Cuma seorang emak yang suka menulis tentang kehidupan, anak-anak dan pengalaman harian. Kalau ada cerita yang boleh beri manfaat, aku kongsikan di sini.
Pengalaman Baby Songsang kembali Normal
Ini adalah sambungan dari entry aku risau tentang kedudukan baby aku yang SONGSANG walaupun dah masuk minggu ke 38 kan?
ok masuk minggu ke 39, 3 hari aku buat follow up lagi dengan doctor Zana. Tak dapat bayangkan kerisauan aku masa tu.
So dari tempoh 12 Jan ke 20 Jan 2018 tu semua tips yang aku share untuk baby SONGSANG semua aku buat. sujud paling lama aku buat 3 kali sehari, 7 minit setiap sesi.
Pengalaman Baby Songsang kembali Normal
Aku dah stop solat duduk dan aku paksa diri solat untuk macam orang normal walau aku kelihatan seperti katak puru. Seksa woi tapi sebab nak anak kepala ke bawah buat juga.
Aku kurangkan duduk dan berjalan
sekitar rumah. Tak larat aku stop. Hari-hari aku bercakap dengan baby, kali ni
versi tegas. Sebelum ni aku cakap versi lemah lembut manja tak jalan sangat. Kihkihkih.
Alhamdulillah dengan
berdebar-debar akhirnya tadi doctor Zana scan dan kepala baby stay kat bawah. Fiuh..
bersyukur sangat. Sebelum ni aku berjaga-jaga supaya jangan bersalin selagi
kepala belum ke bawah, so aku limitkan pengambilan gula dan pergerakkan.
Tapi tadi lepas semua confirm
terus aku menjerit kegembiraan depan doctor. Doctor kata suruh banyak berjalan
dan suruh buat exercise squad atau jalan itik. Makan nenas, minum air kelapa
muda, makan minyak kelapa dara. Memang seronok la aku dengar. In sha Allah.
Semoga baby duduk baik-baik di kedudukan sepatutnya sehingga la waktu keluar nanti ya. Aamin.
Semoga baby duduk baik-baik di kedudukan sepatutnya sehingga la waktu keluar nanti ya. Aamin.
Sekarang nervous lagi nak tunggu
nak bersalin tapi atleast aku tahu baby dah kepala ke bawah. So lepas je check-up
terus ikut suami jalan-jalan kat mall lepastu sambung pergi pasar malam.
Ada makcik
tegur perut aku dah jatuh ke bawah katanya. Dia kata entah-entah aku bersalin
malam tu juga. Hoi seram mak cik buat lawak. Sabar la, biar dia keluar bila
tiba waktunya ya.
Alhamdulillah syukur kepada Allah
atas semua nikmat. Moga dipermudahkan urusan aku bersalin. Mengandung anak
ketiga di usia 30-an memang banyak cabarannya. Lepas ni boleh stop dah kot.
seram kau.
Alhamdulillah, Aku selamat bersalin pada 20 Januari 2018.
Photobook Murah Hanya RM8.48
Photobook Murah Hanya RM8.48
Alhamdulillah photobook yang ditempah sudah pun selamat
sampai. Service pun cepat.
Excited masa nak bukak tu.
Excited masa nak bukak tu.
Beli ni bila terpengaruh tengok promosi ni kat FB. Kalau
ikutkan bayar rm8.48 tu adalah untuk postage termasuk GST. Kira free je la
photobook ni.
Siapa tak nak benda free kan?
Masa aku buat ni adalah pada 11 Jan 20178 hari tu.
kalau sekarang aku tak berani jamin masih valid tak promosi ni.
Kenangan Manis Sebagai Seorang Blogger
Apa khabar semua. Alhamdulillah masih bernafas. Entry ni terhasil selepas berjalan-jalan di blog sahabat-sahabat baru.
Semuanya memberi inspirasi. Yang mana tak sempat nak jenguk, minta maaf ye. In sha Allah akan di usahakan. Internet kurang mengizinkan.
Oleh sebab Semangat masuk tahun baru ni masih ada so nak recall apa yang seronok berlaku tahun-tahun sudah setelah diri bergelar blogger.
Amboi pengiktirafan sebagai blogger diberikan oleh diri sendiri selepas perasaan minat nak berkongsi info tu timbul.
Kenangan Manis Sebagai Seorang Blogger
Sebenarnya baru setahun lebih kot
aktif menulis. Baru paham sedikit selok belok dunia blogging. Masih jauh dan
banyak kena belajar.
Paling syiok bila blogger-blogger datang comment dan beri pandangan
mereka. Terima kasih awak semua. Awak semua sweet.
Antara kenangan manis yang masih
aku ingat dan ada beberapa collaboration yang aku rasa tak dapat dilupakan ialah:
Dijemput oleh pihak Air Asia
sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak di Kidzania Kuala Lumpur. Masa ni terjumpa
Blogger kecik molek si Yuyu Zulaikha, tapi masa ni sibuk so tak sempat nak
wefie dengan dia.
Paling best dapat bawak anak-anak merasa pengalaman kat
Kidzania. Walau penat tapi dapat stay
sehingga petang sebab nak tunaikan hasrat anak bujang nak merasa pengalaman
kerjaya impian. Boleh baca lanjut kat entry ni ya:
Duit Raya dari Doctor Kevin
Rezeki yang tak di sangka-sangka
bila aku selalu kongsi apa yang berlaku kepada anak kedua aku. Masa baby start
umur Raudah 5/6 bulan dia di sah kan ada eczema. Tahu apa eczema?
Masa ni hati hancur luluh sebab
pelbagai minyak, ubat aku cuba tapi buntu sehingga lah aku jumpa Doctor Kevin.
Doctor paling baik dan ramah yang fahamkan aku apa itu eczema dan Alhamdulillah
treatment serasi dengan Raudah.
Entry tu banyak orang baca dan
Doctor Kevin berterima kasih atas review jujur aku tentang Klinik dia. Ramai
yang datang selepas baca entry yang aku kongsi.
Satu hari sebelum bercuti raya,
staff Klinik call Doctor Kevin nak jumpa sebelum dia bercuti. Masa tu la Doctor
bagi duit Raya dengan ucapan terima kasih.
Menang Steamer dari Butik Manja
Ibu
Dapat notification dari pihak
Butik Manja Ibu yang aku telah memenangi steamer electric setelah aku shopping
kat sana untuk keperluan dan persediaan menyambut bayi ketiga nanti. In sha
Allah.
Owner butik sendiri yang pilih dan aku berbesar hati nak terima. Boleh
baca pengalaman aku bershopping dekat sana. Tapi butik ni memang best sebab
semua ada. cakap je. Harga pun berpatutan.
Jemputan event
Alhamdulillah jemputan tu ada
walau tak banyak mana. Yang mana aku boleh cover aku pergi, mana yang memang
clash dengan jadual kerja dan buat masa sekarang aku kena tolak semua jemputan.
Tak larat dah nak attend. Sedih juga tapi yakin rezeki ada selepas ni. Itu lah orang kata tuah ayam
nampak di kaki, tuah manusia? Kita tak tahu.
Sebagai seorang blogger, sedaya
upaya aku menulis review dengan hati yang ikhlas tanpa ada niat nak menjatuhkan
mana-mana pihak. In sha Allah.
Itu sahaja yang terlintas kat
otak masa ni. Tulis pun bukan nak tunjuk hebat, sekadar nak simpan sebagai
kenangan manis pernah jadi dalam hidup.
TIPS BAYI SONGSANG & KAEDAH ECV
Tips Bayi Songsang & Kaedah ECV
Seperti minggu-minggu sudah
memang jadi rutin ibu yang sarat pada setiap minggu kena lakukan follow up
tahap kesihatan kandungan ibu dan baby. Minggu 38, 4 hari mengandung atau lebih tepat 12 January lepas
aku follow up dengan Doc Zana Zalinda di Rampai Medical Centre, terbaru dah tukar Ohana Hospital pula.
Oleh sebab tarikh appointment
Klinik Kesihatan (KK) dan Doc Zalinda bagi adalah hampir sama / selang sehari
so nurse di (KK) advise boleh pilih salah satu sahaja untuk pergi check. Buat
penat badan. Oleh sebab keadaan yang sarat maka aku pilih check-up dengan Doc
Zana even kena bayar. Atleast suami ada disisi masa check-up.
Tanda-Tanda Bayi Songsang
Previously aku ada mengadu yang
aku rasa tak sedap hati dengan keadaan baby dalam perut. Aku rasa baby
floating, entah tak tahu nak describe macamana. Sebab bila aku jalan goyang
perut baby macam terapung kosong macam tuh. Seram hoi.
Bila bagitahu doc Zana dia suruh datang check buat CTG. Bila buat contraction rupanya dah kerap tapi aku tak rasa sangat (yang aku rasa hanya perut mengeras). Hasil result aku ditahan satu malam dan diberikan rawatan cucuk matangkan paru-paru baby. Masa ni 34 minggu.
Bila bagitahu doc Zana dia suruh datang check buat CTG. Bila buat contraction rupanya dah kerap tapi aku tak rasa sangat (yang aku rasa hanya perut mengeras). Hasil result aku ditahan satu malam dan diberikan rawatan cucuk matangkan paru-paru baby. Masa ni 34 minggu.
Tarikh 12 hb adalah lanjutan
follow up selepas aku di tahan hari tu. aku dibekalkan ubat tahan contraction
supaya baby dapat stay lama sikit dalam perut. Perasaan tu hanya Allah yang
tahu. Everyday risau. Even Nurse di KK cakap dah ok kalau nak bersalin selepas
dapat suntikan matangkan paru-paru tapi aku masih seriau.
12 Jan sekali lagi aku buat CTG
dan hasil nya jantung, air ketuban semua ok, contraction ada tapi bukan yang
major. Bila scan kali ni, kedudukan kepala baby masih belum ke bawah. Ok yang
ni memang cuak lama dah. Sebab masa check-up 36 minggu di KK memang doctor kata
baby masih belum pusing.
Kedudukan kepala baby sepatunya ke bawah masa minggu 38 ni. Dan aku perlu refer HKL untuk tindakan seterusnya atau aku kena inform Doctor Zana keadaan aku.
Kedudukan kepala baby sepatunya ke bawah masa minggu 38 ni. Dan aku perlu refer HKL untuk tindakan seterusnya atau aku kena inform Doctor Zana keadaan aku.
Macam bertimpa-timpa ujian
mengandung aku kali ni, oleh sebab kedudukan yang baby tak betul atau nama
lainnya adalah SONGSANG/ BREECH maka doctor Zana buat ECV kat aku. Apa ECV tu?
Kaedah ECV Untuk Bayi Songsang
ECV nama panjangnya adalah
External Cephalic Version yang sepatutnya dibuat pada minggu 34-37 kandungan. Bahasa
pasarnya urutan moden oleh Pakar bergantung terhadap keadaan ibu dan bayi.
Kalau air ketuban mencukupi, kedudukan bayi masih tinggi (bukan berada di
bahagian pelvis) contraction masih
kurang, ibu dan bayi relaks maka dibolehkan. Tapi kalau memberi risiko memang
doctor tak akan teruskan. Bergantung pada bacaan ECV.
Dalam proses ini doctor akan
memusingkan fetus secara luaran daripada kedudukan bayi yang songsang (kepala
di bahagian atas) kepada kedudukan yang sebaliknya untuk mengelakkan kelahiran
secara pembedahan (caeseraean).
Doctor Zana tahu aku risau jadi
dia nasihatkan supaya:
- Buat senaman kedudukan ber sujud 5-7 minit paling tidak 3 kali sehari.
- Kurangkan pengambilan gula, takut baby aktif bergerak dan kembali kepada kedudukan songsang.
- Banyakkan berdoa. Ada doa khas Songsang tu ya boleh amalkan; “Ya Allah yang membalikkan keadaan, balikkanlah semula keadaan itu, Ya Allah yang membalikkan hati, balikkanlah semula hati itu”
- Bila tidur, cuba mengiring ke kiri dan kedudukan kena 45 darjah supaya ada kesan gravity so kepala baby akan ke bawah.
- Minum air dan sentiasa positive dan selalulah bercakap dengan baby.
So far memang aku buat semuanya,
aku dah usaha so sekarang aku tawakal je la. Aku ni penakut pisau, jarum dan
darah so aku elak untuk caeseraean. Tapi kalau Allah dah takdirkan aku hanya
mampu redha asalkan anak dalam kandungan ni selamat untuk dilahirkan.
Melalui pembacaan aku juga ada je
songsang boleh lahirkan baby secara normal. Bergantung kedudukan kepala, tangan,
kaki baby tu. Compelete Breech, Footling (incomplete Breech) dan Slang
Breech. Dan doctor yang akan decide cara
kelahiran yang mana lebih selamat dan sesuai.
Untuk ibu yang senasib dengan
aku, mari kita sama-sama doakan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga baby
dalam kandungan. Yang penting jangan putus asa.
*credit google image for picture
Menang Electronic Steam Sterilizer Lunavie
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak di blog entry. Permulaan yang baik untuk tahun 2018. Rezeki baby dalam perut.
Dapat hadiah dari Butik Ibu Manja Gombak. Terima kasih atas hadiah ni. Dapat Electronic Steam Sterilizer ~ Lunavie & Baby Swaddle yang cute.
Dah tak ingat bila kami ke sini tapi ikutkan memang agak banyak kami belanjakan untuk sambut kedatangan orang baru.
Senang sekali harung beli barang.
Menang Electronic Steam Sterilizer Lunavie
Khas untuk mereka yang mencari
barang keperluan ibu semasa berpantang dan baby boleh datang ke Butik Ibu Manja
Gombak.
Semua lengkap kat situ, harga pun berpatutan. Puas hati. Macam-macam
ada. berbaloi-baloi. Dengan keadaan sarat tak larat nak berjalan jadi kami pilih cara mudah.
Diah ada tulis review tentang pengalaman kami Shopping barang baby | Butik Ibu Mengandung
Diah ada tulis review tentang pengalaman kami Shopping barang baby | Butik Ibu Mengandung
Diah ada kongsikan juga persediaan sebelum bersalin untuk bakal ibu memandangkan dah ada pengalaman bersalin dua kali sebelum ni.
Pemenang Electronic Steam Sterilizer - Butik Ibu Manja Gombak
Mulanya agak terperanjat admin
Butik whatsapp yang aku terpilih jadi pemenang yang di pilih oleh Owner butik
tu sendiri. dalam tak percaya tu gagahkan diri pergi collect hadiah.
Alhamdulillah.
Rezeki mengandung anak ketiga. Kami memang suka butik Ibu Manja ni sebab lengkap dnegan keperluan untuk bayi dan ibu berpantang.
Ini lah rupa steam sterillizer yang aku menang tu. Senanglah nak sterilize semua botol susu lepas ni.
Update: Alhamdulillah aku selamat melahirkan anak ketiga disambut oleh Doktor Favorite aku, Doctor Zana Zalinda Bt Ghazali.
Ibu Berkerjaya atau Suri Rumah Sepenuh Masa
Ibu Berkerjaya atau Suri Rumah Sepenuh Masa
Tahun 2018 aku rasa tahun yang
agak perit untuk kerjaya aku. bermula pencarian kerja selepas graduate dari
UiTM pada tahun 2008, dan kemudian sertai Training organized by Bank Negara
Malaysia selama setahun (FSTEP) selepas tu baru kembangkan sayap mencari
kerjaya sesuai yang sesuai di hati.
Walaupun graduate dalam bidang
Perbankkan Islam tapi hati tak pernah nak redha bekerja di Bank. Kenapa? Aku
tak suka life as a banker. Nampak bagus
tapi aku sengsara. Sempat timba pengalaman itu pun tak lama masa internship so
nekad nak pilih kerjaya yang bukan dalam bank. Ikut hati muda masa tu.
Minggu Orentasi Darjah Satu Anak Sulong
Minggu Orentasi Darjah Satu Anak Sulong
Betul lah orang kata, setiap perkara setiap kenangan yang kita cipta bersama orang tersayang terutama keluarga memang wajib kita catat, simpan elok-elok supaya di masa hadapan kita boleh kenang dan tersenyum bangga.
Bila tengok balik hari pertama Ikhwan ke sekolah, secara rasminya menjadi pelajar sekolah rendah di usia tujuh tahun yang saiz fizikalnya agak kecil berbanding rakan-rakan seusia dia. Seronok, bangga dan rindu waktu tu.
Pengalaman aku dan suami, pada usia aku menginjak 33 tahun dan sedang mengandung anak kedua (6 bulan) dalam perut dan suami, 37 tahun menghantar anak kesekolah.
Sama seperti ibu bapa lain yang teruja anak mula bersekolah semestinya bersyukur anak-anak sangat positif dan gembira.
Hari pertama orentasi Ikhwan bangun dengan bersemangat. Alhamdulillah memang sejak dia mula bersekolah pada usia lima tahun pun dia tiada masalah untuk bangun pagi sebab selalu dia teruja nak ke sekolah.
Program Orentasi Sekolah
Perjalanan program orentasi yang sekolah anjurkan berjalan lancar. Pendaftaran dibuka pada jam 8.30 pagi dan ibu bapa dan murid diberi taklimat tentang Program Transisi dan juga taklimat disiplin, sebelum tu ada ucapan aluan dari Guru Besar dan YDP PIBG.
Selepas itu baru murid diarahkan berkumpul sebab cikgu nak bawa tawaf sekolah. Penting sebab memudahkan urusan murid bila mula bersekolah kelak. Murid akan disuruh beratur dan cikgu akan guide sebiji macam tour ke tempat bersejarah.
"Ini tandas, ini kantin, ini tangga yang perlu kamu naiki bila mahu ke kelas"
Ibu bapa duduk tepi perhati gelagat anak-anak. Selepas tu kami selesaikan beberapa urusan bersama guru kelas di dalam kelas Ikhwan.
Selesai semua urusan cikgu mohon kami tinggalkan anak-anak supaya aktiviti pembelajaran dapat diteruskan.
Bukan belajar pun cuma cikgu nak biasakan anak murid dengan persekitaran sekolah. Pukul 12.30 tengahari kami datang semula untuk jemput Ikhwan balik sekolah.
Gembiranya Ikhwan tak tahu nak describe macamana. Dia teruja ke sekolah, teruja jumpa cikgu dan kawan-kawan baru. Jumpa kawan-kawan dia di sekolah KAFA tapi tak ramai.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Apa kami bayangkan untuk Ikhwan berjalan seperti yang dirancang. Urusan transit sebelum ke KAFA akan diteruskan seperti sebelumnya. Harapnya Ikhwan belajar bersungguh-sungguh.
Awalnya risau juga dengan jadual belajar yang baru, sesi pagi ke sekolah rendah dan petang ke sekolah KAFA pula. Agak ragu-ragu masa buat keputusan tu tapi Allah mudahkan. Syukur Ikhwan survive.
Pengalaman Ikhwan - First Day Sekolah Darjah 1
Percuma RM500 Bila Buka Akaun SSPN1M-i Plus
Assalamualaikum, tahu kan antara salah satu perkara best yang di umumkan oleh PM kita tahun lepas adalah tentang Geran Sepadan RM500 (GS500).
Ibu bapa yang ada anak berumur 7 sehingga 12 tahun pasti gembira bila tahu akan dapat tambahan simpanan RM500 secara percuma tapi tertakluk pada terma dan syarat seperti di bawah.
Percuma RM500 Bila Buka Akaun SSPN1M-i Plus
Syarat Utama dia adalah kena ada akaun SSPN1M-i. Bagi yang masih belum ada akaun SSPN1M-I boleh buka secara online ok.
Hanya ikut arahan di laman website.
Jadi, untuk ibu bapa yang ada anak berumur 7 sehingga 12 tahun kena rebut setiap peluang yang ada. zaman sekarang kena laju, pantas dan bijak ambil peluang. Nak pulak semakin menghampiri pilihanraya. Mesti banyak bantuan yang kerajaan akan offer.
*RINGKASAN MENGENAI GERAN SEPADAN RM500 (GS500)*
• Mempunyai akaun SSPN1M yang dibuka untuk penerima manfaat;
• Penerima manfaat (pada tahun 2018) mestilah berumur tujuh (7) hingga dua belas (12) tahun atau sedang belajar di sekolah rendah
• Pendeposit perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500.00
dalam produk yang sama di dalam tahun 2018 (tidak termasuk jumlah takaful
bagi SSPN1M-i Plus).
• Insentif GS500 ini akan diberikan pada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).
• Pemberian insentif GS500 hanya diberikan sekali sahaja untuk setiap penerima manfaat.
• Insentif GS500 boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun.
• Jika penerima manfaat belum mencecah umur 18 tahun, pengeluaran simpanan boleh dibuat dengan syarat baki minimum mestilah sekurang-kurangnya RM1,000 termasuk insentif GS500.
• Jika menutup akaun sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun, insentif GS500 akan ditarik balik.
• Sekiranya pendeposit atau penerima manfaat meninggal sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun, akaun akan ditutup dan layak menerima Insentif GS500.
• Insentif GS500 tidak layak mendapat pengecualian cukai.
Rancang Cuti Panjang 2018
Sebenarnya nak tergelak baca
email dari AirAsia ni. subject dia "Rodiah, Kemana Awak pergi? (insert sad icon)" Kemain tanya aku macam tuh.
Kengkonon macam nak
pujuk kekasih merajuk hati membawa diri yang berduka lara. Apa kau ingat ini
drama pukul 7 malam ke #AirAsia ? apa
pun terima kasih sebab bertanya khabar. chewah.
Tahu sangat dah, tanya tu ada maksud lain kan? nak suruh akak
bercuti naik kapal terbang awak la tuh. Cer sponsor percutian akak sekeluarga,
dengan seikhlas hati akak sudi menerimanya.
Rancang Cuti Panjang 2018
Lama dah tak berjalan ni. Last trip
ke Terengganu, itu pun tak puas hati sangat.
Tahun ni aim nak ke Langkawi
sekali lagi, setelah beberapa kali pergi tapi Langkawi ni akak tak pernah jemu.
Tataw nak cakap macamana.
Ada je la tarikan nak ke sana. In sha Allah. Kalau
ada rezeki sampai la ke sana. Rugi pulak tak sempat update
entry masa berjalan ke sana. Sempat share pengalaman kali pertama je.
Baca SINI ~ first time jejak kaki ke Langkawi
Memang teringin nak ke oversea,
tapi dengan keadaan anak kecik dan keadaan kewangan yang kurang
memberangsangkan kita tangguh dulu, kena menabung banyak sikit.
Dulu berdua kos
kecik tapi tak teringin, sekarang dah nak masuk berlima. Besar perbelanjaan tu.
Korang dah ada plan bercuti ke
mana tahun ni? Meh la share. Kot terkenan sekali boleh la akak usulkan pada En
suami.
Kalau ikut Calendar cuti 2018 ni, Bulan Mei, August dan Bulan September cuti meriah. Memang bertambah special la;
Bulan Mei Bulan Birthday Suami dan Raudah, then Bulan September Bulan Birthday Ikhwan. syok juga kalau pergi berjalan kan?
Apa pun memang kena rancang dan simpan duit dari sekarang. Sikit-sikit nanti penuh jugak kan? Jom bercuti.
Review Stand Mixer Singer
Aku rasa setiap wanita harus ada stand mixer dekat rumah terutama untuk mereka yang rajin buat kek mahupun biskut. Aku rasa sangat-sangat membantu dan berguna jimatkan tenaga serta masa.
Oleh sebab memang aku minat buat kek terutama bila aku dalam keadaan stress, lebih penting tak semua kek aku menjadi tetapi tidak menjadi halangan untuk aku beli stand mixer.
Oleh sebab memang aku minat buat kek terutama bila aku dalam keadaan stress, lebih penting tak semua kek aku menjadi tetapi tidak menjadi halangan untuk aku beli stand mixer.
Hand mixer memang dah ada
kat rumah, aku beli stand sebab lenguh weh kalau nak kena beat telur sampai gebu. Kalau guna stand mixer kau tunggu jelah, tak perlu pegang.
Sempena birthday aku yang dah lepas, akhirnya beli juga stand mixer yang di idamkan untuk dihadiahkan buat diri sendiri. Kira self-reward la ni. Berapa banyak rewards jangan tanya eh.
Lepas baca banyak review di Lazada, akhirnya terpikat hati beli jenama Singer
SM330 Stand Mixer 3.3L dengan harga hanya RM103.00. Murah la kan?
Aku dapat sebiji macam dalam gambar dan tak ada aksesori tambahan.
Aku dapat sebiji macam dalam gambar dan tak ada aksesori tambahan.
Perkara Perlu Tahu Sebelum Beli Stand Mixer
1. Review- Baca review orang yang pernah beli dan berapa star diaorang bagi. Bagi aku ini adalah step paling penting. Melalui pengalaman orang lain kita boleh tahu jenis penjual dan kualiti barang yang dijual. Lagi bagus kalau review beserta gambar.
2. Warranty - Rajinkan lah diri untuk baca product description dan semak tempoh warranty. Kebiasaan barang elektrik ada warranty paling tidak 3 bulan. Penting sebab kalau terjadi apa-apa kerosakan. bolehlah elak kerugian. Lagi lama tempoh warranty lagi bagus untuk pengguna.
3. Trusted Brand - Seram juga kalau nak beli barang yang jenama dia belum pernah kita dengar. Cubalah cari la yang popular dan dipercayai.
4. Harga - Bandingkan harga yang kita berkenan nak beli dengan harga kat pasaran. Berbaloi? Sila grab tanpa segan-segan
*Tips Bonus :Bowl Mixer - Untuk Stand mixer salah satu criteria yang selalu orang tengok adalah, adakah BOWL mixer tu akan berpusing atau static.
Yang aku beli BOWL ni berpusing. Best sangat. Penting sangat ke
bowl tu kena pusing? Kalau dah automatic pusing dah tak perlu kau nak
kacau-kacau adunan dalam tu. menyenangkan kerja. Jangan malas baca description sebab orang selalu terlepas pandang.
BACA aku review ~ Mudahnya Masak Guna Pressure Cooker Giselle
So far itu je yang boleh aku kongsi. Elakkan jadi pengguna yang menyesal lepas beli barang. Ini berdasarkan pengalaman sendiri ok. Memang nampak remeh dan leceh lah nak kena study semua benda, tapi apa salahnya untuk ketenangan di masa hadapan. Kecuali korang kaya gila belilah sesuka hati. lol
Ikhwan Hafeez first day school | Darjah 1
Ikhwan Hafeez First Day School
Alhamdulillah. Jumaat minggu
lepas selesai urusan orentasi anak sulong masuk ke darjah satu. Aktiviti pada
hari tu hanyalah murid-murid diperkenalkan dengan kawasan sekolah, bertemu rakan-rakan,
dan taklimat oleh pihak guru kepada ibu bapa.
Mulai tahun 2018 dah tak ada
pengasingan kelas. Maksudnya tiada lagi ujian saringan untuk menduduki kelas
pertama, kedua dan seterusnya.
Inisiatif kerajaan katanya supaya anak-anak
dapat bergaul/ bersosial dan lebih berdaya maju. Jujurnya aku dulu bersekolah
memang budaya pengasingan kelas ni wujud.
Selain dari kesan emosi kepada
pelajar tu sendiri; merendah diri, rasa tak yakin, memberontak, kesan akibat
treatment yang cikgu berikan juga berbeza.
Pengalaman Pertama Di Sekolah
Kalau time aku sekolah dulu cikgu
akan utamakan kelas yang bijak dahulu untuk segala info dan bantuan. Dapat
bayangkan macamana perasaan pelajar aliran kurang glamour macam
Sastera;Perdagangan tu?
Mestilah rasa cikgu pilih kasih. Itu pendapat peribadi
aku ya. Walaupun sekarang dah tak ada
pengasingan kelas tapi anak-anak akan dipantau dengan segala jenis ujian yang
Kementerian dah tetapkan.
Kalau dulu UPSR adalah segalanya, lambang kecemerlangan
murid di sekolah kali ni UPSR tidak dimansuh kan tetapi menjadi sebahagian
result untuk pencapaian pelajar.
Aku lupa apa nama dia. Yang pastinya pelajar
perlu cerdik dalam akademik, aktif bersukan, aktif dalam kelab dan lain-lain.
2hb January 2018, hari pertama
Ikhwan jejakkan kaki ke sekolah dan bercampur dengan pelajar yang lain. Ada dua
kelas, (Cemerlang & Dedikasi) Ikhwan ditempat di kelas 1 Cemerlang.
Hari
pertama abah yang teman. Mama dah tak larat. Hantar pagi tu dan abah monitor
semasa rehat untuk tengok dia beratur beli makanan.
Balik pun abah tengok dari belakang sebab jarak ke rumah pengasuh tak sampai 5 minit berjalan kaki.
Tanamkan dalam hati nak bekalkan anak setiap hari. Selagi mampu la.
Abah dia kata kantin jual ok la tapi terlalu ramai pelajar nak beratur dan beli. Ikhwan ni makan perlahan sangat takut tak
sempat. Better bawak bekal dan air.
Sehingga hari ni kalau bawa bekal duit
belanja memang tak di usik. Ok jimat la sekarang. Masa balik sekolah, abah dia
sempat complaint perangai ibu bapa kurang didikan masa waktu rehat, potong
barisan pelajar yang kecil molek, semata-mata nak beli makanan untuk anak dia.
Patutnya ajarlah anak untuk beratur bersama-sama. Golongan semacam ini wujud
ya. Realitinya.
So far kelas darjah satu masih
lagi belum start belajar. Sesi pengenalan, pengagihan buku teks, tag nama, dan
lain-lain akan diberikan dalam 3 minggu ni.
Lepas tu nanti baru pembelajaran
sebenar bermula. Semoga barang-barang sekolah dapat dia jaga sebaiknya. Dah banyak kali pesan jaga baran sendiri elok-elok.
Mama dan abah doakan Ikhwan Hafeez diberikan kecerahan hati
dan minda menyerap segala ilmu, berkawan dan berjumpa dengan orang yang baik
dan dipermudahkan lah segala urusan.
Sekejap je masa berlalu dan anak
dah masuk darjah satu. Di usia mama 33 tahun dan abah 35 tahun.
Wow tua
nya.
Langgan:
Catatan (Atom)












