Lirik Lagu Takdir Tercipta OST Drama Lelakimu Yang Dulu

by - September 15, 2019


Lirik Lagu Takdir Tercipta OST Drama Lelakimu Yang Dulu

Sekali lagi Hafiz dan Adira berduet bersama menyampaikan lagu Takdir Tercipta yang merupakan lagu OST untuk drama Lelakimu Yang Dulu dibintangi Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.

Kalau sebelum ni gandingan ni pernah meletop untuk lagu Ombak Rindu, empat tahun yang lepas. Kita tengok lagu Takdir Tercipta ni pula. 

Drama Lelakimu Yang Dulu Ia bakal bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 bermula 19 September ini. Lagu Takdir Tercipta semakin diminati dan mula trending dekat YouTube tau.

Sesekali layan jiwa dengan alunan balada, dengan lirik dia yang menyentuh perasaan lagu ni berjaya mendapat tempat dalam hati aku. chewah.

Aku peminat suara Hafiz mestilah suka je lagu dari dia lol. Korang dengar dan nilaikan sendiri la lagu dia ok.

Image: Adira Suhaimi


Lirik Lagu Takdir Tercipta


Tajuk Lagu : Takdir Tercipta
Penyanyi : Hafiz dan Adira
Penulis Lirik : Ikhwan Fatanna & Arisz Ab Rahman
Komposer : Ikhwan Fatanna & Arisz Ab Rahman

Kau telah tercipta
Bagiku sempurna
Kau adalah penyeri buat hidupku

Andai aku hanyut
Gapailah tanganku
Menuju cinta abadi yang terindah

Ku harap kita selamanya
Setia bersama
Ku tahu kau terbaik tuk diriku

Aku adalah adammu
Ku dambakan cinta ini
Kau takdir yang tak kan ku lepaskan

Aku adalah hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia

Gambaran wajahmu
Hiasi mimpiku
Ini saat termanis dalam hidupku

Kan ku pertaruhkan
Jiwa sepenuhnya
Untuk kita harungi hidup bersama

Ku harap kita selamanya
Setia bersama
Ku tahu kau terbaik tuk diriku

Aku adalah adammu
Ku dambakan cinta ini
Kau takdir yang tak kan ku lepaskan

Aku adalah hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia

Ku terus berdoa
Bersyukur pada yang Esa
Dikurnia insan sempurna sepertinya

Aku serahkan segalanya
Demi cinta setia
Moga terbina mahligai kita
Di syurga selamanya

Aku adalah hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia

Aku adalah adammu
Ku dambakan cinta ini
Kau takdir yang tak kan ku lepaskan

Aku adalah hawamu
Kau pimpinlah jiwa yang menanti
Hamparan bahagia

Kau telah tercipta
Bagiku sempurna
Kau adalah penyeri buat hidupku

Official Lyric Video Takdir Tercipta

Nova Music Videos dah pun lancarkan official video untuk peminat layan lagu ni. Enjoy!


You May Also Like

2 Comments

  1. ada lagi duet ni. nice

    btw kak, saya rasa header iklan akak ni telah tutup 50% daripada desktop screen version. nasihat saya mungkin akak boleh turunkan iklan tu supaya pelawat di blog ini lebih senang untuk dapatkan info di blog ini. terima kasih

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.