Resepi Pancake Gebu
Kurang Manis Mudah | Kalau korang dah bosan makan pancake yang biasa-biasa, dan
teringan nak makan pancake gebu dan kurang manis korang patut cuba resepi
pancake gebu kurang manis olahan aku sendiri.
Sebelum ni aku kalau nak makan pancake aku sanggup beli
tepung pancake instant tu. Tapi manis dia memang tahap potong kaki. Puas aku
adjust masih lagi manis.
Kemain kan makan pancake, kalau mak aku kat kampung dia
panggil lempeng je lol. Tapi beza nya pancake ni tebal dan lembut.
Kalau lempeng tu dia sedikit nipis dan kenyal. Lebih sedap
makan cicah kari. Pancake pulak sedap makan dengan syrup dan buah-buah.
Sesekali nak feeling orang putih boleh la buat sarapan
pancake. Jom tengok resepi mudah nak buat pancake gebu kurang manis.
Resepi Pancake Gebu
Kurang Manis
Nak buat Pancake gebu kurang Manis ni senang je, yang utama
korang kena ada mixer. Kalau tak memang lenguh la nak pukul telur.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
1 biji telur gred A / B
2 sudu kecil gula
1 ½ cawan tepung kek
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil butter yang dicairkan
Sedikit garam
1 ½ cawan air (masukkan sedikit demi sedikit ikut keperluan)
Cara -cara membuat Pancake Gebu Kurang Manis.
Asingkan telur putih dan pukul bersama gula sehingga menjadi
tanduk.
Dalam bekas lain satukan tepung, esen vanilla, butter yang
dicairkan, kuning telur, garam dan air. Kacau sehingga semuanya sebati.
Masukan sedikit demi sedikit telur putih yang telah dipukul
tadi ke dalam bancuhan tepung tadi.
Kacau rata dan masak di atas kuali non-stick.
Siap dihidang dan sangat sedap dimakan ketika masih panas.
Aku suka hidangkan pancake dengan jem, madu, dan buah-buahan
untuk makan pagi masa hari minggu. Setakat ni pancake berjaya buat perut
kenyang sampai makan tengahari.
Selamat mencuba.
kalau teringin nak makan pancake boleh try resepi ni..hehe
BalasPadamklu u buat kat i xprlu manis..tgk muka u pun dah rasa manis..hihi
BalasPadamterima kasih atas perkongsian. boleh suruh kawan buat ni hehe
BalasPadamboleh try buat pancake pulak nanti hihihi
BalasPadamMrs. A pun kalau buat pancake selalu guna tepung pancake yang instant tu.
BalasPadamTapi tengok resepi ni macam lebih menarik pulak kejadianya.
Catat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.