Resepi Roti Kukus Sosej Cheese Leleh Simple & Sedap

by - September 30, 2019


Resepi Roti Kukus Sosej Cheese Leleh Simple & Sedap

Resepi roti kukus Cheese ni dah banyak kali viral di Facebook. Setiap kali lalu dekat feed mesti aku terliur nak buat. Lepas beberapa kali tangguh, baru-baru aku cuba buat roti kukus sosej cheese leleh versi aku sendiri.

Bahan-bahan pun mudah dan murah je jadi jom lah kita cuba buat. Suami dan anak-anak suka betul bila aku buat. Masa first buat, waktu malam sebab bosan nak makan nasi. Tak cukup sorang satu ok. Sesuai untuk korang yang suka cheese.

Resepi Roti Kukus Sosej Cheese Leleh

Resepi Roti Kukus Sosej Cheese Leleh Simple Tapi Sedap

Kebanyakan resepi aku tengok orang guna roti hotdog yang panjang tu. Agaknya kalau pakai roti tu lagi sedap agaknya. Aku guna roti Gardenia yang keping tu je. Pon sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat roti kukus sosej cheese leleh ialah:

Roti Keping Gardenia
Mentega
Sosej
Cheese
Sos Cili
Mayonese

Gambar roti sebelum di kukus. 

Roti Kukus Sosej Cheese Leleh Simple & Sedap

Cara-cara membuat Roti Kukus Sosej Cheese Leleh  adalah:

  1. Goreng atau rebus sosej sehingga masak. Aku prefer rebus sebab suka rasa manis sosej tu. Kalau korang dah biasa goreng silakan goreng ikut selera masing-masing.
  2. Sapu roti Gardenia dengan mentega.
  3. Letakan sosej di tengah-tengah roti kemudian selimutkan dengan kepingan cheese.
  4. Rapatkan roti di dalam pengukus. Aku guna pengukus Tupperware dan didih kan air dalam kuali je.
  5. Pastikan air mendidih baru kukus roti.
  6. Kukus roti selama dua minit atau sehingga cheese cair. Roti jadi tak sedap kalau over kukus.
  7. Tuang kan sos dan mayonese.

Resepi Roti Kukus Sosej Cheese

Sedap dimakan ketika masih panas dan cheese masih cair.
Anak aku memang akan sentiasa request roti cheese bila bosan makanan berat. Roti kukus sosej cheese ni sesuai sebagai menu breakfast, menu petang mahupun snek waktu malam.

Cuma, jaga kesihatan ok. Lebih bagus kalau sosej tu buat sendiri dan instead of guna sekeping cheese korang guna separuh cheese je lah.

Resepi Roti Kukus Sosej Cheese Leleh Simple & Sedap

Lepas tu letak lah sayur-sayuran hijau macam salad tu atau timun dan tomato. Tak la nampak macam makanan yang berdosa. Kah kah kah.

Jangan lupa bersenam ya. Wah jadi coach kesihatan pula.

Selamat mencuba korang.


You May Also Like

0 Comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.