Pot Luck Raya Aidilfitri 2019

By Rodiah Amir - July 08, 2019

Pot Luck Raya Aidilfitri 2019 | Assalamualaikum. Walaupun Raya dah habis tapi masih lagi nak kongsi cerita sambut raya dengan ex-collegue company last aku bekerja. Alhamdulillah dapat sambut raya bersama masa minggu terakhir Syawal tu. 

Plan nak buat pot luck bertemakan raya la semestinya tapi end up dengan menu makan tengahari. Ya ampun enjoy dan meriah dengan gelak tawa. 

Alhamdulillah ukhwah masih terjaga dan terima kasih kawan-kawan masih ingat dan ajak aku join korang. sobs. 


"Potluck adalah perhimpunan di mana setiap tetamu atau kumpulan menyumbang hidangan yang berbeza, buatan sendiri untuk dikongsi bersama. "- RIP google translate lol -


Dah namanya pun potluck, jadi masing-masing bawa makanan kepakaran masing-masing atau lebih tepat menu yang pandai di masak. Kahkahkah.

Aku bawa ayam bakar, sayur campur dan nugget. Hai ayam bakar seksi. muahh. Jadi hari tu ada ketupat palas jagung, Kek Lapis Sarawak, Sambal Udang Petai, Rendang Daging, sayur campur, telur masin, ulam, serunding, kuih muih, buah-buahan dan kek.


Ni air glamour nama dia Air Soda herba ke apa aku lupa. Tapi dalam ni ada lemon, asam boi, ice cream soda, dan serai. Pun ketagih nak minum.


Geng Potluck Raya 2019 terdiri daripada: 

Finaz - Rendang Daging
Bel - Kuih Nona dan cream puff
Rica - Ketupat Palas Jagung, serunding & Air Soda
Kak Aisyah - Tuan Rumah yang sediakan nasi, sambal udang petai, telur masin, ulam
Kak Salina - Kek Lapis Sarawak


Budak dua orang ni tak kira dah raya ke apa bila dah dapat mainan. Masa ni tengah elok tak berebut. Selain daripada masa ni semuanya asyik la berebut. 


Well, sesekali berjumpa memang tak sah kalau tak gelak besar. Lepas penat makan, sembang then ajak bergambar. Memang tak sah kalau tiada gambar posing macam ni. Love you all. 



12 Menu Potluck Menarik & Mudah


  1. Nasi Impit Kuah Kacang
  2. Kek Batik & Puding
  3. Roti Jala & Kari Ayam
  4. Rendang Ayam
  5. Spagethi Bolognese
  6. Nasi Lemak
  7. Mee / Bihun Goreng / Sup
  8. Piza
  9. Popia Cheese
  10. Donut / Bombolini
  11. Sandwhich 
  12. Buah-Buahan


  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Ray rasa tahun ni raya ramai gila tgk semua org beraya smpi last days. mmg beraya sakan. tp ray relax je la tgk org haha

    ReplyDelete
  2. Cadangan menu potluck tuu semua onzz. Sedapp tu. Seronok sesekali berkumpul macam ni kan.. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. seronoknya dapat bergather2 dgn ex colleague gini dpt mengikat tali persaudaraan sesama islam kan

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.