untuk seminggu dan kemas rumah sebab hari biasa anak bongsu lebih suka melekat tak izinkan aku bergerak bebas.

Weekend aku selalunya akan keluar beli barangan dapur, kemudian balik kemas stok dan memasak. Benda tu duk ulang over dan over dan over. Sebab tu terkadang jadi lelah.

Bukanlah aku menyesal atau aku kata surirumah is a night mare. Tak pun cuma how we handle it. Dia akan jadi rumah ku syurga ku atau sebaliknya.

Semoga Hari Isnin aku lebih ceria.

Cuma aku terfikir, sampai bila ya semua putaran ni akan terus bersilih ganti. Masa keluar makan tadi, niat nak melawat pakcik yang pernah jaga anak sulung aku dari umur tiga bulan sampai umur Ikhwan tiga tahun.

Rupanya dia diserang strok awal tahun lepas, dan baru-baru ni dimasukan ke Hospital sebab bacaan kencing manis terlalu tinggi.

Bila aku mesej anak pakcik, dia kata Pakcik dan tiada. Kelmarin pakcik tinggalkan kami semua. Tak lama pun jarak masa.

Sedihnya hati. Terkilan pun ya juga. Semoga pakcik tenang di sana. Pakcik orang yang baik, tak lokek senyuman, murah hati dan kuat bekerja.

AlFatihah.

Post a Comment

4 Comments

  1. Mcm ni lah kehidupan, kerja rak pernah habis, be it surirumah or working mom ... Stay happy ok.

    ReplyDelete
  2. mungkin akak kena ubah jadual dan selitkan something yang buat akak happy/keluar dari rumah sebab mungkin akak duduk di satu tempat dan buat rutin yang sama. Masa jobless haritu pun buat macam tu jugak. Takziah ye untuk pakcik akak, semoga roh dia dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  3. Normal kadang2 kita down dalam hidup, itulah kehidupan. Kembali kepada Allah, mintak doa daripadanya supaya kita sentiasa diberi kebahagian walaupun penat menguruskan hal2 dunia. Al-fatihah buat arwah pakcik Rodiah..

    ReplyDelete
  4. rasa lelah tu normal. cuma kena tau mcm mana nak min rasa tu. u can do it.

    semoga dicucuri rahmat ke atas roh pakcik tu.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.